Bab 33
" Aku... Rianna... Together forever!" Cebisan kertas yang digunting menjadi bentuk hati penuh ditampal di dalam sebuah buku. Gambar Rianna berada di setiap helaian muka surat. Pelbagai warna pen digunakan agar hiasannya nampak menarik. " Tak ada siapa yang boleh Rianna aku!"
Kini, tangan Amrish menggengam helaian gambar Adam. Satu senyuman sinis terbit di bibirnya. Dengan matanya yang kini terbuntang, dia menatap kejam gambar Adam dengan penuh kebencian. " Kau pun tak boleh nak rampas Rianna aku!"
" Zap!" Satu tikaman tepat mengenai wajah Adam pada helaian gambar. Pisau yang baru saja diasah dan dikilatkan sebentar tadi dicabur kembali. " Hah..ha.. hahahahaha!!"
Kini, hilaian tawa Amrish mula memunuhi ruangan biliknya yang kini sarat dengan barang hantaran perkahwinan. Gambar Rianna usah dikatakan lagi, penuh satu bilik. " Kau akan jadi milik aku selamanya, Puteri Rianna Qalisa!"
Dadanya kini diusap perlahan. Dato' Imran yang kini berada betul-betul di hadapan pintu bilik anak terunanya itu kini sedang berucap panjang. Tak sangka, secepat ini perangai anaknya akan berubah.
Hatinya semakin risau. Bukan sekadar risau tentang anaknya, malah dia juga risau akan Rianna. Gadis itu sudah seperti anaknya sendiri. Jadi tak mungkim dia sanggup melepaskan gadis itu kepada anaknya yang kini seperti orang berpenyakit mental. " Aku kene buat sesuatu."
Kini, dia sudah bersedia. Biarlah apa nak jadi sekali pun. Dia sudah tidak kesah. Dia cuba tidak mahu kerana kehendak anaknya, ada pihak yang mendapat derita.
*****
" Kau sure ke ni?"
Adam tidak menjawab soalan Emier. Dia hanya mampu mengangguk perlahan. Selepas saja dia mengetahui kebenaran tentang segala-galanya, hatinya kini betul-betul remuk. Otaknya bagaikan tidak boleh berfikir benda lain melainkan hanya untuk berjumpa Basir.
" Apa yang kau nak buat lepas kau jumpa abah?" Soal Firhan sambil matanya tepat memandang wajah Adam. " Kalau kau nak balas dendam... Aku pun nak jugak..."
" Tapi dia kan abah we all?!"
" Dia pembunuh!"
Dengan hanya satu jeritan dari Adam, semua yang berada di situ kecut perut. Namun tidak Tan Sri Hisham. " Tak nak pak cik ikut kamu?"
Sekali lagi, Adam hanya mampu menggeleng. " I wanna settle all of this by my own. By the way, thanks sebab bagitau saya semua benda ni."
Tan Sri Hisham hanya mampu mengangat bahu sambil menampilkan riak wajah selambanya sahaja. " No sweat. Lambat laun, kamu kena tau juga. It just the matter of time."
" Dam." Kini, Adam menoleh memandang wajah Emier. " Kalau ada apa-apa, call aku?"
" Haha, don't be too serious lah..."
" Ni soal mak ayah kau, mungkin jugak akan jadi soal hidup mati kau. Kau kawan baik aku dunia akhirat. Aku..."
Belum sempat Emier menghabiskan ayatnya, dia dapat merasakan bahawa tubuhnya kini sedang didakap kuat. Emier yang pada awalnya mempunyai banyak benda untuk dicakapkan kini hanya mampu kaku mendiamkan diri. mulutnya terasa berat tiba-tiba.
" Kau bukan kawan baik aku." Bisik Adam perlahan. Sedar akan Emier yang pada ketika itu tersentak kecil, pelukannya menjadi semakin kuat. " Kau abang aku, kau keluarga aku, kau sahabat aku, kau fairygod brother aku."
" Haha, tak guna kau, mate." Emier tergelak kecil, cuba untuk menutupi perasaan ingin menangisnya. " Hati-hati."
Adam mengangguk kecil. apabila pelukan terurai, Adam mula melangkah keluar dari perkarangan rumah Emier dengan langkah yang besar. Sekejap saja, kelibatnya sudah hilang dari pandangan mata. " Aku harap kau selamat..." Ujar Emier perlahan.
Suasana sepi mula menyelubungi mereka. Setelah lama mereka mendiamkan diri, tiba-tiba Emier tergelak kecil. " Kau ingat aku bodoh sangat ke nak duduk diam je dekat sini? Dasar budak berlagak betul!"
" Haha, good way to hold your anger there, my son." Tawanya sudah tidak dapat ditahan lagi. Ghazali benar-benar rasa terhibur melihat wajah anaknya yang benar-benar menghayati wataknya sebentar tadi. " I bet you gonna be a great actor!"
" I wanna settle this by my own. Bahaha! Buat aku gelak besar betul budak ni! Sama berlagak macho, sebijik macam ayah dia!" Kini, giliran Tan Sri Hisham pula melepaskan geram. " Macam lah aku nak biarkan je dia sorang-sorang jumpa si Basir tu!"
" Habis tu, we all nak buat apa sekarang?"
" Heh, apa lagi? Ikut dia lah!" Jerit Tan Sri Hisham keriangan. Perangai lamanya kini telah kembali. Perangai apa? Hanya Ghazali, arwah Syazwan dan Laila saja yang tahu.
*****
" Kok kok kok!!!"
" Hai, Bol!" Adam tersenyun riang apabila ayam kesayangannya itu menyambut kepulangannya di depan pintu. Sudah hampir 3 hari juga dia tidak berjumpa ayamnya ini sejak Jumbol mengikut Firhan dan Farhan balik ke banglo besar ini. " I miss you so much! Mesti kau tak makan lagikan?"
" Kok kok, kokok!" Untuk memahamkan Adam dengan jawapannya, Jumbol kini berguling di atas tanah. Menandakan bahawa dia sudah kenyang menjamah makanan kecemasannya iaitu cacing dibelakang rumah selama 3 hari ini.
" Haha, good bo-"
" Klang!"
Adam tersentak kecil. Tiba-tiba saja dia terasa jantungnya hendak tercabut. Belum sempat dia habis memuji Jumbol, kedengaran bunyi sesuatu jatuh di dalam rumah.
Kini, air liur kelat ditelan berulang kali. Adam sedar bahawa dia bakal menemui kebenaran. Segalanya akan terbongkar dari mulut Basir sendiri. Dia harus memberanikan diri, untuk dirinya dan mak ayahnya. " Here goes nothing..."
Selangkah demi selangkah, Adam semakin menghampiri biliknya, dimana bunyi barang jatuh tadi kedengaran. Kini, tombol pintu biliknya berada di dalam genggaman. " Weyhh, menggigil kepala lutut aku!" Bisik Adam perlahan sambil menggoyang-goyangkan badannya. Sempat pula dia hendak membuat senaman kaki pada ketika ini.
" Tak ada dekat sini..."
Dengar saja suara seseorang yang ditahu milik Basir, pergerakan senaman Adam terhenti. Kini, telinganya dirapatkan ke pintu, agar biacara Basir yang kini berada di dalam biliknya dapat didengar dengan lebih jelas. " Patutnya aku tanya dulu Laila mana dia letak dokumen tu..."
" Mak aku? Dokumen?" Kini dahi Adam berkerut seribu. " Pak Cik Hisham tak cakap apa-apa pun pasal dokumen."
" Aarrghh!" Kini segala benda yang berada di depan Basir dihempas ketepi. " Satu pelosok rumah aku cari, tapi mana benda tu?! Kalau aku tak jumpa benda tu, sia-sia jelah aku bunuh diorang bertiga!"
" Siapa yang kau bunuh?"
Masing-masing terdiam seribu bahasa, lebih-lebih lagi Basir. Dia terpaku, terkaku. Tiba-tiba saja lidahnya bagaikan tergeliat untuk berbicara apabila Adam kini yang datang entah dari mana muncul di hadapan pintu bilik. " Siapa yang kau bunuh?!"
Kepalanya kini ditundukkan. Segaris senyuman terbit di bibir gelapnya. Kini, tiada apa lagi yang harus dia fikirkan. Dia akan tamatkan semua ini. Dia akan tamatkan Adam bagaimana dia tamatkan isterinya dahulu.
" Kau sepatutnya boleh hidup, Adam..." Setapak demi setapak, Basir cuba menghampiri Adam. " Aku dah cuba untuk anggap kau macam anak aku, tapi... tapi muka kau... perangai kau... semua sama macam Syazwan! Aku benci! Aku benci!"
Pintu dihempas kuat sehinggakan Jumbol yang berada di halaman rumah tersentak sambil melompat tinggi. Kepalanya diteleng ke arah rumah. Dia seperti dapat mengangak bahawa tuannya kini dalam bahaya.
Dalam kekalutan yang terjadi, sebuah kereta meluncur laju masuk ke dalam perkarangan banglo. " Cepat! Kita kene cepat!"
" Kok kok!" Nampak saja kelibat Emier dan suaranya, Jumbol sepertinya melompat kegembiraan. Nasib baik Emier tiba tepat pada masanya. " Kok kok! Kokokok!"
" Apahal dengan ayam ni?" Ujar Tan Sri Hisham sambil memngerling ke arah Jumbol. " Daripada Syazwan hinggalah ke anaknya Adam, dua-dua minat ayam."
" Adam..." Bisikkan Emier sedikit sebanyak dapat didengari oleh Ghazali. Lelaki itu kini menghampiri anaknya. " Adam dalam bahaya. Jumbol asyik pandang dalam rumah."
" Apa we all tunggu lagi?" Soal Farhan.
" Nak tunggu apa? Masuk jelah!" Tambah Farhan. " Apa? Nak tunggu ada mayat baru na-"
" Pang!"
" Adui!"
" Hambik kau!" Serentak, Emier dan Tan Sri Hisham berpadu suara mengherdik Firhan. Ghazali yang hanya memerhati mula tergelak kecil melihat chemistri antara anaknya dan juga kawan baiknya.
Sedang mereka membuat perancangan, Jumbol yang hanya memandang dari jauh turut mengikut perancangannya sendiri. Dengan kehadiran Emier dan yang kain di sini, dia berasa lebih tenang untuk melaksanakan misi rahsianya.
Kotak rahsianya yang berada di bawah pokok menjadi arah tujuannya kini. Kain-kain tebal yang berada di dalamnya dikuis agar semuanya bertarabur. Kini, matanya ternampak sebuah envolep yang sudah digulung agar senang bagi Jumbol untuk membawanya kemana saja.
Dapat saja envolep tersebut, Jumbol terus keluar dari situ. Dia kini berhenti seketika, memikirkan apa yang perlu dia buat. Jika hendak pergi ke Emier, pasti nanti Basir tahu bahawa benda yang dicarinya bersama denganya.
Sedang otak ayamnya yang kecil itu berfikir, wajah seseorang mula terbit difikiran. Seseorang yang dia juga suka dan sayang. Seseorang yang pasti dapat membantunya dan tuannya.
Tanpa berlengah lagi, kaki katek Jumbol berlari keluar dari kawasan rumah, agar benda yang diamanah oleh ayah tuannya itu dapat dijaga dengan selamat.
End of Bab 33...
P/s : Betul-betul sorry for the late update sebab memang tak ada masa sangat2! So sorry! So like always, I love Jumbol so much! Hahaha. And for the next bab, zaman masanya akan berubah cuz saya will tulis flashback sebelum dan selepas kematian mak ayah Adam. So stay tune, and thank you so much for every support, vote and comment! Thank you so much!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top