Bab 32
" As you know, uncle, uncle Hisham dan mak ayah Adam, Syazwan dan Laila kawan baik sejak zaman kolej lagi. Walaupun masa kitaorang mula-mula jumpa, things was not going so well..." Ghazali hanya mampu tersengih tatkala fikirannya teringat akan kali pertama berjumpa dengan Hisham dan kedua mak ayah Adam. " Tapi, ikatan persahabatan kitaorang kukuh, sampai ke hari ni."
" Tapi semua rosakkan disebabkan ayah korang berdua." Kini, tiada lagi pandangan lembut pada mata Tan Sri Hisham. Hanya amarah yang membara sambil memandang wajah Firhan dan Farhan. " Kalau bukan sebab bapak korang, semua ni tak jadi ma-..."
" Sham!"
Tan Sri Hisham tersentak kecil. Dirinya yang berdiri dengan sendiri apabila dikawal amarah tadi kini kembali duduk di tempat asalnya. Satu dengusan berat dilepaskan.
" Jangan lepaskan marah kau dekat diorang. Kau pun tau yang diorang ni pun mangsa jugakkan?!"
" Apa maksud uncle?" Kini, Firhan mula berbicara. Membuka mulut mengatur bicara tatkala yang lain hanya mampu mendiamkan diri. " Apa maksud uncle semua ni salah abah kami? Kenapa?!"
" Sebab Basir lah dua kawan baik aku mati!"
Mata Emier terbeliak besar.
Farhan dan Firhan tergamam.
Manakala Adam, hanya mampu mengkakukan diri mendengar segala kebenaran yang mula terungkai dari mulut Tan Sri Hisham sendiri. " Ba-Basir... sebab mak ayah saya... mati?"
" Ehh, uncle jangan nak main tuduh-tuduh! Uncle ada bukti?!"
" Semua bukti dah cukup. Bukti dah lama depan mata kami, tapi kami yang tak perasan..." Tambah Ghazali sambil menggengam tangannya. " Kalau lah... kita cepat... mesti Laila selamat..."
" Adam..." Kini, tumpuan Emier beralih kepada Adam. Dia tahu bahawa kawan baiknya itu tidak akan mampu menerima semua ini sekali gus. " Papa, please kita stop dulu! Adam takkan..."
" Jangan berhenti." Rayuan Emier segera dihentikan Adam. Kini, Adam yang berada di hadapan mereka bukan lagi Adam yang mereka sering kenal. " Jangan berhenti untuk bongkarkan semua kebenaran ni."
" Ka-kau percaya ke abah aku yang buat semua ni?!" Teriakkan Firhan kini berjaya mengambil perhatian Adam. Wajah Adam dipandang lama. Mata lelaki itu ditatap dalam. " Kau tak percaya dekat abang kau ni k-..."
" Tapi kalau betul apa yang diorang ni kata, kalau betullah bapak kau tu punca mak ayah aku mati, kau ingat hubungan abang adik tiri antara kita yang tak ada talian darah ni boleh selesaikan semua benda ke?! Kau boleh hidupkan mak ayah aku balik ke? Kau boleh pulangkan kehidupan normal yang sepatutnya aku dapat?!"
" Adam!" Tangan Adam dirangkul kuat oleh Emier dan Ghazali. " Adam bawak bertenang! Bawak mengucap, Dam!"
" Aku tak salahkan Adam sebab dia marah." Tan Sri Hisham yang tadinya hanya memerhati kini kembali berbicara. Dia bangun dari duduknya lalu berdiri di sisi Adam. " Aku faham perasaan budak ni. Semua ni tak adil untuk dia."
" Sham! Kau jangan lah..."
" Tapi tak bermakna kamu boleh salahkan abang-abang tiri kamu atas semua kesalahan yang abah diorang buat."
Ghazali terkejut seketika. Dia ingat bahawa kawannya itu akan membarakan lagi kemarahan Adam, rupa-rupanya sebaliknya.
" Diorang pun mangsa jugak. Kamu betul-betul percaya ke yang mak kandung dia, Hasmidah mati sebab sakit?"
" What do you mean, uncle?! Please don't say yang mak I dengan abang I pun mati sebab..."
" Bapak korang yang tak kenang budi tu, Basir."
Sekali lagi, nama Basir disebut oleh Tan Sri Hisham kini benar-benar membuat hati adik beradik itu gugur. Mereka tidak percaya. Benar-benar tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Tan Sri Hisham. " Susah nak percaya kan?"
" Ta-tapi macam mana?" Emier kembali bersuara apabila Adam kembali duduk ditempatnya. " Orang kata Auntie Midah sakit and sakit dia tak dapat dipulihkan..."
" You believe it?" Satu sengihan diukir oleh Tan Sri Hisham. " Senangnya korang kene tipu..."
" Masa mak kamu sakit, Basir tak benarkan mana-mana doktor pun yang rawat dia kan?"
Serentak, Firhan dan Farhan menggeleng membalas persoalan Ghazali. " Abah kata, dia ada ubat."
" Ubat dia tulah yang bunuh mak korang."
" Macam mana..." Kini, semua mata menoleh memandang Adam yang kembali bersuara. " Macam mana dengan... mak ayah saya...?"
Dengar saja soalan itu keluar dari mulut Adam, Tan Sri Hisham dan Ghazaki masing-masing terdiam sambil kepala mereka menunduk memandang bawah.
" Tragik..."
" Kejam..."
Hanya itu yang dapat diungkapkan oleh Tan Sri Hisham dan Ghazali. Mata anak kawan baik mereka itu ditatap dalam. Terserlah mata yang menunjukkan bahawa dia dahagakan kebenaran.
" Tapi macam mana?" Sekali lagi, Adam menyoal mereka.
" Adam, aku rasa baik kau rehat du-..."
" Don't stop me, Emier."
" Emier." Ghazali yang memanggil anaknya kini hanya menggelengkan kepala. Menyuruh anaknya untuk membiarkan Adam. " It's the right time to tell him now."
" So, kamu betul-betul nak tahu?"
Sekali lagi, soalan Tan Sri Hisham membuatkan Adam menelan air liur kelat. Mata lelaki berumur 40-an itu benar-benar marak dengan api kemarahan namun tampak tenang. " Saya tak akan berlapik dengan ayat saya. I'll say straight to the point. No sugar coat, tak ada basa basi."
" Yes, please."
*****
" Aku kene cepat!"
Tangannya kini kembali bergerak pantas tatkala dia sedar dari lenanya. Kini, tak ada masa yang boleh dibazirkan lagi. Jika tidak, buruk padahnya.
" Mana benda tu?! Mana dia sorok benda tu?!"
Jumbol yang hanya memerhati Basir yang berada di dalam bilik Adam kini mula berkelakuan pelik. Sepertinya dia tahu bahawa Basir mempunyai niat jahat ke atas tuan kesayangannya.
Tanpa disedari Basir, Jumbol berlalu pergi dari situ. Dia kini menuju ke belakang rumah, kawasan di mana Adam selalu melepaskannya untuk mencari cacing sebagai bekalan makanan kecemasan, kalau-kalau Adam tidak dapat memberinya makanan.
Di situ, terdapat sebuah sudut dimana ianya menjadi tempat persembunyian Jumbol yang hanya Adam saja yang tahu sejak kali pertama Jumbol datang ke rumah itu sebagai haiwan belaan Adam.
Tempat yang berada di bawah pohon mangga kecil tapi rendang di penjuru rumah. Di bawahnya terdapat sebuah kotak yang dalamnya telah dilapik kain sebagai tempat Jumbol istirehat.
Masuk saja Jumbol ke dalam kotaknya, dia bertenggek di atas lapisan kain yang tebal. Namun sesekali, kain tersebut dikuis-kuisnya. Seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu di situ yang telah lama diamanahkan.
End of Bab 32....
P/s : Jujur saya cakap, I love Jumbol so much. Hahahaa! Stay tune and thank you veru much!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top