Bab 28
Ruang tamu yang baru saja dikemas oleh Adam sebelum dia berangkat ke kolej kembali bersepah. Pelbagai dokumen dan surat-surat habis berterabur di sekitar ruang tamu. " Mana benda tu?!"
Basir mula mati kutu. Sepatutnya dokumem itu berada di rumah ini, tetapi di mana ianya disorokkan?
Sedang Basir leka menggeledah seluruh ruang tamu, tanpa dia sedari, sepasang mata sedang memerhatikannya dari tingkat atas. Nampaknya Basir tidak tahu bahawa salah seorang anaknya tidak ke kolej hari ini.
" Apa yang abah buat tu?" Bisik Firhan sendirian. Dia masih kekal menyepi, takut ayahnya itu sedar akan kehadirannya di tingkat atas. " Habis bersepah. Kalau Adam nampak ni, mati orang tua tu dikerjakannya."
" Kok kok!"
" Shhh!"
" Siapa tu?!" Basir mula memerhati sekeliling. Telinganya tiba-tiba menjadi tajam dan dapat mengangkap suara Jumbol dari tingkat atas. " Apahal lah budak Adi ni tak kurung ayam dia ni?!" Tanpa menghiraukan ayam itu lebih lama, Basir kembali pada misi mencarinya.
Firhan yang kini sedang memegang Jumbol kuat mula menghela nafas lega. " Nasib baik dia tak naik." Kini, wajah Jumbol dijeling tajam. " Kau ni pun diam lah sikit! Aku nak jadi spy ni!"
" Kok?" Jumbol masih berkokok, namun seperti yang dijangka dari ayam yang pandai belaan Adam ini, Jumbol seolah-olah faham bahawa Firhan mahu dia untuk memperlahankan suaranya.
Lama mereka mendiamkan diri, sehinggalah pada satu saat, Firhan mula mendapat sebuah idea yang agak bernas. " Bol, kau nak jadi spy sidekick aku tak?" Kata Firhan sambil senyuman sinis terukir di bibirnya.
*****
" Mana Firhan?" Adam hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dari tadi lagi apabila ditanya oleh sesiapa saja pun, Adam hanya mampu mengangkat bahu. Emier mula berasa risau. " Kau okay tak ni?"
Sekali lagi, Adam hanya mangangkat bahu. Ini telah menambahkan lagi rasa risau dan hairan Emier. " Still think about Ria..."
" Shut." Emier cepat-cepat menekup mulutnya. Sungguh, dia tidak sengaja tersebut nama gadis itu. " Aku nak balik..."
" But, next class..."
" Tak apalah, aku balik sendiri." Lantas Adam terus bangun dari duduknya. Dia benar-benar tak ada mood hari ini. Bukan. Bukan saja hari ini, malah setiap hari setelah kejadian yang benar-benar menyakitkan hati itu berlaku.
" W-wait! Okay, okay! Aku ikut kau ponteng." Dengar saja kata-kata Emier itu telah berjaya membuat Adam tersenyum kecil. Nasib baik dia masih ada kawan baik sebaik Emier. Jika tidak, dia tidak tahu dengan siapa lagi harus dia bergantung.
Dari jauh, Rianna memerhati mereka dengan teliti. Hatinya tiba-tiba terasa sebak. Dirinya sekarang bukan lagi Puteri Hitler yang angkuh dan berlagak. Kini dia hanya seorang insan, seorang gadis yang penuh dengan kekesalan di hati.
Mulutnya tidak mampu berbicara, namun cukuplah dengan hatinya dan matanya masih dalam melihat dan ingat pada Adam. Hatinya mula berasa keliru.
Sudah seminggu Adam tidak bercakap dengannya. Sejak dari hari itu, hatinya mula terasa berbelah bagi. Dia suka pada Syazrin, namun kenapa dia terasa sunyi apabila Adam tidak bersama dengannya? Walhal Adam hanya perantara. Kenapa dia perlu mempunyai perasaan begini?
Dalam kekeliruan jiwa dan hati, Rianna hanya mampu membawa diri. Kini, dia benar-benar terasa kehilangan. Rasanya sama sepertimana dia kehilangan ibunya semasa dia masih kecil. " I've done the wrong thing, aren't I?" Monolognya sendirian.
*****
" Dah sedia?"
Dia tidak mampu berbicara, namun Jumbol bijak memberi tanda bersedia kepada Firhan dengan mengibas-ngibas kepaknya. Nampak saja isyarat itu, Firhan tersenyum lebar. ' Pandai ayam kau, Dam.' Pujinya di dalam hati.
Kelihatan Basir masih lagi tidak sedar akan anaknya. Dia masih lagi sibuk mencari. Namun dia sendiri tidak tahu apa yang dicari oleh ayahnya itu.
Dengan isyarat yang diberi oleh Firhan, Jumbol meneruskan misinya sebagai 'umpan'. Tergedek-gedek ayam itu melompat menuruni anak tangga yang agak tinggi itu sehingga dia kini berdiri betul-betul dihadapan Basir. " Kok kok!"
" Arghh!" Malang tidak berbau. Seperti nangka busuk jatuh, Basir yang pada masa itu sedang menonggeng tergolek ke hadapan apabila ayam jantan berwarna putih tu menerjahnya. Punggungnya diusap kuat. " Tak guna punya ayam!"
Firhan yang memerhati dari atas kini telah pun terbaring sambil menekup mulutnya. Jika tidak difikirkan bahawa dia dan Jumbol telah menjalan misi, pasti dia sudah gelak terbahak-bahak kini. ' Nice lah, Bol!' Bisiknya di dalam hati.
" Ayam tak guna! Dah lah, pergi sana! Aku tak ada masa nak layan kau!" Tanpa memghiraukan Jumbol lagi, Basir meneruskan pencariannya. Namun, fokusnya tidak lama apabila Jumbol sekali dipandangnya. " Kau..."
Tanpa lengah, dia terus mengangkap Jumbol. Namun seperti yang dijangkan dari 'sensei' yang telah mengajar Emier teknik ninja, Jumbol yang tangkas itu berjaya mengelak dari terkaman maut Basir. Genre action pulak dah...
" Kau...! Sini kau!"
" Kok kok! Kooook!" Jumbol berjaya menaikkan kemarah Basir. Berani dia mengejek Basir setelah punggung orang tua itu diterkamnya.
" Kau mesti tau! Kau mesti tau tuan kau simpan dekat mana!"
Gelak senyap Firhan terhenti apabila ayat-ayat pelik itu keluar dari mulut ayahnya. " Simpan apa?" Kini, matanya tertumpu kembali pada Basir. " Jumbol, please lah... pergi dekat sikit."
Bagaikan mempunyai kuasa telepati, Jumbol perlahan-lahan mendekati Basir.
" Kau mesti tau mana dokumen tu! Dalam bilik tuan kau tak ada, dalam bilik mak ayah dia dulu pun tak ada! Mana tuan kau simpan dokumen tu hah?!" Basir mula hilang pertimbangannya. Dia kelihatan amat terdesak. Dia benar-benar perlukan d dokumem itu. " Aku kene cepat, sebelum 'diorang berdua' tu datang!"
Firhan yang baru saja hendak mendengar lebih lanjut akan apa yang dikatakan oleh Basir teralih sedikit perhatiannya. Dari luar tingkap, kelihatan kereta Emier semakin mendekat.
Dengan tindakan dan pertimbangan yang segera, Firhan cepat-cepat mengeluarkan iphone 6s miliknya. Papan kekunci yang tertera di skrin di taip laju, sama laju seperti mana author kini sedang menaip. Tak, lupakan pasal tu.
Dengan izin-Nya, mesej Firhan sempat tiba pada telefon bimbit Adam. Nasib baik juga Adam mempunyai mood untuk membuka telefonnya. " Seriously?"
" What?" Soal Emier yang baru hendak keluar dari kereta terbantut pergerakkan apabila suara Adam kuat kedengaran setelah lama lelaki itu mendiamkan diri. " Kenapa weyh?"
" Firhan kata jangan masuk rumah sekarang."
Emier hanya mampu mengangkat keningnya tanda kenapa.
" Dia suruh aku dengan kau lepak mana-mana dulu. Tak pun pergi rumah kau. Nanti dia sendiri datang rumah kau." Jelas Adam lagi.
Emier tidak kesah. Dia sikit pun tidak membantah malah dengan senang hatinya dia boleh bawa Adam balik ke rumahnya. Tapi, kenapa?
Persoalan itu terus bermain di fikiran mereka. Namun atas permintaan Firhan sendiri, mereka ikut juga kehendak lelaki itu.
Baru saja dia hendak menghidupkan enjin kereta, sekali lagi mesej masuk di dalam telefon bimbit Adam. " Dia hantar mesej lagi."
" Dia cakap apa pulak?"
" Pastikan si mulut becok lagikan sotong tu pun ikut kita sekali. Jangan bagi dia balik rumah."
" Who?" Soal Emier lagi.
Kini, wajah mereka saling berpandangan. Setelah lama berfikir, baru mereka tahu jawapannya. Serentak, mereka berdua membuka mulut. " Farhan."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top