Bab 16


Sejak balik dari makan tadi, Adam mula mengesyaki sesuatu. Raut wajah Emier diperhati dengan teliti.

Emier berasa sedikit terganggung. Bukannya Adam tidak tahu bahawa Emier tidak suka dirinya direnung atau dipandang lebih-lebih lagi apabila dia sedang memandu. " Kau kenapa?"

" Kau tu yang kenapa? Roti tadi pun kau tak makan. Air kau pun tak habis."

" Macam mana aku nak makan roti aku kalau kau cuma tinggalkan setengah je roti untuk aku. Kalau ye pun nak balun roti aku pun agak-agaklah. Ni tidak, tinggalkan setengah je."

Seraya mendengar rungutan Emier, Adam tersengih bagaikan kerang busuk. " Hehe, seriously, sorry."

Emier mencebik kecil. Namun jauh di sudut hatinya, dia sikit pun tidak kesah.

" Tapi serious lah, kenapa dengan kau sebenarnya? Diam je dari tadi?"

Soalan Adam hanya membuatkam Emier tersenyum kecil. Otaknya mula teringat akan apa yang diberitahu oleh Tan Sri Hisham. Tapi bagaimana dia tahu tentang mak ayah Adam dan juga prihal keluarganya?

Tiba saja di kolej, mereka bergegas untuk ke kelas. Sejak mula kelas sehinggalah kini, Adam yang dari tadi hanya memerhati Emier mula mendapat perhatian dari pensyarahnya. " Encik Adam, kamu dengar apa yang saya cakap tadi?"

" Nanti saya dengarlah apa yang Sir nak cakap, sekarang ni jangan kacau saya dulu."

" What?!" Kini semua mata memandang Adam. Termasuklah Rianna. Manakala Emier pula masih lagi mengelamun di dalam dunianya sendiri. " Emier, kamu nasihatkan kawan kamu ni!"

Emier masih mendiamkan diri. tidak menjawab apa-apa memandangkan fokusnya 100% tidak berada di situ. tiada apa yang dia dengar melainkan kata-kata Tan Sri Hisham yang asyik terniang-niang ditelinganya.

Pensyarahnya hanya mampu mengeluh kuat. Nasib baik sajalah kedua pelajar tersebut merupakan pelajar terbaik yang pernah dia ada, termasuk Rianna. Jika tidak, dia akan pastikan mereka berdua tidak balik hari ini. " Adam boleh bagitau saya apa yang kamu tengah sibukkan?"

" Ni hah sir, Emier ni. Dari tadi diam je."

" Yang kau nak sibuk kenapa? Biarlah di...."

" Ahh, diam kau, Puteri Hitler!"

" Say that again, budak comot!"

" Sudah-sudah!" Kini giliran Sir Hamdan pula memotong cakap mereka. " Adam, teruskan."

Wjaahnya Adam sedikit berkerut sambil memandang Emier. tiba-tiba, otaknya mula memikirkan sesuatu. " aku rasa aku tau apa yang tak kena dengan Emier ni."

Rianna yang mendengar kata-kata Adam itu mulamenunjukkan minatnya. " Maksud kau?"

Sir Hamdan mengeluh kuat. Kelas yang sepatutnya belajar prihal perniagaan kini bertukar menjadi topik prihal Emier. dia hanya mempu melihat sejauh mana proses pembelajaran tentang Emier bakal pergi.

" Emier, aku tanya ni kau jangan marah tau?"

Emier masih lagi tidak sedar walaupun bahunya telah dicuit banyak kali oleh Adam. Itu membuatkan Adam yakin bahawa Emier sememangnya mempunyai masalah yang sama dengan apa yang dia sedang fikirkan kini. " Kau sebenarnya..."

" Hmm?" Emier hanya mampu membalas lemah. Otaknya tidak berapa fokus dengan apa yang dikatakan oleh Adam sehinggalah...

" Berak kau tak keluar habis eh tadi?"

" Pfftt!" Satu kelas mula menahan tawa.

" What?!" Serentak Rianna dan Sir Hamdan berteriak kecil,

" Hah?!" Kini, tiada lagi wajah selamba yang terukir di wajah Emier. Dia tercengang sambil dahinya berkerut seribu, tidak lupa juga keningnya yang terangkat sebelah. " Apa benda kau merepek ni?!"

" Dah tu, macam-macam soalan aku campak dekat kau, satu pun kau tak jawab. Kadang-kadang muka kau berkerut, kadang-kadang kau buat muka lega. So, manalah tau kalau berak kau tak..."

" Shhh! Shut, mate!" Emier yang dari tadi diam tidak terkutik kini cepat-cepat menekup mulut Adam. tidak sanggup lagi mendengar rakan baiknya itu mengucapkan perkataan yang memalukan seperti itu. " Kau ni agak-agak lah! Tak malu ke?"

" Pfftt." Kini mata mereka berdua beralih memandang Rianna yang sedang tersingih. " Betul ke kau sembelit, Mier?"

" Eyy mana ada lah! Aku rasa perjalanan usus aku lagi lancar dari perjalanan usus Jumbol!"

" Siapa pula Jumbol tu?" Kini giliran Emy pula menyelit. dia mula tertarik dengan topik perbualan mereka, atau lebih tepat lagi, dia lebih tertarik terhadap Emier.

" Ayam aku." Jawab Adam selamba.

Sir Hamdan yang dari tadi hanya memerhati kini masih tidak putus dengan keluhan panjangnya. tengok sajalah anak didinya semua, membuatnya seakan-akan tidak wujud dihadapan ini. Kini dia hanya mmepu melabuhkan punggung ke atas kerusi sambil mengurut dahinya perlahan. " Seisapa tolonglah ingatkan aku kenapa aku nak jadi pensyarah, kerja yang paling menyusahkan ni." bisiknya perlahan.

*****

Tan Sri Hisham tersenyum kecil sambil mengusap perlahan gambar yang berada di tanganya. Lima wajah yang tersenyum riang, sambil berpegangan tangan. Ingatannya masih lagi segar dimana masing-masing mengucapkan kata janji dimana mereka akan menjadi sahabat sehidup semati.

Kini, senyuman tersebut berubah muram. Wajah yang tenang berubah mendung. Perlahan-lahan, bingkai gambar diletakkan kembali ke atas meja kerjanya.

Lemah saja dia melangkah menuju ke tingkap bilik yang terbuka luas. Memandang keindahan mentari yang kian terbenam, hatinya mula terusik rasa sayu. Rasa sunyi serta merta menyinggah di hatinya. " Sahabat sehidup semati ye?"

Senyuman kelat terukir di bibir tatkala ayat tersebut diucap. Kini, pandangannya mulai kabur. Air matanya yang sudah sekian lama ditahan kini mengalir setitik dmi setitik. " Macam mana aku nak tepati janji aku?! Dua orang kawan baik aku dah mati! Sedangkan aku? Masih hidup sampai sekarang."

Tidak ingin lagi hatinya dibelenggu kekesalan, cepat-cepat tangannya bergerak, menghapuskan sisa air matanya yang mengalir. " Tak apa, aku akan tunaikan janji aku. mungkin bukan pada korang berdua, Syazwan, Laila. Tapi..." Dia cuba untuk menenangkan dirinya. Satu nafas ditarik panjang. Kini matanya memandng kembali mentari yang kini berbaki sedikit. " Pada anak korang."

Matanya kembali memandang pada bingkai gambar di atas mejanya. Sekali lagi, senyuman kecil terukir. " Sebelum itu, aku kena jumpa kau dulu, Ghaz."


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top