Bab 12


    Satu keluhan kecil dilepaskan. Cincin yang berada di dalam genggamannya dipandang sepi. " Kenapa dia tak nak dekat aku?"

    Sudah hampir dua minggu berlalu sejak kejadian itu berlaku. Kejadian dimana gadis idaman yang diminatinya sejak kecil lagi menolak mentah cintanya. " How could you did this to me, Riann?"

    " Am?" Amrish segera menoleh kebelakang. Kelihatan ibunya sedang berdiri betul-betul di muka pintunya. " Jom turun. Mama dah masak."

    Amrish tersenyum hambar. Wajah ibunya itu ditatap penuh kasih. " Tak apalah, Ma. Am tak rasa lapar."

    Riak wajah risau mula kelihatan di wajah Datin Marina. Sesungguhnya anaknya benar-benar terkesan dengan penolakan cinta yang telah dibuat oleh Rianna. Sudah beberapa hari, sebutir nasi pun tidak dijamah oleh anak terunanya itu. " Fikirkan pasal Riann lagi?"

    Amrish hanya tersenyum kecil. Membiarkan soalan ibunya itu menyepi.

    " Mama boleh cari perempuan lain kalau Am nak."

    " No one can replace her, Mama."

    " Tapi dia dah tak nak dekat Am." Kata Datin Marina lagi. Suaranya kali ini sedikit tinggi. Bukan untuk memarahi anaknya namun cuma memberi nasihat. " Orang kalau dah tak nak, buat apa kita nak terkejar-kejar."

    " Ma, nak seribu daya. Tak nak seribu dalih." Lantas Amrish menjawab. Dia tidak sanggup mendengar ibunya menyuruh dia untuk melupakan Rianna. Mana mungkin dia dapat melakukan begitu. " Am rasa usaha Am tak cukup lagi, Ma. Biar lah Am all out, cuba sedaya upaya untuk dapatkan apa yang Am nak. Tapi kalau betullah dia bukan jodoh Am, I'll promise, I'll back off in a nice way."

    Datin Marina hanya mampu akur dengan kata anaknya. Benarlah bahawa Amrish anaknya itu bukanlah lelaki yang mudah mengalah, malah lebih bangkit jika dia kecundang. Dengan hati yang diulit kerisauan, Datin Marina tersenyun kecil. ' Ya Allah, temukanlah anak aku dengan jodoh yang sesuai buatnya. Amin.' Doanya di dalam hati.

*****

    " Muahahaha!" Tak semena-mena, di pagi hari yang indah itu, kedengaran satu gelakan jahat di sebuah banglo tiga tingkat yang sedikit tersorok di rimbunan pohon.

    Jumbol yang duduk disebelahnya sedikit terkejut sambil mengibas-ngibaskan kepaknya. Manakala dua beradik tiri yang baru saja bangun dari lena kini menggaru-garu kepala mereka yang tidak gatal sambil menuruni anak tangga. " Kau apahal?"

    Adam menoleh memandang Firhan. Gelak jahatnya tidak tamat begitu saja. Kini, wajahnya diukir dengan senyuman sinis yang penuh makna. " Dah bangun dah?"

    " Euww, scary nya you ni." Ujar Farhan. Badan besar abangnya itu dijadikan sebagai tempat perlindungan. Sememangnya, Farhanlah merupakan lelaki yang paling lembik yang pernah mereka temui. Malah jika hendak dibandingkan dengan Jumbol, Basir dan Firhan sendiri akui bahawa mereka lebih selamat berada di sisi Jumbol berbanding Farhan jika ada pencuri ataupun penyamun menyerang mereka.

    " Mana sarapan kitaorang?!"

    " Sarapan?" Kini, Adam bangun dari sandarnya di atas sofa. Jumbol turut mengekor tuannya ke mana saja tuannya belok. " Kau nak sarapan?"

    " Ehh, mestilah! We all ni lapar tahu tak?!"

    Sekali lagi, Adam tersengih kecil. " Masak lah sendiri."

    " What?!" Teriak Firhan. " Kau ni dah kenapa?! Tiap-tiap pagi tau pulak kau nak buat sarapan. Bila bapak aku tak ada, baru kau nak tunjuk belang?"

    " Kalau you tak nak masak, I goreng Jumbol!" Tambah Farhan lagi. Firhan yang berada di sebelahnya menoleh sedikit sambil keningnya terangat. ' Be serious, dude!' Desis hatinya. Dengan pandangan ayam tu saja dia sudah takut, inikan pula mahu mengejar ayam itu untuk digoreng.

    " No! Nanti kau kena sumpah! Sama macam aku hari tu. Sumpahan Jumbol membawa maut!" Kini giliran Adam pula membuka mulut. Teringat dia akan masa ketika dia tercekik peha ayam goreng tatkala menonton 'drama' free di rumah Puteri Hitler dua minggu lepas.

    Kini, Farhan memandang pula ke arah Adam. " You joking, dude?" Katanya lagi. ' Apahal diorang ni? Gaduh tak serious laangsung!' Bentak hatinya.

    Malah Jumbol yang kini berada di atas sofa turut seolah-olah berasa pelik sambil menyengetkan kepalanya. Adam pernah sebut pasal tidak mahu memakannya dia dan spesisnya lagi. Namun sebab apa dan mengapa, itu dia tidak tahu. Tetapi apa yang pasti. Sejak dia berjanji pada hari itu, Adam tidak lagi memasak menu yang berkaitan ayam lagi di dalam rumah ini dan ini sekali gus telah memberi ketengannya yang tidak terkata buat Jumbol.

    " I dah lama tak makan ayam! I nak ayam!"

    " Wow wow wow! Stop this nonsense! Aku dah tak tau dah apa yang kita merepekkan ni." Tanpa lengah, Firhan terus menghentikan mereka berdua walhal dia sendiri yang memulakan perbalahan ini dahulu. " Sekarang ni aku cuma nak tau, kenapa kau tak nak masak sarapan?"

    " Sebab aku malas." Jawab Adam ringkas. " Kau nak cakap apa, cakaplah. Yang aku tau, sepanjang orang tua Basir tu tak ada, aku protes tak nak buat kerja rumah!"

    Firhan mengeluh nafas kecil. Walaupun dia selalu jahat dengan Adam, dia tidak dapat menyangkal akan fakta bahawa Adam lebih muda dan lebih kebudak-budakkan darinya. Sedang dia yang berumur 26 pun serupa macam budam tadika. Inikan pula adik-adik tirinya, persis seperti budak taska. senang memberontak dan memprotes. tunjuk perasaan jika hendak disenangkan cerita.

    " Kenapa baru sekarang nak protes?" Soal Farhan lagi. Tanpa dia sedari, kini dia sedang duduk di atas sofa, bersebelah dengan Jumbol. Mereka perpandangan sesama sendiri. " Tumpang duduk, Bol."

    " Sebab Basir tak ada."

    " Kalau abah kitaorng ada, kenapa you tak protes?" Kini, giliran Farhan pula membuka mulut. " Nampak sangat you takut dekat abah I."

    " Abah aku jugak!" Ujar Firhan sambil mengetap bibirnya. Farhan pula membalas dengan melontarkan jelingan tajam.

    " Seriously? Kau biar betul? Takkan lah aku nak takut dekat orang tua tu. Tolong lah!" Adam tergelak kecil sambik menggelengkan kepalanya. " Kalau bukan sebab dia selalu ugut aku tak nak bagi makan, tak ada maknanya aku nak ikut cakap dia!" Tambah Adam lagi. " Kita buat perbincangan ni untuk apa sebenarnya?"

    " Kitaorng nak sarapan." Serentak adik beradik itu menjawab.

    " Pergilah buat sendiri. Aku dengan Jumbol nak..." Baru saja dia mahu mengambil Jumbol dan berlalu pergi, langkah dihalang oleh kata-kata Firhan.

    " Buatkan kitaorang sarapan, ataupun ini jatuh kat tangan abah kitaorang." Firhan tersenyum sinis. begitu juga dengan Farhan walaupun senyuman sinisnya tidak menjadi. Telefon bimbitnya ditayangkan dihadapan Adam, agar gambar yang ditangkapnya dpaat ditunjukkan." So, what's your answer?"

    " Heh." Kini, giliran Adam pula untuk tersenyum sinis. Sengihannya bukan sebarangan. Ini merupakan sengihan yang menjadi tabiatnya, sengihan yang menunjukkan bahawa dalam permainan ugut mengugut anjuran dua beradik ini bakal dia menangi. " You give me you answer first."

     " Maksud you?"

    " Give me my For-A-While-Freedom, or rahsia kau jatuh ke tangan Basir, bapak kau."

    " Kau jangan nak ugut kitaorang pula lah. Kau tu bukannya tau apa-apa rahsia kitaorng pun!"

    " Kau pasti?" Tangannya mula mencapai alat kawalan jauh televisyen yang berada di atas meja. Televisyen dihidupakan dan ditukar kepada mood CCTV. " Will this clear up you memory?"

    Serentak, terbeliak mata Firhan dan Farhan apabila diri mereka kelihatan di dalam rakaman CCTV tersebut. " Ma-mana kau tau?"

    " Aku dah bosan tengok drama rekaan manusia. Jadi aku bertukar minat. Now im more interested in REALITY DRAMA." Adam tersenyum meleret memandang wajah Farhan dan Firhan yang mulai pucat. 

    Siapa sangka, harapkan pagar, pagar makan padi. Basir mempercayai anak-anaknya yang tidak boleh dipercayai ini dengan kata laluan peti besinya, agar mereka dapat hari-hari memeriksa wang didalamnya. Takut dicuri Adam. Namun amat malang baginya apabila pencurinya adalah anak-anak kandungnya sendiri.

    " So now, what is your answer?" Sengaja dia menekankan perkataan ' your' itu agar ianya meninggalkan maksud yang mendalam dan kesan yang dramatik. " Just don't take too much time to think, aku ni bukan penyabar orangnya."

    " A-aku boleh hantar gambar kau keluar berdua dengan Rianna Qistina ni dekat Abah aku!"

   " Seriously?" Kini, riak wajah Adam mula berubah. bukannya kepadariak takut, malah kepada riak yang selamba, tak ambil kesah, dan sedikit lucu. " So? Dia boleh buat apa kalau dapat tahu aku keluar dengan Rianna? I think dia akan bangga dengan aku sebab boleh rapat dengan Rianna, sedangkan kau orang? Heh, tak ada hasil langsung. Seriously, brother. you need to think big next time." Penggunaan perkataan kegemaraanya ' seriously' itu nampaknya memainkan peranan yang besar kali ini dalam perang mulutnya. Sekali lagi, Adam berada di dalam zon selesa. Zon dimana dia tahu, dia hampir mencapai kemenangan.

    " You nak kitorang buat apa?" Kini, giliran Farhan pula bertanya.

   Adam menggosok dagu licinnya. Matanya mula memandang ke atas. Memikirkan apa yang patut dia minta. Maklumlah, peluang ini hanya datang sekali. " Basir tak ada dekat rumah seminggu kan?" Firhan dan Farhan mengangguk serentak. " Aku nak korang tunaikan apa yang aku nak, selama satu minggu!"

    " What?!"

    " Apa?!"

    " Kok kok kok!"

     Kini semua mata menoleh mamandang Jumbol. Sudah sekian lama dia menyepi,tiba-tiba pula dia bersuara. Mungkin berasa gembira bagi pihak tuannya, ataupun dia juga ada agenda tersembunyi. Jika tuannya dilayan baik, pasti dirinya turut begitu. 

    " Dan tunaikan juga apa yang Jumbol nak." Adam mengenyitkan matanya ke arah Jumbol. Seolah-olah mengerti dengan apa yang ayam jantan kesayangannya itu inginkan. " So, how?"

    " Gila kau?! Kua nak expect kitaorang jadi hamba kau untuk seminggu?"

    " Guys, tolonglah. Aku tak kejam macam kau. Aku tetap akan sediakan makan minum baju pakai kemas rumah semua macam selalu aku buat. Cuma kali ni, apa yang aku minta, aku dapat." Jelas Adam.

    Kini, Firhan dan Farhan mula menoleh memandnag sesama sendiri. Mereka bagaikan berkomunikasi melalui minda. Lama-kalamaan, baru mereka menjumpai kata sepakat. " Deal."



P/S :

    Hai guys! Thanks for reading this chapter and thanks for waiting an update! Sorry sangat sebab lambat. But I think I'm a bit early this time tho. So, like wise, if you have any comment or cadangan, just leave me your comments below. I'll check it soon and see if i can implant some of them! Thanks again for reading!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top