Bab 10


" Lagi, lagi?! Lepas tu?!"

Langkah Adam semakin laju tatkala memdengar pemilik suara tersebut semakin dekat dengan dirinya. Rasa menyesal mula terbit di hati. Jika dia tidak terlalu mengikutkan nafsunya terhadap barangan percuma, pasti perkara ini tidak akan terjadi.

" Hey! Kau tak dengar ke aku cakap apa?" Teriak Rianna. Dia seolah2 tidak segan untuk menjerit dikhalayak ramai. Memang sah dia dilahirkan sebagai Puteri Hitler.

Sekali lagi, hati Adam tersentak kecil. Mana perginya suara lembut lagi manja dengan penggunaan ' I You ' dalam percakapannya? Mana sifat garang tapi pemalu gadis ini semasa berada di hadapan Syazrin? " Aku silap pilih perempuan..."

" Sorry, kau cakap apa?" Rianna mula memperlajukan langkah tatkala mendengar Adam berkata sesuatu. " Suara kau slow sangat lah"

" Bagi balik hati aku yang kau dah curi, Puteri Hitler." Sekali lagi, Adam bermonolog dengan dirinya sendiri. Disangkanya dia bercakap dalam hati, rupanya terkeluar di mulut. " Macam mana lah aku boleh tersuka dengan perempuan macam ni?"

" Hoi!"

" Aduh!" Tangganya yang tadi hanya diseluk kedalam poket kini berada di atas kepala, mengusap tempat yang dipukul oleh Rianna dengan fail kerjanya. " Apa masalah kau ni?!"

" Aku cakap dengan kau dari tadi lagi! Kau tak dengar ke?!"

Kini masing-masing mula memberhentikan langkah. Mata bertengtang mata, namun hati tiada rasa apa melainkan geram dan marah. " Like seriously whats wrong with you, girl?!'

" Aku tak ada masalah. Kau tu yang ada masalah! Aku tanya bukannya nak jawab! Dah lah comot , pekak pulak tu!" Rianna mengetap giginya tanda geram. Tangannya kini mula mengepal penumbuk. Nasib baik saja Adam mempunyai susuk badan besar dan lagi tinggi darinya, jika tidak, mahu melayang penumbuk ini diwajahnya.

" Heh, eloklah lagi dari kau. Harap muka je lawa, perangai alahai... ayam aku lagi elok perangai dia dari kau!"

" What?!" Kini kemarahan Rianna sudah sampai ke kemuncaknya. Dia tidak kesah jika dirinya dikutuk tetapi dia tidak tahan jika dirinya disamakan dengan seseorang, lebih-lebih lagi jika disamakan dengan haiwan. " Kau ingat kau siapa nak cakap aku macam tu?! Ingat kau bagus sangat ke?!"

" Kau tu pulak? Ingat diri tu dah cukup bagus? Hidup mewah kau semua bergantung pada harta bapak kau, bukannya harta kau. Ingat diri kau ada segala, kau dah cukup bagus nak hina orang? Cukup hebat nak buat orang melutut dekat kau?" Kini sengihan jahat mula terukir di bibir. Inilah salah satu dari tabiat buruk Adam yang Emier sering kali cuba menasihatinya. Adam tidak suka kalah. Dan sebab itu juga, dia tidak pernah kalah jika ianya merupakan perang mulut. Tak sia-sia waktu sekolah dahulu cikgu sering menghantarnya ke pertandingan debat.

" Listen to me, Princess Qalissa!" Adam memusingkan badannya, betul-betul menghadap Rianna. Matanya pula tepat merenung ke dalam mata bulat gadis itu " Kau kaya. Kaya dengan harta. But in the same time, kau miskin. Miskin dengan adab, miskin dengan budi bahasa, miskin dengan perikemanusiaan. Kau ingat dengab kelakuan kau macam ni, Syazrin tu nak ke dekat kau? Excuse me, no offences no hard feelings but I think Syazrin lebih layak dapat perempuan 1000 kali ganda lebih baik dari kau! Dasar hipokrit!"

" Pang!"

Mata Adam sedikit terbeliak. Pipinya terasa hangat dan pedih. Penangab dari Rianna benar-benar mengejutkan dirinya. Tidak sangka bahawa gadis itu bakal bertindak begitu.

Namun pedih lagi hatinya tiba-tiba terlihat wajah Rianna yang kini semakin merah dan matanya yang sedang menahan nangis. " W-woi..."

" Don't touch me!" Rianna menepis kuat tangan Adam yang cuba untuk memujuknya. " Fine then, I'm sorry sebab kacau kau!"

Belum sempat Adam hendak berkata apa-apa, Rianna pergi meninggalkannya sendirian. Kini, hatinya pula yang runsing, otaknya bercelaru. " Apa pulak aku dah buat ni?"

" Dont you think it's to much, mate?" Kini, suara Emier pula kedengaran. Memecah kerunsingan yang Adam rasa. " Rasa macam..."

" Aku melampau? Aku tahu!" Adam mula meninggikan suara. Bukan marah pada Emier mahupun Rianna, namun marah pada dirinya. " Seriously, whats wrong with me?"

" So, kau nak buat apa sekarang?" Soal Emier kembali. Dia meneliti wajah Adam. Rasa kesal dan marah jelas kelihatan di wajahnya. " Nak aku tolong?"

Adam hanya menggeleng kecil. " It's okay. Aku rasa aku tahu nak buat apa. Cuma..." Kini matanya melirik memandang Emier. " Boleh pinjamkan aku khidmat kau, Salman dengan Sarah?"

Dengar saja permintaan kawan baik dunia akhiratnya itu, Emier tersenyum kecil. " As you wish, my Cinderella."

*****

Setibanya saja dia di rumah, habis segala beg dia campaknya. Pintu biliknya dihempas kuat. Tanpa membersihkan diri seperti selaku dia lakukan, Rianna terus menghempaskan tubuhnya ke atas katil saiz King bercadar pink pekat miliknya itu. " Tak guna!"

Setitis demi setitis air matanya mengalir. Seumur hidupnya, dia tidak pernah terasa sehina itu. Lebih-lebih lagi jika dihina pula oleh lelaki paling hodoh, paling comot dan paling miskin di dalam kolej.

Dalam pada masanya dirinya yang hanyut dalam kemarahan dan kekecewaan itu, Rianna bangkit dari katil lalu berjalan menuju ke satu tempat.

Sedang Rianna sibuk melayan perasaan, hempasan pintu sebentar tadi mengejutkan Tan Sri Hisham. Lantas dia terus bergegas ke bilik anak daranya itu.

Pintu dikuak perlahan. Matanya meneliti di setiap sudut bilik sehinggalah dia menjumpai jejak di mana anaknya itu berada.

" Meow." Kucing parsi putih mikik anaknya itu duduk betul-betul dihadapan almari baju Rianna. Setia menunggu sehinggalah sesuatu di dalam almari itu keluar.

Tan Sri Hisham tersenyum kecil. Itulah tabiat anak gadisnya itu sejak ketiadaan ibunya. Kini, dia perlahan-lahan menuju ke almari tersebut.

" Daddy nak apa?" Tan Sri Hisham segera memberhentikan langkahnya. Sedikit terkejut namun senyuman masih tidak lekang dari bibirnya. " Rian tahu Daddy ada dekat luar."

" Rian buat apa dekat dalam tu?"

" Pancing ikan."

Hanya gelengan kepala kecil yang dapat lelaki berumur 40 tu lakukan. Kadang-kadang, dia merasakan bahawa kelakuan anak gadisnya semasa merajuk itu amat comel. Persis seperti isterinya. " Dapat ikan tak?"

" Ikan dah nak dapat, tapi umpan dah habis." Balas Rianna selamba, namun banyak maksud tersirat didalamnya.

Dia hampir dapat mengenali Syazrin dengan lebih mendalam, hampir juga baginya untuk mendapatkan lelaki itu namun dia telah membuat perangai di hadapan Adam dan pastinya lelaki comot itu tidak akan membantunya.

" Maksud Rian?"

Rianna hanya memdiamkan diri. Dia tidak mahu melayan sesiapa pun pada ketika ini. Sehinggakan kucing parsinya yang selalu dimanja-manjakan itu pun diabaikannya.

" Rian janganlah macam ni. Daddy risaulah, sayang."

Masih lagi tiada jawapan dari Rianna. Tan Sri Hisham mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. ' Apa yang aku nak buat ni?'

Sedang dia memikirkan apa yang harus dia lakukan bagi mengumpan anaknya keluar dari almari, tiba-tiba telefon bimbit Rianna yang berda di atas meja soleknya berbunyi.

Telefon tersebut diambil lalu dibuka kuncinya. Ini memudahkan kerjanya untuk membuka telefon tersebut memandangkan anaknya itu tidak gemar meletakkan kata laluan.

Peti surat ditekan. Kelihatan sebuah pesanan ringkas yang masih belum dibaca bertanda merah. " Budak comot?"

Rianna yang tadinya hanya diam kini mula memberikan perhatian. " Daddy cakap apa?"

" No, i mean, ada mesej from Budak Comot. Siapa ni?"

Rianna membulatkan matanya. ' Adam? Kenapa dia mesej aku?' tanya hatinya. " Dia tulis apa Daddy?"

Dengar saja soalan Rianna, Tan Sri Hisham lantas membuka pesanan tersebut. " Dia kata esok pukul 2, Syazrin nak jumpa?"

" Bang!"

" Astaghfirullahalazim!"

" Meow!!!"

" What?!"

Tan Sri Hisham mengurut-ngurut dadanya. Kepalanya digeleng. " Ya Allah, apa ni Rianna? Janganlah buat daddy terkejut macam ni."

" Budak Comot tu cakap apa?" Tanpa menghiraukan soalan ayahnya, Rianna lantas menanyakan soalan berkaitan Adam. Wajahnya bagaikan berbunga-bunga. Dia menanyakan sekali lagi untuk memastikan bahawa ini bukan mimpi.

" Dia kata esok pukul dua Syazrin nak jumpa." Ulangnya.

Rianna mengepal penumbuk. Lama dia mendiamkan diri sehinggalah dia mula bersuara kembali. " Yes! Daddy! Esok Rianna nak pergi dating!"

Tan Sri Hisham hanya mengangguk kecil sambil memeluj kucing parsi anaknya itu di pangkuannya. Masing-masing berasa sedikit takut dan gerun. " Sihat ke tidak dia ni?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top