Bab 1
Langsir labuh yang semalaman menutupi jendela yang besar itu kini dibuka. Cahaya mentari yang menyelinap masuk kini menerangi segenap ruangan yang ada. Adam mengecilkan matanya. Cahaya mentari yang menyinar memedihkan matanya. " It's time for my job!"
Adam memandang sekeliling. Dari ruangan tersorok hinggalah ruang tamu yang besar, dia harus selesai mengemas semua ini sebelum tibanya waktu sarapan.
Penyapu dan segala alatan mengemas yang lain kini sudah bersedia untuk berkhidmat.Dengan lafaz bismillah, tanganya laju mengerjakan segala tugasan. Dari mengibas ke mengelap, dari menyapu hinggalah ke mengemop, semuanya dikerjakan dengan pantas memandangkan masa amat mencemburuinya.
Setelah selesai tugasan mengemasnya, dia harus bergegas ke dapur pula untuk menyediakan sarapan. Setelah apron dipakai, tanganya memulakan kerja-kerja dapur. Bahan tumisan diracik halus, bahan perisa disediakan dengan penuh teleti dan setelah itu, dia mula memasak.
Siap saja sarapan dan sudah sedia terhidang, kini dia beralih ke kerja ketiganya. Kakinya laju menaiki tangga hinggalah tiba di tingkat dua rumah banglo tersebut. Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke sebuah bilik yang terletak di hujung koridor.
Pintu bilik tersebut diketuk kuat. Suaranya juga kurang hebatnya. " Farhan! Keluar! Sarapan!" Setelah itu, pintu bilik di sebelahnya pula diketuk. " Firhan! Bangun!"
Dan yang terakhir, pintu gergasi yang menjadi bilik rasmi kepada ketua keluarga ini pula diketuk. " Boss! Bangun! Sarapan dah sedia!"
Berkali-kali dia mengulang kerja yang sama. Tanganya yang mampu membuat pelbagai kerja itu kini sudah pun lenguh. Hatinya mula terbit rasa geram. Jantungnya berdegup laju menahan marah. Sudahlah dia penat setelah membuat pelbagai tugasan sebentar tadi, ditambah pula dengan kerja yang tidak bermanfaat ini.
Adam kini berdiri betul-betul di tengah-tengah koridor. Dia menarik satu nafas panjang sebelum mula melontarkan suara kuatnya itu. " Badan besar, bangun lah cepat! Pondan, cukuplah dengan beauty sleep kau tu! Orang tua nyanyok, bangunlah!"
Seperti yang dijangkakannya, keputusannya amat memberangsangkan. Adam tersenyum puas. Dia turut terdengar sesuatu yang terjatuh di dalam bilik abang tirinya yang kedua iaitu Farhan. Barangkali pondan itu terjatuh dari katilnya akibat terkejut.
" Cepat bangun! Kalau korang tak sarapan makan biskut kering je!"
" Kau panggil aku apa tadi, Adi?" Adam menoleh memandang Basir yang baru saja keluar dari bilik tidurnya. Adam tersengih kecil melihat gaya rambut ayah tirinya itu selepas bangun tidur.
" Aku panggil kau boss besar lah." Adam cuba menyembunyikan ketawanya. " Dan nama aku Adam, bukan Adi."
Basir mengangguk perlahan. Percaya bulat-bulat apa yang dikatakan oleh anak tirinya itu.
Adam bergegas menuruni anak tangga untuk ke dapur sambil tergelak kecil. " Kalau dah nyanyok tu, aku cakap apa semua percaya." Bisiknya perlahan agar tidak kedengaran.
Setelah kelibat Adam hilang, Firhan dan Farhan serentak keluar dari bilik mereka. " Dia panggil i pondan?" Rungut Farhan. " Ishh! Geramnya!"
" Kalau dia panggil kau pondan tu aku tak kisah." Selamba saja Firhan membuka bicara. " Tapi dia panggil aku badan besar? Ini sasa tau!" Katanya sambal menunjukkan otonya yang besar.
" Dah, dah. Fahmi, Fahrin, jom turun makan. Nanti biar papa yang ajar dia." Ujar Basir sambal menuruni anak tangga.
Mereka berdua saling berpandangan. " Firhan dengan Farhan lah!" Serentak mereka menjerit.
*****
" Pa, Firhan dengan Farhan pergi kolej dulu. Bye!" Basir hanya mengangguk melihat dua orang anak bujangnya itu berlalu pergi. Kini, matanya tajam memandang Adam yang sedang bersiap hendak ke kolej.
" Hey budak!" Adam menoleh. Beg yang baru saja hendak diambil kini dibiarkan seketika. " Kau sini kejap!"
" Ada apa, boss besar?" Adam datang menghampiri Basir. Matanya tepat memandang mata ayah tirinya itu.
" Kau balik nanti, jangan lupa basuh baju aku anak beranak. Dah berlonggok jadi gunung dah kain baju tu dalam bilik kitaorang. Basuh pakai tangan! Semua tu baju mahal! Lepas basuh tu, kemas bilik kitaorang pula. Lepas tu aku nak kau kemas satu rumah ni biar berkilat lagi! Ada tetamu nak datang nanti." Adam hanya akur. " Dan jangan lupa. Kalau ada tetamu datang..."
" Jangan tunjuk muka buruk aku depan diorang. Duduk diam-diam dalam bilik aku dekat stor. Jangan malukan boss besar anak beranak." Basir tersenyum kecil. Gembira hatinya apabila Adam faham apa yang dimaksudkannya.
" Bagus, Aidil."
" Adam lah." Rungutnya sambil mengetap bibir. Tajam saja dia merenung Basir beralu pergi. " Too much works as always..."
Kakinya melangkah ke satu kabinat yang berhampiran dengan pintu. Sekeping gambar yang disorokkan di dalam laci kini diangkat.. " Ibu, ayah, Adam pergi kolej dulu. Assalamualaikum." Lalu, gambar itu dicium lama. " Jumbol!"
" Kok kok kok!" Terkejar-kejar ayamnya datang menerja kaki Adam.
Adam tergelak kecil. Dia menyangkung lalu mengusap perlahan kepala ayam jantannya yang manja itu. " Kau jaga rumah tau? Kalau ada orang yang tak dikenali masuk, kau hentam muka diorang cukup-cukup. Kalau orang tua nyanyok tu atau anak-anak dia yang balik, kau jangan lupa kasi patuk dulu kaki diorang. Lepas tu kau lari cepat-cepat kalau tak nak kena goreng."
Ayamnya itu bergesel-gesel di kaki Adam. Seolah-olah tahu apa yang dimaksudkan oleh tuanya itu.
Adam mengusap kepala ayam itu sekali lagi sebelum bangun dari cangkungannya. Setelah menyarungkan kasut buruknya yang berubang di tapak, Adam bangun lalu mengunci pintu. Kunci pula ditanam di dalam sebuah pasu. Itu sajalah kunci pendua yang dia miliki untuk masuk ke dalam rumah. Jika hilang kunci ini, pasti keluarga tirinya akan mengunci dirinya diluar.
Setelah selesai mengunci pintu, Adam berjalan menuju ke basikal buruknya. " Hai lah basikal, kalau kau terbarai tengah jalan pun aku tak marah kau."
Lihat sajalah keadaan basikalnya. Bakul senget, rantai berkarat malah tayar pun hampir bersegi-segi bentuknya. Tempat duduknya pula tak usah dicakap, hanya beralaskan dengan kain buruk sahaja.
Namun nasibnya tidak seperti ayah dan abang-abang tirinya. Kereta BMW menjadi kenderaan mereka untuk ke tempat kerja dan kolej. Siap ada pemandu lagi. Sungguh kejam kenyataan dunia yang dihadapi oleh Adam.
Dengan lafaz bismillah, Adam mula mengayuh basikal tuanya. " Harap-harap janganlah ada tayar tercabut sebelum aku sampai kolej." Doanya dalam hati.
Ayamnya yang memerhati dari tingkap berkokok kecil melihat tuanya mengayuh jauh meninggalkan perkarangan rumah banglo mewah itu. Dia seolah-olah tahu akan tanggungjawabnya untuk menjaga rumah banglo besar itu kini berada di kaki dan paruhnya.
*****
" Apa yang kau terhegeh-hegehkan ni?! Cepatlah sikit!" Pagi-pagi lagi, suasana di kawasan perumahan mewah yang tenang itu kini sudah dicemari dengan jeritan bingit Rianna.
Terburu-buru pemandu tua itu dibuatnya apabila ditengking oleh anak majkannya. " Maafkan saya, Cik Rianna. Tolonglah jangan pecat saya. Saya ada dua orang anak dan..."
" Aku tak nak tahulah semua tu!" Sekali lagi, lelaki ua itu terpaksa menahan kesedihan di hati apabila ditempik oleh Rianna. Pilu hatinya namun apakan daya, dirinya hanyalah sekadar pemandu yang mengharapkan gaji yang diterimanya untuk menganggung kos kehidupan harian keluarganya.
"Rian..." Perlahan-lahan, Rianna dan pemandu itu menoleh memandang Tan Sri Hisham. Kelihatan lelaki itu hanya mampu mengeluh kecil melihat perangai kurang ajar anak tunggalnya itu. " Why did you said such a thing?"
Riana mencebik geram. Matanya merenung tajam memandang pemandu tua yang berada dihadapannya.
Siapa yang tidak kenal dengan perangai Rianna Qalissa, satu-satunya anak Tan Sri Hisham yang gemar memecat pekerja jika tidak menepati piawaiannya. Perangainya yang manja dan bagaikan puteri itu selalu dilayan saja oleh ayahnya.
" Kalau kau tak nak kena pecat, cepatlah hidupkan enjin! Yang kau terpacak lagi dekat sini kenapa?!" Pemandunya hanya akur. Rianna menjeling lalu mencampakkan begnya lalu masuk ke dalam kereta. " Tak guna!"
Dengan tergopoh-gapah, pemandunya itu mula memandu dengan laju. Sungguh laju, sehinggakan Rianna yang berada di tempat duduk belakang pun kecut perut dibuatnya.
" Kau ni nak bunuh aku ke apa? Perlahanlah sikit!" Pemandu itu hanya akur lalu memerlahankan kereta. Rianna sekali lagi merungut kasar. " Ni dah perlahan sangatlah, lembab!"
" Maafkan saya.."
" Ni dah laju sangat.. Kau ni tak tahu bawa kereta ke?!"
" Maafkan saya, Cik Rianna, saya..."
" Ahhh! Aku..."
" BAM!"
Rianna terkejut. Begitu juga dengan pemandu itu. Suara hentakan itu sungguh kuat sehinggakan Rianna terdiam tidak terkutik. " Kau langgar apa, lembab?! Pergi keluar tengok!"
Pemandu separuh abad itu bingkas keluar dari kereta lantas menuju ke pemuda yang dilanggarnya itu. " Kamu tak apa-apa, nak? Pak Cik mintak maaf.. Pak cik tak sengaja!"
Pemuda itu hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. " Saya okay. Pak cik tu, okay ke tidak? Bawak kereta macam orang mabuk."
" Ma-maafkan lah pak cik, nak. Pak cik tak sengaja. Pak cik tertekan sangat dalam kereta tadi."
" Woi! Apa yang lama sangat tu?!" Rianna bergegas keluar dari kereta. Rambutnya yang panjang mengurai dikibas-kibas. " Dia tak matikan? Yang kau nak duduk lama-lama dekat situ kenapa?"
Adam mengangkat sebelah keningnya. ' Patutlah tertekan, majikan perangai macam apa je.' Desis hatinya sambil memandang Rianna.
" Kau nak apa pandang-pandang aku macam tu?!"
Adam mencebik hanya mencebik lalu menjeling memandang ke tempat lain.
Rianna terkejut. Tiada siapa yang berani mencebik da menjeling didepannya sebelum ini. " Hei, kurang ajar!"
" Kau ke aku yang kurang ajar?! Tak cukup akal punya budak!" Jerit Adam. Dia bangun lalu mengebas bajunya. " Cakap tak guna otak. Harap muka je cun! Perangai hampeh!"
" Hei! Kau ingat kau siapa nak cakap aku macam tu?! Aku boleh saman kau tau?!"
" Go ahead! Like I care!" Adam melawan. Rianna mencebik kuat bibirnya.
Adam memandang sekilas basikalnya. Habis terburai segala benda. Hanya bakulnya saja yang selamat. " Macam mana aku nak pergi kolej ni?"
" Kalau anak nak pergi kolej dekat depan tu, pak cik boleh hantarkan." Pelawa pemandu itu. Baru saja Adam hendak tersenyum gembira, Rianna pula mencelah.
" Amboi-amboi! Suka hati kau je nak tumpang dia ni! Kau ingat kau siapa?!" Pemandu itu tertunduk. " Dah, cepat kita pergi. Menyusahkan orang je budak jalanan ni."
" Dasar puteri Hilter!" Adam menjilirkan lidahnya. Bangkai basikalnya diangkat lalu dicampak ke tepi. Luka di sikunya tidak sesakit hatinya yang sedang membara dek api kemarahan itu. " Jalan kakilah aku nampaknya."
Rianna mengeluh panjang. " Sakit hati aku! Kau!" Pemandu itu memandang Rianna melalui cermin. " Lepas kau jemput aku balik kolej, kau dipecat!" Rianna menjeling memandang ke luar tingkap. " Dasar budak jalanan!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top