37 ; Egocity

Sekali lagi, Wauthormelon minta korang untuk re-read fanfic ni kalau lupa jalan cerita, harap maklum.

🍉🍉🍉🍉🍉

𝑶𝑵
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 37


"Ini ke Egocity?"

"Yup."

"Wow!"

Perasaan takjub mula menguasai diri mereka semua. Mana tidaknya, dari tadi mereka tidak henti-henti mengagumi persekitaran futuristik bandar raya itu.

"Kau orang, rasanya elok aku mulakan pengembaraan dengan Appa sendirian, tak mengapakan?" segan sekali Aang untuk meminta diri, takut-takut dia mengganggu mereka yang masih leka melihat suasana bandar raya yang bakal dituju.

Bukannya dia tidak mahu mengembara bersama mereka bertujuh. Cuma, dia berasa terbeban jikalau dia bakal menyusahkan mereka nanti. Jadi lebih baik dia memulakan pengembaraan solo bersama Appa.

Lagipun, pengembaraannya bersama mereka sewaktu di Love Maze tadi sudahpun memadai.

"Tak apalah, kami faham kau perlukan masa untuk bersama dengan Appa. Pergilah, kami tak halang." ujar Seokjin bersama kuntuman senyuman manisnya.

Tanpa diduga, tubuhnya didakap erat oleh Aang. Mereka berenam pun tidak lepaskan peluang untuk memeluk Aang buat kali terakhir.

"Thanks bro! Aku harap kau dan yang lain-lain dapat tiba ke destinasi nanti."

Sekembalinya Aang mengambil tempat di atas margastua gergasi itu, dia dikejutkan dengan jeritan lantang oleh seseorang.

"Aang!" budak botak itu mengalihkan pandangan ke arah Jimin yang berkelakuan aneh.

"Terimalah jurus angin daripada aku ni. Ingat jurus angin ni, ingatlah aku ye."

PPRUT PPRUT!

"Eyuw jijiklah Jimin!" tengking Taehyung yang mengepit kuat hidungnya, takut terhidu bau kurang menyenangkan itu.

Aang dari atas Appa hanya mampu terkekek-kekek tawa akan telatah nakal Jimin.

"Mana boleh aku lupakan jurus angin kau tu hehe. Okeylah, aku pergi dulu ye." pamit Aang sebelum dirinya dibawa pergi ke dada langit.

Mereka dari bawah melambai-lambai hinggalah kelibat Aang dan Appa hilang dari pandangan.

"Jom gerak. Kalau dibiarkan, sampai ke esok kau orang menganga dekat sini." seperti sentap dengan berbakul-bakul herdikan Hoseok, akhirnya mereka membuntuti dari belakang.

"Gerak-gerak ni nak ke mana sebenarny—"

"Nampaknya kau orang dah selamat tiba ke lokasi terakhir."  Jungkook terkelu disaat pertanyaannya dicelah oleh pemilik suara misteri.

Rata-rata melilau ke sana sini semata-mata mahu mencari gerangan pemilik suara itu.

Akhirnya, persoalan mereka terjawab setelah wajah didongak ke arah langit.

"Dah kenapa tengok aku macam tu? Tak pernah tengok burung terbang ke?" sinis cakraya itu menyoal.

"Tak masalahnya, macam mana kau boleh lepasi Love Maze tu?"

"Aku terbang dari ataslah, takkanlah nak habiskan masa lalu situ macam engkau orang, hah?"

Sekali lagi, cakraya itu membalas persoalan Namjoon bernada sarkastik.

Rata-rata mereka yang terdengar perbualan tadi semahu-mahunya mencekik margastua berbulu pelepah itu sehingga mati.

Tetapi, apabila difikirkan semula, cakraya perlu hidup memandangkan dialah satu-satunya yang ketahui cara untuk pulang ke dunia realiti.

"Tercongok apa lagi? Ikutlah aku."

Tanpa sebarang bantahan, ketujuh-tujuh jejaka bersayap membuntuti cakraya kecil itu hingga ke lorong belakang deretan premis perniagaan.

Sewaktu melaluinya, salah seorang daripada mereka mula berasa tidak senang hati untuk terus mengikuti cakraya itu.

"Weyh, aku rasa tak boleh nak teruskanlah." bicara Yoongi, berkeadaan amat longlai.

"Apa hyung merepek ni? Kita ni akan balik ke realiti, hyung! Ikut sajalah burung tu suruh buat." bentak Hoseok atas kelakuan rakannya seorang itu, sudah masak dengan sikap Yoongi yang malas tak kena masa.

"Tapi betul ni aku tak mampu nak teru—"

Secara tiba-tiba, tubuh Yoongi rebah di atas tar. Tergamam Hoseok dibuatnya.

Akibat cemas, Hoseok menoleh ke belakang bagi meminta bantuan daripada rakan-rakannya yang lain. Namun begitu, mereka berlima pun jatuh pengsan sepertimana berlaku pada Yoongi.

Kudratnya untuk kekal terpacak berdiri tidak berkekal lama, akibatnya tubuh jejaka itu turut tumbang ke bawah. Sungguh, Hoseok tidak pernah mengalami tenat sedahsyat ini. Disaat melawan tenatnya, sempat dia membuat andaian sendiri. Pasti puncanya berada di sekeliling kawasan ini.

Dengan kelopak mata yang kian memberat, Hoseok sedaya upaya mencerlung ke arah cakraya yang kekal terbang. Mulutnya melopong luas tatkala terlihat kepulan gas tidur keluar dari paruh sang cakraya. Jangan-jangan cakraya itu adalah...

"Hebat tak inovasi terkini aku?"

Meskipun sudah rebah, Hoseok masih tercari-cari pemilik suara misteri, yang pastinya bukan suara daripada cakraya itu.

"Kau ni nak apa sebenarnya? Tak habis-habis nak ganggu ketenteraman aku." begitu lemah Hoseok menyusun kata-katanya, tidak mampu bertengkar seperti kebiasaannya.

"Hm, aku akan ganggu kau selagi kau tak bagi formula vaksin virus tu. Tapikan, rasanya mungkin hari ni kali terakhir aku kacau kau." ujar si manusia misteri sebelum duduk bertinggung berhampiran Hoseok.

Sesekali kocek seluar Hoseok digagaunya tanpa kebenaran jejaka itu.

"Adora, please." rayu Hoseok agar wanita itu menghentikan perbuatannya.

Namun, angkara sikap keras kepala yang dimiliki wanita berkot putih itu, amaran Hoseok langsung tidak diendahkannya.

"Finally, I got it!" teruja Adora seusai berjaya membawa keluar uncang kain dari kocek jejaka itu.

Mahu saja Hoseok menghalangnya daripada mengambil barangan berharga itu, namun pandangannya kian kabur dan kelam.

🍉🍉🍉🍉🍉

Rasanya fanfic ni bakal diakhiri tak lama lagi, so stay tuned ye 😘

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top