3 ; Grand Piano
Hai remi-remi, Wauthormelon update sempena birthday Abe Yoongigi kita hahaha, enjoy yer🌺✨
🍉🍉🍉🍉🍉
𝑶𝑵
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 03
Bola matanya bersilih ganti memutar ke arah grand piano dan katil. Keluhan dilepaskan terketar-ketar, masih memikirkan keputusan yang patut dilakukan.
Apabila mengetahui kewujudannya dianggap sia-sia dan tidak bermakna buat kedua-dua ibu bapa, dia pun berfikiran sejenak secara imbas kembali.
Nampaknya, pilihan pemuda ini untuk menjadi komposer muzik ditentang hebat oleh pasangan Min tatkala mereka mendominasi aturan kerjaya si anak teruna ini. Bagi mereka, karier sebagai pemain piano lebih baik jika dibandingkan kerjaya idamannya itu.
Pandangan tajam difokuskan pada objek yang amat dibencinya. Sikap panas baran yang menerpa mengundang dirinya merenyuk kertas berupa not-not muzik untuk dimainkan pada piano.
"Maaf eomma appa. Aku takkan turuti kehendak korang kali ni. Cukup-cukuplah tu, aku dah penat" tuturnya bersama aturan nafas yang tersekat-sekat.
Setelah belasan tahun memendam perasaan, akhirnya pemuda ini mula hambur ketidakpuasannya akibat dikongkong sejak kecil lagi.
Renyukan kertas yang berselerakan atas lantai dipandang sepi sebelum membawa diri ke katil.
Tubuhnya yang bersaiz sederhana itu direbahkan penuh longlai atas permukaan yang maha empuk. Sambil-sambil itu, tangan beruratnya menggapai sesuatu di atas meja kecil bersebelahan katil.
Sudut bibirnya sedikit ternaik melihatkan objek dipegang. Ibu jari berselisih dengan pemetik api bagi menghasilkan percikan yang membahang itu.
Api berona merah muncul ditatap tanpa secalit emosi. Gumpalan kertas yang berada di lantai cuba digapai, namun dia terlihat objek aneh yang turut berada di situ.
Setahu-tahunya, tiada objek lain yang berselerakan atas lantai melainkan puluhan renyukan kertas.
Tanpa berkeadaan ragu-ragu, dia pantas mengambil bongkah kaca berbentuk kubus itu. Butang yang berukiran perkataan 'ON' ditenungkan bersama kerutan.
"Apa benda ON ni?" soalnya sendirian lalu menekan butang tersebut. Dia mula membuat andaian, mungkin keajaiban akan terjadi jikalau butang itu ditekan.
Setelah lama menunggu sesuatu yang tidak pasti datang, dia mula mencampak jauh bongkah itu sehingga berkecai.
Dia kembali mengambil gumpalan kertas tadi lalu dicucuh pada pemetik api.
Tiba-tiba, deruan angin dari luar tingkap menyapa wajahnya. Decitan dilepaskan seusai melihat nyalaan api dari pemetik tadi sudah terpadam.
"Min Yoongi, sedar tak yang kau cuba buat ni? Berhentilah buat perkara bodohlah!
Aku janji akan selesaikan masalah kau dengan parents kau." suara sayu yang diselangi deruan angin malam membuatkan Yoongi sedikit tersentak.
Dia mengambil kesempatan untuk mengerling sekeliling bilik disewanya, tiada apa-apa yang mencurigakan, mungkin perasaannya saja.
"Tapi ingat, setiap pertolonganku perlu dibalas budinya"
Tidak, ini bukan luahan dari lubuk hatinya ataupun halusinasi. Dia cuma menelan liur penuh perit, meremang.
Pernah orang kata, bilik didiaminya kini pernah berlakunya insiden bunuh diri. Mungkin roh pemilik bilik ini cuba 'beramah mesra' dengannya.
Namun, cepat-cepat dia berlagak biasa, cuba hilangkan gentar berhadapan pemilik suara misteri itu.
"Apa kau cakap ni? Aku boleh handle sorang diri, jangan kacau aku!" bentaknya seolah-olah menghalau.
Jika dia mahu bersendirian, biarkan saja. Kerana Min Yoongi, anak kepada pegawai pemasaran yang tersohor ini akan mengakhiri riwayatnya di dalam bilik ini.
Pemetik api kini berselisih dengan ibu jari sehingga terbentuknya api. Renyukan kertas not muzik kembali dihala pada api membuatkan api semakin merebak.
Dengan kalut dia mencampak kertas yang disambar api pada langsir. Tidak beberapa saat, api mula merebak menyebabkan langsir yang berjuraian itu marak dan kepulan asap mula berasak memenuhi ruangan bilik.
Yoongi yang masih terlentang atas katil sekadar tersenyum sinis. Lagipun inilah yang difikirnya kini, tinggalkan dunia berkeadaan menyayat hati. Biar ibu bapanya merasai apa itu penyesalan akibat tidak turuti kemahuannya.
Yoongi terbatuk-batuk dek bahangan api dan kepulan asap yang menjengah masuk saluran respirasinya.
Lama-kelamaan, nafasnya mula tidak teratur dan kemudiannya baru dia ketahui erti penyesalan.
Namun disaat bertarung nyawa, dia menyedari sesuatu yang aneh berlaku. Tubuh pemuda ini kian terhapus dari pandangan kaburnya.
Dan akhirnya, jasad Min Yoongi lesap dari bilik yang marak dengan api dan kepulan asap.
🍉🍉🍉🍉🍉
See y'all soon in next update❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top