26 ; Orang Misteri

Sempena 5K reads, Wauthormelon update buat korang✨ happy readings ❤️

🍉🍉🍉🍉🍉

𝑶𝑵
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 26

Lantaran hidungnya mula menghidu bau yang kurang menyenangkan, kelopak mata diceliknya mamai.

Melilau lirikan anak matanya bergerak ke sana sini, cuba ketahui lokasi yang gelap gelita ini.

Tidak lama selepas itu, cahaya mula menerobos masuk menyilau pandangannya hinggakan dia terpaksa mengecilkan mata.

Melalui pengamatannya yang agak terbatas, dia berhadapan dengan figura yang lengkap berjubah, sedang memegang sebatang obor yang terang benderang menyala.

Tidak lama kemudian, ekor mata Taehyung melirik pada cincin batu intan yang tersemat kemas pada jari manusia misteri itu. Ya, itulah cincin yang dicari-cari.

"Dah bangun ke?" soal satu suara bernada feminin diselangi ketawa kecil.

Taehyung cuba cam pemilik suara walaupun wajah orang berkenaan tidak dapat dilihat lantaran jubah dipakainya. Ya, suara itu seakan-akan seperti suara yang dia dengari sewaktu di rumah Sharlene.

Dia pasti, orang inilah yang menyebabkan keberadaan Sharlene dan Yoongi tiada di situ.

"Mana Sharlene? Mana Yoongi? Apa yang kau buat dengan dia orang hah?" bertubi-tubi Taehyung menyoal, penuh marah.

"Itu kau tak perlu tahu. Yang kau kena risaukan sekarang ni, kau orang berenam bakal menerima hukuman penggal kepala kerana menakut-nakutkan orang kampung dengan berpakaian seperti ahli sihir.

So be prepare." terkedu Taehyung dibuatnya mendengarkan penerangan manusia misteri itu.

"Mana kawan-kawan aku? Apa kau dah buat pada dia orang hah!" tengking Taehyung memecah keheningan.

Langkah sang manusia misteri semakin maju, menghampiri Taehyung sebelum dagu tirus milik jejaka itu dicengkam kuat, hingga memasuki dalam kuku tajam miliknya.

"Ouh baru nak mengaku kawan? Bukan sebelum ni kau menghamba abdikan dia orang, tak ingat pulak nak berkawan!

Dasar lupa daratan!" cengkaman kuat pada dagu Taehyung lantas dia leraikan, sehingga kulit jejaka itu mula terluka.

Taehyung yang mengerang kepedihan terus beralih pandangan, ekor matanya fokus mengikuti nyalaan obor yang dipegang manusia misteri itu.

Melopong mulut Taehyung tatkala terlihat keadaan kawan-kawannya yang menyayat hati. Tubuh longlai mereka digari dengan rantai besi.

"Kau!" jerkah Taehyung selantang-lantangnya lalu mengorak langkah ke arah manusia misteri itu.

Namun, apakan daya dia baru menyedari rantai besi yang digari pada kaki mula menegang, membataskan pergerakannya.

"Sembanglah puas-puas. Nanti orang-orang aku akan iringi kau orang pergi menghadap Raja" ujar manusia misteri sebelum melangkah keluar.

Obor yang erat dalam genggamannya sengaja dijatuhkan ke atas lantai berhabuk.

Namjoon yang masih berkeadaan lemah perlahan-lahan menggapai obor yang tidak jauh dari kedudukan dirinya digari.

"Korang," perbuatan Namjoon tergendala sebaik sahaja Taehyung sayu bersuara.

"Maaf sebab buat kau orang menderita dengan perangai setan aku ni.

Kalau aku tak paksa kau orang menyelinap masuk rumah Sharlene semalam, pasti kita tak dikurung dekat sini." luah Taehyung bersama linangan air mata. Sesekali dia merapatkan lutut pada tubuhnya.

Perasaan serba salah menebal dalam hati kecilnya.

"Tak apa Tae. Mungkin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku, aku pasti sangat-sangat." ujar Jimin, cuba bersangka baik.

Mereka yang lain mengangguk lemah, turut bersetuju dengan Jimin.

"Kan? Mana tahu lepas kena hukuman, kita dapat keluar dari dimensi—" percakapan Seokjin terhenti akibat dicelah seseorang.

"Bercakap pasal hukuman tu, aku rasa kita takkan pergi menghadap Raja yang sebelum ni" kelima-lima mereka beriakkan wajah buntu dengan kata-kata Namjoon.

"Maksud kau?"

Setelah mendengarkan persoalan daripada Jungkook, cahaya kemerah-merahan obor Namjoon halakan ke arah sesuatu. Terpana mereka dibuatnya.

Kini, mereka sudah ketahui mengapa bilik ini berbau busuk yang amat meloyakan tekak. Rupa-rupanya, di bucu dinding sana terdapat dua mayat lengkap berpakaian diraja yang sudah dihurung lalat dan ulat sampah.

....


Jari jemarinya yang menari-nari di atas papan kekunci, sehingga menghasilkan ritma bunyi yang bergema.

Meskipun bunyi yang dihasilkan dari organ dimainkannya agak menggerunkan, namun tidak baginya.

Lagipun, alat muzik yang dimainkannya lebih kurang seperti piano, cuma perbezaannya, saiz organ jauh lebih besar dan mempunyai paip, dimana bunyi akan dilantunkan keluar dari situ.

Dalam melayani perasaan, tapak tangan ditekap kuat pada papan kekunci sebelum meramas geram rambutnya. Dia tertunduk setelah mengenangkan detik-detik ketika cuba membunuh diri.

Dia akui, sebenarnya dia amat suka bermain piano. Namun disebabkan keterdesakan ibu bapanya yang terlampau menekankan dirinya, jadi dia membuat pilihan untuk beralih pada bidang komposer muzik.

Tiba-tiba, ketukan pada pintu mula kedengaran jadi pantas dia berlagak biasa. Dia menoleh ke belakang bagi melihat gerangan yang mengganggu waktu lapangnya.

Kelibat seorang wanita yang berjubah hitam menghiasi indera penglihatannya. Dengan lenggang lenggoknya, wanita itu mengorak langkah menghampirinya yang masih duduk berhampiran organ.

"Kakanda, adinda dah temui ahli-ahli sihir seperti orang kampung heboh katakan. Sekarang ni semua duduk dalam bilik tahanan." dia mengangkat wajah setelah wanita membicarakan hal yang menimpa waktu ini.

Dia sekadar membalas senyum tipis, mujur permasalahan sudah diselesaikan.

"Baiklah, biar kakanda sendiri yang jatuhkan hukuman pada mereka."


....


Masing-masing menelan liur perit, tatkala pandangan mereka tertumpu pada bilah tajam yang masih tinggi di atas sana. Ternyata mereka tidak menyangka bakal dikenakan hukuman secepat ini.

"Tunduk hormat pada Tuanku!" pengawal yang duduk bersebelahan mesin penggal kepala terjerit-jerit mengarahkan mereka berenam.

Dengan akur, kepala mereka terarah ke bawah, mula menunduk.

Si Raja melangkah masuk ke bilik hukuman sambil memerhatikan 'ahli-ahli sihir' itu. Si Raja sedikit takjub melihatkan kesemua mereka berenam bersayap hitam.

"Kakanda cepatlah, segerakan hukuman ke atas ahli-ahli sihir ni" desak wanita itu yang menggoncangkan tubuh si Raja.

Taehyung yang sedikit mengangkat wajah terpandang cincin yang tersarung pada jari wanita itu.

Dia yakin, wanita yang lengkap bergaun diraja dengan manusia misteri tadi adalah individu yang sama.

Sekadar ingin ketahui raut wajah wanita itu, Taehyung mendongak lagi kepala.

Alangkah terkejutnya setelah terlihat gerangan si Raja yang berdiri sebelah wanita itu.

"YOONGI?"

🍉🍉🍉🍉🍉

Sekejap je Wauthormelon wat comeback, japgi hiatus balik. Nak lepas rindu menulis sebenarnya hiks 🤧

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top