25 ; Sofa Berhabuk
Em mungkin ni chapter terakhir sebelum Wauthormelon hiatus. Jangan risau, nanti che buat comeback 😆
🍉🍉🍉🍉🍉
𝑶𝑵
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 25
"Hyung, budak gigi rongak dengan budak rambut tocang dua tu asyik perhatikan kita dari tadi,"
"Ish pedulikan dia orang, kita bukannya ahli sihir ke apa,"
"Tapi pakaian kita menampakkan aura seperti ahli sihir, hyung,"
"Dah dah, kurangkan bercakap, lebihkan berjalan."
Jimin mencebik setelah perbualannya antara Seokjin dicelah Namjoon.
Seperjalanan ke kediaman Sharlene, wajah ditundukkan sebawah-bawahnya, tidak mahu diri mereka berenam diperhatikan oleh penduduk kampung. Kalau boleh mahu saja mereka tekapkan wajah pada tanah.
"Rasanya kita sampai" penutup kepala dilorotkan mereka hingga jatuh atas bahu seusai Namjoon memberitahu keberadaan mereka di hadapan rumah berdindingkan bata merah.
Mereka memerhatikan keadaan sekeliling, sunyi sepi. Mungkin kerana rumah ini terletak di hujung kampung agaknya.
"Tercongok apa dekat sini? Pergilah ketuk pintu" bentak Taehyung dengan tidak sabar.
Jadi Hoseok pun menawarkan diri untuk bersemuka dengan tuan rumah, langkahnya dihayun mendekati pintu utama kediaman itu.
Ketukan demi ketukan diberikan Hoseok setelah beberapa minit terpacak berdiri di hadapan pintu. Namun, tiada sesiapa pun yang masih membuka pintu.
"Weyh aku rasa rumah ni memang tak ada oranglah" tersentak Hoseok setelah menyedari Jimin berada bersebelahannya, sedang menjenguk di balik tingkap.
Seperti tidak percayakan Jimin, Hoseok pun membawa diri ke arah tingkap. Pandangannya difokuskan ke arah ruang tamu yang dipenuhi dengan perabot antik, tunggang langgang susun aturnya.
"Haahlah" akui Hoseok sebelum melambai-lambaikan tangannya, cuba memanggil mereka berempat.
....
"Cari cincin tu sampai dapat"
Salah seorang mereka mengeluh kecil ekoran diarahkan Taehyung.
"Kenapa kau terdesak sangat nakkan cincin tu? Nak hidupkan semula Caron ke?"
Pantas Taehyung menoleh ke arahnya berserta riak wajah tidak berpuas hati. Tanpa diduga jejaka itu, leher jinjangnya dicekik Taehyung lalu tubuhnya dihempas kuat pada dinding.
"Kalau tak tahu apa-apa, jangan pandai-pandai nak reka cerita. Aku buat ni untuk kembalikan kita semua ke dunia realiti.
Kau ingat aku hamak sangat ke sampai nak hidupkan yang dah mati? Sayang macam mana pun aku pada Caron, tak pernah terdetik aku nak buat begitu. Biarlah dia tenang di sana.
Dan sebab aku tak nak bersedihlah, aku nak kita semua tinggalkan Amajingland dan pulang semula ke dunia realiti. Kau faham tak, KIM NAMJOON?" terkedu jejaka berlesung pipit itu lantaran Taehyung mengakhiri luahan hati dengan jerkahan.
Cengkaman pada leher lantas dilepaskan.
"Dah pergi cari" jari-jemari dihayun-hayunkan Taehyung, menghalau Namjoon.
Dengan gopoh-gapahnya, dia meninggalkan Taehyung yang sudah terduduk atas sofa berhabuk.
Akibat fikirannya berselirat mengenangkan saat bahagia bersama Caron, juraian cecair jernih dari tubir mata mula menuruni ke pipi.
Setelah berlama-lama melayan perasaan, akhirnya Taehyung terlelap.
....
Prang!
Bunyi objek berkaca yang pecah berderai menyedarkan Taehyung dari diulit mimpi. Dia yang masih berkeadaan mamai bangkit dari sofa sebelum melangkah pergi, sedikit terhuyung-hayang.
Taehyung kehairanan. Dia beranggapan mereka mungkin sudah selesai dalam melakukan pencarian cincin itu sejurus dia bangun dari tidur. Tetapi, tiada siapa pun yang kembali berkumpul di ruang tamu.
Lantaran perasaannya kini berbaur dengan kerisauan, jadi dia pun meninjau merata tempat untuk mencari kawan-kawannya, atau lebih tepat bagi Taehyung, orang suruhannya.
Dapur dan bilik air menjadi tempat utama ditinjaunya, namun tiada langsung figura yang berada di situ.
"Tolong, tolong~" suara yang sayup-sayup kedengaran dari gegendang telinga membuatkan Taehyung sedikit cuak.
Dengan menderap langkah secara terjengket-jengket, Taehyung cuba mengikuti punca suara yang meminta pertolongan itu.
Suara itu makin jelas didengari sejurus dia menapak di hadapan sebuah kamar tidur. Dengan penuh berhati-hati, Taehyung memulas tombol pintu yang sedikit berkarat.
Setelah daun pintu dikuaknya, Taehyung terpempan melihat segenap kamar tidur tersebut. Mana tidaknya, pandangannya terarah pada kujur tubuh tidak berbaju yang dibasahi darah, tertiarap atas katil.
"Hyung!" segera Taehyung mendapatkan Seokjin yang pergelangan tangannya diikat tali.
"Mana Jimin, Hoseok hyung, Jungkook dan mana NAMJOON HYUNG?" Seokjin sekadar menggeleng, tidak tahu keberadaan yang lain.
"Baik k—kau pergi da—ri sini. Tem—pat ni tak selamat" ujar Seokjin bersama hela nafas yang tidak teratur.
"Betul tu, kau patut blah dari sini awal-awal tadi" terketar-ketar tubuh Taehyung untuk memaling ke belakang.
Namun dia tidak berkesempatan untuk melihat gerangan orang tersebut ekoran belakang badan dipukul kuat sehingga dirinya terdorong untuk jatuh atas tubuh Seokjin.
Meskipun pandangannya makin mengembang dan kabur, namun sempat dia memandang sebentuk cincin suasa bertakhtakan intan berbentuk swan yang tersarung elok pada jemari manis orang itu.
"Finally I found you!" tutur Taehyung lemah sebelum tatapannya mulai kelam dalam kegelapan.
🍉🍉🍉🍉🍉
Sorry for bored chapter, Wauthormelon akan cuba yang terbaik di chapter seterusnya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top