13

𝑰'𝒎 𝒉𝒂𝒑𝒑𝒚 𝒕𝒐 𝒔𝒆𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒏𝒐𝒘 𝒂𝒏𝒅 𝑰 𝒉𝒐𝒑𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒘𝒊𝒍𝒍 𝒂𝒍𝒘𝒂𝒚𝒔 𝒃𝒆 𝒍𝒊𝒌𝒆 𝒕𝒉𝒊𝒔...



~~~

"Vanilla ke coklat?"

Sieun menunjuk ke arah roti berperisa Vanilla.

"Vanilla tak sedap,"

Sungchan mencapai dua bungkus roti berperisa coklat dan membawanya ke kaunter.

"Tch, baik tak payah tanya," rungutnya sebelum berjalan keluar dari koperasi sekolah.

Mereka berdua kemudiannya ke tangga di tepi padang. Tempat biasa untuk mereka menghabiskan waktu rehat.

"Yaa, Omma aku dah boleh discharged esok," beritahu Sieun sambil dia mengoyakkan plastik pembungkus rotinya.

"Boleh lah saya datang melawat," ujar Sungchan.

Setelah kejadian di perhentian bas dua minggu lepas, hubungan mereka makin baik. Sieun masih lagi seorang yang diam dan tidak bergaul dengan pelajar lain. Tetapi dia sudah mula membuka ruang untuk berkawan dengan Sungchan.

"Kalau aku tak bagi pun, kau tetap akan datang kan?"

Sungchan ketawa perlahan. Dia juga sudah mula rapat dengan ibu Sieun. Baru dia tahu yang Puan Kim sebenarnya penghidap kanser darah. Wanita itu kerap berada di hospital berbanding dengan rumahnya sendiri.

"Bila kita nak pergi tasik tu?"

"Tasik? Yaa, takde apa yang menarik pun lah kat tasik tu," rungut Sieun.

Sungchan tidak habis-habis ingin ke tasik tersebut. Sieun pula, dia kalau boleh memang tidak mahu ke sana memandangkan dia pernah cuba terjun ke dalam tasik itu selepas pemergian bapanya.

Cuma niatnya itu dibatalkan bila mengenangkan ibunya yang sakit.

"Tapi kalau pergi dengan awak mesti menarik,"

"Ah, jangan nak mengarut. Kalau kau nak pergi, jangan ajak aku. Pergi sendiri,"

"Saya tetap nak pergi dengan awak. Sekarang memang awak tak nak. Tapi saya yakin nanti awak sendiri yang akan pergi tanpa paksaan saya,"

"Yakin je kau,"

Tanpa mereka berdua sedari, ada orang yang memerhatikan mereka dari salah satu tingkap kelas di bangunan sekolah.

"Tak guna, budak tu memang tak pernah hiraukan amaran aku," Jongho menggenggam erat penumbuknya.

"Yaa, bukan salah dia je. Sieun tu pun nampak macam sukakan dia. Habis lah kau Jongho, saingan kali ni memang luar biasa," ujar Hyunjin.

"F**k! Yaa, korang kena tolong aku plan something. Aku tak kira, aku tetap nak Sieun jadi milik aku semula,"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top