P&P 2 : «4«

"kau marah dekat aku lagi ke? "

Soal Adam,  Aqmar ni cakap je merajuk tapi keluar juga makan.

"sikit. "

"kau ada marah Amira ke? "

Aqmar tergelak sinis.  Mengadu lah tu, mengada.

"aku syak dia syok dekat kau lah weh. "

"jangan mengarut lah, dia tu tak layak dengan aku.  "

"tapi bagus juga, sebab aku syok kat dia. Tapi kalau dia syok dekat kau, kau reject tau! Faham? "

"kau sebenar nya tak ada lah syok sangat dekat dia kan, kau sebenarnya nak rasa badan dia je.. Kan? "

Aqmar memandang Adam yang berada di depan nya.  Kening nya terangkat beberapa kali.

"haha lebih kurang. "

Adam laju bangun ke sinki untuk membasuh pingan nya, Aqmar berkerut.

Patut lah beria 'syok' dekat budak tu, ada niat jahat rupanya.

Takkan aku bagi dia dekat kau.

***

Seminggu berlalu, sudah lama Amira tak nampai kelibat Aqmar dan Adam datang berjumpa dengan nya.

Wah marah betul dia.

Harini cuti jadi baik dia bersiar siar. Tenang kan fikiran, minggu ni terlalu banyak kutukan yang dia dapat semenjak pakai costume lembu tu.

"cik adik "

Lelaki yang sedang menunggang motor itu bersiul siul memanggil, Amira tersenyum lalu mengangkat kepala nya.

"ye? "

"emm adik nak pergi mana? "

Lelaki itu mula memdekati, tanpa was was Amira menjawab.

"saya nak pergi 99 jap, lepastu nak ke taman.. Abang ni siapa? "

"oh... Tak elok adik manis jalan sorang sorang.. Mari abang bawa kan"

Tanpa menjawab pertanyaan Amira,  laju lelaki itu meng'offer' diri nya untuk menghantar amira.

Amira berfikir sebentar, boleh percaya ke ni?

"adik jangan lah takut.. Kalau abang jahat dekat sini juga abang culik adik tau. "

Padahal hakikat sebenar memang sekarang lah lelaki ni cuba untuk memancing Amira mengikut nya.

"er.. Betul ke ni.. Tak menyusahkan? "

Lelaki itu menjilat bibir bawah nya sebelum memegang tangan Amira untuk bawa ke motor.

"abang.. 99 dekat lorong sana. "

Kata Amira selepas melihat lelaki ni macam nak melencong ke tempat lain. Hati dah rasa pelik dah ni!

Lelaki itu tak menjawab, sekadar merenung Amira dari cermin sahaja.

"abang berhentikan saya dekat sini."

"okey. "

Lelaki itu masuk ke satu lorong gelap, berdekatan tempat sampah.

Senang nanti lepas 'buat' terus buang!

"turun. "

Amira turun lalu di tergesa gesa ingin jauh dari tempat seram tu.

Tangan nya digenggam laju.

"kau nak kemana? "

"lepas! Awak ni jahat! "

"budak bodoh jela yang nak ikut aku, meh sini alang alang dah terikut. "

Laju lengan nya disentap dan ditarik ke arah lelaki itu.  Laju badan nya ditolak ke dinding lalu kedua belah tangan lelaki itu mengunci pergerakkan Amira.  Amira terkedu.

"emmm cantik. "

Lelaki tadi mendengus lembut.  Hidungnya dihalakan ke leher mulus Amira.  Sempat lidahnya menjilat sekitar kawasan leher Amira. 

Air mata sudah berjujuran jatuh, tahu apa bakal jadi lepasni.

"hey sayang, jangan lah nangis.. Tak syok lah nanti."

Amira mengeleng laju.

"lepaskan saya.. Saya tak nak! "

Pipi kanan Amira dicium sekilas. 

Perempuan cantik kena slow slow, tak apa, banyak lagi masa kita ada.  Hehe.

"saya kata lepaskan saya! "

Laju kaki Amira menyepak tempat sensetif lelaki itu.  Badan lelaki itu ditolak menjauhi nya.

Dasar lelaki tua seram!

Dia berlari laju meninggalkan lelaki yang tengah meraung kesakitan itu. 

Sedari tadi memang dia sedar hujan sudah rintik rintik turun jadi dia tahu selepas ni hujan akan turun dengan lebat.

"huu, aku tak tahu jalan balik! "

Dia menangis lagi kuat.  Dia berlari sekuat hati apabila terasa hujan makin lebat.

Keluar sahaja dari lorong, sebuah kereta toyota hilux berwarna hitam melanggar Amira dari arah bertentangan.

Amira bernafas laju, kepala nya terasa amat perit. 

Matanya terkelip kelip apabila hujan lebat jatuh membasahi badan nya.

Ayat terakhir yang dia dengar sebelum matanya terkatup rapat adalah.

Amira.

***

"bangang, mana kau jumpa dia ni! "

Terkejut Adam apabila Aqmar masuk ke dalam rumah sambil mendukung Amira.

"aku terlanggar dia.  "

"terlanggar?"

"ye dia tiba tiba keluar dari simpang tiga tu. "

Badan Amira diletakkan di sofa.  Ah mampus lah sofa ni bau darah.

"kenapa tak bawak pergi hospital? "

"nanti aku kena tangkap macam mana? "

"em.. Jap aku ambil peti kecemasan. "

Laju Adam bergegas ke bilik.  Amira yang terbaring di sofa dipandang, liurnya ditelan.

Aish sabar Aqmar!

***

"hm"

Amira membuka mata, tak lama kemudian matanya tertutup kembali.  Cahaya lampu buatkan matanya pedih.

"dah sedar pun"

"Aqmar? "

Aqmar bangun keluar dari bilik itu, Amira bangun dari baringan lalu memegang kepalanya yang terasa amat perit.

Hentakkan di jalan tar masih terasa.  Aish satu badan rasa sakit.

Aqmar masuk semula ke dalam bilik, ditangan nya ada segelas air kosong dan sebekas bubur dibeli di mcd.

"saya dekat mana? "

"rumah aku. "

"macam-"

"aku langgar kau, macam mana kau boleh ada dekat tempat sunyi tu? "

"hampir kena culik. "

Jawab Amira sambil menyambut gelas air kosong dari tangan Aqmar.

Aqmar merenung segenap wajah Amira.

"kenapa? "

"tadi aku nak tukar baju kau tapi macam biadab pula.. "

"jadi? "

"pergi tukar baju, baju tu dah busuk bau darah. "

Aqmar berlalu ke almarinya lalu sehelai baju T berlengan panjang dan seluar tracksuit diambil.

"nah. "

"terima kasih Aqmar."

"hm"

Aqmar melangkah ke arah pintu, takkan nak tengok dia mandi pula kan.

"Aqmar, maafkan saya."

Aqmar berhenti dari melangkah, tapi dia tidak menoleh.

"saya dah banyak menyusahkan awak Aqmar.. Maaf"

Aqmar keluar dari bilik itu tanpa membalas kata kata Amira.  Bibirnya tersenyum kecil, comel.

"oi, dah sedar ke dia?"

Adam menyoal sambil matanya masih memandang TV.

Aqmar tidak membalas, sebaliknya mengambil tempat di sebelah Adam.

Bibirnya masih tersenyum kecil.

Macam mana perempuan senget tu boleh pikat hati aku?

Tbc

Bila malas melanda, ayat pun jadi pelik. 

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top