[8] promise

"hah nak jumpa buat apa?  Dekat tempat busuk ni lagi" afiq menyoal malas.  Banyak banyak tempat, tempat simpan mayat jugak pilihan Izz, menyampah 

"harini hari kerja korang.. Kemas setiap satu bilik ni" izz mengarah.

"tapi ni bukan kerja aku" Faz menyoal ketidak puasan di hati

"nevermind.. Just do it.. Tak salah kan? " kening Izz terangkat sebelah

"suruh lah si amelia tu tolong" afiq memeluk tubuh. Memerli

"aku malas kacau dia..dan dia tak patut tahu pasal ni? "

"tahu pasal apa?? " am yang tiba tiba ada dibelakang izz dengan selipar mak faz lagi menyoal pelik. 

"macam mana kau sampai dekat bawah ni?? " soal izz terkejut. Yang lain apa kurangnya

"menggunakan kaki.. Oh saya nak keluar sekejap. Boleh? "

Izz menyimpan senyuman.  Akhirnya okay sikit, dah mampu berbual kalau tak dah macam orang bisu 2 hari ni

"aku teman kan"

"saya nak pergi taman depan tu je pun.  Asal kedekut sangat?? "

"aku bukan kedekut.. Tapi aku risau"
Izz memeluk tubuh.  Cuba membuat riak garang. Bila tah orang kata kedekut eii babab baru tau budak kecil ni

"alah alasan.  Cakap je sebenarnya saya ni dikongkong! " tegas am.  Dia naik ke atas.

Izz mengurut kepala.  "ayok~ ada orang merajuk.. Pergi pujuk" gelak faz dan afiq melihat telatah pasangan tu

"takde kuasa aku nak pujuk.. Pergi buat kerja korang"

Izz naik ke atas.  Faz dan afiq berpandangan antara satu sama lain "ermm tak pernah pernah aku tengok izz tu lemah lembut cenggitu.. Kalau si aina dulu kalau dia tinggi kan suara terus kene lempang wei" afiq memulakan pok pek pok pek dia

"dah pergi kemas kat bilik mayat tu.. Aku kemas bilik sana" afiq mengangguk dengan arahan Faz

Izz membuka pintu bilik am.  Sekarang diorang tak tidur bersama.  Izz takut ganggu am. Dan seperti biasa, am masih merenung tingkap

"wei.. Kau ni emosi selalu.. Period ke apa? " izz berjalan perlahan ke arah am.  Am mengelap air mata.  Izz terkejut

"kk-kau nangis ke? " am menjeling "diam lah!  Kenapa awak selalu kene menyebok dalam hidup saya? Saya nak keluar sekejap pun tak boleh ke!! "

"kau nak keluar sangat kan?? Keluar lah!  Makin mengada hari demi hari.  Eh aku ada banyak kerja lain selain layan kau yang perangai childish nak mati ni! Pergi lah keluar.. Berambus terus!!" akhirnya kemarahan menguasai diri izz.  Apa yang tersirat dalam hati diluahkan.  Sebenarnya memang penat buat baik dekat orang yang tak reti hargai ni. 

Am memandang izz "ok saya pergi!  Jangan lah tinggi kan suara!  ingat saya pekak ke?! " am mengambil beg dan phone lalu keluar dari bilik.  Izz meraup muka "ah keluar lah.  Takde siapa kesah.  Aku tumbuk muka kau nanti baru tau" kata izz geram sebelum merebahkan punggung di katil bilik am

Pintu tiba tiba terbuka.  "nak keluar lah ni! Bising je! "

🔪🔪

Am jalan jalan di taman tasik tah tak tau dimanaa lokasi nya. Jauh lah jugak dari rumah.    Ramai orang berjoging di sini.  Ah amanya dapat keluar dari istana besar tu!

Seorang lelaki yang sedang berjoging sambil kalut membetulkan earphone nya terlanggar am.  Am terjatuh di tepi laluan joging yang berbatu halus tapi tajam tu.  Seluar yang dipakai am terkoyak sedikit beg dah terburai jatuh

Haih aku Karang ada kena pukul ni

Lelaki tadi memandang am denga mata membulat "alamak,  sorry sorry!  Den tak sengajo! kalot sangat tadi bakhang" berterabur loghat campuran kedah dan negeri sembilan lelaki tu "tak apa tak apa" lelaki tadi meyangkung "awak tak apa apa ke?  " am mengeleng. GILA KAU TAK ADA APA APA.. SAKIT NI WEI! 

ikut kan hati nak je maki dia ni.  Tapi disebabkan handsome dan comel macam jackie chan + jungkook dia abaikan kesakitan tu.  Lekaki tadi berdiri dan menghulurkan tangan tapi ditepis oleh seseorang.  "izz--izzuan awak buat apa dekat sini?? " am memandang tangan izz yang dihulur tu.  Izz memusingkan anak mata sebelum didukung am secara bride style.  Am terjerit kecil

Dicapai beg kecil nya sebelum izz berlalu pergi

Lelaki tadi semakin binggung "apo bondo yang den nampak tadi tu?  Den kompius"

Lelaki tadi menunduk untuk mengambil earphone yang sudah berpecah menjadi dua tu

"masok yang ni dah kali ko 19 den boli. Kono boli laie lah ni?? " lelaki tadi mengeleng.  Lelaki tu terpaku pada dompet yang jatuh tu.  Dibukan purse tu.  Gambar seorang wanita yang molek molek gitu

Ye am lah tu

🔪🔪

"ini lah yang aku risau kan!!  Kau mesti akan curang"

"saya tak curang!!  Dia yang langgar saya"

Izz memandang am yang duduk di seat hadapan tu "menjawab!  Best lah hah jatuh?? "

"best lah!  Janji dengan lelaki yang baik tambah pulak handsome dan comel.  "

"lain kali kau jangan keluar lagi--"

"wait wait!  Awak jeles ke mende?  Astagfirullah saya pun tak kenal dia tu, nak jeles jeles kenapa?! " soal am. 

"aku bukan jeles tapi aku menyampah tau??  Kau tu bakal isteri aku!!  Aku tau kau memang takde muka tapi tolong jaga muka aku sebagai bakal suami kau" am terus terdiam. 

"jadi awak sayang kan saya ke?"

Izz diam malas mahu balas.  Buat hilang air liur je layan dia ni. Sewel je

"kalau tau tak sayang saya buat apa pilih saya sebagai isteri awak?"

"lebih baik kau diam sebelum sesumpah masuk dalam mulut kau"

"saya lebih rela"

Izz memakirkan kereta di garaj. Gaduh gaduh, sampai. 

Dia terus berlalu keluar dari kereta.  Geram dengan perangai budak dalam kereta tu. 

Am membuka pintu perlahan.  Am tiba tiba tepaku apabila mata nya terpandang satu laluan gelap dan banyak rumput rumput berjalar

Am masuk ke laluan itu. Dan siapa sangka ada tangga di situ. am menuruni tangga yang sangat sangat gelap tu.  Sampai di tangga terakhir dia sekarang berada di laluan bawah tanah. Obor di setiap pintu menghangat kan ruang yang dingin. Am memeriksa setiap pintu.  Di setiap pintu ada satu ruang untuk melihat. Tapi semuanya tertutup.

Sampai di ruang terakhir am memandang satu lorong yang tiada pintu mahupun obor. Hanya ruang kosong yang gelap.  Di sebelah lorong tu ada satu pintu yang tempat untuk melihatnya terbuka.

Am menjengguk sekilas.  Mata am terbuka luas!  Apa yang dipandang oleh nya ada lah real atau pun bukan?!

Am membuka pintu bilik tu dan terlihat ada lebih kurang 3 mayat perempuan yang sudahpun bertengkorak. Hanya tersarung baju kurung yang terkoyak

Bau mayat yang busuk menyapa kehadiran am.  Am menutup hidung.  Am memandang seorang perempuan yang duduk memeluk lutut tu.  Am pasti dia masih hidup "hello" perempuan tadi mengangkat muka "iz--izz jangan apa apa kan aku!  Aku tak nak mati!!" am datang rapat pada perempuan tu "jangan risau!  Saya ni bukan izz"

"ah kau mesti bakal isteri izz.. Tolong berhati hati!  Tolong lepaskan aku! Aku nak keluar dari sini neraka ni"

Am berkerut "apa maksud awak??  Ok takpe esok saya fikir cara untuk lepaskan awak dari sini dan beritau saya semuanya!  Saya ada roti dan air.  Ambik lah" perempuan tadi merampas air dan roti tu.  Tangan dia teruk.  Kulit dia terkoyak sehingga nampak tulang putih. 

"nama awak siapa? " soal am

"aku ain.. "

Am nengangguk.  Am meminta diri untukberlalu pergi. Pintu di tutup "apa yang sebenarnya berlaku dekat sini?? "

Tbc

Kalau sempat, malam ni jugak publish chapter ke 9 dan ke 10

Sabar tauuu

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top