[35] psycho and promise

4 tahun kemudian

"aira anak Daddy.. Sini" panggil izz lembut.  Anak gadis nya yang sudah berumur 4 tahun dipandang.  Tenang saja hatinya. Sekali sekala dia tersenyum melihat tingkah laku Aira.

Walaupun sudah 4 tahun Amelia meninggalkan dia tapi hatinya tetap tak boleh melupakan wanita itu.  Rindu, sedih, terkilan, kecewa ahh semua perasaan lah.

"abang.. Termenung apa tu? " Sara yang berada di sebelah izz tu menepuk peha suaminya yang mengelamun itu.

"Am..hahaha" izz gelak kekok. 

"awak rindukan dia? " izz mengangguk. Pipi isterinya nya dimain, chubby!

"kalau awak tahu Am mengandung, mesti semua ni takkan berlaku bukan? " Sara serba salah. Dah ye, kalau bukan sebab dirinya Suraya mesti tak mengamuk.

Izz memandang wajah isterinya.  Dielus rambut isterinya lembut.

"Sara, ini bukan salah awak.. Tuhan dah tentukan kita memang tak dapat nak ubah. Ulang lah masa yang sama sejuta kali sekalipun,  semuanya tetap akan sama" matanya berkaca tiba tiba.

Sara hanya tersenyum kekok

"awak.. Awak ingatkan yang Aira itu anak bekas kekasih saya? " izz mengangguk

"dia datang balik pada saya.. Dia minta maaf, dia betul betul nak pikul balik tanggungjawab dia semula--"

"takpe lah.. Dia lah orang yang sebenar benarnya layak untuk memberi kasih sayang pada aira dan awak.. "

Sara terkedu

"awak tak marah? "

Izz geleng. Dia dah tak ada rasa apa dah, dahulu dia berkahwin sebab nak kan anak tapi sekarang.. Tak lagi.

"jadi kita akan berpisah?? 

"kalau itu yang terbaik" Izz hanya tersenyum lemah.  Sara hanya mengangguk seraya meraih tangan Izz.  

Izz memandang anak perempuan nya. 

Agak agak nya apa jantina anak di dalam kandungan Am ye?

***

Izz memandu keretanya ke rumah lamanya. Setiap kali rindu dia akan kerumah itu.  Rumah sekarang nya dah menjadi milik tetap Sara dan bekas kekasihnya yang sudah menjadi suami nya. Dia tak kisah, apa gunanya berkahwin tanpa cinta kan?

Mangga dibuka.  Pintu itu dikuak perlahan.  Dia mengeluh

Dia berjalan ke ruang tamu. Meja makan dipandang.  Masih kemas..

"sayang--"

"pergi mandi.  Lepastu makan" tiba tiba terlintas ayat itu di minda nya. Time tu dia baru balik kerja

Masatu Am merajuk sebab menghina orang yang ingin masuk ke universiti. 

Bukanya dia sengaja.. Dia tak sanggup nak berjauhan dengan isteri tersayang haha--

Chapter 28#

Izz membuka pintu bilik tidur dia dan am

Tiba tiba bayangan Am dan dia yang duduk di atas katil

"izz nak anak"

"kenapa?  Salah ke? "

"tak salah, tapi saya tak sedia lagi"

"boleh lah"

"tak mau! "

"mau mau! "

Gelak tawa mereka berdua masih terngiang ngiang di kepala

Matanya tiba tiba berkaca. 

"kenapa cepat sangat sayang pergi? Ke--kenapa?" cecair jernih mula mengalir. Dia menunduk

Sejujurnya dia terlalu rindukan isteri nya itu.  Selepas berpisah dengan isteri keduanya, makan minum sudah tak terjaga.  Makin cengkung wajah Izz jadinya

"abang nak ikut sayang--" esakkan nya makin kuat dan jelas.

***

Diparking kereta nya di halaman istana lamanya itu.  kawasan itu sudah penuh dengan lumut.

Sudah macam bagunan terbengkalai dah.  Sekuntum bunga ros digenggam erat

Dia berdiri di hadapan kubur kawan baiknya, fazrul.

"kau sihat ke?? Aku kat sini tak ok.  Kau macam mana?  Tengah dating dengan isteri aku lah tu haha, kek beras dah besar ke?  Berapa umur dia? 3? 4? Itu tak penting lah.. Kalau kau ada dengan isteri aku, tolong jaga dia.  Dia tu kuat merajuk tau.  Kalau dah muncung muncung tu faham faham jela.  Ingat, walaupun korang dekat sana dan aku kat sini bukan bermaksud kitaorang bukan suami isteri ye.  Jangan kau pandai pandai kahwin dengan am kat sana. Kalau taknak mati dua kali baik jangan buat haha--" air mata diseka.  Gelak palsu nya tersekat.  dia mengambil nafas buat seketika

"faz.. Aku rindu kau, aku tak sabar nak jumpa kau dan Am kat sana.. Tunggu aku ye.. "

Bunga mawar itu diletakkan diatas kubur tersebut

Dia beralih ke satu tempat yang terletak 56 kubur yang diletakkan berderet

"korang semua apa khabar? Sihat?  Macam mana dengan kehidupan baru?  Ye, aku tau aku salah sebab buat korang semua macam ni. Hahaha 57 orang isteri aku ada... Kalau lah aku jumpa amelia dari awal, korang mesti takkan jadi macam ni kan?? " sekuntum bunga mawar yang terselit di belakang seluarnya ditarik.  Di letakkan ke bawah.  Satu penghormatan buat mereka semua.

Izz menunduk lama.  Dia berlalu pergi.  Angin yang meniup lembut membuatka kelopak itu terbuka bagaikan sedang mekar

***

Izz berdiri tegak di pintu pagar tanah perkuburan islam gombak.  Dengan berat hati dia menolak pintu pagar itu. 

Air matanya makin galak jatuh. Dia terduduk disebelah kubur Am.

"sa-sayang"

Dia menangis makin kuat, Ya Allah.

"sayang.. Abang rindu, abang nak ikut sayang"

"awak dah tak ada, awak dah pergi syurga "

Izz mendonggak memandang langit. 

"janji dengan abang, tunggu abang ye.. Abang rindu"

Rumput rumput halus ditarik agar kubur Am tampak bersih.

Dagunya bergetar, tak dapat dia menahan sebak.

"kami berdua tunggu abang, jangan menangis lagi... "

***

Pintu balai polis itu dibuka oleh Izz

"ye ada apa apa boleh saya bantu? " Izz memandang anggota polis yang berbadan tegap itu. Polis itu duduk sambil matanya tak lekang memandang izz

"aku nak buat satu laporan.. Tangkap aku, aku telah melakukan banyak kesalahan berat iaitu membunuh 59 orang termasuk 1 pekerja dan seorang wanita yang telah membunuh isteri aku.  Tolong jatuhkan hukuman gantung sampai mati pada aku. Aku adalah seorang psycho yang tak pernah dijejaki polis dan ada sebuah istana terletak di tengah tengah hutan. Kes aku pernah tular sebab menculik, mengahwini ramai wanita tapi semua kes langsung tak dijejaki polis.  Tolong jatuhkan hukuman setimpal untuk aku" izz menghulurkan kedua dua tangannya ke arah pegawai polis tersebut agar pegawai polis itu mengari tangan nya.

Polis tadi yang duduk tegak kini bersandar ke kerusi.  Bagaikan tak percaya.  Lelaki misteri yang dahulu pernah diburu polis tapi langsung tak dapat dijumpai.  Akhirnya kes itu ditutup. Dan siapa sangka si pembunuh yang kejam itu sendiri melaporkan kesalahanya sendiri di balai polis dan meminta untuk menangkap dan jatuhkan  hukuman?

***

Kepala izz ditutup dengan satu guni kecil.  Tanganya di gari dan dia sedang di bawa ke bilik gantung.

Atas kesalahan berat nya, dia digantung sampai mati.

Dalam hatinya tak henti henti mengucap, menyebut nama Allah.

Kepalanya dimasukkan ke tali gantung. Hanya menunggu pihak polis tersebut menekan butang merah.

"abang datang, sayang.  " Izz berkata perlahan dalam keadaan kepalanya ditutup.  Rasa berdebar dan gelisah.

"awak ada apa apa nak cakap encik izzuan?" soal pihak polis yang sedikit gemuk itu, dia sudah bersedia menekan butang merah.

"saya harap jenazah saya dapat disemadikan disebelah kubur isteri saya. "

Anggota polis itu memandang sesama sendiri sebelum seorang anggota polis kurus tinggi itu mngangguk memberi arahan kepada anggota polis yang sudah bersedia memegang butang itu.  Beberapa detik kemudian polis tersebut menarik butang merah. 

Badan izz terapung apung di udara. Sesak nafas.  Air matanya mengalir akibat terasa perit, sukar bernafas.  Sekelip mata tubuhnya tidak ada lagi sebarang roh.  Hanya tinggal tubuh yang terapung diudara.

***
2 tahun kemudian

"saya ada dengar ada muzium dekat tengah tengah hutan tu.  Muzium tu pernah dikaitkan dengan pembunuhan 56 orang wanita dalam masa 5 tahun jom pergi sana" Sara terkedu mendengar permintaan suaminya.

Sampai sahaja di destinasi yang dituju pintu kereta dibuka.  Ramai pelancong dan orang awam memasuki pintu masuk istana yang bersih itu.  Aira yang sudah berumur 6 tahun itu didukung oleh Haiqal.

"banyak kereta.. Ramai yang nak melawat istana ni. Katanya istana ni baru ditinggalkan 2 tahun lepas" Sara mengouhkan sahaja

Masuk saja di pintu masuk, Sara dan Haiqal ke ruang bawah tanah.  Ada seorang wanita yang mencerita  latar belakang tempat tersebut

"disini lah tempat 56 orang wanita itu ditempatkan.  Hanya seorang sahaja yang dapat diselamatkan oleh isteri terakhir si pembunuh.  Tapi akhirnya meninggal juga akibat dibunuh oleh si pembunuh.  Setiap bilik mempunyai obor dan pintu pintu diperbuat daripada besi.  Anda semua boleh melawat ruang dalam penjara ini. Sila berhati hati" wanita itu tersenyum.  Kebanyakkan orang menangkap gambar ruang dalam penjara tersebut

Sara dan Haiqal ke ruang lebih dalam.  Ada satu lorong yang menujuk ke satu bilik

Mereka berdua tak lepaskan peluang untuk masuk ke dalam ruang terbabit

"disini, dipercayai ruang membaca salah seorang pekerja si pembunuh.  Ada sebuah album yang diisi dengan satu gambar si pembunuh dan adik si pembunuh.  Ramai orang melihat gambar tersebut.  Sara memandang gambar tadi dengan terkejut nya "i-izz" dia berkata perlahan.

"dipercayai mangsa mangsa dibunuh akibat ingkar arahan dan mungkir janji "

Sara dan Haiqal ke ruang tamu pula

"2 tahun lepas, si pembunuh sudah dijatuhkan hukuman mati yang direport sendiri oleh si pembunuh. Aktiviti si pembunuh pernah tular satu ketika dahulu tapi langsung tak dapat dijejaki oleh pihak polis. Anda boleh ke belakang rumah untuk melihat kubur kubur ke semua mangsa yang dibunuh termasuk pekerja si pembunuh"

Sara  mendukung Aira.  Semakin lama semakin berdebar hatinya. Takkan lah izz seorang yang jahat sedangkan dia sangat baik dengan dirinya ketika masih bersama.  Dan kematian Izz langsung tak diketahui oleh Sara

"ini adalah kubur bekas bekas isteri si pembunuh.  Dan sebelah sana ada kubur pekerja si pembunuh. "

Sara dan haiqal memandang setiap nama nama mangsa.

"kesian kan diorang ni? " soal Haiqal

Sara mengangguk "ye"

"semua mangsa dibunuh akibat ingkar arahan dan mungkir janji, kami telah menamakan muzium ini sebagai 'psycho dan promise' dan semua info yang saya berikan pada kamu semua adalah info yang diberitahu oleh si pembunuh sendiri melalui hasil temu bual. Berakhir sampai disini sahaja pameran. Selamat tinggal dan jumpa lagi! " senyum wanita itu.

The end - ♡

Ada yang nak tanya apa apa tak sebelum kita masuk ke pap2?

Tapi rasanya terpaksa hold dulu pap2 untuk beri ruang kepada karya saya yang lain.

Korang dijemput baca karya saya yang lain, drinknice.

Maaf kalau ada kekurangan dalam chapter ni. 

Psycho and promise, melabuhkan tirainya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top