[34] psycho

Signal kanan ditarik. Laluan yang menuju ke hutan, semak samun dan jalan bengkang bengkok membuat kan am tidak selesa

"lamanya tak datang ke sini.. Semak samun makin tebal.. Kalau dulu--" dia terdiam sekejap.

Ye kalau dulu pasti akan dibersihkan oleh faz

Rindu nya pada lelaki tu.

Am parking kereta nya di halaman rumah itu. Kerusi batu yang selalu jadi tempat dia duduk dan membebel sudah menjadi rumah pada lumut lumut hijau. Pili air yang selalu faz gunakan untuk menyiram pokok pokok kesayangan nya hanya dipandang sayu. Pokok pokok semuanya sudah mati.

Am ke belakang rumah. Kubur ditempat faz ditanam dipandang. Dia menunduk. Sumpah dia amat merindui lelaki itu.

Air mata lembut membasahi pipi. Cepat dia seka kuat. Dia memandang ke arah bagunan rumah ini.  Sudah 5 tahun ditinggalkan.  Persis rumah hantu.

Dia masuk ke dalam rumah "suraya!! Mana kau!! Keluar kau!! " jerit am. Tiba tiba terdengar besi jatuh di laluan bawah tanah. Laju dia menuruni tangga itu. Selipar selipar yang tersusun rapi di tepi itu hanya dipandang. Dia menuruni anak tangga dengan berhati hati apa bila teringat tentang kandunganya.

Setiap bilik dia periksa dimana suraya berada. Bilik pertama sampai ke 7 masih tiada. Malah bilik itu bersih. Tiada sebarang mayat langsung.

Am memeriksa bilik ke 8. Alangkah terkejut nya dia memandang izz yang duduk di sebuah kerusi dan diikat tangan ke belakang hanya tertunduk dan hanya diterangi sebuah lampu tergantung yang betul betul berada di atas kepala nya.

Hampir rebah am dibuatnya.

"suraya! Keluar kau! "

Klik~

Tiba tiba satu lagi lampu tergantung tepat di atas kepala Sara. Sama, diikat tangan kebelakang tapi bezanya mulut sara ditutup dengan selotep berwarna hitam.

Sara memandang Am dengan mata berkaca.

Sara mengeleng laju dengan air mata

Tap! tap! tap!

Bunyi derapan kasut itu memecahkan kesunyian.

Akhirnya lampu samar samar terbuka. Suraya menepuk tangan beberapa kali sebelum mendekati am

"apa yang kau buat ni suraya! " jerit am

"apa aku buat?? Aku tengah buat sesuatu untuk dapatkan izz" tenang suraya bercakap

"stop it suraya! Kau dah gila ke? "

"ye.. Memang aku gila. " am mengenggam penumbuk. Mahu je dia menampar perempuan didepan nya itu, makin melampau!

"dasar tak kenang budi! " nafas am tak teratur

"haha--aku ada idea untuk lepaskan korang bertiga ni dengan selamat" senyum suraya

Am hanya diam. Dia memandang izz yang tertunduk. Ada sedikit kesan darah dan lebam di bahagian bibir. Lemah

"bercerai dengan izz dan gugurkan kandungan kau-" mata am membesar. Di-dia tau?!

Izz yang menunduk lantas mengangkat muka

"sa-sayang, awak mengandung? " soal izz. Sebak

Am mengigit bibir

"saya minta maaf--"

"awak mengandung? " kali ini keras sedikit suara Izz. Bukan maaf yang dia mahu dengar!

Am menunduk seketika. Dia mengangkat muka. Akhirnya dia mengangguk

"ap--apa? Kenapa awak rahsia kan sayang? Kenapa awak taknak bagitau saya? " mata Izz berkaca. Kecewa, sungguh kecewa.

"sebab saya kecewa dengan awak Izz.. Awak duakan saya.. Awak tak fikir perasaan saya--"

"hei! Dah lah! Aku tak suruh korang buat drama murah korang kat sini! Kau dengar sini ye lembab.. Aku bagi kau dua cadangan. Gugurkan kandungan kau dan bercerai dengan izz atau bunuh izz depan mata kau" suraya memberikan cadangan sambil bahu Am disentuh, senyuman sinis diberikan.

"aku pilih nombor 2" Suraya terkedu. Sara dan izz juga begitu. Namum Suraya lantas tersenyum manis.

"ok.. Nah-" pistol diberikan pada Am. Am terkedu. Tak--ini bukan yang dia rancangkan!

Izz mengambil peluang untuk meloloskan diri dari tali yang mengikat nya, lembab tali pun tak terikat rapi.

Tali yang sudah terbuka dibiarkan. Tunggu masa sesuai untuk selesaikam Suraya.

"cepat.. Tembak lah" tangan Am bergetar memegang pistol itu.  Tangan nya tegak mengacu pistol itu pada Izz

"abang.. Sayang--"

"abang faham.. Teruskan"

Izz sudah bersedia untuk menyelamatkan diri

Mata am berkaca. 

Suraya mendenggus keras, dia mengeleng sebelum pistol di tangan am dirampas laju.

"lembab lah kau! "

Pang!

Satu tembakan tepat mengenai perut am. Rasa seperti sebuah mimpi. Am jatuh ke lantai. Perutnya terasa sangat sangat perit. Ari ari nya terasa pedih. Air matanya mengalir deras, sakit yang teramat.

Mata Izz membulat. Air matanya mengalir memandang isterinya yang ditembak. Anak nya--isterinya

Sara yang memandang itu hanya menangis tanpa suara.

Suraya mencangkung memandang Am. Bahu Am ditolak kasar.

"kan senang kalau kau gugurkan je anak ni. Takdelah kau korbankan diri--" Suraya menoleh apabila terdengar bunyi orang berlari ke arahnya. Matanya membulat apabila Izz sedang berlari sambil mengangkat kerusi kayu.

Kerusi yang dipegang oleh izz dibaling terus ke arah kepala Suraya. Suraya terus tejelepok jatuh dengan kepala yang berdarah.

Izz duduk. Kepala isterinya diangkat dan diletakkan ke pehanya. Air mata nya mencurah curah jatuh.

"sayang--sayang.. Tahan sayang. Sayang kuat kan? " tangan kanan am digenggam erat, bibirnya mencium pelipis isterinya.

Am mengangkat tangan kirinya lalu mengusap air mata yang berada di pipi Izz. Am cuba untuk tersenyum.

"saya dah buat kesilapan yang susah untuk awak maafkan. Sayang tolong kuat demi abang.. " rayu Izz, tangan nya turut menyentuh tangan Am yang berada di pipi itu.

"shhh, dunia memang tak adil abang, Aisyah dah maafkan abang. Jaga diri ye abang"

"tak! Sayang takkan pergi! Apa sayang cakap ni? Sayang kuat sekejap je ye.. Sayang please" izz masih menangis,teresak esak. Ruangan itu bergema dengan tangisan Izz.

"abang.. Shuhh saya dan anak kita akan tunggu abang di syurga.. Maaf jadi isteri yang tak baik untuk abang-" am menarik nafas panjang, dadanya sesak. Perutnya semakin sakit.

"saya--sayang aba-abang ye." mata am semakin kuyu, nafas terakhir nya dihembus perlahan, dengan air mata Am neninggalkan Izz.

"abang--abang pun sayang awak, sayang.. Tolong kenbali. "

Tiada jawapan. Hanya sekunjur tubuh yang baru sahaja meninggalkan dunia.

"sayang.. Sayang.. Please jangan buat lawak macam ni--sayang abang minta maaf.. Sayang please bangun.. Abang belum puas hidup dengan awak. Sayang--" izz menunduk air matanya jatuh ke pipi Am

Selotep yang berada di mulut Sara sudah terbuka. Mungkin kerana Air mata yang membasahi selotep itu.

"Izz, Am-Am dah tak ada"

Izz memandang sebentar Sara lalu mengeleng laju. Dia tahu isterinya masih hidup!  Bangun sayang bangun!

"abang-sayang, sayang" ucap izz buat kali terakhir. Dikucup dahi isterinya buat kali terakhir, lama.

Perut kempis isterinya dipegang. Darah yang banyak keluar dari celah kangkang Am hanya dipandang sayu.

'aku harap ini semua hanya mimpi'

Bunyi siren polis dan ambulans berlegar legar di halaman rumah. Pintu besi ditendang kuat oleh seorang polis

"angkat tangan--"  3 pistol diacukan pada izz dari jarak jauh.

Izz yang memeluk isterinya itu berpaling dengan sisa air mata

Seorang polis yang mungkin ketua mereka mengangkat tangan menandakan letak senjata. Mereka bertiga terkedu.

Tbc

Aaa boring.

Satu lagi chapter pastu jom! Kita start PAP2!

Soalan!

1) apa perasaan korang baca chapter ni?

2) adakah korang masih benci Izz?

3) penulisan saya teruk kan? Tolong jujur 😔😔

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top