[33] promise
Am pov
Izz memasak siput sedut masak lemak. Sedap baunya. "abang masak siput sedut ye? " izz mengangguk tanpa memandang aku. Focus pada masakkan nya
Apron berwarna pink itu aku pandang. "abang pakai apron sayang lah! " marah aku. Izz menoleh sedikit dan kembali focus.
Aku mengeluh. Wah dia palau aku ye
Tiba tiba phone izz berdering di meja sebelah. Aku menoleh untuk mengambil tapi bahu aku cepat ditolak oleh izz dan izz mencapai phone nya.
Izz memandang aku dan lantas beredar
Aku menjeling. Apa apa jela
"kek beras jangan macam daddy tau. Daddy tu suka palau mommy. " kata aku dalam nada merajuk sambil mengusap perut aku yang masih kempis namun ternampak sedikit benjolan.
"kek beras jangan banyak alah tau. Mommy ni foods lover. Mati lah mommy kalau ada makanan yang mommy tak boleh makan. Macam siput sedut sedap ni" bebel aku
"bebel apa sayang?" tiba tiba izz muncul. Aku terkejut.
"tak.. Ni siput sedut ni sedap er hehe" aku tergelak kekok
"itu pun nak bebel. " izz mengeleng. Aku tergelak.
"erm sayang, nanti kawan kerja abang datang. Bincang pasal kerja sikit" api ditutup. Mangkuk aku capai dan beri pada izz
"siapa? "
"sara" aku mengouhkan saja
"ok lah" sikit demi sikit siput sedut itu diambil lalu diletakkan kedalam bekas. Sedap betul bau nya.
Selesai dengan itu izz mula masak makanan seterusnya. Aku kekal memerhati. "masak apa pula"
"kailan ikan masin" aku sudah kecur air liur. Emmm sedap ni
Izz memasuk kan ketulan ikan masin. Asap mula berkepul kepul. Aku menutup hidung. "weak! Busuk! " aku berlari dari situ. Hampir hampir aku termuntah. Er
***
Nasi diambik. Aku mengambil sesenduk siput sedut. Sabar air liur! Nanti makanan ni akan kau rasa juga!
"sedap sedap" kata aku lepas sesuap nasi dimasukkan dalam mulut. Izz tersenyum.
Tiba tiba aku terasa bende yang berbau kuat. Aku makin loya. Oh no!
Aku menekup mulut. Cepat aku ke dapur. Izz membontoti aku. Aku memuntah kan makanan tadi ke dalam singki. Izz menepuk belakang badan aku
Selepas mencuci mulut aku memandang izz "kenapa dengan sayang ni?? Tiba tiba je muntah? " aku tersenyum pernuh makna. Ini lah masa sesuai untuk memberitahu Izz.
"abang nak tau tak sebenarnya kan--" telefon izz berbunyi. Lantas izz beredar. Aku hanya membiarkan. "kene palau lagi! " marah aku perlahan
"ah?! Kat luar?! Baik baik saya buka sekarang" teruja izz
Seorang wanita yang memakai baju mengandung dan kelihatan muda mula masuk. Lawa..
Aku terkaku. Siapa pulak dia ni
Dia duduk di meja makan. Aku hanya senyum izz duduk dihadapan wanita itu
"abang sini lah! Sebelah sayang" kata aku manja. Saja nak tunjuk aku ada suami yang sangat baik ni.. Izz akur.
Selepas Izz dan Sara selesai makan aku mula menyoal sesuatu
"jadi.. Awak hanya bertugas sebagai?"
Sara senyum.
"saya pekerja biasa saja" kata sara penuh ramah
"erm. Awak pekerja biasa tapi kenapa rapat dengan suami saya?? " aku buat muka pelik. Sara menunduk
"sayang" Izz menegur. Mungkin soalan aku keterlaluan? Eh.
"jadi... Anak pertama?? Berapa bulan? "
"alhamdulillah 7 bulan lebih dah"
"berapa tahun dah kahwin?? Suami tak datang ke? "
"baru baru lagi--"
"baru baru lagi tapi dah ada anak? Em? " aku semakin pelik..
"bukan maksud saya awal lagi.. 2 tahun" aku hanya mengiyakan saja tanpa banyak soal. Tiba tiba aku loya kembali
Aku kedapur. Dari dapur aku memandang ke arah Izz dan Sara. Izz bertukar ke sebelah hadapan Sara. Tangan kiri Sara diraih. Izz senyum. Sara juga senyum dan mengangguk
Aku berkerut. Riak wajah aku berubah. Apa?
Apa hubungan diorang
***
Aku mengibas cadar. Selimut dan bantal aku kibas sebelum aku peluk untuk keluar dari bilik aku dan izz
Izz muncul di balik pintu "nak pergi mana? " soal izz lembut. Aku tak menjawab dan terus berlalu pergi. Sakit hati aku masih belum reda
Bahu aku dipegang kuat
"abang tanya kan?? Takde mulut?! " izz meninggikan sedikit suara. Aku berpaling dan memandang izz tajam.
Aku berlalu pergi tanpa menjawab
Aku masuk ke bilik tetamu dan mengunci pintu. Aku terduduk di lantai. Aku meraup muka. Air mata aku deras jatuh. "mommy tak tahan kek beras. Daddy curang ke kek beras?? " aku menyoal diri aku sendiri. Perut aku disentuh
"sekarang mommy ada kek beras je. Mo--m--" aku tak dapat meneruskan aku baring di lantai. Sakit hati, kecewa semua bercampur baur.
Curang depan mata. Itu ke pekerja?!
Akhirnya aku terlelap sambil memeluk tubuh dengan linangan air mata.
***
"Abang rasa kita dah kantoi lah" Izz semakin serabut. Isteri pertamanya sudah 4 hari menjauhkan diri. Bila panggil langsung tak jawab. Dia semakin risau.
"abang bertenang dulu. Kita berpura pura macam kita bukan suami isteri. Kita buat biasa saja" sejujurnya Sara juga pening. Takkan lah apabila kandungan semakin membesar dia akan diceraikan?
♡♡
Am keluar dari biliknya. Dia memeriksa setiap bilik dan ruang tamu. Izz takde.
Dia duduk di sofa. Ini lah peluang dia keluar dari bilik. Memang dia rindukan lelaki itu. Tapi.. --
Tring~
Am memandang phone nya
Aunty reen
"mommy! Jom lepak. Aku bosan lah kau tau"
Am senyum lalu tangan nya mula menaip.
"eleh aunty ajak lah hairul, hairul kan boyfriend aunty. Xoxo kek beras"
"eh budak kecik ni. Duduk kau diam diam. Jom lah am keluar. Please?? Hairul tu dia bercuti ke luar negara lah.. "
"yela ok lah.. Kejap, aku ni bersuami. Restu suami tu penting "
"yeye! Pergi cepat! "
Aku keluar dari whatsapp. Call ditekan. Nombor izz ditekan. Beberapa detik kemudian panggilan dijawab
"abang.. Sayang nak jumpa reen.. Kejap nan--"
Belum sempat izz membalas
"abang.. Jom lah kita makan dulu"
Suara latar itu jelas aku dengari
Tiba tiba suara izz perlahan didengari
"shhh.. Amelia call.. Nanti kantoi. Nanti abang datang.. Sayang Pergi dulu"
Aku seperti tak percaya dengan apa yang aku dengar tadi. Kantoi? Abang? Sayang?
"he--hello? Sayang? Ah tadi abang ke tandas.. Apa tadi?? "
"awak boleh anggap saya bodo izz.. Tapi yang sebenar benar nya yang bodo adalah awak. Saya kecewa dengan awak" phone cepat aku tutup. Aku menunduk. Jadi betul lah apa yang aku fikirkan? Betul lah dia curang?
Cecair panas mula mengalir tapi cepat aku seka.
Aunty reen
"reen.. Aku tak jadi keluar dengan kau.. Aku busy uruskan rumah tangga"
***
Aku masih menunggu izzuan balik ke rumah. Air mata tak henti henti jatuh walaupun sudah diseka banyak kali
Krik~
Pintu terbuka. Lantas aku pandang gerangan itu. Ye izzuan
Dia datang pada aku yang duduk pada sofa. Aku mengelap air mata aku.
"sayang abang boleh explain--" aku memandang nya tajam
"awak dengan explain awak tu dua dua boleh pergi mampus. " kasar aku
"sayang... Awak salah faham--" izz yang duduk di depan aku memegang tangan aku. Aku sedaya upaya menarik tapi genggaman dia sangat kuat
"salah faham apa lagi izz?! 'amelia call.. Nanti kantoi.. Sayang--" aku menunduk menangis. Pembohong!
"sayang awak salah faham dengar penjelasan abang dulu sayang.. Please"
"dah lah saya dah penat. Sanggup awak buat saya macam ni?! Tak cukup ke 5 tahun saya setia pada awak? Saya tinggal kan awak 3 bulan je...3 bulan je izz! Fikir sikit apa yang saya dah buat dan bandingkan dengan apa yang awak dah buat!" aku menarik kuat tangan aku. Air mata diseka.
Tring~
Phone berbunyi,maka dah sampai lah grab yang telah aku book sementara menunggu izzuan ni
Aku bangun dan mengambil beg tangan.
Aku berlalu keluar. Tangan aku dipegang. "sayang tolong lah jangan pergi"
Aku masih lagi berjalan dan memasuki grab
"encik tunggu sebentar ye"
Tingkap aku buka "kalau awak beritau saya dari awal.. Kemungkinan besar saya boleh terima. Tapi awak tipu saya. Sia sia pengorbanan saya pada awak izz. Sumpah sia sia" tingkap ditutup. Aku menoleh ke hadapan.
"encik jalan" selepas beberapa meter dari perkarangan rumah. Aku menunduk. Sumpah sakit hati aku.
Aku meraup muka kasar.
♡♡♡
Izz hanya memandang kereta perodua myvi itu berlalu pergi. Air mata nya perlahan lahan jatuh.
Secara tiba tiba mulut nya ditutup oleh dua orang lelaki. Akibat terbau bahan kimia yang ada di kain itu izz mula pening lalat.
Badanya diangkat seraya masuk ke sebuah Van putih.
***
Am pov
Mata aku masih merenung sara di depan mata. Ikut kan hati memang aku nak cekik dia.
"bagitau saya apa yang berlaku dari mula sampai habis"
"se-awak salah faham amelia.. Dulu.. Saya disahkan mengandung anak bekas kekasih saya.. Tapi dia taknak mengaku ini anak dia jadi izz kata dia akan bertanggung jawab.. Er tapi.. Dia ada kata kat saya dia teringin anak.. Even bukan anak dari benih dia tapi janji dapat tengok saya bersalin sudah cukup bagi dia. Dan saya bersumpah demi tuhan kami berkahwin tanpa cinta. Semasa saya bekerja bersama dia.. Saya langsung takde rasa sebarang rasa cinta langsung. Dia kahwin dengan saya cuma mahukan anak je dan tak lebih dari itu..saya minta maaf tapi izz sendiri yang ingin merahsiakan ini dari awak..dia kata awak pasti akan mengurung diri awak. Saya minta maaf sangat sangat"
Cecair jernih dan panas mula jatuh
"jadi dalam perut awak bukan anak dia? "
"sumpah tak am"
Aku menangis dengan esakkan. Aku lega itu bukan anak Izz. Tapi aku tak dapat terima kenyataan Sara isteri Izz. Madu aku!
Hancur hati aku. Berderai
Ye, memang aku patut dengar penjelasan dia.. Niat dia memang baik. Tapi bukan dengan merahsiakan dan menipu aku.
Grab aku book untuk balik semula ke rumah. Sara kata aku patut berbincang elok elok. Ye sebab terlalu elok lah aku dijadikan begini.
Sesampainya di rumah. Aku membuka mangga menggunakan kunci pendua. Mata aku naik sembab sebab menangis sehari suntuk
Aku membuka pintu. "assalammualaikum.." aku memberi salam.. Rumah gelap. Aku membuka lampu
"awak keluar ke? " jerit aku. Tiada jawapan
Tiba tiba mata aku terpaku pada cermin yang aku letakkan di ruang tamu. Ada tulisan darah disitu.
Aku meletakkan beg tangan ke sofa lantas aku berlari ke cermin itu
"Kau nak suami kau selamat datang ke alamat dalam note bawah ni.
Xoxo, suraya ^3-
Muka aku 100% berkerut. Aku mencapai note tu. T-tak! Ni alamat istana lama Izz tu kan?!
"damn!Suraya sial! " aku menjerit kuat. Note itu digenggam. Beg diambil. Kunci kereta ditarik dari tempat menyimpan kunci
Kereta dipandu keluar dari perkarangan rumah. Pedal ditekan kuat
Tbc
J
angan lupa save cerita baru saya dekat RL korang okie!
Chapter seterusnya, chapter dimana semuanya berakhir. Korang masih nak baca?
1.6k words woho. Ok nanti ada lagi 2 chapter then habisss, kita boleh buat PAP 2! Weee.
Okey okey sebelum itu!
Apa jangkaan korang pada chapter seterusnya?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top