[25] promise

Dalam chapter ni aku skip tahun biar cerita ni cepat sikit

29/12/2020

Am merenung jam. Jangan kata kan saat.. Setiap detik pun dia tak mampu harungi. Bila perasaan rindu itu melanda.. Ombak besar atau taufan pun belum tentu boleh kalahkan.

Dia mengambil beg kecik di tepi katil.

Dia sudah berkerja

Walaupun duit belanja pemberian izz masih berbaki 38k dia takkan gunakan kalau takde masa kecemasan

Jadi dia berkerja untuk duit belanja dan bayar bil rumah.

Suraya, dia menetap bersama am. Sebab masaalah duit. Erg

Sampai sahaja di tempat kerja am menekan butang lif ke tingkat 3

Usai letakkan beg am duduk di kerusi empuk nya

Walaupun umur baru 16 tapi diterima kerja ofis.. Sebab cantik macam aku kot. Em

"amelia syuhadah.. Datang ke bilik saya" suara encik misra kedengaran di telephone pejabat sebelahnya

Am mengambil nafas berat. Kakinya dipaksa melangkah ke bilik bossnya itu. Diketuk 2 kali pintu itu sebelum dibuka. Encik misra senyum..

"duduk sini" pelawa nya

Am yang tidak memberi apa apa reaksi malah senyum hanya mengikut

"am, Kenapa dengan awak? "

"--"

"prestasi awak menurun dari minggu lepas, awak pekerja paling bagus tapi disebabkan itu awak kekurangan costumer. Kenapa sejak akhir akhir ni awak asyik muram dan tak bersemangat? Awak ada masaalah? Share lah? "

"saya takde apa apa masaalah"

"begini lah, jika ada 10 orang pekerja yang attitude dia macam awak, boleh bankrup syarikat saya. Nah" di hulur 1 sampul berwarna coklat

Am dengan tenang mengambil dan membuka. Sejumlah wang yang banyak ada disitu. Dia sudap dapat agak yang-

"ambik lah, awak dipecat. Saya minta maaf. Duit tu saya bagi lebih sebab berkhidmat dengan baik selama ada disini"

Am bangun dan mengangguk. Terima kasih encik misra.. " am berlalu pergi

***

"siapa lagi yang kau rasa boleh jadi model kita isma? "

"model kita kurang ke sekarang? " soal isma nismilan

"tak semua nya cukup cuma kita akan keluarkan produk baharu dan memerlukan model muslimah" kata seorang lelaki yang dikenali sebagai kawan sekerja isma

"ok nanti aku cari"

***

Pintu dihempas keras. Suraya yang berada di ruang tamu tu terangkat bahu. Terkejut

"awal awak balik. Kenapa? "

"saya dah berhenti kerja. Kad sephia pada awak ke? " soal am malas.

Suraya mengangguk. "nak? " hulur semangkuk daging goreng

"apa ni? "

"bacon"

"---"

"--"

"apa? "

Am berlalu ke biliknya. Dia menghempaskan badan nya ke kerusi kesayangan nya

Dia membuka tingkap slide tu luas.

Angin petang menepa ke wajahnya.

"tahan am.. Tahan--"

Kedua dua air matanya jatuh. Am membuka beg kecilnya. Satu paper bag berisi muffin dari mcd itu dikeluarkan. Lilin kecil dicocok dalam. Api dipasang

"saya pasti harini awak akan balik. Saya pasti"

"dalam kiraan 5 awak akan buka pintu dan tutup mata saya"

Am menutup mata perlahan.

Tidak sampai 3 saat am membuka mata kembali. Tangan nya digenggam dan menghempaskan ke arah muffin tu. Api lilin yang belum dipadam tu padam serta merta selepas am menghempaskan penumbuknya

"merepek! " am mencubit kepingan muffin dan menyuapkan ke mulut. Matanya tak henti2 mengalirkan cecair

***

29/12/2021

"one...two... Three ok!!" seraya itu tangan nya menekan camera 📷

Lampu lampu studio menampakkan lagi aura kejelitaan am

Kini am bekerja di bawah syarikat isma

Tak sangka mereka bertemu dan am di jadikan model muslimah nya

"am am,,, emm senyuman awak elok elok lah sikit. "

Am mengangguk. Dia mencuba dan mencuba tapi hanya dibalas dengan complain

Ketika bekerja di bawah syarikat isma, am semakin baik dalam kewangan. Dalam 2 minggu am akan diberikan gaji sebanyak 3.8k. Jadi Sebulan dia dapat 7.6 k.

"am.. Tukar pose! " tengking isma. Am terdiam. First time dia ditengking oleh lelaki itu

"tak perlu berpura pura terkejut lah. " isma mengeluarkan sampul di poket berlakang nya. "you are fired! " am tergamam

"yang lain tukar kan baju dia" 2 orang wanita memegang tangan am tapi cepat ditepis. "no, tak perlu. Saya bukan pekerja sini lagi jadi kita takde apa apa masaalah lagi" am menjeling 2 pekerja tu

***

Am menghempas pintu biliknya

Suraya yang ada di biliknya dipandang tajam. Laju am duduk di kerusi miliknya

"er.. Maaf masuk bilik awak tanpa kebenaran. Saya pergi dul--" belum sempat suraya bangun am bersuara

"kad sephia mana? "keras suaranya

"ada--ada pada saya"

Am menunjuk meja ditepinya tanpa memandang "letak sini"

"k--kenapa! Awak tak percaya saya? "

"ye"

"jangan lah macam ni. Saya ditugaskan menjaga duit awak--"

"sepanjang kad itu bersama saya, hanya 1k saja saya gunakan sebelum saya mula bekerja. Tapi kenapa sekarang dalam tu tinggal 30 k? Mana lagi 18k?! " am tidak memandang suraya. Matanya kekal di hadapan.

"kenapa tanya saya?! Sudah tentu saya tak tau! Saya tahu! Sephia dan auntie yang guna! Tak guna betul--"

"sebelum aku rembat muka kau, lebih baik kau letak. Kemas barang kau. Keluar dari sini! " em ganas

"kenapa awak buat saya macam ni?! "

"tak perlu lagi berlakon. Tiap tiap hari sephia check status duit dalam kad tu. Dan rata rata nya duit tu bekurang. Bagus lah awak ni. Saya percaya awak tapi ini ye yang awak bagi. Awak tau tak harini hari apa?! "

"tau, hari perninggalan izz pada perempuan biadab macam awak. " pintu ditutup kuat oleh suraya

Am menjeling tingkap. "tak guna"

"ye hari peninggalan izz pada aku yang biadab dan tak guna. " dibaringkan kepala ke meja. Dia menutup mata. Rileks

***

29/12/2022

Am mengira baki kek cawan yang berada di bakeri tempat kerja barunya.

"oh tolonglah..senyum am.. "

Am mengekalkan senyuman nya

*tringgg*

Am memandang seseorang masuk ke dalam bakeri tu

Am senyum

"selamat datang encik khairi "

Encik khairi senyum "terima kasih. Bagaimana kerja awak?" soal boss nya

"saya ok saja.. Terima kasih"

"betulke awak baik baik je? "

Am mengangguk

"tapi kenapa kakak awak cerita yang harini adalah hari malang buat awak? Apa yang berlaku?" soal encik Khairi prihatin

"tak lah.. Harini hari baik saya"

Encik Khairi mengeleng

"em nampaknya banyak kek dah habis. Walaupun hanya awak dan lia je yang berkerja harini sebab yang lain cuti.. Bagus lah.. Pergi lah duduk di kerusi dulu" am mengangguk. Usai duduk Disumbat dalam earphone. Ralit melihat berita terkini. Mana tau ada cerita tentang izz. Em

*Tring! *

"happy birthday sayang! "

Tbc

Tak sabar nak start PAP2 hehe

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top