[21] psycho
Am menekup mukanya dengan kedua dua belah tangan, air matanya tak henti henti mengalir. Kejap kejap dia menjerit ketakutan.
Pintu ditolak oleh izz. "kenapa ni!" am memalingkan muka. Muka nya ditutup kembali. Takut. Izz memandang mayat faz dalam keadaan menyeramkan tu. Mata terbuka
🔪🔪
Am memakai spek mata hitam. Mayat faz yang ditanam dibelakang rumah itu dipandang sayu. Sekali sekala dia memeluk tubuh
Selesai menanam faz seorang diri. Izz memandang am yang masih menangis tu. Namun mata am terhadang dengan spek mata hitam.
Sedar dirinya dipandang am terus masuk ke dalam rumah. Izz mengejar am dari belakang. Am melajukan langkah kakinya. Sampai di ruang tamu tangan am direntap kuat. .
"lepas! " bentak am. Spek mata am ditarik dan dicampak oleh izz
"kenapa dengan kau ni?"
"stop berlakon lah pembunuh! " izz berkerut "apa maksud kau? "
"cakap je yang awak bunuh faz!"
"bukan aku lah yang bunuh! " tangan am yang digenggam tu dilepaskan. Izz memeluk tubuh. Geram
"selama ni memang awak nak bunuh faz pun lah!! Sebab apa?! Sebab awak jeles!! "
"aku nak jeles untuk apa?!"
"tak perlu tanya saya bende yang awak dah tau lah" am memusingkan badan untuk beredar
"am, aku jujur dengan kau. Memang aku mula sukakan kau. Tapi bukan aku yang bunuh faz" am menoleh dengan senyuman sinis. Matanya kembali memerah dan berair.
"kalau macam tu. Berhenti tipu diri sendiri izz. Jujur je yang awak bunuh faz" am berlalu pergi. Izz mengurut dahi. Dia berkerut. "af--afiq"
Dia mengeleng. Tak kan lah afiq nak bunuh kawan nya sendiri kan?
Phone nya tiba tiba berdering
Nama afiq terpapar. Woah panjang umur
"hello, kau tau yang-"
"ye aku tau tu" afiq serius
"tapi siapa? Dia ada musuh ke? "
"aku? haha" gelak afiq tak berperasaan, seperti bangga dengan pembunuhan itu.
"kenapa?" izz ke luar rumah. Takut takut am dengar, suaranya kembali mengendur.
"macam ni lah izzuan, matlamat kita bunuh wanita bukan jatuh cinta. Sekarang ni fazrul suka pada am. Jadi apa salahnya aku bunuh dia?? Dia kan pengkhianat? " sinis suaranya, gelakan halus Afiq kedengaran. Sah dia memang dah gila!
Izz mengurut kepala
"baik, aku terangkan balik. Bunuh bila aku suruh. Tolonglah afiq. Aku sendiri pun nak berubah. Sebab am aku berubah"
"sebab betina tu lah kita semua jadi macam ni bodoh bebal!" jerit afiq di talian. Sempat Izz menjarakkan telefon dari telinga. Mata ditutup sekejap. Tangan dikepakkan lalu diletakkan ke pinggang.
Izz mengeluh "afiq, calm down--"
"takde apa yang nak di calm down calm down kan sangat lah! Aku bagi kau 2 pilihan. Berlawan dengan aku, aku menang aku dapat bunuh betina tu, kalau kau menang,bahagia lah selama lamanya"
Tanpa berfikir panjang izz mengangguk "aku setuju"
"28/2, 2 minggu lagi masa untuk kau bersiap sedia. "
Panggilan terus terputus. Izz berfikir. 28/2 ialah tarikh lahir am. Haish bermacam macam masalah datang semasa dia mula ingin bahagia!
Izz memandang cermin di tingkat atas. Tak tau nak mula dari mana .
Am, aku tak kuat.
🔪🔪
Am duduk sambil membaca al-quran. Am menutup mata pada masa yang sama air mata jatuh. Dia tak dapat teruskan.
Am menutup al-quran kembali. Hatinya sayu. Kawan lelaki yang paling dia rapat dan sayang malah pernah menjadi yang paling istimewa di hatinya pergi buat selama lamanya.
Takde angin takde ribut. Apa yang dicakap oleh faz semalam benar benar berlaku
Apa yang paling menyedihkan mayat faz ditanam dalam keadaan tak mengikut ajaran islam. Mayat diletakkan tanpa dibasuh, dikafan dan tidak menghadap kiblat. Sungguh menyedihkan. Am bangun ke meja solek. Memang aktiviti harian untuk pakai lipstick pemberian abangnya.
Tapi lipstick yang dicari tiada. Am cari di bawah katil, di bawah bantal malah disekeliling bilik masih tiada dan dia tau siapa yang ambik. Am memakai tudung sarung dan berlalu ke bilik izz. Diketuk berkali kali, tapi tiada balasan
Am turun ke ruang tamu. Rupanya izz tengah menyediakan makanan di atas meja. Izz tersenyum "eh baru nak panggil. Baguslah dah turun jom makan--" am datang ke meja dan menolak makanan tadi jatuh kelantai
"apa kau buat ni?! " marah izz
"mana lipstick saya?! Awak ambik kan?!" izz memeluk tubuh "ya aku ambik! Malah aku patah kan"
"saya menyesal! Menyesal kenal awak! Kenapa saya sanggup bersetuju tunang dengan orang tak guna macam awak, pembunuh! Merosakkan barang orang. Hidup lagi ke orang macam awak hah?!! " am menjerit semahu mahunya. Air mata dari tadi ditahan akhirnya jatuh
Izz terkaku
"aku faham kau marah sangat sebabkan lipstick tak guna tu tapi kenapa kau sanggup cakap bende yang meyakitkan hati aku?? "
"dah dah lah izz. Tolong lah. Kita buat lah haluan masing masing. Awak nak bahagia, saya juga nak bahagia." am berlalu pergi dari situ. Makanan yang jatuh itu dipandang penuh jijik. Panas hatinya!
Izz menjeling. Dia menolak pinggan lagi satu yang ada diatas meja jatuh ke lantai. Dia menjerit sekuat hati.
Kaca bersepah di atas meja.
🔪🔪
3 hari kemudian
Izz mengetuk pintu bilik am. Tiada jawapan. Izz membuka pintu. Am yang tengah layan telefon tu langsung tak memandang izz
"am, siapkan semua barang barang kau. Harini kita pindah"
Am masih mendiamkan diri. Masih melayan handphone. Buat buat pekak
"stop jadi budak budak lah. Siap! Ikut apa yang aku suruh"
"buat apa nak pindah sedangkan kita akan berpisah?" kata am dalam nada mengejek tanpa memandang ke arah Izz. Jijik!
"kita takkam berpisah. Kau perlukan aku. Dan aku perlukan kau. Itu matlamat baru kita. Jangan nak membantah macam budak mentah. Kita takkan buat bende bodoh tu"
"apa yang awak cakap kene dengan umur saya. Jadi? " am masih dalam nada jeliknya.
"jadi kau perlu dengar cakap aku. Muktamad"
Pintu ditutup
Dalam sesaat pintu terbuka kembali. "aku buat ni untuk kebaikkan kita. Aku sayangkan kau. Dan sayang tu kau yang ajar. Jadi kau juga perlu ada rasa yang sama" pintu ditutup kembali
Am menjeling. Dia takde rasa apa apa
🔪🔪
Malam tu mereka berdua sudah bepindah masuk ke kondo baru. Lebih selesa dan berwarna warni bukan nya berbau darah dan sekelilingnya hitam.
Am memilih bilik utama kerana tingkap bilik berhadapan pool. Permandangan taman itu sangat segar.
Am juga ada membawa meja tulis dari istana lama ke sini lalu diletakkan ditepi tingkap bersama 1 kerusi kayu. Oh wau wau cantik omagosh!
"sekarang rumah lebih dekat dengan taman malah ada swimming pool. Tapi takde guna kalau faz takde " am mengeluh. Izz yang berada di luar pintu bilik tu hanya mendengar. Dia mengeluh perlahan. Ye dia tau yang dia tak boleh menjadi yang pertama di hati am kerana masalah masalah yang dia dah buat selama ni.
Izz menutup pintu separuh sebelum ke biliknya untuk mengemas perabot dan pelbagai lagi barang. Berat hati untuk tinggalkan am selepas ni.
Tbc
1 lagi chapter lepastu ada ads, tentang P&P 2
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top