[18] promise

Am mengambil sesuatu di dalam beg nya

Lipstick pemberian abang nya dipandang. Wangi. Red velvet. Dari perancis. Kemungkinan beli dari kedai tapi made in perancis.

Waktu dia mahu pulang dari rumah mama, abang tiba tiba datang dan bagi lipstick ni.  Katanya tanda minta maaf.

Am memakai nya, Kata abangnya ini lipstick Limited Edition jadi dia semakin teruja untuk mencuba. Memandangkan am seorang pengemar lipstick.

Pasal si Dayang tu ,  sampai sekarang Am masih tak bercakap apa apa dengan Izz.  Pandang pun benci. Macam mana Izz boleh menyuruh Faz dan Afiq merogol dayang? Salah sangat ke dia?

"hm" Am mengeluh kecil. Selepas kejadian izz pengsan. Am langsung tidak menjenguk izz di bilik. Kadang kadang Am cuba mengelak dari Izz. Benci lah kononya.

Tapi 5 hari tidak tegur izz. Rindu mula datang. Ketika hatinya mula membenci lelaki tu. rasa rindu datang. Takkan lah kot!

"aish aish! Bosan nya. Kalau dulu sekolah boleh jugak aku bergaul dengan lara, derita, dan taengisan mungkin juga aina--emm kak reen dan macam macam lagi kawan kawan. Tah tah semua dah mati. Macam aku. " kata am seorang. Muka nya kembali suram

Phone samsung diambil di atas meja. "banyak nya whatsapp"

Am slide hingga ke bawah. "isma" nama tu terlintas di bibir.

Isma nismilan

"hei awak, buat apo eh? Ingat nak bawak awak keluor ah. Bosan pulak den. Rindy"

"rindu* typo lak aih"

"umor awak berapo eh? "

Am menarik nafas panjang. Lelaki ni selaku mengacau dia. Menyampah pulak rasa

"saya tak free harini isma"

"15"

Am mengetap bibir

Tring!

Am mengecek phone nya.

Izzuan hakiki

"teman aku beli santan. Nak masak sup"

Am berkerut. "gila ke dia ni? "

"sup apa yang pakai santan ni? "

"sup manusia. Cepat siap. Nanti sup aku hangus. Takyah nak melawa kedai je pun. Naik motor nanti"

Am berdiri. Diselak langsir di biliknya. Izz sedang bersandar dimotornya. Am mengetap bibir

"em.. Jap. "

Isma nismilan

"hak elah hai. Mudo laie. Awat cantik sangat?? "

"alah yoko tak free? Ok lah. Saya malas nak kacau awak. Bye"

Am hanya memberikan bluetick.  Euw

"ey miang--"

Bunyi hon motor dari tadi ditekan oleh izz. Lambat

Am membetulkan lipstick dan tudung. Phone sahaja dibawa. Santan je kan?  Jap! Ada ke sup guna santan? Masak lemak ke?

Izz menghulurkan topi keledar sejurus selepas am tiba. Am menyarungkan nya. Izz memandang am yang sibuk betulkan tali topi keledar. Susah

"aih" izz betul kan tali tu. Am menjeling padu "saya boleh buat" ingat orang lembih sangat ke hah!

"aku pun boleh buat" am membuat keputusan untuk mendiamkan diri. Selesai dengan itu izz menunggang motor nya. Selepas Izz stabil baru lah am pula yang naik. "em" kekok am tak pernah naik motor dengan lelaki bernama tunang

Izz tiba tiba hilang keseimbangan. Motor itu senget ke tepi. Tapi cepat kaki izz menahan

"ahhh! " jerit am. Automatik tangan nya memeluk izz dari belakang. Mereka berdua jadi batu seketika. Bibir izz mengukir senyuman. "aku harap ni kekal selamanya" kata izz secara tiba tiba. Lama betul Am ni peluk, tak jatuh pun lah sayang, kalau jatuh pun takat calar je❤

Am masih memeluk. Takut

Faz yang sedang menyiram bunga tu memandang. Dia menjeling sekejap. "drama lagi ke? " perli faz perlahan.

Izz menoleh ke belakang. Am memandang izz secara spontan. Mereka berdua bertentang mata. Tiba tiba faz menyiram air ke arah mereka berdua. Samar samar air tu kene mereka. Macam hujan lah

Jap eh. Nak gelak

Ok dah

Izz menarik perlindung topi keledar am. Am masih memandang izz dengan mata bulatnya. Aksi spontan tu disaksikan oleh faz dan afiq yang baru tiba.

"apa kene tu? " soal afiq pelik. Mukanya berkerut memandang pasangan itu.

"biasa lah. drama akasia pukul 10 pagi "

Afiq menjengket kan kening. Pelik pelik je, baik sambung kerja

Am masih memeluk izz. "aku suka masa ni. Bila boleh lagi? "

Am pelik "apa? "

Am menarik tangan nya yang ada di pinggang izz

Izz menarik kembali tangan am dan letakkan di pinggang nya kembali

"Alah! Nak lagi!  Nyesal bagitau!! " izz mula memulas pedal rungutan kecil tak henti henti keluar dari bibirnya.

Am cuma diam, sedar kesilapan nya.  Lama betul peluk tadi. 

Motor izz dipandu sederhana laju. am mengangkat perlindung muka. Angin lembut menyapa muka nya, dia tersenyum manis.

Tapi makin lama makin jauh je kedai nya.

"kedai mana yang awak nak pergi ni? " soal am pelik

"hah? "

"kedai apa yang awak nak pergi ni? Jauh nya?! "

"tak dengar lah weh! Suara kau macam angin"

"mende angin nya?! "

"angin lah! "

"tu dengar pulak?! "

"terdengar! "

"shi---ttttt"

Am menutup kembali perlindung muka. Izz tersenyum. Menang lah konon

Sampai di kedai. Izz membeli 500 gram kepala.

Kelapa*

Am duduk membelakangi izz. Memeluk tubuh.

"banyak nye" kata am sambil siku menolak izz

"duit kau ke aku pakai? "

Am menjeling. Tanya je pun itu pun nak marah.  Tak sweet langsung, cuba balas "ye sayang, abang beli banyak banyak untung ayang makan juga.." tak gituw?

"hehe tak lah. Saja je beli banyak. Banyak manusia aku nak masak"

Am mengeluh fikir lawak ke? Muka je hensem, tapi bodoh tak boleh rilek langsung.

Tiba tiba tangan am ditarik ke belakang kedai. Mulut am ditutup rapat.

Sampai di belakang kedai barulah mulut nya dibuka.

Am memandang orang yang menarik nya. Perempuan pulak tu. Eyy tak malu ke culik culik perempuan ni, suami aku ada ni.. Dia pukul kau nanti.

"apa ni?! " marah am sambil tangan mengibas tangan perempuan tadi.  Dok sibuk pegang pegang orang, apahal?

"eh jangan jerit. Ingat tak saya siapa? " soal wanita tu dengan senggihan

"tak"

"saya lah. Suraya. Wanita yang awak selamatkan dari istana neraka tu"

Am diam seketika, berfikir sejenak

"oh!! Awak! Su.. Su apa? Raya? Suraya? Oh awak! Syukur awak sihat. Tinggal dekat mana sekarang? " sempat badan Suraya dipeluk erat.

"em" wanita tu menunduk

"kenapa ni? " sedar perubahan wajah Suraya, lantas Am menyoal

"saya tinggal dekat sebuah rumah ni. Tapi saya takde duit untuk bayar sewa rumah"

Am memandang wajah perempuan yang sayu tu

"saya ingat nak pinjam duit, tapi tak tahu dekat siapa"

"berapa awak nak? "

"rm1500"

"oh sikit je" bagi am sikit sebab duit yang dia minta duit izz. Izz kan kaya HAHAHA

"baguslah kalau awak boleh tolong. "

Senyum wanita tu. Air mata palsu sempat di lap lembut

"saya bagi duit. Lepastu awak kerja untuk buat duit sambilan. Berusaha lah. "

"alah awak kan senang. Kahwin dengan izz yang kaya tu, kenapa berkira? "

Am senyum sinis.

"kaya kaya pun saya rasa dia berusaha juga untuk dapat duit tu"
Perli am

"alah kalau minta di club club malam sama je duit tu nak berusaha apa lagi? "

Am senyum manis. Dia ni nak duit ke tak? perli perli pulak, teranjang kang

"er hehe sorry sorry. Bila awak nak bagi duit tu? " soal wanita tu tak sabar, dapat duit senang senang macam tu je.

"nanti saya bagi. Tunggu sini jap"

Am pergi kembali ke kedai tu. Tangan izz dipegang. izz tengah membayar santan tadi. Uncle berbangsa cina tu memandang aku dan izz silih berganti

"aiya! Ini anak lu ke? Tak pernah nampak ini anak!" kata uncle tu. Am berkerut seribu, jap. Apa?

"an--anak? " kata am pelik

"aiya lu manyak sebok. Ini wa punya isteri lah! " kata izz dengan jelingan tajam. 

"haiya!! Muka lu manyak tua. Dapat bini muda. Ish tak keluar bilik ni. Yerrr" kata uncle tu tanpa mengalas kata katanya.

Izz mengenggam penumbuk. Am menahan tangan izz. Sabar abang, ayang ada ni.

"ish sabar lah sikit ayah-- awak.. Asyik marah je"

Izz menjeling sempat pulak dia buat lawak, pukul karang. Am menahan gelak nya

Selesai membayar am menarik izz ke tepi kedai.

"izz nak duit"

Izz berkerut. "rm250 aku bagi haritu? "

"alah saya kan bakal isteri awak. Tu pun berkira? "

"yela yela berapa? "

"rm1500" berkerut izz jadinya

"banyak nya?! Kau nak buat apa? "

"alah sama je macam saya mintak duit kat awak bulan bulan. Boleh lah"

"ini aku kira 2 bulan terus eh. Tak cukup ke rm500 satu bulan? "

"saya guna tu untuk kegunaan perempuan. Rm500 mana cukup. Beli ayam ikan pastu mesti habis"

Izz pukul lengan am kuat "kau masak ke ikan ayam apa semua? Tak kan? Nak bodoh bodoh kan aku pulak"

"bebal! Muka handsome, kaya tapi kedekut. Alif syukri betul! " marah am. Dah lah kena pukul, sakit gila

Izz menjeling "yela yela. Aku kira 1 bulan terus. Kau period ke apa? Marah je manjang"

Merah padam muka am jadinya, gila je cakap kuat kuat? . Dah lah ramai orang pastu cakap bende merepek pula

Dapat sahaja rm2000 am terus ke belakang kedai. Izz memang macam tu. Ingat tak time am minta rm200? Last last kasi rm250. Izz memang gitu. Aku pun nak jadi isteri dia gini!!

Tapi tak lah am bagi Suraya rm2000. Tolak rm500 la atas sebab perli tunang nya tadi. Ish! Geram!

"nah! " kata am. Sejumlah wang dihulurkan kepada Suraya. Suraya melompat gembira

"wah! Terima kasih! Nanti saya cari kerja" am tersenyum lalu mengangguk perlahan.

"saya kene pergi. Nanti izz ingat saya buat apa lah kat sini. Am berlalu pergi selepas berpelukan sekejap dengan Suraya. Suraya menyimpan duit tu ke dalam poketnya. "senang kerja dengan budak tu"

Phone di ambil dari poket seluarnya, sempat dia memandang kalau kalau Am sudah tiada.

"weh, aku dah dapat duit.. "

Bodoh punya budak

Tbc

Ada nama yang ditukar, macam watak sebelum ni nama perempuan tu Reen.. Bukan Dayang

Kalau ada tertulis dayang mohon maafkan

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top