14
— devil
— k t h
—
seminggu kemudian, tiada panggilan daripada Soobin mahupun Yeonjun membuatkan Soomin berasa bosan.
dia bermain makanan dengan sudunya, tanpa berniat nak menyuapkan makanan ke dalam mulut.
Woonggi yang sedar akan kelakuan Soomin, mengeluh pendek.
“ kya, Soomin. ” Soomin mengangkat wajahnya memandang Woonggi yang berada di hadapannya.
Hyojung dan Chaerin hanya memandang mereka, berdiam diri.
“ kenapa? ”
“ kau okey ke tak ni? dah empat hari aku rasa kau macam ni. macam orang hilang suami. ” kata Woonggi.
Soomin mengeluh kecil dan menyuapkan sedikit makanan ke dalam mulutnya.
“ entah lah, Woonggi. ”
“ kau tak sihat ke? ” soal Hyojung. Soomin hanya menggelengkan kepalanya perlahan.
“ kau tak macam ni tau sebelum ni. say, kau ada masalah ke dengan Yeonjun? ” soal Woonggi pula, masih berusaha untuk mencari punca rakannya menjadi murung.
“ bukan macam tu. ” Soomin menghela nafas berat.
“ aku pun tak tahu apa jadi dengan aku ni. Yeonjun dah seminggu dah tak call. last kitaorang berhubung, seminggu lepas lah. aku risau lah, kalau ada apa-apa jadi kat dia. ” sambungnya.
“ kau overthink ni. jangan risau lah. Yeonjun okey je tu. dia sibuk sangat kut. kau juga yang kata kumpulan dia handle kes kat Pohang tu. ” balas Chaerin cuba untuk menenangkan fikiran rakannya yang seorang ni.
“ ye lah kut. ”
“ tapi peliklah. lama dah aku rasa kes tu, tapi masih tak jumpa punca lagi. ” ujar Hyojung tiba-tiba.
“ kes yang Yeonjun handle tu, kes bunuh kan? ” soal Woonggi.
“ eung. itu yang aku risau tu. pembunuh masih ada kat luar. ” Soomin melepaskan nafas perlahan.
•••
“ nae. hyung nak apa-apa lagi ke? ”
“ .... ”
“ oh, okey. ”
Taehyun menamatkan panggilan dan menyimpan telefonnya ke dalam poket seluarnya.
dia berjalan ke kedai yang berhampiran sambil menyanyi kecil.
suasana gelap dan sunyi tak pernah membuatkan dia berasa seram, malah dia sudah biasa dengan suasana sebegini.
sampai saja dia di sebuah simpang, langkahnya terhenti apabila terdengar satu pergelutan.
dengan reaksi yang keliru, dia menoleh ke simpang sebelah kanannya, dan ternampak beberapa orang sedang bergaduh.
bergaduh ke?
Taehyun menyorok di sebalik dinding pagar rumah dan melihat apa yang berlaku.
apa yang dilihatnya, seorang wanita sedang membelasah dua orang lelaki yang menyerangnya.
mungkin dia mempertahankan diri?
Taehyun hanya melihat. fikirnya, mungkin dia tak patut masuk campur, memandangkan perempuan itu tahu seni mempertahankan diri.
Taehyun hanya mengangkat bahu, dan meneruskan langkahnya ke tempat yang dituju.
baru sahaja dia hendak masuk ke simpang lain, suara perempuan menjerit membuatkan kakinya terkaku sekejap.
dia kembali menoleh ke tempat di mana berlakunya pergaduhan tadi.
perempuan itu sudah tewas.
Taehyun menggigit bibirnya, sambil berfikir.
patutkah dia tolong? buatnya tu satu perangkap?
Taehyun mengambil keputusan untuk mendekati mereka dengan perlahan-lahan, tanpa diketahui oleh mereka.
“ kan bagus kalau mengalah je dari tadi. ” ujar salah seorang dari mereka. mereka membelakangi Taehyun, jadi Taehyun tak dapat lihat wajah mereka.
“ check poket dia. keluarkan semua yang ada. ” arah lelaki yang lain.
sah, kes rompak.
belum sempat, lelaki yang berambut panjang paras bahu itu hendak menyentuh perempuan yang rasanya dalam kesakitan tu, Taehyun segera menyiku kepala lelaki yang mengarah tadi dengan kuat.
lelaki itu jatuh, sambil mengaduh sakit.
“ hoi! ” lelaki berambut panjang itu segera berdiri, lalu menumbuk Taehyun.
tapi Taehyun lebih cepat. dipegangnya tangan lawannya itu, lalu dipulasnya. kemudian, perut lelaki itu, dilututnya lantas belakang badan disikunya.
lelaki itu jatuh, tapi lelaki lagi satu kembali bangkit. dia memandang Taehyun dengan senyuman sinis. tangannya satu mengusap tempat yang disiku oleh Taehyun, tadi.
satu lagi tangannya mengeluarkan pisau kecil yang dah lama tersimpan di dalam poket seluarnya.
“ acah-acah hero pula kau ya? kita tengok, sejauh mana kau boleh lawan aku. ” ujar lelaki itu.
muka dah lah tak bertopeng, sengaja nak bagi orang cam muka ke apa? fikir Taehyun.
Taehyun mengekalkan wajah ketatnya.
“ meh meh. lawan aku. ” lelaki itu tersengih. dia meluaskan kangkangnya dan berura-ura hendak menyepak Taehyun.
Taehyun mendengus kasar.
“ aku tak ada masa nak layan orang yang tak berguna macam kau. ” ujar Taehyun.
“ wahh. bukan main sombong lagi eh. ” lelaki itu tersenyum senget.
Taehyun terus saja menoleh ke belakang untuk melihat perempuan tadi, tapi lain pula yang terjadi.
pipi kirinya ditumbuk kuat oleh lelaki berambut panjang tadi membuatkan dia tertoleh semula ke hadapan. dia mencarut perlahan.
lagi sekali, pipinya ditumbuk sekali lagi. dia mendengus kasar, dan mula belasah kedua-dua lelaki itu.
dua lawan satu. dia tak berasa gementar, malah dia sudah terbiasa dengan keadaan macam ni.
setiap serangan mereka dapat dia elakkan, kemudian dia bertindak untuk meloloskan diri jauh sedikit daripada mereka.
lelaki tadi yang ingin menikam Taehyun, tertikam pula rakan subahatnya. Taehyun tersenyum sinis.
dia mengambil peluang ini untuk membelasah lelaki itu sehinggalah dia tidak sedarkan diri.
“ korang dah salah orang untuk cari masalah. ” ujarnya pada dua orang lelaki yang telah terbaring kaku di situ.
tidak pasti sama ada masih hidup atau sebaliknya.
Taehyun melepaskan nafas dan melihat perempuan yang sedang memandangnya dengan reaksi terkejut.
dia turut terkejut, tapi dia cuba mengawal wajahnya. dia menghulurkan tangannya kepada wanita itu.
“ kau okey? ”
—
next chapter : 15
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top