13
— devil
— k t h
—
pada malam itu, Soomin bermain telefonnya di atas katil sambil menggoyangkan kaki-kakinya.
lagu yang dibukanya separuh kuat memenuhi ruang biliknya. sesekali dia tersengih melihat gambar artis yang diminatinya.
tok tok!
Soomin menutup lagu dan meletakkan telefonnya di atas bantal sebelum bangun untuk membuka pintu.
“ Soomin. ”
“ sekejap. ” Soomin membuka pintu dan terpapar lah wajah ayahnya di hadapan pintu biliknya.
“ abeoji— ”
“ boleh abeoji masuk? ” teragak-agak Soomin mengangguk.
ayahnya memasuki bilik dan berjalan ke arah kerusi di meja kerja anaknya lalu melabuhkan duduk.
“ erm, abeoji apa khabar? ” itu soalan pertama yang ditanyanya setelah beberapa hari mereka tidak berjumpa memandangkan ayahnya jarang sekali meluangkan masa bersama keluarga.
“ khabar baik. ” tangan ayahnya sibuk mengusik buku-buku milik Soomin yang terletak di atas meja yang agak berselerak.
“ oh. erm.. ” Soomin memandang jari kakinya yang bergerak-gerak. dia berasa kekok.
“ tak ada kerja nak buat ke? ” soal ayahnya dengan nada lembut.
“ er, lecturer takde bagi assignment. ”
“ kenapa tercegat je kat pintu? duduklah. fikir abeoji nak makan kamu ke, takut sangat? ”
mendengarkan itu, segera Soomin berjalan ke arah katilnya dan duduk menghadap ayahnya.
“ sejak beberapa hari ni abeoji tak ada dengar complain tentang kamu di uni. abeoji harap kamu kekalkan keadaan yang sekarang. jangan timbulkan masalah lagi. boleh, kan? ” ujar Tuan Bae.
“ Soomin tak janji. ” balas Soomin perlahan. kepalanya masih ditundukkan.
Tuan Bae melepas nafas perlahan.
“ abeoji minta maaf sebab sekat perbelanjaan kamu dan rampas telefon kamu selalu. abeoji terpaksa buat macam tu sebab kamu degil sangat. walaupun sekarang, dah berkurang sikap nakal kamu tu, abeoji tetap risau. ”
betul ke kau risaukan aku? macam tak je. bisik hati Soomin.
“ belajar elok-elok. jadi macam adik-beradik kamu yang lain, okey? ” Tuan Bae bangun dan mendekati Soomin. bahu Soomin disentuh.
“ boleh kan, Bae Soomin? ” Soomin hanya mampu mengangguk.
“ abeoji keluar dulu. selamat malam. ” Tuan Bae berjalan keluar dan menutup pintu bilik anaknya.
Soomin mengeluh kasar dan mengusap wajahnya rimas.
“ itulah abeoji. kalau tak compare aku dengan orang lain, tak boleh ke? ” dia menghempas badannya di atas katil.
“ jadi macam adik-beradik kamu yang lain, okey? ” dia mengajuk semula kata-kata ayahnya kemudian menghela nafas kasar lagi sekali.
dia bangun dan menggapai telefonnya lalu menukar posisi kepada meniarap.
dia mencari nombor telefon Yeonjun. niatnya hendak menelefon lelaki itu terbantut apabila nama teman lelakinya sudahpun terpapar pada skrin.
yeonjunnie♥ is calling...
segera jarinya menolak butang hijau ke atas. telefon dilekapkan pada telinga.
“ sayang~ ” terbatuk kecil wanita itu dibuatnya.
“ mwoya, Yeonjun-ah. ”
“ hahaha. rindulahhhhh. erm. ” Soomin boleh bayangkan bahawa Yeonjun sedang memuncungkan bibirnya.
eiy, kalau ada kat sebelah, dah lama dah dia ragut bibir lelaki tu.
ish, gatalnya Soomin!
“ haih. orang kat sini rindu juga. bila nak balik Seoul? ”
“ entahlah. kes kat sini belum selesai lagi. ”
“ iya lah. orang tu nak jadi detektif, kena lah bekerja keras kan. ”
“ hahahaha. orang sana kena lah support orang sini. ” Soomin tersenyum lebar.
“ sentiasa sokong. Yeonjun, tengah buat apa? ”
“ erm, tak buat apa-apa pun. baru lepas balik dari tempat kejadian. rindu, telefonlah. ”
“ oh. tak mandi lagi lah ni? patutlah bau sampai ke sini masamnya. ”
“ eh eh sedap je mulut mengata orang masam. tengah tunggu orang nak mandikan. ”
“ tsk, gatal. ”
“ dengan dia je. ”
“ kau nak aku mandikan kau ke apa? ”
“ iyaa. saya nak awak iaitu kesayangan saya mandikan saya. ”
“ sorry tak nak. ”
“ ala, tapi kenapa? ”
“ hahaha nanti jadi benda lain. ” Soomin memutarkan matanya.
“ erm, biarlah. ” balasan dari Yeonjun membuatkan Soomin tertampar dahinya, kuat.
“ dasar gatal. ” dia tersengih lebar.
macam-macam lah boyfriend aku ni.
“ hehe. Soomin, are you okay? ”
“ okey je. kenapa? ”
“ saja tanya. kita dah lama tak berjumpa, so i'm a bit worry. ”
“ aku okey je lah. jangan risau. lagipun sejak kau takde ni, Soobin takde pula call, takde misi pun. ”
“ hmm. kalau ada misi tiba-tiba. and the mission is dangerous, tolong jangan terima. okey? ”
“ baiklah, namjachingu. saya tak terima. pernah ke saya terima misi bahaya sebelum ni? ”
“ memang tak pernah. tapi Soomin yang aku kenal ni nakal orangnya. mana tahu, masa aku takde, kau terima misi bahaya. bukan boleh percaya. ”
“ hehe. aku terfikir juga. tapi aku masih baru untuk jalankan misi bahaya. ”
“ tahu pun. ”
mereka berbual sehinggalah lewat malam. ikutkan nak berbual sampai esok pagi, tapi itulah Yeonjun baru teringat bahawa dia masih tak mandi lagi.
jadi, perbualan mereka berakhir pada pukul dua pagi. ya, agak lewat.
—
next chapter : 14
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top