12
— devil
— k t h
—
“ haih. aku ingatkan boleh lah aku bersenang lenang tengok drama balik nanti. tapi tak juga. ” rungut Chaerin.
“ itulah. baru sehari kita tak dapat assignment, tiba-tiba hari ni bertimbun pula. ” tambah Woonggi pula.
“ kauorang kira beruntung lah ada juga kerja yang nak dibuat. aku tak tahu aku nak buat apa balik nanti, takde assignment. ” ujar Soomin meminta simpati palsu.
“ dasar. fikir kitaorang tak tahu kau tidur je sampai tengah hari esok kat bilik kau tu. makan tak, mandi tak, apa tak. konon tak tahu buat apa. ” balas Woonggi, iri hati.
“ eh kau ni. mana ada aku macam tu. aku ni perempuan. tak elok tidur sampai tengah hari, tak mandi tak apa. mestilah aku tolong eomma aku. kemas rumah ke, siram pokok ke, boleh intai Mingi, kan? ”
Soomin mula berlagak seperti perempuan yang terlalu ayu. sempat lagi dia memberi jelingan kepada Woonggi.
Hyojung hanya menggelengkan kepalanya, tak tahu macam mana nak masuk campur perbualan mereka.
“ eo, appa aku dah sampai. jom, Woonggi. ” Chaerin dan Woonggi berlari anak ke arah kereta milik bapa Chaerin setelah mereka bersalam-salaman.
sekarang, tinggal Hyojung dan Soomin yang masih berada di perhentian bas di sebelah pintu pagar uni.
“ kau tak balik dengan unnie kau? ” soal Hyojung. Soomin menggeleng.
“ tak nak aku. dalam kereta nanti, mesti kena bebel je. boleh tersumbat telinga aku. ” balasnya sarkastik.
“ habis tu, Yeonjun ambil? ” sekali lagi Soomin menggeleng.
“ dia takde kat Seoul minggu ni. ada emergency case kat Pohang. aku balik naik bas je lah. ” Hyojung hanya mengangguk.
lama mereka berdiam diri, memikirkan hal masing-masing. sesekali Hyojung bermain dengan telefonnya.
“ hey, Jung. ” Hyojung mendongakkan kepalanya memandang Soomin.
“ hmm? ”
“ terima kasih.. sebab tolong simpankan rahsia aku. ”
“ aku dah janji tak beritahu sesiapa. janji tak boleh dimungkiri, kan? ” ayat Hyojung membuat Soomin tersenyum nipis.
“ thank you. ” Hyojung hanya menganggukkan kepalanya.
pandangan mereka berdua mula beralih apabila sebuah kereta muncul di hadapan perhentian bas.
kereta milik keluarga Hyojung.
“ ah, eomma kau dah sampai. ” ujar Soomin sedikit sedih. baru ingat nak berbual dengan Hyojung lebih lama.
“ erm. ” Hyojung berdiri dan mula berjalan ke keretanya. sebelum dia membuka pintu kereta, dia memandang Soomin.
“ kau taknak tumpang? ” soal Hyojung.
“ tak apa. aku nak singgah bandar nanti. ” Hyojung menjongketkan kening sebelahnya.
“ betul ni? ”
“ ya. jangan risau lah. kirim salam kepada eomma. ” Hyojung hanya mengangguk lalu memasuki kereta.
Soomin menghantar pandangan sehinggalah kereta tersebut hilang dari pandangannya.
dia menghela nafas kecil.
beberapa minit kemudian, bas tiba dan tanpa melengahkan masa, dia terus naik ke dalam bas.
memandangkan bas tidak mempunyai manusia yang terlalu ramai, dia bebas memilih tempat duduk.
jadi, dia berjalan ke tempat duduk di bahagian belakang bas setelah mengimbas kadnya pada pengimbas bas.
tempat duduk di sebelah tingkap menjadi idamannya.
baru sahaja bas hendak berjalan, seorang lelaki cuba untuk menahan bas dan cepat-cepat naik.
“ aish, haksaeng. kamu patut tunggu bas lain je tahu. ” rungut pemandu bas.
lelaki itu tersengih malu. “ mian, ahjussi. saya nak cepat. ” dia mendekatkan telefonnya pada pengimbas.
“ cepat-cepat. kami pun nak cepat juga. pergi duduk cepat. ”
“ arasseo arasseo. tsk. ” dia berlalu ke tempat belakang dan ternampak Soomin. senyuman senget terhias pada bibirnya.
tanpa segan silu, dia melabuhkan duduk di sebelah Soomin.
Soomin yang tersedar ada seseorang duduk di sebelahnya, mengalihkan pandangannya daripada telefon.
matanya automatik berpusing ke atas apabila terpandang manusia yang tak berapa disukainya.
Choi Beomgyu
“ tak sangka kita berjumpa lagi. hoho. adakah ini jodoh? ” Beomgyu mendekatkan bahunya dengan bahu Soomin, sengaja.
Soomin diam, men'scroll' laman utama Instagram dan dia juga sengaja menganggap bahawa di sebelahnya seperti tiada orang.
Beomgyu tersengih.
“ jangan kau ingat aku maafkan kau lepas apa kau dah buat kat aku tempoh hari. calar dahi aku ni tahu kena pintu kelmarin. ”
dia melihat dahinya yang bersembunyi di sebalik rambut bangs hitamnya melalui pantulan skrin gelap telefonnya.
“ hmm. hensem nya aku. heish. patutlah orang tu boleh suka aku. ” dia mengumam perlahan tapi masih boleh didengari oleh Soomin.
Soomin hanya mampu memutarkan biji matanya tanda menyampah.
Beomgyu terdiam sekejap apabila dia teringatkan sesuatu.
“ kau masih marahkan aku ke, Soomin? ” soalnya sambil melihat reaksi Soomin.
Soomin hanya diam. tak memberi respon atau reaksi.
“ aku minta maaflah sebab tak terima cinta kau. tapi kau pun tahu kan, aku ni orangnya baik, tak sesuai langsung dengan kau yang nakal ni. kata oranglah. ”
“ .... ”
“ walaupun kau ni sedikit sebanyak merupakan...type aku. ” sambungnya lagi.
kali ini, Soomin mengeluh kasar. rasa rimas melanda dirinya.
perlu ke ungkit benda dah lama? gumamnya dalam hati.
“ tapi tu lah. kau terlalu nakal untuk aku. silap-silap aku boleh bertukar daripada baik menjadi nakal, kalau aku bercinta dengan kau. ” Beomgyu tergelak kecil mendengar apa yang dia katakan sendiri.
Soomin mengeluh. dia menggempal tangannya. sakit hati pula dia dengan mamat perasan sebelah ni.
kenapalah aku boleh tersuka dia dulu? tak guna betul.
“ hey, Soomin. aku bercakap dengan kau ni, bukan dengan patung yang mirip Soomin. ” Soomin hanya mengendah.
suasana bertukar diam apabila Beomgyu dah tak bersuara seperti tadi.
bagus pun dah diam.
dia melihat ke luar tingkap, mengamati di mana dia sekarang. lagi tiga minit dia akan sampai ke bandar.
“ ish, tak guna betul! macam mana dia boleh terlepas? ” Soomin mengalih pandangannya ke arah Beomgyu apabila terdengar lelaki itu seperti kemarahan.
dia melihat telefon milik Beomgyu.
oh, main game. ingatkan apa tadi.
“ ingatkan tak perasan aku ada kat sini. ” kata Beomgyu tanpa mengalihkan pandangannya dari telefon.
Soomin menggigit bibir bawahnya. terasa diri dia bodoh sebab pandang lelaki tu.
Soomin bangun dari duduknya dan cepat-cepat keluar dari tempat duduknya membuatkan beg galasnya terlanggar wajah Beomgyu.
“ yah! ” Soomin memalau lelaki itu dan segera menuruni bas apabila bas berhenti.
“ tak guna punya anak Bae. ” gumam lelaki itu sebelum dia tersenyum sinis.
—
next chapter : 13
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top