11

d e v i l
— k t h

lama Soomin memandang skrin telefonnya. sesekali kuku ibu jari kanannya mengetuk perlahan skrin telefon itu.

dia terfikir.

patutlah muka Mingi lain dalam gambar ni. gambar masa sekolah dulu. memang patutlah aku tak cam itu dia. ingatkan nama sama je.

kalau aku tahu, tak payah susah payah pergi majlis tu, spy lah apa lah. chat je dia terus.

Soomin mengeluh perlahan.

“ Soomin! ”

“ ah, kamchagiya! ” dia menutup mulutnya dengan kedua-dua tangannya kemudian memandang ke sebelah kirinya.

Chaerin tersengih-sengih. sengihannya makin melebar apabila mendapat panahan mata daripada Soomin.

“ kau memang nak malukan aku ke apa? ” soal Soomin.

“ alah, sorrylah. kau tu ha termenung jauh sampai tak sedar yang aku dah ada kat sebelah kau. ” Chaerin mencebik bibirnya.

“ mian. ” kata Soomin, sambil menutup telefonnya.

“ by the way, yang kau tengok tu gambar siapa? ” Soomin memandang Chaerin tajam.

“ kau nampak? ” Chaerin mengangguk polos.

“ kau kan termenung jauh. ” Soomin mengangguk faham apabila Chaerin memberi keterangan pendek.

“ gambar Mingi zaman sekolah dulu. ”

“ eh, kenapa kau ada gambar dia? ” soal Chaerin yang sememangnya mengenali Mingi, memandangkan lelaki itu merupakan jiran rapat Soomin.

“ dia bagi aku? ”

“ ehhhh? kau ada apa-apa ke dengan dia? ” mendengar soalan itu, Soomin menjeling Chaerin.

hilang ingatan ke apa budak ni?

“ kitaorang rapat. lupa ke? ” Chaerin menampar dahinya.

“ haahlah aku lupa. no wonderlah. ” dia memandang bawah sambil mengetuk meja.

sekarang mereka berada di gazebo berdekatan pintu masuk universiti. memandangkan mereka tiada kelas pada waktu ni, Soomin ingin bersendirian di gazebo.

tapi datang pula, si Chaerin penyibuk.

“ kau datang sini kenapa? ” soal Soomin.

“ oh. Hyojung ajak pergi perpustakaan. memandangkan kau pun dalam proses nak mengubah diri kau, apa kata kau join kitaorang sekali? dah lama kita tak study sama-sama. ” jelas Chaerin sambil membuat wajah comelnya, memujuk Soomin.

“ malaslah. banyak benda lagi yang aku nak fikir selain study. ” Soomin kembali menatap telefonnya.

“ alah kau ni. jomlah. ” Chaerin melengkung kan bibirnya ke atas. dia memegang lengan Soomin sambil menggoncangnya.

“ serious aku takde mood sekarang ni. ” Soomin meletakkan telefonnya di atas meja, kemudian menekup wajahnya.

“ kau takde mood eh? okey. jumpa dalam kelas art nanti. aku pergi dulu. ” telefon Soomin diambil dan disorokkan ke dalam poket skirt jean paras lutut yang dipakainya.

lalu dia berdiri dan cepat-cepat pergi dari situ sebelum Soomin perasan.

“ haih. ” Soomin mengeluh seraya meraup wajahnya. dia melihat Chaerin yang sudah jauh darinya.

“ sampai bila aku nak berahsia daripada semua orang ni? ” rambut hadapannya diraup ke belakang, rimas.

baru sahaja dia hendak mengambil telefonnya, dia terpaku sekejap.

aku rasa aku dah dapat telefon aku hari ini. tak akan khayalan je aku pegang telefon tadi?

dia mengetap bibirnya apabila baru sedar bahawa Chaerin telah mengambil telefonnya.

“ ish, Chaerin ni memang. aku dah lah susah nak spend time dengan fon aku sebab abeoji asyik rampas. dia senang-senang je rembat. ”

Soomin membebel kecil sambil berjalan menuju ke arah perpustakaan yang agak jauh dari gazebo yang didudukinya sebentar tadi.

dengan amarah yang melanda, dia membuka pintu perpustakaan kuat sehingga terkena pada seseorang yang berada di sebalik pintu.

“ akh! ”

“ ehhh? ” cepat-cepat dia menutup pintu semula, dan berdiri menghadap dinding di sebelah pintu.

gerangan yang mengadu sakit tadi, melangkah keluar dari perpustakaan. mulutnya tak henti menyumpah seranah siapa yang buat dahi dia sakit.

“ kau! ” bahu Soomin terhinjut sedikit akibat panggilan lelaki tersebut.

Soomin menekup wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya kemudian menghadap lelaki tu.

“ aku minta maaf! ” dia menundukkan badannya 90 darjah.

niatnya menutup muka supaya orang tersebut tak nampak muka dia hancur setelah tangannya ditarik.

mata Soomin sedikit membulat apabila wajahnya terdedah. bukan itu saja, kedua-dua pergelangan tangannya yang digenggam dan jarak antara mereka berdua yang boleh dikatakan agak rapat tapi tak rapat, mampu membuatkan wanita itu terkejut.

“ kau memang dengki dengan aku eh? ” lelaki yang berada di hadapannya itu tersenyum senget.

entah kenapa, Soomin berasa malu sekarang ni. biasanya kalau dia buat silap atau apa, dengan selambanya dia meminta maaf kemudian terus pergi.

yelah, bad girl memang macam tu kan. tapi kali ni lain.

kenapa mesti dia juga?

cepat-cepat Soomin menarik tangannya daripada genggaman lelaki tu. dia cuba menenangkan diri dia dan bertentang mata dengan lelaki di hadapannya.

“ memang padan dengan muka kau pun kena hantuk dekat pintu. ” ujar Soomin sarkastik.

tak betah berlama-lama dengan lelaki yang tak berapa disukainya itu, dia berlalu masuk ke dalam perpustakaan.

“ tch, dasar anak bae! ”


next chapter : 12

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top