10
d e v i l
— k t h
—
Yeonjun mengerling ke arah jam tangannya kemudian mengalihkan pandangan ke pintu belakang dewan.
dia dah tak duduk senang apabila Soomin masih tidak muncul kan diri sejak pergi ke tandas dua puluh minit yang lalu.
koktel diteguknya laju lalu dia berlalu ke tandas.
dia ternampak seorang perempuan yang pastinya bukan Soomin baru saja keluar dari tandas. laju langkahnya menuju ke arah perempuan tersebut.
“ cik. ” dia berdiri tepat di hadapan perempuan tersebut membuatkan perempuan itu memberhentikan langkahnya.
“ ya? ”
“ dalam tandas tadi, ada tak perempuan berdress labuh putih, dengan topeng muka putih kelabu sikit? ” soal Yeonjun.
berkerut dahi perempuan itu, melihat Yeonjun .
“ takde. ” jawapnya ringkas.
“ betul ke? ”
“ ya. saya seorang je dalam tandas tadi. tiada sesiapa pun. ” jelasnya.
“ ah. ” Yeonjun menguak rambutnya ke belakang, rimas. pinggangnya dicekak.
“ saya pergi dulu. ” Yeonjun hanya mengangguk, kemudian dia menundukkan sedikit wajahnya— memberi hormat.
setelah perempuan tadi hilang dari pandangan mata, dia memandang sekeliling.
“ mana pula dia ni? takkan kena culik? ” berkerut dahinya memikirkan perkara yang tak diingini.
“ ah, tak boleh jadi ni. ” dia terus berjalan ke pintu keluar bangunan.
daun pintu diselaknya, kemudian dia keluar dari bangunan. dia memerhati sekeliling sambil berharap bayang teman wanitanya dijumpai.
keluh dilepasnya kasar apabila tidak menjumpai apa-apa. dia menumbuk dinding, kuat.
tangannya yang sedikit calar dibiarkan. sekarang dia lebih risau akan keberadaan Soomin.
baru saja Yeonjun hendak masuk ke dalam bangunan semula, langkahnya terhenti apabila terdengar seperti bisikan.
atau lebih tepat, perbualan seseorang yang tak jauh dari nya.
dia memandang ke arah suara yang didengarinya.
tanpa melengahkan masa, laju kakinya menuju ke arah itu.
“ kau patut balik. ” keningnya terangkat apabila telinganya menangkap suara Soomin.
makin laju langkahnya sehingga dia sampai tidak jauh daripada dua orang yang sedang duduk di sebuah kerusi lama.
mereka seperti sedang berbual.
“ Soomin. ”
mereka berdua mengalihkan pandangan ke arah Yeonjun.
“ oh, Yeonjun. ” segera Soomin berdiri dari duduknya. kainnya dibela sedikit.
pandangan Yeonjun beralih pada lelaki yang berada di sebelah Soomin. muka dingin dipaparnya.
•••
“ nah. ” Yeonjun menghulurkan sebotol air mineral kepada Soomin. Soomin tanpa berkata apa-apa, menyambut huluran itu.
“ gomawo. ” ucapnya.
“ cheonma. ” dia mengambil tempat duduk di sebelah Soomin. pandangannya tertumpu pada apa yang diperhatikan oleh Soomin.
Soobin dan Mingi.
“ apa yang diaorang bualkan? ” soal Yeonjun sambil membuka penutup air mineralnya. lalu air itu diteguknya.
“ entah. bila aku nak dengar sekali, Soobin tak bagi. ” balas Soomin.
dia masih ingat apa yang dikatakan oleh rakan sekerjanya itu.
“ tugas kau dah selesai. sekarang tugas aku pula. pergi shuh sana. ”
dengan itu, Soomin terpaksa duduk berjauhan dengan mereka berdua. ketika itu, Yeonjun pergi ke kedai untuk membeli air mineral dan beberapa makanan ringan.
“ oh. tapi peliklah. macam mana kau boleh jumpa dia secepat tu, dengan muka dia dilindungi oleh topeng muka. ”
Yeonjun memandang Soomin, dengan riak wajah tertanya-tanya. Soomin mengeluh kecil. botol mineral yang masih belum dibukanya, menjadi tempat jarinya bermain.
“ dia yang jumpa aku. masa aku nak masuk ke dalam dewan semula, dia tarik aku ke belakang bangunan. dia tanya kenapa kita cari dia. ” Soomin melihat Yeonjun.
ternyata lelaki itu juga terkejut.
“ dia tahu? ” Soomin mengangguk.
“ aku pun terkejut bila dia dapat tahu. rupanya dia memang tahu plan kita. dan, aku kan rapat dengan dia, jadi, dia cam muka aku, walaupun aku pakai mask. ”
Yeonjun mengangguk perlahan.
“ apa yang jadi masa aku takde tadi? ” soal Yeonjun.
Soomin terdiam. ini kalau Yeonjun tahu apa yang Mingi buat pada teman wanitanya, mahu pecah muka Mingi.
jadi, Soomin hanya tersengih dan berkata,
“ aku pujuk dia, jadi dia tak marah sangat. cuma dia tak sangka aku yang mengintip dia selama ni. ”
Yeonjun mengangguk sekali lagi. walaupun dia tak percaya yang Mingi mudah terpujuk dengan pujukan Soomin, tetapi dia hanya mengiyakan saja.
—
next chapter : 11
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top