05

— devil
— kth



“ Soomin! kau pergi mana lama sangat? aku risau tahu tak? ”

Chaerin lari ke arah Soomin apabila dia sedar kehadiran rakannya di muka pintu bangunan.

“ relakslah. aku pergi jumpa kakak aku je pun. ” Soomin tersenyum melihat rakannya.

“ aku fikirkan kau hilang. lama tahu aku tunggu sini. ” dia mencebik.

“ hehe. jangan risau lah. aku tak akan pernah hilang. kenapa kau tunggu sini? mana Woonggi dan Hyojung? ” soalnya sambil memandang sekeliling mereka.

“ diaorang ada dalam kelas. aku cakap aku nak pergi tandas tadi, padahal cari kau. tak jumpa, aku tunggulah kau kat sini. ” jelas Chaerin.

“ oh. jomlah kita masuk kelas. nanti lambat, kena kunci kat luar pula. ”

Soomin menarik tangan Chaerin menuju ke kelas mereka yang berada di tingkat dua.

mereka sempat memasuki kelas mereka sebelum lecturer masuk.

Soomin mengambil tempat duduk di sebelah Hyojung manakala Chaerin duduk di antara Hyojung dan Woonggi.

“ ke mana lama sangat kau pergi, Chaerin? cakap pergi tandas. ” soal Woonggi .

“ hehe. aku pergi cari Soomin sebenarnya. ” jawapan yang diberikan oleh Chaerin membuatkan Woonggi memutarkan biji matanya.

“ kenapa tak ajak aku sekali? ”

“ aku taknak kacau kau memandangkan kau tengah main video game tadi. ”

“ haih, ye lah. Soomin. ”

“ huh? ” Soomin memandang Woonggi lalu menjongketkan keningnya sebelah.

“ kau menghilang ke mana pula tadi? ” soal Woonggi lagi, tapi kali ni ditujukan kepada Soomin.

“ jumpa kakak aku. dia chat Hyojung kata nak jumpa aku. ” jawabnya. tangannya sibuk mengeluarkan kotak pensel dari beg.

“ tanpa beritahu kitaorang? ”

Soomin tersengih.

“ mian. ”

Woonggi hanya mampu menggelengkan kepalanya.

Hyojung yang mendengar hanya mendiamkan diri, takde rasa nak masuk campur memandangkan dia lebih suka berdiam.

•••

pada malam itu, setelah dirinya puas dibebel oleh ibunya tentang apa yang berlaku di universiti pada hari ini, Soomin melangkah ke biliknya.

“ boleh bernanah telinga aku. ” dia membaringkan tubuhnya ke atas katil.

bantal yang berdekatan digapainya lalu dipeluk. dia memejamkan matanya, mula memikirkan sesuatu.

“ aku nak pergi atau tak ? ”

lama memikir, dia mengambil keputusan untuk berehat pada malam itu. dalam beberapa hari ni, dia kekurangan tidur.

mungkin itu salah satu sebab kenapa dia terlalu malas untuk pergi ke universiti.

Soomin merajinkan dirinya untuk bangun dan menutup lampu biliknya. sedar akan langsir yang sedikit terselak, dia betulkan.

lalu badannya direbahkan kembali ke atas katil. selimut ditarik sehingga menutupi seluruh badannya kecuali kepala.

bantal dipeluknya. dia mengiring badannya di sebelah kiri. tak lama kemudian, dirinya nyenyak dibuai mimpi.

•••

banyak kali jam pada tangannya dikerling. sesekali pandangan dialihkan ke hadapan, seperti menanti kedatangan seseorang.

bibirnya dilengkungkan ke atas.

“ dia tak keluar pula malam ni? ” soalnya sendiri.

bahunya diangkat menandakan taknak ambil kisah dan tahu.

“ hey. ” bahunya disentuh oleh seseorang membuatkan dia menoleh ke belakang.

“ ya? ”

“ jom, gerak. diaorang dah tunggu. ”

kepalanya diangguk. dia membontoti lelaki di hadapannya sehinggalah mereka hilang dari tempat tersebut.


next chapter : 06

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top