03

— devil
— kth


tok tok

Soomin memulas tombol pintu lalu daun pintu ditolak perlahan. matanya memerhati sekeliling bilik itu.

“ ha! sini kau! ” terkejut Soomin apabila disergah tiba-tiba dari belakang. telinganya ditarik oleh seseorang, masuk ke dalam bilik.

“ akh, unnie! sakitlah! ” telinganya serta-merta dilepaskan .

“ tau sakit. fikir engkau je yang sakit, unnie tak sakit? eh, unnie ni sakit gila hati bila dengar orang bercerita pasal kau sana sini. ”

Yubin mencekak pinggangnya, menunjukkan bahawa dia bengang.

“ tentang apa pula kali ni? aduh. ” Soomin menyapu telinganya yang terlalu sakit akibat ditarik kuat oleh kakaknya.

“ buat-buat tak tahu pula. yang kau pergi buli budak junior kenapa?! ”

Soomin memandang unnienya, terkejut.

“ bila masa pula aku buli junior, unnie? ”

Yubin memejam matanya dan menghela nafas kasar. dia mencelikkan matanya semula.

“ kau ambil duit dia, betul ke? ” tanyanya apabila sudah tenang sedikit.

“ memanglah aku ambil. aku minta je, pastu dia bagi. bukannya aku paksa pun. ” Soomin memuncungkan bibirnya sedikit.

“ kau takde kerja lain ke selain minta duit orang? ” Yubin sudah mengambil tempat duduk. dia cuba untuk tak marah.

“ habis tu, aku nak beli makanan guna apa? abeoji tak bagi duit. minta kat kau? aku mati kebuluran baru kau bagi. ” balas Soomin sarkastik.

“ dah siapa suruh kau buat perangai?! abeoji  hantar kau masuk universiti suruh kau belajar, bukannya buat masalah sana sini! ” sudah, Yubin dah meletop.

“ bukan aku yang nak masuk sangat ke sini. ” Soomin mencebik panjang.

ppak!

meja ditampar kuat oleh Yubin membuatkan adiknya terkejut buat kali kedua.

“ lagi sekali aku dengar kau buat masalah, siap eh. ” pandangan tajam yang Yubin beri, membuatkan Soomin sedikit gerun.

“ alah unnie. maaflah. bukannya sengaja. ” dia cuba untuk membela dirinya, tapi tak diendahkan oleh Yubin.

“ sekarang keluar. aku bukan nak hadap kau seorang je. banyak lagi kerja aku. ” lagi sekali Soomin mencebik.

“ lain kali jangan panggil. dah lah susah nak datang sini. ” kaki dihentaknya tanda protes, lalu tanpa menunggu lama, Soomin meloloskan diri dari bilik kerja kakaknya.

Yubin menyandarkan belakang badannya pada kerusi lalu mengurut dahinya perlahan sambil mata terpejam.

“ kalau hari-hari macam ni, boleh strok aku asyik marah je. ” dia mengeluh perlahan.

•••

Soomin menutup pintu bilik kakaknya sambil membebel kecil. dia masih tidak puas hati dengan kakaknya yang tahu nak cari salah dia.

“ Soomin-ah. ”

“ ah, kamchagiya! ” Soomin memandang gerangan yang memanggilnya sambil mengurut dadanya.

dah berapa kali dia terkejut hari ni. ya, dia mudah terkejut walaupun dijerkah sedikit saja.

dia menghela nafas pendek apabila sudah pasti siapa yang memanggilnya.

“ ya, Seonghwa oppa? eh, maaf. Sir Seonghwa. ” Soomin menggaru kepalanya apabila sedar yang dia terlepas panggil.

Seonghwa hanya tersenyum.

“ boleh oppa bercakap dengan Soomin sekejap? ” berkerut dahi Soomin. kenapa semua nak jumpa dengan dia ni?

“ boleh. Sir nak cakap apa? ”  Seonghwa memandang sekeliling sebelum pandangannya kembali pada Soomin.

“ bukan kat sini. Soomin tak makan lagi kan? ” tanya Seonghwa dengan nada lembut.

“ belum lagi. Sir nak belanja ke? ” tersengih terus Soomin dibuatnya.

Seonghwa mengangguk kecil.

“ yes! kajja! ” tanpa segan silu, Soomin berjalan laju ke kafe universiti. Seonghwa hanya menggeleng melihat tingkah laku bakal adik iparnya.

“ Sir, cepat sikit! ” laung Soomin dari jauh sehingga mendapat perhatian manusia yang lalu-lalang.

segera Seonghwa melajukan langkah mendekati Soomin.

sesampai sahaja mereka di kafe, Soomin terus sahaja memilih makanan yang diingininya.

Seonghwa turut membuat perkara yang sama.

kemudian mereka memilih tempat duduk yang kosong.

melihat Soomin makan dengan penuh selera, membantutkan pertanyaan yang Seonghwa ingin bertanya tadi.

‘ tanya selepas dia selesai makan lah. ’

perlahan makanan disuapkan ke dalam mulut.

“ eo, oppa nak tanya apa tadi? ” Soomin menampar mulutnya apabila terlepas panggil lagi sekali.

Seonghwa tersengih kecil.

“ Soomin boleh je panggil oppa dengan panggilan ' oppa '. ” ujar Seonghwa.

Soomin menggeleng laju.

“ mana boleh. saya kena lah panggil ' Sir ' sebab kita di uni, bukannya di luar. lagipun— ” dia berhenti sekejap untuk menelan makanannya.

“ —lagipun, saya kena hormat Sir sebagai seorang lecturer di sini. tak boleh lah sesuka hati panggil 'oppa'. ” lagi sekali, Seonghwa tersengih.

“ ikut suka Soomin lah. ” dia memasukkan sedikit isi ikan salmon ke dalam mulutnya, lalu mengunyah dengan perlahan.

“ Sir nak cakap apa sebenarnya? ”

“ lebih kepada tanya. tadi, oppa terdengar Soomin dengan Yubin bergaduh. kenapa? ”

“ oh. sebab unnie malu...kut. saya kan asyik buat masalah je. ” balasnya selamba sambil memasukkan makanan ke dalam mulutnya.

“ tentang buli tu ke? ” Soomin memandang Seonghwa.

“ oppa pun tahu juga? haih. ” Soomin meramas rambutnya. rimas dengan segala yang terjadi.

Seonghwa mendiamkan diri. dia tak tahu nak buat apa.


next chapter : 04

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top