02
— devil
— kth
—
koridor mula dipenuhi oleh mahasiswa dan mahasiswi sebaik sahaja jam tepat menunjukkan pukul empat petang.
kelas bahasa inggeris telah pun tamat. masing-masing membawa diri ke tempat yang diingini sebelum bermulanya kelas seterusnya.
Taehyun dan Hueningkai berjalan keluar dari bilik kuliah.
tak pelik kalau mereka berdua membawa buku dan peralatan lengkap ke dalam kelas ni kerana kelas bahasa inggeris merupakan kelas yang paling mereka suka.
“ nak pergi makan dulu, ke? ” soal Hueningkai.
Taehyun hanya mengangkat bahu, masih tak membuat keputusan lagi.
sesampai sahaja mereka di bilik locker, masing-masing berpisah kerana locker mereka terletak di tempat yang berlainan.
Taehyun memasukkan kata laluan, lalu membuka pintu lockernya. buku-buku disusun elok, lalu telefonnya dibawa keluar.
dah menjadi rutin apabila dia masuk ke dalam kelas bahasa inggeris, telefon akan ditinggalkan dalam locker.
hanya bila kelas bahasa inggeris dijalankan. kalau kelas lain, kena marah dengan lecturer sebab main telefon pun dia tak kisah.
“ jom lah cepat. kita pergi makan dulu. aku lapar. ”
pandangan dialihkan kepada Hueningkai sebelum beralih semula pada locker.
“ kau setiap masa lapar. ” pintu locker ditutupnya.
Hueningkai mencebik bibir setelah mendengar ayat yang dikeluarkan daripada mulut rakan baiknya itu.
“ mana ada. ”
“ dah. jom. ” Hueningkai tersenyum riang apabila Taehyun bersetuju untuk pergi makan terlebih dahulu.
mereka berjalan keluar dari bilik locker, sambil berbual kosong.
“ eh sekejap! ” perjalanan mereka terhenti apabila mereka ditahan oleh seorang perempuan.
berkerut wajah mereka berdua melihat wanita yang tak pernah dijumpai.
“ annyeonghaseyo ! hehe, saya minta maaf sebab tiba-tiba menyibuk. nak tumpang tanya, boleh? ”
wanita berambut perang gelap paras bahu itu sedaya upaya memberi senyuman yang cukup manis.
“ erm bo— ”
“ kaunter pertanyaan ada kat depan sana. ” belum sempat Hueningkai hendak membalas pertanyaan wanita tersebut, Taehyun terlebih dahulu memotong.
wanita tersebut tersenyum kekok.
‘ dia buat lawak ke ? ’ fikirnya.
“ hahahaha! ” Hueningkai memukul bahu Taehyun. “ awak nak tanya apa tadi? ”
“ er, tahu tak pejabat Miss Bae Yu Bin dekat mana? ”
“ oh, tahu! Miss Bae Yu Bin yang cantik-cantik , muda , yang ajar bahasa inggeris tu kan? ” oh, mungkin ini sebab mereka suka masuk ke dalam kelas bahasa inggeris.
“ cantik? haha, betul lah tu. ”
Taehyun hanya mendiamkan diri, bermain telefon setelah kena pukul bahu dengan Hueningkai tadi.
Hueningkai menunding jari telunjuknya pada hujung koridor tersebut.
“ dekat situ ada satu bilik, tu pejabat Miss Bae dengan lecturer yang lain. ” wanita itu mengangguk faham.
“ oh, kat situ. ” pandangannya kembali pada Hueningkai . “ terima kasih ya. saya minta maaf juga sebab mengganggu. ” dia menundukkan sedikit badannya.
“ ahh takpe. tak mengganggu pun. ” tak lekang senyuman lebar pada bibirnya.
dah jumpa buah hati baru ke tu?
“ saya minta diri dulu. ”
“ sekejap. ” wanita itu memandang Hueningkai .
“ ya? ”
“ mahasiswi baru ke kat sini? tak pernah nampak pun. ” Taehyun segera memandang rakannya.
“ mustahil mahasiswi baru. sekarang ni bulan berapa nak bagi budak baru masuk. ” dia menjeling sekilas ke arah wanita tersebut.
“ hahaha. betul tu. mana ada mahasiswi masuk awal tahun. saya dari art department. ” jelasnya.
“ oh, datang department sini sebab nak jumpa Miss Bae je lah? ” wanita itu hanya mengangguk pada soalan Hueningkai .
“ oh, faham. ” suasana menjadi diam.
“ erm, saya minta diri dulu. terima kasih lagi sekali. ” mereka memberi hormat antara sesama kemudian wanita itu beredar ke pejabat.
Taehyun dan Hueningkai menyambung perjalanan mereka ke kafeteria.
“ cantik juga perempuan tadi tu. ” Hueningkai mula berfanboying.
“ cantik my ass. ” sekali lagi tangan Hueningkai mendarat pada bahu Taehyun.
“ akh! sakitlah! kau tau tak pukulan kau tu kuat? ” Hueningkai di sebelah dijeling tajam.
“ mulut kau tu cakap main lepas je. ikutkan aku nak lempang mulut tu, bukan bahu. ” muka garang ditunjuk oleh Hueningkai.
“ lantak aku lah. mulut aku. ”
dia mempercepatkan langkahnya, meninggalkan Hueningkai di belakang yang sedang berangan menghancurkan mulut Taehyun.
—
next chapter : 03
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top