6 ; Margastua dan Cakraya Kecil

Heyyo! 🌻✨

🍉🍉🍉🍉🍉

𝑶𝑵
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 06

Dahi jendul dipicit-picitnya setelah jenuh memikirkan kaedah sesuai untuk memulihkan virus selesema burung yang melanda di Namkandaland.

Sudah berkali-kali dia menjalankan kajian dalam penghasilan vaksin, namun semuanya tidak berhasil ekoran rata-rata antigen daripada mikroorganisma spesies burung sebelum ini tidak bersesuaian untuk digunakan dalam proses seterusnya.

Akibat tidak tahan berlama-lama di sini, ruang makmal yang serba canggih ini ditinggalkannya.

Sebaik sahaja melangkah keluar,suatu sentuhan dicipta oleh sesuatu pada bahunya. Sebuah senyuman bersama lesung pipit ditayangkan setelah mengetahui apa yang menyentuhnya.

"Lapar ye? Sekejap tau" soalnya kelembutan sambil membelai manja belalai anak gajah yang berusia lima tahun itu.

Seusai pintu kediaman ditutup rapat, langkahnya dimajukan menghampiri sebuah bangsal. Tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran yang memenuhi keseluruhan ruang dalaman bangsal dikeluarkan jejaka itu sedikit demi sedikit.

Setelah makanan disusun mengikut spesies, Namjoon itu memanggil margastua* jagaannya dengan meniru bunyi hidupan-hidupan tersebut.

Tidak sampai beberapa minit, kelibat sekumpulan zebra, gajah, zirafah dan lain-lain mendekati kawasan itu.

Sekali lagi, ahli penyelidik juga merangkap ahli zoologi ini tersenyum sendirian melihatkan margastua itu begitu berselera menikmati makanan disediakan.

"Namjoon! Tolong aku!" pantas dia memalingkan wajah ke arah seseorang yang tempik memanggilnya.

Terkejut Namjoon setelah melihat rakannya memegang sangkar cakraya* sambil sebelah tangan lagi memapah seseorang yang pucat wajahnya.

Cepat-cepat dia memberikan bantuan.


....


"Macam mana kau boleh terserempak dengan budak tu?" Namjoon yang sibuk membaluti bahu tercedera jejaka itu mula menyoal rakannya itu.

"Begini ceritanya..."


....


Sangkar yang sedikit bersawang di belek-beleknya, mungkin yang ini sesuai untuk penyimpanan bagi subjek ditangkap nanti.

Setelah dibersihkan, Seokjin pun melangkah keluar dari rumah untuk meneruskan giatnya.

Semasa mengorak langkah ke tanah lapang yang dipenuhi dengan pelbagai hidupan, Seokjin terpempan apabila ternampak sekujur tubuh terbaring di situ.

Pantas dia menghampiri jejaka tidak dikenalinya itu. Pipi ditepuk-tepuk Seokjin, cuba memastikan jejaka atas ribaannya membalas respon. Namun malangnya, jejaka itu masih terkaku.

Chirp chirp

Perbuatan Seokjin yang memapah jejaka itu terbantut selepas seekor cakraya kecil mendekati mereka berdua.

Dengan kicauan yang berterusan itu, Seokjin dapat mengenal pasti apa yang menimpa pada hidupan itu.

Burung sebesar tapak tangan itu digapai Seokjin. Sambil-sambil itu, dia memerhati keseluruhan fizikal haiwan berbulu pelepah itu.

"Dah agak, kaki patah. Tak apa lil birdie, biar aku rawat kau" ujar Seokjin sendirian sebelum memasukkan cakraya kecil itu ke dalam sangkar, kebetulan dia membawanya bersama.

Setelah selesai perkara tadi, Seokjin pun sedaya upaya memapah jejaka itu dengan berhati-hati sehingga ke rumah Namjoon.


....


"Tanah lapang? Kau tak pelik ke?" berkerut dahi Seokjin apabila Namjoon menyoal sebegitu.

"Tak. Kenapa?"

"Hey lupa ke? Aku jumpa kau pengsan dekat situ jugak haritu" terus Seokjin menepuk dahi atas kealpaannya, baru teringat peristiwa ditimpanya.

"Mungkin dia pun asal dari tempat dulu kau. Nanti dia sedar, cubalah tanya" duga Namjoon.

"Nak tanya macam mana kalau aku sendiri pun tak tahu asal mana!" bentaknya separa marah membuatkan Namjoon terperanjat.

Sungguh, Kim Seokjin amat sedih dan kecewa disebabkan dia langsung tidak mengingati apa-apa kejadian sebelum dirinya dijumpai Namjoon bulan lalu.

Jejaka berlesung pipit itu hanya mampu memberikan tatapan lek-lek-jangan-marah kepada Seokjin.

Setelah mengemas ikatan pada kaki kecil cakraya itu, Seokjin meminta diri sebelum kembali menjengah ke dunia luar, niatnya cuma mengambil angin.

Namun setelah keluar kediaman Namjoon, Seokjin terlihat beberapa figura terpacak berdiri di hadapan tembok konkrit besar yang tidak jauh dari dia berdiri.

"Apa dorang dekat situ?" gumamnya sebelum melangkah ke sana.

🍉🍉🍉🍉🍉

Kosa kata Melayu (unsur alam)
*margastua - binatang liar
*cakraya - burung

Wauthormelon cuba gunakan kosa kata berlainan sikit hehe

See you soon!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top