32 ; Tanah Lapang
Jangan tanya bila nak habis fanfic ni, che sendiri pun tak tau bila 🤡
🍉🍉🍉🍉🍉
𝑶𝑵
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 32
Setelah Hoseok dan Seokjin disahkan sihat daripada koma, akhirnya mereka semua bercadang untuk memulakan perjalanan keluar dari Namkandaland.
Memandangkan si Raja Yoongi tidak akan kembali ke negeri itu, jadi dia bersetuju untuk menukar tampuk kepimpinannya yang bercorak feudalisme kepada demokrasi.
"Jadi kita nak mulakan perjalanan ke mana?" masing-masing tidak tahu untuk menyusul apa-apa cadangan setelah disoal Namjoon.
Tetapi dalam diam, Yoongi ligat memikirkan sesuatu.
"Taehyung, cincin batu kelabu masih ada pada kau?" Taehyung berbalas pandangan ekoran soalan ditujukan buatnya oleh Yoongi.
"Ada, kenapa tanya?"
"Bak sekejap."
Tanpa membantah, Taehyung pun menghulurkan cincin terbabit kepada Yoongi. Sesekali dia fokus membelek barangan perhiasan itu.
"Sebelum cincin ni disarungkan pada jari aku, Sharlene pernah bagitahu yang asal-usul batu cincin dari tembok sana." jari telunjuknya tepat dituding ke arah tembok konkrit nun jauh dari tempat mereka terpacak berdiri kini.
"Tembok tu? Eh, bukan kau orang berdua asal sana ke? Mestilah tahu pasal selok tembok tu, kan?" berdas-das soalan Hoseok tujukan buat Taehyung dan Jimin, seperti peluru.
Mati akal mereka berdua untuk membalas pertanyaan jejaka itu. Dalam masa yang sama, perasaan serba salah menyerbu dalam diri, menyesal menipu Hoseok sehingga dipercayai jejaka itu bulat-bulat.
"Pasal tu kita orang tipu sebenarnya, hehe. Mianhae, Hoseok hyung." raut wajah Hoseok bertukar mendung seusai Jimin dan Taehyung sendiri memecah tembelang yang direka-reka haritu.
"Dahlah korang, dah jom mulakan perjalanan."
"Jom!"
.....
Perjalanan mereka bertujuh menuju ke deretan benteng konkrit mengambil masa yang agak lama memandangkan tiada haiwan yang sesuai untuk ditunggang.
Untuk hilangkan penat dan kebosanan, sengaja salah seorang mereka bertanyakan sesuatu pada Yoongi.
"Jadi Yoongi, kiranya kau lupa segalanya lepas-lepas Sharlene sarungkan cincin batu kelabu tu?" kemusykilan Seokjin terjawab setelah Yoongi mengangguk yakin.
Kali terakhir dia berada di laluan sempit bawah tanah dimana dinding-dinding dijatuhkan bak air hujan.
"Erm, Taehyung. Sebenarnya apa jadi pada Sharlene? Kau ada apa-apakan dia tak?" lantas Yoongi pula ajukan soalan kepada Taehyung lantaran nama gadis itu disebut Seokjin.
Terngiang-ngiang terus diri Yoongi akan raut wajah penuh lembut empunya Sharlene.
"Macam mana aku nak apa-apakan kalau dia terlebih dulu jadi debu?" begitu sinis Taehyung membalas persoalan jejaka berona putih pucat itu.
"Ish, aku tanya elok-elok kan? Janganlah jawab macam kau tu hebat sangat!" bicara Yoongi yang ternaik suaranya, marah sungguh dia terhadap si Taehyung.
"KAU ORANG! Jaga-jaga!" terdiam mereka berdua disebabkan Hoseok lantang menjerit.
Langkah diderapkan Hoseok dalam kadar yang sangat laju, cuba menyelamatkan Jimin dan Jungkook daripada 'sesuatu'.
Ketiga-tiga kujur tubuh mereka akhirnya jatuh menyembah bumi bersama mengerang kesakitan.
"Apa kena dengan kau ni, Seok? Tiba-tiba tolak kita orang sampai jatuh ni." riak wajah tidak berpuas hati dilemparkan oleh Jimin dan Jungkook, memang ditujukan buat Hoseok.
"Kau orang memang tak nampak ke atau saja-saja jadi buta, hah?" berdesing telinga kedua-dua mereka ekoran Hoseok membalas cemuhan.
Persalinannya yang dikotori debu dan habuk ditepis buang.
"Tadi, ada tombak yang disasarkan pada kau orang memandangkan dekat sini dah jadi tempat berperang.
Sebab tu aku tolak sampai jatuh, nak elakkan dari tertusuk kena kau orang berdua." terang Hoseok atas kejadian yang menimpa tadi.
Lagipun, suasana dia perhatikan sepanjang melewati kawasan tanah lapang kini cukup dahsyat untuk diceritakan sepenuhnya.
Seperti tidak percaya akan kata-kata Hoseok, anak mata mereka melilau mencari objek yang disebutkannya.
"Tombak yang terpacak atas tanah pun aku tak nampak, apatah lagi nampak orang berperang. Kau ni agak-agaklah nak bergurau pun, Seok." kecewa sekali Jimin mengaturkan kata-katanya tatkala suasana yang Hoseok diperkatakan tidak wujud sama sekali.
Sejujurnya, mereka berdua rasa dianiaya dan ditipu bulat-bulat oleh jejaka murah senyuman itu.
"Tak percaya cakap aku? Tengok sana tu." tertoleh pandangan mereka mengikut telunjuk Hoseok yang berusaha menunjukkan bukti mereka disasarkan tombak oleh 'seseorang'.
Mereka terpaksa mengecilkan mata, cuba memfokuskan apa yang Hoseok tujukan.
"Gila ke kau? Mana ada apa-apa dekat sana, yang ada rumput menghijau saja." terhambur keluhan kecil dari ulas bibir kecil Jungkook, terlalu kerap ditipu Hoseok.
"Sudahlah Kook, usah layan sangat Hoseok tu. Orang baru sedar koma memang suka cakap bukan-bukan." lengan Jungkook disambar Jimin, sengaja jauhkan diri mereka daripada Hoseok yang dianggap meracau tak kena tempat.
Tertunduk Hoseok akibat kecewa dirinya ditinggalkan begitu saja di belakang.
"Apa kau merepek ni, Seokjin? Jangan cakap apa-apa yang mengarut boleh tak?" terdongak kepalanya sejurus terdengar pertengkaran kecil antara Seokjin dan seseorang.
Dia tergesa-gesa mendekati Seokjin yang ditinggalkan Namjoon.
"Apa jadi ni, hyung?" khuatir sekali Hoseok menyoal Seokjin memandangkan jejaka berbahu lebar tampak muram.
"Joon tu, dia tak percaya apa yang aku cuba sampaikan." mendatar sekali Seokjin berbicara, seperti tidak bersemangat untuk memberitahu padanya.
"Hyung cakap apa dekat dia?" Hoseok mula tertarik untuk melanjutkan pertanyaannya.
"Dekat sini ada orang berperang, dan tiba-tiba aku perasan ada tombak yang dilemparkan tepat-tepat padanya, jadi aku tepis dia sampai jatuh.
Dan bila aku bagitahu perkara sebenar, Namjoon kata aku ni penipu sebab dia sendiri tak nampak apa-apa tombak atau orang tengah berperang dekat situ." terbungkam Hoseok setelah mendengari keterangan Seokjin, situasi itu serupa seperti dilandanya bersama Jungkook dan Jimin.
"Hyung pun sama? Nak tahu tak? Puas aku bagitahu pada Jimin dan Jungkook tu, dia orang tak percaya lagi adalah!" cemberut terus raut wajah milik Hoseok tatkala memikirkan kejadian tadi.
"Jadi, kau ada nampaklah suasana riuh-rendah tanah lapang ni sebenarnya?" terangguk-angguk Hoseok memberi reaksi terhadap kebuntuan Seokjin.
"Kau pun boleh nampak siapa yang berperang jugak kan?" sukar sekali Hoseok maklumkan apa yang dilihatnya tadi.
Tapi, disebabkan Seokjin sahaja yang mempercayainya, jadi tidak salah jikalau dia berkongsi bersama jejaka berbahu lebar itu.
"Ya, aku nampak... EGO kita berperang sesama sendiri."
🍉🍉🍉🍉🍉
Lagu stay gold dah jadi bop la ❤️ btw, bop korang lagu apa?🤭
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top