27 ; Permaisuri

Seperti dijanjikan, Wauthormelon hadiahkan chapter terkini sempena 6.2K reads 😍 thanks sangat-sangat sudi baca fanfic tak seberapa ni🤭

Btw, chapter kali ini banyak dialog, so jangan marah tau hehe

🍉🍉🍉🍉🍉

𝑶𝑵
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 27

"Kalian siapa hah! Mana tahu nama beta ni?"

Perkataan yang terluah dari ulas bibir Yoongi si raja mengundang riak wajah terpempan pada wajah mereka berenam. Sungguh, tidak disangka-sangka dia akan berkata seperti itu.

"Kau ni saja-saja buat tak ingat ke memang nyanyok? Hei, ni kita oranglah, kawan kau!

Kita sama-sama terperangkap dalam dimensi ni." terang Seokjin bersama nada sedikit membentak.

Yoongi yang lengkap bermahkota dan bermantel merah baldu hanya membalas senyuman sinis, seperti memerli.

"Tak perlulah rasanya nak kemukan apa-apa alasan untuk buat beta percayakan kalian.

Lagipun, beta hanya percayakan kata-kata Sharlene, permaisuri tercinta sorang ni." ujar Yoongi sebelum mengelus lembut bawah dagu isterinya merangkap Permaisuri kerajaan Namkandaland.

"Dia ni Sharlene?" soal Hoseok, seperti tidak menyangka.

"Ya, betalah Sharlene yang kau orang tercari-cari tu." ujar wanita itu, kedengaran angkuh pada halwa telinga mereka.

Mahu saja Taehyung menyerang wanita itu, namun tidak terdaya lantaran berhadapan dengan pemerintah paling berkuasa di Namkandaland. Jika dia tersilap langkah, silap haribulan mereka yang tidak berkaitan mungkin dikenakan hukuman lebih dahsyat.

"Cepatlah kakanda, langsaikan hukuman penggal sekarang, adinda tak sabar nak tengok mayat tak berkepala dia orang ni" tubuh sederhana Si Raja sekali lagi digoncang-goncang wanita itu.

Si Raja yang dikenali Yoongi itu sekadar mengangguk kecil sebelum menatap sekilas salah seorang daripada mereka tanpa beriakkan secalit emosi.

Malah, dia mengarahkan pengawal istana untuk memapah tubuh salah seorang mereka ke mesin pemenggal kepala itu.

"Bawak yang paling kecil datang ke sini." tubuh Jimin yang sedikit terkaku mula terarah ke sana dengan bantuan pengawal istana, membuntuti sang raja dari belakang.

Kelima-lima jejaka bersayap yang selebihnya hanya tercengang melihatkan pemergian sahabat mereka dibawa pergi.

Sungguh, tidak disangka-sangka mereka akan perubahan drastik kelakuan Yoongi yang senang-senang mengikut telunjuk sang isteri.

"Kau orang jangan salahkan Yoongi, aku pasti sangat-sangat tu bukan dia." kepala mereka secara spontan berpaling ke arah Taehyung bersama raut wajah yang kebuntuan.

"Kau pasti ke dengan andaian sendiri?" ekor mata Taehyung melirik kebencian ke arah Sharlene yang menghampiri mereka berlima yang sedang duduk melutut, menunggu saat kematian.

Taehyung tidak menjawab persoalan wanita itu, sebaliknya bait-bait kata lain yang terluah dari mulutnya.

"Jadi, inilah adegan tersembunyi kau. Sorokkan cincin tu semata-mata nak kami kembali ke negeri bodoh ni kan?" tebak Taehyung kegeraman mengundang tawa acah-acah ayu meluncur keluar dari belahan bibir Sharlene.

"Hoho, ada betul jugak sikit-sikit. Tapi, nakkan kalian datang balik semula ke sini bukanlah tujuan beta sebenarnya.

Beta cuma nakkan semula cincin-cincin yang kalian curi haritu. Itu saja." selamba Sharlene akui akan penyebab mereka di sini.

Kesemua mereka mengetap gigi kegeraman akan pengakuan wanita.

Dalam kesempatan yang ada, Namjoon mahu bertanyakan sesuatu pada Sharlene memandangkan kedudukan Si Raja jauh untuk mendengar perbualan yang bakal dibicarakannya.

"Sharlene, aku cuma nak tahu satu perkara saja. Kau kan bunuh raja dan permaisuri sebelum ni?"

Sharlene sekadar mengangguk pasti, mengakui akan perbuatannya.

"Tapi kenapa? Apa kaitan dia orang dengan kau, s*ndal?" carutan mula terpacul keluar dari mulut Seokjin seraya bertubi-tubi menyoal.

Dia tahu percakapannya agak biadap, namun situasi begini memang mudah mengundang carutan terkeluar dari mulut secara tidak sedar.

"Mestilah ada kaitan, dia orang ibu bapa beta." terkedu mereka dengan bicara Sharlene yang bersahaja menjawab.

"Tergamak kau!" ujar Jungkook yang mencerlung tajam ke arah wanita itu, penuh kebencian.

"Parents kau? Tak mungkin. Dia orang keluarga diraja dan kau hanyalah gadis kolot yang duduk di hujung kampung, celah mana yang membuktikan kau ada kaitan dengan dia orang?" panjang berderet Hoseok menyoal, yang sarkastik didengari Sharlene.

Namun, wanita itu sengaja menampilkan raut wajah bersahaja, seperti tidak ambil peduli akan herdikan Hoseok padanya.

"Jaga sikit mulut tu, beta memang dibesarkan sebagai tuan puteri, tapi sebaik saja beta jadi remaja, ayahanda dan bonda arahkan beta hidup dalam kandang tu.

Arahkan? Tak lebih kepada paksaan sebenarnya. Katanya, mereka nak merasai hidup seperti rakyat biasa.

To be honest, beta tak suka. Jijik tau hidup bersama rakyat bawahan ni.

And sebab itulah aku berhasrat nak jatuhkan pemerintahan ayahanda sendiri dengan bunuh kedua-dua mereka. Senang, tak lagi kongkongan. Bebas!" ujar Sharlene tanpa berasa sesal.

"Kau anak tak guna!" tengking Namjoon berserta deruan nafas yang tersekat-sekat.

Mujur mereka berempat menahan dirinya dari bertindak melulu. Kalau tidak, pasti si Raja yang sibuk menguruskan prosedur perasan akan pertelingkahan kecil mereka.

"Kau buat semua seorang diri, atau dengan seseorang?" soal Seokjin.

"Pastilah dengan suami beta. Apa ingat beta gila nak buat sorang-sorang?" membeliak biji mata jejaka-jejaka itu setelah kebenaran di balik pembunuhan terbongkar.

"Apa yang kau bagi Yoongi makan sampai dia asyik ikut telunjuk kau dan lupakan kami semua ni hah! Whiskers?" terbahak-bahak Sharlene gelak dengan persoalan Taehyung ajukan.

"Kau ingat dia kucing? Hei, beta bagi makanan manusia dan kasih mencukupi tahu?

Sebab itulah, dia dah lupakan kalian dan makin sayangkan beta." Taehyung berdengus penuh ketidakpuasan, seperti wanita itu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya.

Entah bagaimana Taehyung meraih kebenaran, dia terpekik-pekik memanggil sang Raja.

"Hoi Yoongi!" jejaka yang lengkap bermahkota mula berpaling, memandang Taehyung bersama riak muka keliru.

"Sebelum kau berura-ura nak jatuhkan hukuman pada Jimin kawan aku, apa kata kita bertarung apa-apa?

Kau pilih saja apa benda yang kau pertandingkan, aku cuba turuti." senyuman penuh kesinisan terlakar elok pada ulas bibir nipis milik Yoongi, yang dalam diamnya sedikit tercabar dengan permintaan Taehyung.

Mereka yang tidak menjangka akan tindak tanduk jejaka bersenyuman petak itu mula berbisik-bisik, menyuruhnya untuk menarik balik kata-kata tadi.

"Kau orang jangan risau, tahulah aku nak buat apa nanti." balas Taehyung bersuara yakin, langsung tidak menunjukkan reaksi ragu-ragu pada kawan-kawannya.

"Baiklah, kalau itu kau nakkan, kita bertanding dalam satu permainan ni dan ianya satu lawan satu.

Kalau kau menang, beta akan turuti kehendak kau. Tapi, kalau kau kalah—" sengaja Yoongi berjeda dari meneruskan bicaranya, cuba melihat reaksi mereka.

"— beta sendiri akan tamatkan riwayat kau orang semua. Mark my words."

🍉🍉🍉🍉🍉

Just nak tanya, apa tanggapan korang tentang Sharlene ni? (Sebelum dan selepas)

Btw, Wauthormelon akan buat comeback kalau fanfic Kilang Santan siap sepenuhnya, tunggu tau 😆

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top