19 ; Portal Bercahaya

Hai semua, kita kembali dalam segmen 'vomment berjemaah hehehe'. Hope korang enjoy chapter panjang lebar ni.

🍉🍉🍉🍉🍉

𝑶𝑵
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 19

"Tapi kenapa aunty?"

Wanita itu mengeluh resah ekoran Hoseok kembali bertanya disusuli nada mendesak. Nak ke tak nak, dia perlu menyingkap rahsia di sebalik kecurian cincin itu.

"Begini ceritanya..."

....


Kelopak mata dibuka dengan kadar perlahan ekoran sakit kepala menerjah diri, penuh berdenyut-denyut.

Melalui pandangan yang serba kabur, dia ternampak seekor swan putih yang berada betul-betul di hadapannya. Keadaan ini mengundang bola mata miliknya membuntang dengan cuak sekali.

Tidak pernah sesekali dia dihampiri margastua sedekat ini. Kalau yang berani dekat pun pastinya angsa kampung yang seringkali menghalang jalan.

"Jangan risau nak, saya takkan bahayakan kamu"

Sesekali dia cuak sejenak setelah suara lemah gemalai meluncur keluar dari belahan paruh swan itu. Dia keliru, tempat apa dia kunjungi sekarang?

Seingat-ingatnya, kali terakhir lokasi dia berada adalah di lorong kecil bersebelahan dengan pusat taekwondo.

"Dekat mana saya sekarang ni?"

"Kamu berada di Amajingland, sayang"

Terkesima dirinya seusai swan itu tidak segan silu memetik panggilan istimewa buatnya, biarpun kali pertama bertemu. Namun suara itu saling tak ubah seperti suara seseorang yang dia rindui.

"Kau ni siapa nak bersayang-sayang dengan aku?" dia memberanikan diri untuk bertanya.

Tanpa membalas jawapan, swan berbulu pelepah putih bersih itu mula bertukar rupa dan tubuh. Tak disangka-sangka jejaka itu setelah wajah keibunya wanita jelmaan itu memenuhi ruang tatapannya.

"Ma-ma?" terketar-ketar dia menyebut perkataan itu meskipun semudah abc.

"Ya, Taehyung sayang. Ini mama"

Wanita itu sekadar mengangguk pasti. Tanpa diduga, tubuhnya didakap erat oleh Taehyung bersama rintihan.

"Jeongmal mianhae, Taetae tak berniat pun nak jadi biadap dengan mama"

Wanita itu mengangkat sedikit wajah anak kesayangannya yang tersedu sedan atas bahu kecilnya.

"Tak apa sayang mama. Lagipun Tae tak sengaja, kan?" wanita membalas diiringi senyuman mekar buat Taehyung.

Jejaka itu pun mengeratkan pelukan diselangi tangisan kecil. Mana tidaknya, sekian lama dia tidak meraih kasih sayang setelah ibunya sudah lama meninggal dunia akibat penyakit misteri. Kini, dia melafazkan kesyukuran setelah dapat bertemu ibu tercinta buat kali kedua di Amajingland.

Belakang tubuh anak lelakinya diusap-usap penuh kelembutan, cuba memujuk Taehyung daripada melayan perasaan.

"Dah dah. Buat malu je kalau Caron dapat tahu Tae nangis macam ni" lagak Taehyung terhenti seraya nama seseorang meniti di bibir si ibu.

Caron, satu nama yang langsung tidak asing buat dirinya. Namun, nama itu tidak lagi disebut setelah dia memasuki alam remaja.

"Ma, Caron pun ada di sini jugak ke?" tanya Taehyung yang dalam diam kembali membayangkan kawan imaginasinya sewaktu kecil.

"Ya, tapi..."

"Tapi apa Ma?"

Tanpa berkata hatta sepatah kata, wanita yang bergelar ibu Taehyung menghampiri lalu memimpin anaknya ke sebuah rumah agam.

....

Sekujur tubuh yang kaku terbaring atas katil bersaiz king ditatap oleh Taehyung.

"Mama betul ke ni Caron, kawan imaginasi Tae?" soalnya berbaur teruja. Si ibu sekadar mengangguk.

Membuntang mata Taehyung, tidak menyangka gadis secantik bidadari ini adalah kawan imaginasinya.

Tanpa diduga ibunya, Taehyung lantas menghampiri si gadis yang masih lagi dibuai mimpi, di matanya.

Pipi gebu milik Caron dipicit geram oleh Taehyung tanpa henti, yang secara tak langsung cuba bangunkannya dari tidur. Namun tiada sebarang respon dibalas gadis itu.

"Caron?"

Masih tidak berputus asa, tubuh genit Caron digoyang Taehyung semahu-mahunya. Ibunya yang berada di daun pintu lantas bergegas ke arah mereka.

"Taehyung, apa kamu cuba buat ni?"

"Nak kejutkan si Caron nilah. Tae nak kawan dengan dia" balasnya dengan polos.

Nampaknya, dia perlu memberitahu perkara sebenar kepada anaknya.

"Tae..." senyuman petaknya sedikit mengendur lantaran dia mengimbas wajah ibunya yang tampak muram.

"Dia tengah koma"

"APA?" jatuh terduduk Taehyung apabila sudah ketahui keadaan sebenar isterinya. Ternyata perkhabaran sebegini amat melirihkan hati kecilnya.

"Tapi Tae tak usah risau ya? Setiap penyakit pasti ada penawarnya.

Mama yakin Tae boleh pulihkan Caron dari komanya" jari jemari si ibu mengusap penuh kasih pada bahu si anak, cuba memujuk.

Lagipun, sesuatu yang mustahil dek akal fikiran boleh saja terjadi di dimensi ini.

"Macam mana?" kepalanya diangkat menghadap ibunya bersama wajah kebingungan.

Lengan kekar milik Taehyung digapainya meninggalkan kamar tidur yang dihuni Caron. Tidak sampai sepuluh langkah, mereka terpacak di hadapan sebuah bilik.

Bilik yang serba kosong menjengah keseluruhan tatapan Taehyung seraya daun pintu dikuak luas.

"Erm kenapa Mama bawak Tae ke sini?" kelirunya menyoal.

"Tae nak Caron sedar dari koma kan?" dia sekadar mengangguk lemah, tidak berapa yakin sebenarnya.

"Kalau begitu, cuba tunjukkan seni tarian yang Tae tahu dekat Mama"

Taehyung mula menjadi buntu. Apa kaitan tarian dengan pulihkan Caron?

"Buat saja Tae. Mama nak tengok" ujar ibunya sebelum membawa diri ke belakang, cuba memberi ruang pada Taehyung untuk memulakan tarian.

Mendengarkan arahan ibunya, Taehyung cuba mencipta gerak tarian sendiri. Mujur dia pernah pelajari tarian gaya breakdance dulu.

Meskipun mengagumkan, namun tarian itu langsung tidak menarik perhatian ibunya, bahkan dia menggeleng tanpa henti.

"Tae bukan tarian ni Mama mahukan"

"Habis tu, Mama nak Tae buat tarian apa lagi? Zapin? Kuda Kepang?" dengusan kecil terhambur keluar, nampak seperti dia geram ibunya tidak menghargai bakatnya dalam seni tarian itu.

Si ibu kembali mendekati Taehyung lalu mengelus pipi anaknya.

"Cuba ingat balik, macam mana Tae boleh menari dengan Caron waktu dulu?" memorinya bersama kawan imaginasinya kembali menjengah dalam benak fikiran.

Dia pun membawa diri ke tengah bilik. Taehyung mengapungkan tangan seperti memaut bahu dan pinggang seseorang lantaran dia cuba membayangkan dirinya sedang berdansa bersama Caron.

Dengan mata terpejam rapat, dia mengerakkan batang kakinya ke hilir ke hulur bagi menghayati rentak tarian berpasangan dibuatnya.

Senyuman mula terlakar pada bibir mungil si ibu setelah Taehyung gigih melakukan tarian tersebut.

"Cuma buat satu pusingan"

Taehyung pun menari sambil membuat pusingan, seperti yang disuruh ibunya. Dan kemudiannya, satu cahaya putih muncul sebaik sahaja dia berbuat demikian.

Kelopak mata dibuka untuk mengenal pasti objek apa yang menghasilkan pancaran terang benderang itu.

"Mama!" pantas Taehyung mendapatkan ibunya ekoran satu lubang bercahaya menyapa pandangan.

"Jangan takut sayang. Itulah portal yang akan bawa kamu ke Namkandaland"

"Namkandaland?" berpaut kening sabit milik Taehyung.

"Ya, di situlah Tae akan jumpa semangat Caron yang menjelma diri sebagai kanak-kanak perempuan yang pandangannya terhalang dengan kain pengikat.

Jadi Mama nak kamu bawanya pulang ke sini dengan tanpa buka ikatan yang menutupi matanya" termangu Taehyung seketika akan penerangan ibunya.

"Em apa akan jadi kalau ikatan tu terbuka?"

"Semangat Caron akan mengeras kaku dan dia takkan pulih dari koma sepanjang hayatnya" jejaka itu mulai cuak akan akibatnya.

"Kalau cara yang itu gagal, dah tak ada cara lain ke?"

"Ada, tetapi cara ni agak rumit. Kamu kena dapatkan enam bentuk cincin sakti dari istana Namkandaland" perit dia menelan liur, nampaknya cara kedua lagi sukar dilaksanakan nanti.

"Jadi kamu nak buat cara yang mana?"

"Demi Caron disayangi, Tae nak cuba dua-dua cara" ujarnya bernada tekad sebelum memasuki portal itu.

🍉🍉🍉🍉🍉

Sorry kalau bosan 😔 idea sendu 😌

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top