17 ; Mimpi
Fanfic akan serabut sikit dalam penceritaan sebab Wauthormelon nak kaitkan dengan teori MV BTS, harap maklum. BTW, kasi vomments yee
🍉🍉🍉🍉🍉
𝑶𝑵
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 17
Renungan yang begitu menggusarkan hati dihalakan pada panel skrin yang mengelilingi segenap makmal. Entah mengapa perasaan tidak sedap hati bertandang disaat begini.
Degupan jantung kian berdetak kencang lantaran terlihat statistik sejenis penyakit terpampang naik pada skrin. Keadaan melarat telah mengubah corak graf statistik berkenaan, dimana ia sudah capai tahap merah.
"Tak guna! Penyakit ni semakin tersebar luas" jejaka berkot lusuh itu mula meraup kasar rambut lebat miliknya, sehingga sisiran rambut yang rapi menjadi serabut.
Papan kekunci yang turut mengelilingi tempatnya berdiri ditekan-tekan penuh geram, tiba-tiba kepalanya berselirat untuk berfikir secara rasional.
"Ini tak boleh dibiarkan begitu saja! Aku patut cari penawar secepat mungkin." dia mula bertekad untuk mengatur rencana sebegini.
Sambil-sambil itu, tatapannya beralih pada butang besar bermotifkan ukiran kayu yang berada di tengah-tengah papan kekunci.
Tanpa berfikir akan akibatnya, telapak tangannya pantas menekan permukaan butang terbabit yang terteranya perkataan 'ON'.
Sudut bibir separa tebal mula tersungging tatkala wajah keenam-enam jejaka ditatapnya penuh teliti.
"Harap-harap pertolongan mereka dapat selamatkan keadaan." tuturnya diselangi harapan yang menggunung.
Dalam memerhati profil jejaka-jejaka itu, dia terpana pada salah satu gambar di antara mereka berenam. Dia amat kenali orang tersebut berikutan mereka berdua dalam sektor yang sama. Jejaka itu adalah...
"Apa kau buat ni?" tersentaknya untuk teruskan penelitian ke atas profil-profil berkenan sejurus satu suara menyoal dari belakang.
Pantas dia berpusing, untuk pastikan dia tak silap orang. Dan ya, dia memang tidak silap. Jejaka itulah yang turut terpapar wajahnya pada skrin.
Tidak sepertinya, jejaka yang bertentangan dengan matanya ini segak bergaya meskipun sekadar menyarungkan kot putih.
Ouh tidak! Dia terlupa akan sesuatu. Sepatutnya dia perlu merahsiakan perkara ini dari pengetahuan orang lain, kerana dia bukannya seperti penyelidik yang lain. Dia adalah...
"Dah pecah lobang ke?" senyuman sinis menghiasi alur bibir jejaka segak bergaya itu, sudah mengagak akan kegiatian sulitnya.
"Jangan salah faham, aku buat ni semua untuk kesejahteraan sejagat"
"Kesejahteraan sejagat kau kata? Penipu! Kau buat semua ni sebab cuba nak sembunyikan formula vaksin virus berbahaya yang aku kaji haritu tu kan?" terkedunya tatkala dia dituduh secara melulu oleh jejaka itu.
Namun tidak lama selepas itu, dia sedar akan kesalahannya, dan jejaka tadi bukan sewenang-wenangnya menuduh sebegitu.
"Ya, aku mengaku. Akulah pencuri formula vaksin tu. Tapi kau jangan risau, perkara ni langsung tak diketahui sesiapa.
Lagipun aku simpan elok-elok dekat dimensi lain, pastinya mereka yang lain tak dapat temuinya." tuturnya dengan nada yang penuh menyakinkan, agar jejaka itu mempercayainya.
"Dimensi lain ye? Kalau kau simpan elok-elok, kenapa nak ajak mereka yang lain?" ujar jejaka itu penuh persoalan yang sukar untuk dia khabarkan.
Ya, memang dia simpan formula itu. Namun ia hilang entah ke mana setelah dipindahkan ke dimensi terbabit.
Dia mula tak senang ekoran jejaka itu memerhati keseluruhan dirinya yang agak kusut masai. Ekor mata jejaka segak bergaya itu terhenti pada kocek kotnya yang agak berisi dan bersegi.
"Kenapa kau pandang aku macam tu?" cuaknya setelah diperhatikan jejaka itu dari atas ke bawah.
"Nothing, saja-saja." tutur jejaka itu sebelum melangkah mendekatinya.
Debaran mula bertandang tatkala dia melihat tingkah laku jejaka itu yang memasukkan tangan ke dalam kocek kot, seperti ingin mengambil sesuatu di dalamnya.
Membulat matanya setelah picagari yang terisinya cecair biru dikeluarkan jejaka itu.
"Apa cuba kau buat ni?"
"Macam yang aku nampak tadi, muka aku ada sekali dalam senarai dekat skrin tu.
Jadi, tak salahkan kalau aku nak kau temankan nanti?" jejaka itu menyudahkan bicara dengan menyucuk jarum halus pada lehernya yang jinjang.
Tidak sampai seminit, dia akhirnya jatuh terkulai atas lantai.
....
Terus Seokjin mencelik mata disaat mimpi ngeri itu mengganggu tidurnya. Dadanya turut berombak-ombak disebabkan kesudahan mimpi yang mengejutkan itu.
"Kenapa aku dapat mimpi yang sama? Takkanlah tu satu petanda?" gumamnya yang sedang memikirkan akan mesej tersirat dari mimpi tersebut.
Mana tidaknya, semenjak berada di Namkandaland lagi dia sering didatangi mimpi begini.
Disebabkan dahi mula dibasahi peluh, belakang tapak tangan diangkat sebelum dikesatnya butir-butir keringat.
Namun, lagaknya tergendala setelah dia membelek jari jemarinya.
"Eh, mana cincin aku?" soalnya bernada gelabah sebelum lirikan matanya meliar pada kawan-kawannya yang masih nyenyak tidur.
"Apa?" cuaknya bukan kepalang setelah menyedari cincin ajaib yang tersarung pada jari manis mereka pun turut lesap.
Pantas dia menggesa mereka untuk bangkit dari tidur.
"Weyh cincin kita semua dah hilang!" mereka pun terjaga dengan pekikan Seokjin.
"Apa?"
Seperti tidak percaya akan kata-kata Seokjin, mereka pun membelek jari manis. Ya, cincin ajaib sudah tiada.
"Sekejap, mana dia?"
"Itu pun dia!" salah seorang daripada mereka menilik tepat ke arah seseorang yang cuba melarikan diri. Pasti dia yang kebas kesemua cincin.
Sebelum dia hilang dari pandangan, mereka berenam bangkit dari pembaringan sebelum mula mengejarnya.
🍉🍉🍉🍉🍉
Mianhae terbagi korang saspens lagi 😝
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top