10 ; Cincin
Just reminder, cakraya tu maksudnya burung 🕊️❤️
🍉🍉🍉🍉🍉
𝑶𝑵
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 10
Angkara dirinya ralit memandang ke bawah sambil berlari, Taehyung terlanggar bahu seseorang yang mengulum lolipop.
Tanpa sebarang permohonan maaf disebabkan menjatuhkan lolipop jejaka itu ke bawah, Taehyung segera menghayun laju langkah, ternampak polis yang mengejarnya perasan keberadaannya.
Menyedari dirinya tidak lagi diikuti dua orang anggota polis, Taehyung membawa dirinya ke lorong kecil bersebelahan bangunan sebuah pusat taekwondo.
Sambil-sambil itu, dia memerhati di balik dinding. Mana tahu jikalau anggota polis itu masih lagi tercari-cari dirinya.
Tidak sampai beberapa minit, kedua-dua anggota polis termengah-mengah melepaskan penat di hadapan bangunan tersebut.
Dan, secara kebetulannya seorang pemuda yang pemakaiannya menyamai seperti Taehyung, keluar dari bangunan tiga tingkat itu.
Taehyung yang senyap-senyap memerhati tersentak seraya menyaksikan insiden kejar-mengejar antara pemuda terbabit dengan anggota polis.
Dia menarik nafas lega seusai mereka lesap dari pandangan.
Namun, suasana aneh yang berlaku pada saat itu. Cincin suasa bertakhtakan batu jed berbentuk swan yang tersarung pada jari manis runcingnya menyala-nyala, cukup terang benderang.
Tanpa pengetahuan Taehyung, terdapat satu aura berwarna hitam mengelilinginya. Kesan daripada aura berkenaan, tubuhnya menghilang sedikit demi sedikit, sehingga keseluruhan jasad lesap dari dunia.
....
"Oit!" kepala Taehyung dicepuk Jimin, sedar-sedar dia berada di ruang tamu. Ralit betul dia mengingati hal tadi.
"Apa apa?"
"Ni aku nak tanya, korang semua ni asal dari dunia sebenar, kan?" Namjoon menyoal sambil mempamerkan raut wajah serius, takut-takut mereka ambil mudah akan pertanyaannya.
Rata-rata mereka mengangguk pasti, melainkan Seokjin. Namjoon langsung tidak menyangka yang Yoongi pun berasal dari dunia sebenar.
"Jadi, ada di antara korang rasa-rasa nak kembali ke dunia realiti? Korang sendiri tahukan, yang kita semua terperangkap dunia lain sekarang"
Persoalan Namjoon dibalas sepi, nampak seperti mereka tidak mahu kembali ke sana.
"Aku pasti korang pernah lalui perjalanan hidup yang penuh onar dan kesusahan selama ni.
Kalau begitu, kita mulakan rentak hidup baru di si-" kata-kata dilontarkan Namjoon terjeda seusai pandangan mereka melilau mencari pemilik suara berdehem. Dan suara itu saling tak tumpah dengan bisikan yang mereka dengari sebelum tiba ke dimensi ini.
"Ini bukan tempat buat kamu semua! Sepatutnya kamu semua perlu beredar dengan segera!" tergamam mereka sebaik sahaja ketahui punca suara itu berada, lantas mereka terlihat sangkar yang dihuni cakraya kecil.
"Tapi kenapa?" Yoongi menyoal bersama kerutan pada dahi.
"Sebabnya, Namkandaland ini dicipta khas untuk pertemuan kamu bertujuh sahaja.
Dan keistimewaan tempat ini akan kian lesap jikalau kamu bertujuh sudah bertemu." fokus mereka bertujuh mendengarkan cakraya itu berbicara.
"Jadi, kami semua kena tinggalkan tempat ni secepat mungkin?" pantas Jungkook mengajukan soalan.
"Ya betul tu."
"Dan apa akan terjadi kalau kami tak pergi dari sini?" kali ini Hoseok pula mengutarakan persoalan tentang akibatnya.
"Jawapannya cukup mudah. Yang pertama, macam aku cakap tadi, keistimewaan Namkandaland akan hilang dari segi sumber alam. Semua margastua akan mati dan tanah untuk mengusahakan tanaman pun menjadi tandus.
Keduanya pula, kamu semua bakal terperangkap di sini dan tak dapat pulang ke dunia realiti buat selama-lamanya.
Jadi, mampu ke kamu semua teruskan hidup di sini tanpa sebarang sumber selepas ni?" terkedu mereka setelah persoalan itu sudah terjawab.
"Tapi sebelum tu, kamu semua perlu cari beberapa bentuk cincin ajaib sebelum beredar pergi dari sini"
Makin keliru mereka dibuatnya.
"Untuk apa kami perlu cari cincin-cincin tu?"
"Eh takkan sudah lupa? Kan aku sudah bilang, setiap pertolonganku harus dibalas budinya. Jadi aku nak kamu semua tolong carikan cincin-cincin sakti tu, sebelum matahari terbenam esok"
"Tapi bagaimana?" terfikir Hoseok akan ketahui kaedah pencarian barangan perhiasan itu.
"Kau Jimin, pergi jalan sekeliling rumah, kalau ternampak kertas berkilat, bawaknya ke sini" Jimin lantas berdiri setelah diarahkan cakraya itu. Namjoon pun turut serta memandangkan Jimin pasti tidak ketahui selok belok kediaman ini.
Berikutan puas mengelilingi kawasan lain, mereka pun menukar haluan ke makmal.
Setelah berhempas pulas dalam pencarian kertas berkilat sepertimana diminta cakraya itu, akhirnya Jimin menemukan objek berkenaan di celah-celah kelalang kon.
"Weyh aku dah jumpa" ujar Jimin yang sudah melayangkan kertas berilustrasikan peta pada Namjoon.
Namjoon sekadar menggunakan bahasa badan, menyuruh Jimin tunggu seketika. Entah kenapa dia mula tak sedap hati untuk tinggalkan makmal begitu saja.
Melalui pengamatan Jimin pula, jejaka berlesung pipit itu mungkin mahu mengambil sesuatu berharga sebelum keluar dari makmal.
Dengan suatu sentuhan atas buang alat kawalan jauh, serta merta makmal penyelidikan bersaiz lebih kurang 500 kaki persegi ini akhirnya mengecil, menjadi sebesar rantai kunci. Yang tinggal kini hanyalah dinding bata merah.
Terpegun Jimin dibuatnya seraya menyaksikan insiden transformasi yang drastik itu. Ini kali kedua dia alami perasaan yang sama.
"Dah jom!" ajak Namjoon yang menaikkan semula rahang Jimin yang jatuh.
Mereka pun beredar dari situ lalu melangkah semula ke ruang tamu. Kertas yang dijumpai tadi terus diletak atas meja kopi yang berada tengah-tengah tempat mereka yang lain berkumpul.
"Memandangkan dia orang dah jumpa kertas tu, rasanya elok kau orang keluar dari rumah ni secepat mungkin" bicara mendatar cakraya itu telah menggerunkan mereka semua.
Ternyata firasat Namjoon tadi tidak silap, perkara buruk pasti menyusul tak lama lagi. Mujurlah segala item penyelidikannya sempat diambil.
Tanpa melengahkan masa, tubuh Jungkook yang masih lemah dipapah Hoseok, manakala sangkar cakraya misteri itu dijinjit Seokjin. Akhirnya ketujuh-tujuh jejaka berlabuh pergi dari rumah.
Sebaik sahaja keluar, kediaman yang didiami Namjoon selama ini mula terhapus dibawa angin dari barat, seperti debu.
"Namjoon..." Seokjin yang bersebelahannya mula bersimpati. Mana tidaknya, Namjoonlah orang pertama yang membanting tulang semasa dia terpinga-pinga, setibanya berada di kawasan aneh ini.
"Gwaenchanahaeyo. Lagipun, macam-macam perkara mustahil dek akal boleh terjadi di sini" ujarnya bernada pasrah, tabah sungguh Namjoon menghadapi getir sebegini.
"Jadi apa kita perlu buat sekarang?" soal Taehyung yang memegang kemas gulungan kertas berkilat.
"Ish, renyuklah kertas ni nanti!" soalannya tidak dijawab Yoongi, malah jejaka berkulit pucat itu merampas kertas daripada Taehyung. Sangkar kucing peliharaan rakannya dijatuhkan perlahan atas tanah.
Pandangannya mula membulat setelah gulungan kertas dibuka. Untuk kepastian, dia kembali meneliti peta pencarian cincin sakti itu.
Mereka berenam berasa hairan melihatkan air muka Yoongi.
"Kenapa?"
"Aku tahu lokasi sebenar cincin-cincin ni disembunyikan"
🍉🍉🍉🍉🍉
Wauthormelon akan update lagi jika kelapangan masa dan minda, bubye 👋🏻
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top