tiga
New update💅🏻✨
💢💥💢💥💢
Tubuh tinggi lampai milik Tony tiba-tiba jatuh terduduk tatkala tergamam dengan perkhabaran sahabatnya yang dapat dilihat melalui kaca televisyen.
"BERITA TERGEMPAR!
Kedua-dua penjenayah yang merompak bank di sebuah pekan berdekatan daerah Mount Vielle akhirnya ditemukan. Paling mengejutkan apabila penduduk tempatan menemukan kedua-dua perompak terbabit dalam keadaan cedera parah sebelum melaporkan kepada polis.
Punca kejadian masih lagi dibawah siasat dan pencarian perompak ketiga masih lagi diteruskan. Penduduk sekitar dinasihatkan agar berhati-hati jikalau ada individu mencurigakan dan terus melaporkan kepada pihak polis secepatnya.
BERITA SELANJUTNYA. Mayat seorang wanita ditemui di dalam sebuah beg bagasi berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa San Marrio pada jam 5 pagi tadi. Wanita malang berusia dalam lingkungan pertengahan 20an it-"
PRANNGG!!!!
Disebabkan tidak dapat diterima kenyataan akan perkhabaran kedua-dua sahabatnya, alat kawalan jauh lantas dicampak ke arah televisyen itu, sehingga menyebabkan ianya pecah berderai.
Apa-apapun dia mengharapkan agar Jefferson dan Winston masih lagi bernyawa.
...
Upacara kebumian dijalankan secara tidak terbuka, dimana hanya keluarga si mati dan jiran terdekat sahaja yang hadir. Perasaan hiba dan sebak memenuhi kawasan perkuburan.
Paling menyedihkan, ketiga-tiga keluarga itu kehilangan orang tersayang pada hari yang sama.
"Deepest condolences to all family members. Sabar ye korang, Jeff, Harold dan Crystal pasti sedih kalau nampak korang bersedih macam ni." ucap salah seorang jiran tetangga yang hadir dalam upacara ini.
Lama-kelamaan, para hadirin terdiri daripada jiran-jiran langsung beredar pergi dari tanah perkuburan setelah tamatnya upacara berkabung yang diadakan. Hanya berbaki tiga buah keluarga kekal berada di situ untuk penghormatan buat kali terakhir.
Tanpa disedari mana-mana kaum kelurga di situ, terdapat hadirin yang tidak diundang bersembunyi di balik sebatang pokok, tidak jauh dari deretan pusara itu.
"Tak sangka habis semua sanak saudara meratapi pemergian aku." ujarnya sambil terkekeh-kekeh kecil.
Tidak lama kemudian, dia pun maju melangkah ke kawasan pusara setelah kaum keluarganya telahpun pulang.
Matanya cukup tertumpu hanya pada satu pusara sahaja, tidak langsung mengalih padangan pada mana-mana deretan kubur berdekatan. Senyuman sinis mula terlakar di bibir separa tebal lelaki itu tatkala meneliti nama yang siap dipahat pada tugu pusara itu.
"Salam takziah buat sendiri, Jefferson Jung. Aku kembali ke dunia dengan identiti baru."
Setelah itu, dia pun beredar pergi ke kawasan perkuburan itu.
...
Lamunan jejaka itu akan memori 18 tahun lalu memutar kembali dalam benak fikiran, umpama kaset rosak yang dimainkan secara berulang-ulang. Namun, lamunan lelaki berusia 38 tahun itu tidak bertahan lama lantaran lengannya ditepuk seseorang.
"Jadi, Encik Choi, apa perkhabaran awak sekeluarga?" pertanyaan lelaki berkumis nipis itu jelas sekali membuatkannya terdiam setelah lama mengelamun, tak pasti ingin membalas apa.
"Maksud saya, hubungan awak dengan isteri, anak-anak awak macam mana ye?"
"Ouh pasal mereka? Ermm, hubungan saya dengan mereka agak baik." balasnya secara ringkas.
"Baguslah ada perkembang-"
"Tapi hubungan mereka dengan saya cukup-cukup tak elok, makin porak-peranda. Isteri saya selalu sangat keluar ke sana sini tanpa izin saya. Apa yang dia buat dari belakang saya pun tak tahulah.
Anak-anak, pfft! Tak payah katalah, lagi tak terjaga jadinya. Elina tu dah pandai ikut jantan entah ke mana! Ethan tu pulak dah tunjuk belang, berani pulak pergi cacah tatu. Baru 17 tahun, 17 TAHUN!" Lelaki yang digelar Encik Choi lantas rebah di atas sofa, lega segala luahan dilepaskan dari alur bibirnya.
"Saya pun tak tahulah nak kawal diorang tu macam mana dah, macam kuasa veto saya sebagai ketua keluarga dah macam tak laku dalam rumah tu." lebihan yang terbuku dalam hatinya diluahkan melalui bait-bait kata.
Anak mata lelaki berkumis nipis itu mula mengerling pada jarum jam tangannya, sudahpun pukul 4.30 petang.
"Beginilah Encik Choi, saya akan berikan beberapa cadangan dan tips kekeluargaan dan keibubapaan di sesi seterusnya, memandangkan sesi kali ni tamat." bicara kaunselor keluarga itu sebelum membawa Encik Park ke pintu.
"Jadi, Dr. Leechaiya..pornkul, sesi seterusnya dijalankan waktu yang sama ke?" sempat Encik Choi bertanya sebelum keluar dari pejabatnya.
"Ye waktu biasa jugak. Ouh ya, kalau ada perubahan berkaitan keluarga awak, call terus saja saya."
"Baik, terima kasih Dr. Lee..chaiyaporn..kul."
"Tak perlu berterima kasih, memang itu kerja saya. Ouh ya panggil je saya Tristan ge kalau di luar sesi kita, kesian pulak tengok awak jenuh nak sebut." jawab Dr. Leechaiyapornkul membuatkan Encik Choi mengangguk faham diselangi sengihan.
Tidak lama kemudian, Encik Choi berpamit pada Dr. Leechaiyapornkul sebelum berlalu.
💢💥💢💥💢
╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮
- Chittaphon Leechaiyapornkul (Ten) SEBAGAI Tristan Lee
╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯
❁
•
❀
•
❁
Jadi untuk ff kali ni, Wauthormelon pilih Jaehyun yang memegang watak sebagai Jefferson untuk membintangi watak utama. And yes, konflik bakal banyak menyusul di chapter seterusnya since main cast banyak characteristics.
Btw, lagu Forever Only best gila duhh
•́ ‿ ,•̀
Don't forget to stream keyhh
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top