satu
Sorry lambat update, here you go💅🏻✨
💥💢💥💢💥
"Please, jangan apa-apakan kami." rayu salah seorang tetamu yang ketakutan berhadapan dengan penjenayah.
Mana tidaknya, dirinya kini diacukan muncung pistol, tepat-tepat di kepala. Jika dia melakukan sedikit kesilapan, sudah pasti peluru bakal bersarang pada tempurung kepalanya.
"Kalau macam tu, serahkan apa-apa yang berharga pada kami." ugut lelaki bertopeng itu yang sedang menggentarkan kewarasan mangsanya, sengaja buat bunyi picu kedengaran.
Dengan gelabahnya, si mangsa menyerahkan barang berharga berupa wang tunai dan jam tangan yang ditanggalkan dari pergelangan tangan.
"Dan jangan sesekali telefon polis kalau masih sayangkan nyawa masing-masing."
Mangsa-mangsa yang lain turut menyerahkan barang berharga yang dibawa bersama agar nyawa mereka tidak diancam, yang pastinya sangat memudahkan urusan perompak-perompak itu.
"Psst, Tony."
Perompak yang dipanggil Tony pun lantas menoleh ke arah rakan jenayahnya. Raut wajahnya tertanya-tanya berserta alur bibir yang menyebut 'waeyo?', ingin mengetahui apa yang bakal ditanya.
"Winston ada bagitau kau yang dia ada pergi mana-mana tak? Dari tadi batang hidung dia tak nampak-nampak lagi ni." Tony sekadar menggeleng kecil lalu kembali menggugut mangsa-mangsa yang berikutnya.
Semasa sibuk memasukkan barang berharga ke dalam beg sandang, mata Tony terus tertangkap pada figura seorang lelaki, yang dia beranggapan berusia lewat 40-an, sedang senyap-senyap menggunakan telefon.
Dengan bersahaja, Tony berjalan ke arah lelaki itu yang berposisikan membelakanginya. Jari telunjuk tirus milik Tony setia meniti pada ulas bibirnya, menyuruh mangsa-mangsa yang menyedari kehadirannya untuk kekal senyap. Yang pastinya lelaki itu tidak langsung ketahui keberadaan Tony yang sudahpun memasang telinga.
'Gotcha!' monolog Tony tatkala dah mengagak dengan siapa lelaki itu menghubungi, pihak polis rupanya.
"Hello encik polis. Tolong, kami dalam baha—"
BANG! BANG!
Tanpa teragak-agak, Tony melepaskan das tembakan pada jarak dekat, menyebabkan peluru terus menerobos ke dalam tempurung kepalanya.
"DADDY!!!"
Tony menyeringai selamba tatkala memandang seorang pemuda meraung penuh hiba yang memeluk erat tubuh kejung tidak bernyawa. Dia meneka, pasti si pemuda itu anak kepada lelaki ditembaknya.
Kejadian yang baru ditimpa ini sememangnya melenyapkan niat mangsa yang lain untuk menghubungi pihak berkuasa. Ya, mereka sekarang mengharapkan tuah dan keajaiban untuk melalui situasi berbahaya ini.
"Kan aku dah ingatkan awal-awal tadi, jangan sesekali telefon polis. Tengoklah sekarang, dah menempa maut jadinya." ujar Tony sebelum mengalih pandangan pada rakannya, masih pegun berdiri tanpa berbuat apa-apa. Mungkin dia pun tidak menyangka kejadian menggerunkan tadi boleh menyusul berlaku.
"Earth to Jefferson!" akhirnya lelaki lengkap bertopengkan warna biru yang dipanggil Jefferson pun sedar dari lamunan setelah Tony memetik jari buat sekian kalinya.
"Cepat masukkan duit and barang-barang sebanyak yang ada! Kita tak ada masa! Polis boleh sampai bila-bila masa je!"
Mendengarkan lelaki lengkap bertopeng hitam itu yang kerah mengarahkan kepadanya, Jefferson pun mempercepatkan langkah ke arah tetamu jemputan lain untuk memeras ugut.
Berkeadaan tergesa-gesa, mereka berdua memasukkan hasil peras ugut berupa wang tunai dan barang berharga lain ke dalam beg sandang yang dibawa.
Namun tidak lama kemudian, siren polis sayup-sayup kedengaran telahpun menyedarkan Jefferson dan Tony bahawa mereka perlu segera beredar dari situ.
"Jom blah dari sini cepat-cepat!" Tony dan Jefferson saling berpandangan seketika, tidak menyangka akan keberadaan Winston yang tiba-tiba menjengah tatapan.
Tanpa sempat bertanyakan soalan kepada Winston akan ketiadaannya tadi, mereka bertiga pun segera mencari jalan untuk lesap dari lokasi majlis resepsi perkahwinan tanpa dikepung polis. Jadi, pintu belakang bersebelahan parkir kereta tetamu menjadi tinjauan mereka.
Namun, apakan daya, pihak polis berjaya kepung sekeliling tempat parkir. Puluhan polis mula menghampiri mereka sambil mengacukan pistol.
"Serah diri! Jatuhkan senjata dan cepat melutut!" arah salah seorang pegawai polis yang menggunakan pembesar suara.
Akan tetapi, ketiga-tiga perompak tetap berdegil untuk mengikut arahan lalu melepaskan tembakan tanpa henti. Teknik tembakan yang dipelajari sebelum ini membuahkan hasil dimana rata-rata anggota yang mengepung mereka berjaya ditundukkan.
Keadaan ini memudahkan pergerakan mereka untuk ke arah sebuah sedan yang diparkir berdekatan di situ.
Dengan menggunakan siku, Winston memecahkan cermin kereta lalu membuka pintu dari dalam. Dengan kaedah hotwiring, Winston berjaya menghidupkan kenderaan itu.
Dengan tergopoh-gapah Jefferson dan Tony memasuki kereta. Akhirnya, mereka meloloskan diri sebelum ketibaan pihak berkuasa.
💥💢💥💢💥
╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮
- Lee Taeyong SEBAGAI Anthony 'Tony' Lee
╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯
❁
•
❀
•
❁
╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮
- Jung Jaehyun SEBAGAI Jefferson Jung
╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯
❁
•
❀
•
❁
╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮
- Dong Sicheng SEBAGAI Winston Dong
╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯
❁
•
❀
•
❁
Tak tau nak letak nama apa, so main petik je nama-nama yang terlintas dalam kepala 😂
I'll update more kalau ada sambutan hehe 😁
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top