Prolog

Seperti biasa, prolog ni taklah panjang sangat, sekadar mukadimah dalam fanfic ni mueheheh🥴

💥💢💥💢💥

Dekorasi berkonsepkan taman bunga fantasi menambahkan lagi keindahan majlis perkahwinan ini yang diadakan berdekatan dengan sebuah gereja.

Tetamu yang datang dari pelosok tempat tidak putus-putus menghadiri ke majlis ini untuk menyaksikan upacara bermakna bagi menyatukan dua jiwa dalam satu ikatan suci.

Sang pengantin lelaki yang lengkap menggayakan sut berwarna biru navy tersenyum bahagia tatkala senyap-senyap memerhatikan ratusan hadirin yang terdiri daripada kaum keluarga dan sahabat handai telahpun memenuhi jemputan, dimana tempat duduk kelihatan penuh.

Namun di sudut hati jejaka ini, terdapat satu perasaan yang menyinggah secara perlahan-lahan, iaitu kegusaran. Mana tidaknya, kelibat bakal pendamping dalam hidupnya masih lagi tidak memunculkan diri di khalayak, dan pastinya menjadi buah mulut hangat buat para hadirin tidak lama lagi.

"Sabar ye bang Tyler, mungkin kak Crys tengah touch up sikit-sikit, tu lambat sikit " ujar si adik kepada pengantin perempuan berkeadaan tergopoh-gapah, namun sempat dia larutkan dengan nada memujuk, memastikan bakal abang ipar yang dipanggil Tyler itu tidak ambil hati atas kelewatan kakaknya.

Baru saja Tyler ingin membalas dengan sebuah pertanyaan atas keadaan bakal adik iparnya ini, namun matanya terlebih dahulu melihat dua figura lelaki yang berpakaian cukup aneh daripada hadirin lain. Masing-masing memakai sweater dan bertopeng penuh, dimana tiada sesiapa pun dapat cam identiti mereka berdua.

Dalam diam, Tyler sudahpun berasa tidak sedap hati akan kehadiran mereka berdua yang terbuktinya bukan hadirin dalam senarai tetamu. Giginya juga mengertap geram lantaran kedua-dua lelaki itu leka melangkah atas permukaan karpet merah, yang sepatutnya bakal isterinya pijak permukaan merah baldu itu.

Tetamu-tetamu yang kekal pada tempat duduk masing-masing menoleh ke arah dua orang tidak dikenali itu.

Meskipun tidak mampu ketahui apa yang dibicarakan oleh para hadirin, namun Tyler sangat faham, melihatkan masing-masing mula mendekatkan wajah pada telinga orang bersebelahan mereka, sudah terpampang bahawa mereka sedang mengumpat tentangnya.

Abaikan gosip-gosip murahan yang dilemparkan buatnya, apa yang penting ketika ini, dia perlu korek rahsia di balik kedatangan manusia-manusia bertopeng itu.

Apakah ini sekadar gimik perasmian perkahwinan, kejutan buatnya yang dirancang oleh si bakal isteri, ataupun sebaliknya? Entahlah, boleh dikatakan ribuan bentuk tanggapannya terhadap kedatangan dua orang tersebut menerawang dalam fikirannya, cumanya tidak dapat dizahirkan melalui kata-kata.

Pun begitu, tebakannya akan kehadiran dua lelaki tersebut akhirnya terjawab tatkala salah seorang lelaki bertopeng mengeluarkan senjata api berupa sepucuk pistol dari beg sandang sebelum melepaskan tembakan ke udara secara tiba-tiba.

Dengan sekelip mata, suasana penuh hadirin tetamu yang pada mulanya riuh terus bertukar menjadi hening.

Tyler sangat yakin, angkara kedua-dua tetamu yang tidak diundang ini akan memporak-perandakan keadaan di sini sekaligus memusnahkan perkahwinan impiannya bersama pasangan.

💥💢💥💢💥

╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮

- Moon Taeil SEBAGAI Tyler Moon

╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯





Maaflah ayat tak gempak mana😣 kosa kata makin kurang sebab lama sangat tak menulis😭 btw, ok tak prolog ni?🥺

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top