lima
Another update, enjoy 🎈✨
💢💥💢💥💢
Setibanya di lampu isyarat, Marcus menghentikan jip itu daripada bergerak.
"Kau kerja kat Liu Automobiles Ltd tu kan?" jari telunjuk milik si lelaki misteri tertuju premis majikannya, yang terletak sebarang jalan berdekatan lampu isyarat mereka berhenti.
Dengan penuh gelisah, Marcus kekal mengangguk tanda mengiyakan akan soalan lelaki misteri itu.
"Kalau macam tu, kau langgar terus kawasan pameran kedai dia." arahan lelaki tersebut mengundang riak wajah milik Marcus tergamam, apakah dia tersilap dengar tadi?
"Jangan sampai buat aku ulang buat kali kedua."
Jadi benarlah apa yang dia dengar sebentar tadi.
"Tapi tuan..."
"Kau tekan je minyak tu kuat-kuat, tau la apa aku nak buat apa nanti." tutur lelaki itu sebelum sebuah seringai meleret tercetak pada alur bibirnya.
Setelah lampu isyarat bertukar hijau, Marcus memijak pedal minyak sepuasnya bersama keringat gelisah yang tersembul keluar dari liang kulit dahinya.
PRANGGG!
Dengan sekelip mata, kawasan pameran kereta yang keliling cermin kaca melengkung, pastinya menjadi tumpuan utama premis itu akhirnya pecah berderai begitu sahaja.
Encik Liu yang berada di dalam ruangan pejabatnya mula menjengah keluar penuh kekalutan ke tempat kejadian disebabkan terdengar bunyi rempuhan yang begitu kuat.
"MARCUS LEE, APA YANG KAU BUAT NI? Aku suruh kau tarik jip tu elok-elok sampai ke sini, bukannya menjahanamkan tempat aku!"
Marcus yang baru saja beredar keluar dari kenderaan terbabit mula terpinga-pinga, entah apa bentuk alasan yang perlu dia ungkapkan sekarang.
Melihatkan pekerja bawahannya masih lagi membatu di tempatnya, tanpa berfikir panjang, Encik Liu secara drastiknya mengatur ayatnya hinggakan Marcus semakin termangu.
"Aku tak kira, hari ni jugak kau diberhentikan!" jerkah Encik Liu penuh kemarahan, habis urat mula tertimbul pada dahinya.
Pada asalnya, Encik Liu menegaskan bahawa jangan ada sebarang calar biarpun sebesar ibu jari pada permukaan jip. Tetapi, lihatlah sekarang, kos pembiayaan untuk membaiki kerosakan bukan setakat calar kecil saja yang dibawa Marcus, malahan menjadi remukan teruk yang perlu ditempa semula.
"Tapi.. tapi boss.." Marcus yang tergagap-gagap dalam menyusun kata-katanya terkedu tatkala lelaki itu menghalang perbuatannya.
"Good job kid, kerja kau sampai sini saja. Biar aku selesaikan dengan dia." ucap lelaki itu bersahaja lalu memasukkan sesuatu ke dalam poket baju milik Marcus. Pemuda itu sekadar mengangguk faham sebelum beredar pergi dari premis terbabit.
"Kau siapa hah berani masuk campur?" tanya Encik Liu penuh biadap. Setahu-tahunya, pemilik jip ini merupakan seorang remaja lelaki dan bukannya lelaki dewasa.
Lelaki itu hanyalah menyeringai penuh mengejek, malahan langkahnya kian ke hadapan membuatkan Encik Liu beranjak ke belakang.
"Saya Jefferson Choi, ayah kepada pemilik jip ni, Ethan Choi."
"Jefferson Choi?" mata Encik Liu mula membeliak, rasa tidak percaya sama sekali dengan siapa dia sedang berurusan pada ketika ini.
"No way..."
"Yes way, Mr. Liu. I'm 'that' person if you still not realize."
Tergamamnya bukan main kepalang. Mana tidaknya, di hadapannya kini adalah seorang berprofil tinggi yang berpengaruh dan sememangnya dia antara orang yang dihormati penduduk sekitar bandar Los Sandrasso.
Sesekali, mahu saja ahli perniagaan berkerakyatan Amerika-Taiwan ini melepaskan tumbukan pada wajah tampan yang dimiliki Jefferson memandangkan tangannya begitu ringan sekali untuk melakukan demikian, namun dia perlu melebihkan rasional daripada emosinya.
Takut-takut nanti, dengan sekali petikan jari, bisnesnya boleh gulung tikar angkara kuasa veto yang Jefferson miliki.
"Dengar cerita, jip ada bayaran tunggakan selama 5 bulan, betul tak?" yakin tak yakin Encik Liu, yang dikenali dengan panggilan Wyatt, mengangguk kerana dia menyerahkan kerja ini sepenuhnya pada Marcus.
"Kalau begitu Encik Liu, kenapa dari awal lagi encik tak keluarkan sebarang notis pembayaran? Kenapa nak tarik jip ni tanpa pengetahuan saya? Apa kos surat menyurat memang mahal ke sekarang ni?" tersentak Encik Liu tatkala Jefferson bertanya dengan cara sarkastik.
Dagu tirus milik Encik Wyatt Liu diangkat hanya dengan ibu jari milik Jefferson, membuatkan ekor mata mereka saling bertembung.
Jefferson tahu, jikalau bertumbuk-tumbukan itu cara mereka berurusan sekarang ini, alamatnya tiada penyelesaian sampai ke sudah. Jadi, ada baiknya dia menggunakan peluang ini untuk mula menyerang dengan cara halus lagikan profesional.
Lain pula pada situasi Wyatt, perbuatan manusia berprofil tinggi itu langsung tidak dia duga, malahan kegentaran yang Wyatt lalui kian meruncing apabila Jefferson membisikkan sesuatu pada telinganya.
"Nak saya failkan kes pada pihak mahkamah berikutan unethical working di premis ni ke, hm?" laju sekali Wyatt menggeleng, dia benar-benar tidak mahu kerja tak beretika yang diamalkan selama ini diketahui pihak berkuasa.
Seringai bangga tercetak pada alur bibir Jefferson, tidak menyangka semudah ini saja dia membuatkan pemilik premis ini kegerunan.
"Kalau begitu, buat kerja kasi bermutu sikit, sepertimana gahnya tempat ni." pautan pada dagunya perlahan-lahan dilepaskan, dalam masa yang sama sengaja Jefferson mengelus lembut rambut milik Wyatt sebelum mengambil langkah ke tempat lain.
"Ouh ya, one more thing. Saya nak pihak encik baiki kerosakan jip kalau nak bayaran penuh untuk SUV ni." ucap Jefferson ringkas sebelum berganjak pergi dari premis itu.
...
"Kau mesti tak percaya apa yang aku nak bagitau ni. Lepas-lepas aku tarik kereta, aku perasan ada jip langgar tempat pameran kereta situ. Fuhh, agak-agaknya berapalah kos boss kena baya— "
Keluhan kekecewaan dihelakan oleh Marcus membuatkan sahabatnya, Julian berhenti daripada bercerita.
"Hey Marc, pahal kau ni? Nampak tertekan sangat ni."
"Yang sebenarnya Jules, akulah yang langgar tempat pameran tu." ternganga Julian dibuatnya sejurus Marcus mendedahkan perkara sebenar.
"Tapi kenapa weyh?"
"Ada sorang ni, menyorok dalam jip tu. Jadinya, kerja aku dah terkantoi dan terpaksalah aku ikut kehendak dia." terkebil-kebil mata Julian untuk memahami penceritaan Marcus. Melihatkan Julian masih keliru, jadi eloknya jika Julian bercerita dari permulaannya.
"Ceritanya begini..."
Sesudahnya bercerita, akhirnya Julian mengangguk faham.
"Jadinya kau tau tak nama orang tu?" Marcus pun memberikan gelengan. Situasi menggetarkan itu begitu pantas berlalu, jadinya Marcus tidak sesekali sempat untuk berbual kosong, apatah lagi untuk mula berkenalan.
Namun, dia mula teringatkan sesuatu. Kocek kecil pada bajunya segera digagau lalu kad kecil dikeluarkan.
Kad yang tertera dengan butiran mengenai lelaki tadi ditelitinya.
"... Jefferson Choi..."
Nombor telefon yang tertera pada kad segera didail Marcus.
💢💥💢💥💢
╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮
- Jung Jaehyun SEBAGAI Jefferson Choi (new identity)
╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯
❁
•
❀
•
❁
╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮
- Liu Yangyang SEBAGAI Wyatt Liu
╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯
❁
•
❀
•
❁
Tekalah Jefferson kerja apa😉
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top