empat
New update ✨
💢💥💢💥💢
"Ouh itupun kau Marc, ingat nak ponteng kerja." perli rakan sekerjanya, Julian yang selamba merehatkan tubuh pada bingkai pintu sebuah premis.
Marcus tidak membalas sepatah kata, malahan bersahaja sekali menolak tubuh tegap Julian sebelum langkahnya tertuju ke pintu premis yang menjual kereta pelbagai jenama itu.
"Akhirnya sampai jugak kamu, Encik Pekerja Terbaik Bulan ni." kedatangannya dirai penuh ceria oleh si majikan.
"Amboi bos ni, ada-ada saja kan? Tak perlulah sampai sebut panjang-panjang macam tu. Sebab saya buat kerja ni pun ikut arahan bos jugak." tersenyum Marcus apabila dilayani begitu baik oleh Encik Wyatt Liu, majikannya.
Namun, disebalik kebaikan Encik Liu lakukan buatnya, terdapat sekelumit sisi negatifnya yang cukup Marcus benci. Tapi, apa dia boleh lakukan selain mematuhinya sebagai majikan.
"Hehe, dah kalau kamu cakap macam tu, jadi saya ada tugasan baru buat kamu."
"Apa dia, bos?"
"Saya nak kamu tarik kereta ni." fail berkenaan kereta jip bersama maklumat pemilik diberikan Encik Liu buatnya. Keterangan yang tertera lantas dibacanya penuh teliti.
"Dah 5 bulan tunggakan, elok saja kena tarik." kening separa tebal milik Marcus bertaut buntu, sesenang itu saja dia arahkan.
"Tapi kan, bukan ke kawasan perumahan si Ethan ni dekat Palma Heights? Kawasan elit tu, pengawal keliling rumah." tidak disangka-sangka dirinya diberikan tugasan yang sukar sebegini.
Dan hairan sekali, kenapa hutang bertunggak-tunggak jikalau dapat mendiami kawasan berprestij seperti itu?
"Pandai-pandailah kamu selesaikan." cukup sakit hati si Marcus tatkala majikannya begitu ringan sekali melepaskan tanggungjawab ini bulat-bulat padanya. Iya, itulah sekelumit sisi negatif Encik Liu yang dimaksudkannya.
"Ouh lagi satu, saya nak kereta tu dalam keadaan baik sepenuhnya. Calar pun sikit saya tak nak tengok. Saya tak nak tanggung kos untuk sebarang calar yang kamu buat."
Dalam diam, kebenciannya boleh membuak-buak jadinya disebabkan sikap tangkai jering Encik Liu. Akan tetapi, dia dapat menyembunyikan perasaan itu dibalik senyuman dibuat-buat dan anggukan kecil.
"Erk, baik bos..."
...
"Biar betul ni?" tercegatnya di hadapan pagar utama kediaman terbabit.
Setelah meneliti alamat yang diberikan Encik Liu, nampak gayanya inilah rumah yang perlu 'dikunjungnya'.
Dengan berhati-hati, ekor mata Marcus memerhatikan kawasan sekeliling. Melihatkan kawasan pejalan kaki dan jalan raya dihadapan matanya cukup lenggang, jadi dia merebut kesempatan untuk memanjat pagar konkrit yang mengelilingi banglo moden 3 tingkat itu.
Langkah diaturkan disepanjang kawasan laman rumah itu cukup berhati-hati, dimana dia jalan secara berjengket-jengket dan menyorok di balik pokok-pokok besar yang ditanam.
Akhirnya dia tiba di perkarangan rumah tersebut. Sesekali, matanya masih lagi mencari kenderaan yang perlu 'ditarik', namun hampa apabila hanya ada kereta Mercedes terparkir di bawah balkoni yang menyapa pandangannya.
"Cis, takde dekat kawasan luar pulak. Mesti ada dalam garaj." keluh Marcus tatkala kereta jip itu tidak dapat dikesan di mana-mana kawasan terbuka.
Dalam pemerhatiannya, rupanya ada sebuah garaj yang berhubung dengan rumah banglo itu. Dia beranggapan mungkin jip itu diparkir dalam garaj terbabit.
Matanya tidak henti-henti mengerling keadaan sekeliling disusuli dengan langkah yang terjengket-jengket, takut-takut pengawal mengawasi kawasan luar rumah buat masa ini.
"Nasib ada pekebun je, selamat sikit kerja aku." gumamnya sendirinya sambil memerhati gerak-geri pekebun yang sedang memangkas dahan-dahan. Dan mujurlah pekebun itu tidak menyedari kehadirannya yang menyorok di balik pohon palma.
Memandangkan jarak mereka agak berjauhan, jadi ada baiknya Marcus merencana untuk menceroboh masuk ke dalam banglo itu. Maka, dia terpandang sebuah pintu yang terkuak luas di bahagian balkoni.
'Bingo!'
Kakinya laju mendekati kereta tadi lalu memanjat ke atas, memudahkannya untuk ceroboh masuk. Tidak lama selepas itu, dia tiba di balkoni.
Dengan langkah berjaga-jaga, Marcus pun menyelusup masuk ke ruangan dalam, yang merupakan bilik master. Kemudiannya dia perlahan-lahan memutar tombol agar tidak berbunyi terlalu kuat. Takut-takut keberadaannya diketahui penghuni rumah banglo ini.
Sambil menjengul kepalanya dari dalam bilik, Marcus meneliti keadaan sekeliling agar penghuni tidak berkeliaran di tempat dia berada. Setelah memastikan kawasan diperhatikannya tiada orang, Marcus berjengket-jengket menghampiri ruangan dobi (laundry), dimana kawasan itu cukup-cukup dekat, bersebelahan dengan garaj.
Ketika dia mendekati kawasan garaj, Marcus dilanda kekalutan tatkala ternampak seorang gadis sedang rancak berbual dengan seseorang melalui telefon, seperti menghampiri ke arahnya.
Tanpa berfikir panjang, Marcus lantas menyembunyikan diri di balik deretan baju kemeja dan seluar yang tergantung pada penyangkut di situ. Bagaikan angin lalu, gadis itu hanyalah melalui kawasan itu tanpa mengesyaki apa-apa, membuatkan Marcus mengurut lega dadanya.
Setelah mendapati gadis itu melangkah pergi ke tempat lain, Marcus pun kalut memutar tombol pintu yang berhubung ruangan dobi dengan garaj.
Senyumannya kian tersungging tatkala mendapati kenderaan jenis Sport Utility Vehicle (SUV) bercat emas gemerlapan itu berada di dalam garaj tersebut.
Dengan tangkas, Marcus memasuki dalam perut jip itu lalu menghidupkan kenderaan itu dengan kaedah hotwiring memandangkan kunci tidak dijumpai di tempat gantung kunci. Tidak sia-sia sekali dia praktikkan apa yang dipelajari selama ini ketika belajar sekolah teknik dulu.
Pintu garaj pun mula terangkat luas sejurus dia berjaya menghidupkan enjin jip itu dengan sekali percubaan. Marcus perlu segera hantar ke premis jualan kereta jikalau dia ingin menerima komisen yang lebih tinggi.
Akhirnya, kenderaan SUV ini sudahpun meluncur keluar dari pekarangan rumah banglo itu dan mula menuju ke premis tersebut. Keterujaannya untuk menghantar kenderaan ini mula luntur tatkala muncung pistol diacukan tepat-tepat pada kepala pemuda berusia awal 20-an itu.
"Tolong tuan jangan apa-apakan saya. Saya cuma buat kerja saya saja." rayu Marcus yang kekal dalam pemanduan.
Jika diikutkan keadaan sekarang, degupan jantungnya semakin kencang ditambah pula telapak tangannya kian kedinginan. Kegerunan dan tertekan? Sudah pasti, tetapi dia cuba berlagak tenang.
"Kalau kau masih nak hidup, ikut cakap aku." Marcus mengangguk kepalanya laju-laju agar tidak diapa-apakan. Objek bersegi dan pejal itu masih lagi diacukan padanya.
💢💥💢💥💢
╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮
- Mark Lee SEBAGAI Marcus Lee
╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯
❁
•
❀
•
❁
╭❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙──────────╮
- Kim Jungwoo SEBAGAI Julian Kim
╰──────────❃͜͡❁ཻུ۪۪⸙╯
❁
•
❀
•
❁
New characters unlocked 🤠 Wauthormelon ambik Mark Lee as the other main character since he's my bias rn ehekk 🙈💕
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top