dua
Chapter kali ini terlajak panjang hehe, enjoy ✨
💢💥💢💥💢
"Pheww, sipi-sipi je lagi weyh nak kena tangkap!" hela nafas penuh lega dilepaskan diselangi topeng berwarna biru yang cepat-cepat ditanggalkan oleh Jefferson. Maka wajahnya menjadi tatapan rakan bersebelahannya.
"Tu la kan, mati-mati aku ingat kita tertangkap. Tak sangka betul aku dengan kau ni Winston, nice jugak lokasi kau nak buat rompakan. Tak pernah-pernah dibuat orang." lelaki yang dipanggil Winston sekadar mengulum senyuman bangga apabila Tony memujinya.
"Tapi aku tertanya-tanyalah, kau pergi mana tadi, gila? Ingat senang ke aku dengan Jeffrey nak rompak sorang-sorang kat situ? Boleh terkeluar jantung mat!" sambil-sambil menanggalkan topeng berwarna hitam yang menutupi wajahnya, riuh sekali lelaki bernama Tony bertanya akan ketiadaan Winston tadi.
Namun, Winston yang setia pada pemanduannya sekadar memandang sekilas Tony melalui cermin pembiasan dan tidak menjawab apa-apa. Malahan, dia mengambil sesuatu pada tempat duduk penumpang bersebelahannya lalu melemparkan pada mereka berdua.
Dengan tangkas, Jefferson berjaya menyambut barang berupa beg bimbit itu. Tony lantas merampas beg tersebut daripada Jefferson lalu tergopoh-gapah membuka lebar beg itu untuk melihat sesuatu yang terisi di dalamnya.
Terkesima mereka berdua tatkala ikatan tebal berupa wang tunai menyapa pandangan.
"Dude, macam mana kau dapat duit sebanyak ni? Kau sorang-sorang tadi buat kerja apa, gila?" Winston sekadar membalas gelengan, tak habis-habis dipanggil 'dude' dan 'gila'. Betapa ringan sekali tangannya ingin menampar mulut celupar empunya Tony.
Namun apakan daya, sekarang dia dalam pemanduan, jadi perkara ini perlu diutamakan.
"Okey geng, sekarang ni kita nak berlindung dekat mana pulak? Aku rasa tempat lama dah kena kepung dengan polis sekarang ni." Winston cuba mengalihkan pertanyaan Tony dengan topik lain, mengundang mereka berdua mula terfikir.
Namun, lokasi yang berlegar-legar dalam fikiran mereka mula lesap disebabkan bunyi siren yang sayup-sayup kedengaran, menyapa gegendang telinga masing-masing.
"Tak guna! Pecut la Winston woi!" gesa Jefferson yang kalut menggoyangkan tempat pemandu.
"SHIT!" carutnya secara keras apabila bunyi siren makin jelas kedengaran, menandakan kenderaan polis mula menghampiri kenderaan mereka.
Tanpa berfikir panjang, Winston memijak pedal minyak sekuat mungkin bagi melajukan kenderaan yang dipandunya.
Winston dan dua yang lainnya akhirnya bersorak gembira apabila keberadaan kereta polis sudah tidak kelihatan di belakang. Namun begitu, kegembiraan dalam meloloskan diri hanyalah seketika tatkala berganti dengan masalah dimana meter minyak sudah menunjukkan pada 'E', menandakan minyak hampir habis.
"Damn it! Minyak tak banyak dah!" bertambah kusut keadaan dalam sedan itu setelah Simon memberitahu.
Tidak sampai 10 minit, kenderaan curi yang membelah laju di lebuhraya akhirnya bergerak cukup perlahan. Keadaan yang merunsingkan akal fikiran ini membuatkan mereka bertiga terpaksa menapak keluar dari sedan itu setelah kenderaan itu terhenti di bahu jalan.
Memandangkan kereta polis masih belum tiba, jadi mereka ada peluang untuk meloloskan diri.
...
Keringat-keringat mula merenik pada dahi masing-masing tatkala sudah berpuluh-puluh minit berjalan dalam belantara bagi menghilangkan jejak daripada diikuti pihak polis.
"Kau ni Winston, soalan aku tadi tak jawab-jawab sampai sekarang."
Meskipun termengah-mengah akibat lama berjalan, namun mulut kepoh Tony tidak akan sesekali diam. Lama-kelamaan, Winston memberhentikan langkah membuatkan mereka buat turut terhenti.
"Tak ada kepentingan pun kalau kau nak tau."
"Kau sorok emas dalam mulut ke apa sampai berat mulut nak bagitahu perkara sebenar?" seloroh Tony bersahaja, tanpa meneliti wajah Winston yang mencerlung tajam ke arahnya.
Jefferson dalam diam hanya memerhatikan gelagat mereka berdua, tidak mahu masuk campur.
"Kenapa kau berahsia dengan kitaorang? Padahal kita semua dah janji, takkan ada rahsia di antara kita!"
Tengkingan Tony membuatkan kesabaran sang sahabat, iaitu Winston yang lama terpendam mula menghilang.
"AKU DAPAT DUIT BANYAK TU LEPAS BUNUH SOMEONE! PUAS HATI KAU?" luah Winston sepenuh jiwa raganya bernada jerkahan.
"Lah, kenapa tak cakap dari awal-awal lagi? Aku pun tadi bunuh pakcik sorang ni, meraung anak dia menangis." begitu bangga sekali Tony memberitahu, tanpa menayangkan raut wajah kasihan akan perbuatan kejamnya.
Jefferson yang mendengarkan kata-kata yang diatur Tony membalas gelengan kesal. Eloknya dari awal lagi dia masuk campur, jikalau tidak pasti akan lebih melarat.
"Haih, sudah-sudahlah bertengkar korang berdua, apa yang kita kena buat sekarang lari selagi bo-!" arahan yang dilontarkan oleh Jefferson terhenti lantaran dia merasakan suatu objek kejung dan sejuk menusuk pada bahagian dada kiri.
Tanda tanya mula menerjah dalam benak fikiran Winston dan Tony akan suara Jefferson yang mula tenggelam secara drastik.
Dan ianya terjawab apabila mereka menoleh ke belakang. Tubuh Jefferson sudahpun tumbang ke bawah bersama simbahan darah yang keluar bercurah-curah dari anggota badan yang ditembak.
Tony pun segera merangkul tubuh Jefferson untuk dibawa ke ribaannya.
Hairan sekali, bagaimana Jefferson ditembak sedangkan hanya bertiga sahaja yang berada buat masa sekarang. Lirikan helang milik Tony mula tertuju pada Winston yang masih terkaku berdiri di tempatnya. Jangan kata...
"Kau ni pun agak-agaklah. Kalau marah aku sekalipun, janganlah sesedap rasa kau je tempiaskan kat Jeffey aku." bertubi-tubi Tony melepaskan tuduhan buat Winston.
Ini mendorong pertelingkahan antara mereka berdua yang sudah pastinya Tony dan Winston tidak henti-henti bertikam lidah.
"Jangan main tuduh bukan-bukan!" balas Winston berserta raut wajah menahan marah.
"Dalam hutan ni, kita bertiga je ada. Kalau bukan kau, siapa lagi nak tembak?"
"Manalah aku ta-argghhh!"
Keadaan haru biru ini mula menjadi hening apabila Winston pula menjadi mangsa tembakan dari jarak jauh, tubuh tegap Winston kemudiannya tumbang secara tertiarap di depan mata Tony.
Dan tembakan itu tepat mengena dada kirinya.
"Win...Winston..." terketar-ketar alur bibir Tony untuk memanggil rakan jenayahnya. Sambil-sambil itu, matanya melilau melihat keadaan sekeliling.
Mungkin ada pembunuh upahan yang bersembunyi di balik pokok-pokok konifer. Mahu saja Tony menyiasat keadaan sekeliling, tiba-tiba siren polis semakin lantang kedengaran. Pasti jarak mereka sudah tidak jauh.
"Pergilah Tony, ambiklah semua beg-beg ni. Tinggalkan saja kitaorang."
Tony benar-benar rasa terkilan untuk meninggalkan Winston dan Jefferson membabi buta begitu saja. Lagikan pula mereka kini berkeadaan mengerang kesakitan.
"Tapi kau dengan Jeff-"
"PERGI SAJALAH!" tengking Winston sepenuh hatinya, hinggakan terpaksa mengetap giginya akibat mengerahkan banyak tenaga.
Perlahan-lahan, Tony menjatuhkan tubuh dengan keadaan bertinggung agar menyamakan kedudukannya dengan mereka berdua.
"Sorry Jeff, Winnie. Aku tak dapat nak tolong kali ni. Harap kita dapat bersua lagi nanti." ujar Tony penuh simpati diselangi mengelus lembut rambut milik Winston dan Jefferson.
Tanpa berfikir panjang, Tony mengambil beg dari tubuh longlai milik Jefferson dan Winston. Dengan penuh keterpaksaan, Tony pun meninggalkan dua rakan jenayah merangkap sahabat handainya bersama beg-beg yang dipenuhi wang dan barang berharga.
Tidak lama kemudian, tempat tadi telahpun dikepung polis.
💢💥💢💥💢
Thanks for your support, I'll update more soon, stay tuned 🎈🥺✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top