๏ฝกโœฎโ„‚๐•™๐•š๐•๐••๐•™๐• ๐• ๐•• ๐”ฝ๐•ฃ๐•š๐•–๐•Ÿ๐•• #07โœฎ๏ฝก

Incheon Airport

Taehyung diam sambil memerhati sekeliling Airport. Dia berasa gugup kerana pesawat dari paris sudah pun tiba. Itu bermaksud Yoongi dan anaknya sudah pun sampai.

"Tae?" Taehyung menoleh ke belakang. Dia terkaku melihat Yoongi dan seorang budak di sisinya. Dia pasti budak di sisi Yoongi itu Yeonjun anaknya.

Terus tubuh Yoongi dia peluk. Rindu akan sepupunya yang telah bertahun menetap di Paris. Setelah dia puas, dia beralih memeluk Yeonjun.

"Yeonjun-ah bogoshipyo." Tubuh anaknya itu dipeluk erat. Ini baru pertama kali dia melihat rupanya anaknya.

"Nado daddy."

*

*

*

*

*

*

*

"Wah cantiknya bilik Yeonjun. Gomawo uncle-nim." Yeonjun tersenyum melihat bilik barunya yang dihias oleh uncle Jin dan Namjoon.

"Sama sama sayang. Pergi lah rehat mesti yeonjun penat kan?" Jin tersenyum lembut ke arah Yeonjun. Baginya Yeonjun sangat lembut Perwatakannya seperti Hyunsoon.

"Taknak yeonjun nak main dengan daddy." Kaki Taehyung dipeluk oleh Yeonjun membuatkan Taehyung tersenyum. Dia mengusap kepala anaknya itu.

"Yeonjun pergi rehat dulu nanti petang daddy bawak yeonjun jalan jalan."

"Hee okay daddy." Yeonjun bersorak riang mendengar kata kata Taehyung lalu masuk ke dalam bilik baharunya itu untuk berehat.

Jin tersenyum melihat Yeonjun gembira. Matanya beralih melihat Taehyung yang tersenyum.

"Lama tak datang jenguk hyung." Taehyung tersentak. Dia mengungkirkan senyuman kekok kepada Jin.

"Kamu masih takut dengan namjoon? Dia dah lupakan pun. Lagipun Yeonjun pun dah besar sekarang. Tapi hyung mintak kamu rahsiakan status kamu dan yeonjun dari semua orang."

*

*

*

*

*

*

*

Yeonjun bersorak riang apabila Taehyung membawanya ke Sungai Han. Semasa di Paris dia pernah mencari tempat tempat yang menarik di Korea melalui Internet. Sungai Han merupakan tempat yang paling dia mahu kunjungi.

Sepanjang hari ini Taehyung menghabiskan masa bersama anaknya itu. Dari petang hingga ke malam tidak henti mereka berjalan.

"Dad yeonjun nak aiskrim tu~" Katanya sambil menunjukkan sebuah gerai aiskrim yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

Taehyung senyum lalu menganggukkan kepalanya tanda boleh. Yeonjun senyum lalu mengikuti ayahnya itu.

"Ahjumma aiskrim coklat dua."

Taehyung tersenyum melihat Yeonjun makan aiskrimnya dengan gembira. Tak pernah terfikir dia akan meluangkan masa bersama denga anaknya itu. Tanpa sedar aiskrim yang berada di tangannya mula mencair sehingga Yeonjun menegurnya.

"Dady aiskrim dady cair." Taehyung yang tersedar terus lap tangannya menggunakan tisu. Yeonjun hanya ketawa melihat daddynya itu. Tetapi ketawanya itu terhenti apabila melihat seorang perempuan muda menegur daddynya itu.

"Oppa? Apa yang oppa buat dekat sini? Siapa budak dekat sebelah oppa ni?" Yeonjun memutarkan matanya malas melihat perempuan itu bertanya soalan seperti dia isteri kepada daddynya itu.

"Ah rose. Rose buat apa dekat sini?"

"Rose ada shooting gambar dekat sini. Oppa tak jawab lagi soalan rose." Taehyung terdiam tidak menjawab.

"Hello Kim Yeonjun imnida. Anak saudara uncle tae." Jawabnya bersahaja. Sesungguhnya dia tahu daddynya itu tidak tahu mahu menjawab ape. Untung mama dah beritahu dia terlebih dahulu apa yang patut dijawabnya apabila ditanya begitu.

"Wow cute nya anak saudara oppa." Tangan perempuan yang bernama Rose itu mula mencubit pipinya membuatkan dia tidak senang.

"Maaf aunty tapi yeonjun tak suka orang sentuh pipi yeonjun." Katanya sambil tersenyum paksa ke arah Rose. Rose terus menarik tangannya kembali.

"Maaf yeonjun aunty tak tahu. By the way nama aunty park chaeyoung boleh panggil aunty rose je. Aunty girlfriend uncle kamu." Rose yang bangga memperkenalkan dirinya itu tersenyum tanpa sedar bahawa Yeonjun mula tidak suka padanya.

"Uncle Kajja kita balik dah lewat nanti uncle jin dengan uncle namjoon marah." Ajaknya kepada daddynya yang sedari tadi diam tidak bercakap.

"Ah nae. Rose oppa balik dulu nanti kita jumpa."

"Okay oppa." Sempat Rose mencium pipi Taehyung membuatkan yeonjun menarik tangan daddynya pergi dari situ.

Suasana yang sunyi dalam kereta sedari tadi menyapa mereka. Ini semua disebabkan rasa bersalah dan marah. Taehyung yang rasa bersalah dan Yeonjun yang marah.

"Kalau dady tak cintakan mom kenapa dady buat mom lahirkan yeonjun ke dunia ni. Dan kenapa perempuan tu yang perlu hadir sebagai cinta dady dan bukannya mom." Taehyung diam tidak menjawab. Dia berfikir kenapa kanak kanak yang berusia 4 tahun petah berkata seperti itu. Tapi apa yang dia tahu kata kata dari yeonjun telah menyakiti hatinya.

tbc

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: AzTruyen.Top