crazy nervous 2.

××××××××××××××××××××××××××××××××××××

Eunha's POV :-

Selepas mengetahui tempat duduk baru, aku tidak segera menuju ke tempat tu. Mana kan tidaknya, Prince Ice tu dah duduk kat sebelah tempat aku. Segan thiot.

Aku rasa nak bertukar roh dengan orang lain sekarang, biar roh orang lain yang rasa macam duduk di sebelah Prince Ice tu.
"Hey Eun? Kau dah tahu tempat duduk baru kau ke belum??" Sampuk Hyejin entah bila masa berdiri di sebelah aku.

"Dah." Jawab aku perlahan yang masih pandang kearah tempat duduk baru aku. Nasib baik Prince Ice tu tengah tidur. Jadi tak adalah dia perasan aku perhati dia.

"Jadi? Kat mana tempat kau?" Soal Hyejin lagi yang tidak puas hati dengan reaksi aku tadi. Kemudian dia perasan aku pandang satu arah, dia pun pandang arah tu.

"Jangan cakap kau duduk dengan Se-dnflhlqe." Belum sempat nenek kebayan tu habis kan ayat, aku terus tekup mulut dia. Haish. Mulut nenek kebayan ni laju sungguh. Bukannya nak cover sikit. Buatnya Prince Ice tu dengar macam mana? Tak ke malu aku nanti? Nak letak mana muka bermaruah aku kalau nenek ni buat naya kat aku.

"Apasal dengan korang ni?" Sampuk Deokyom muncul di kawasan banjiran manusia itu.

"Hehehehe...tak ada apa-apa Yomi." Aku tersengih kat Deokyom kemudian tangan aku kat mulut Hyejin segera turun.

Hyejin lap kawasan mulutnya yang berair kesan peluh tangan aku. Haa... Padan muka. Rasakan air peluh masin aku.

Deokyom geleng kepala. "Kau dah jumpa tempat duduk baru kau?"

"Dah! Sebelah Oh Sehun."

Hyejin menjawab dan aku tercengang kemudian dengan sepantas 'The Flash in Superman' kaki aku menghayun ke atas.

Pang!

"Yah!! Kau memang menempah maut dengan aku kan Hyengjing!(anjing)"

Hyejin tergosok-gosok punggung sekepingnya kesan tendangan Super strikes milik aku tadi. Lain kali cari pasal dengan aku lagi. Lepas ni kalau cari pasal lagi kena la dengan tamparan Kungfu Fighter aku pulak.

"Sakit la pabo!!" Marah Hyejin yang masih lagi tergosok-gosok punggungnya.

Aku menjeling menyampah kat Hyejin. Siapa suruh cari pasal. Rasakan.

"Biar betul Eunha?" Mata sepet yang Deokyom akibat pipi tembamnya terus membulat besar.

Ops! Terlupa pula kita ada Bunnyomi kat sini.

Aku hanya senyum kat dia. Segan pula nak mengaku.

"Jjinjayeo??!!" Makin bertambah la biji mata Deokyom terbeliak ditambah lagi dengan mulut melopong dan kedua-dua tangan di pipi. Ala-ala emoji kaget gitu. Tapi Bunnyomi ni versi comel, not creepy .

"Hihihihi.." Aku mengekeh ketawa pula.

Namun perbualan kami bertiga tergantung apabila pintu kelas kami dibuka oleh guru kelas kami. Semua pelajar di dalam kelas itu kelam-kabut kembali ke tempat masing-masing kecuali aku.

"Dah-dah! Duduk kat teman masing-masing!!" Jerit Miss Son ketika melangkah masuk ke dalam kelas.

"Hey, Miss Kim Eunha? Awak nak ganti saya mengajar ke?" Tegur Miss Son sinis sambil tangan kanannya cekak pinggang sementara tangan kiri pula memeluk buku laporannya.

Aku pandang Miss Son termangu kemudian aku tersedar bila dengar orang lain mengekeh ketawa.

"Ah? Animida." Aku tersengih kekok sambil tergaru-garu kepala yang teyiba rasa gatal.

"Kalau tidak, sila kembali ke tempat awak." Ujar Miss Son senyum sinis.

"Eoh– nae songsangnim." Aku rasa teragak-agak nak pergi ke tempat tu. Semua mata-mata memerhati langkah aku menghampiri meja belakang iaitu tempat duduk Prince Ice.

'Kwenchana, Eunha. Awak hanya duduk di sebelah crush awak aje tu bukan singa. Just be nice.' Aku tarik nafas dalam-dalam kemudian berjalan laju ke meja.

'Dah macam orang nak kahwin pulak Eun ni. Jalan terkedik-kedik.' Bisik hati Hyejin mengekeh ketawa. Dokyeom tersengih-sengih galak tengok aku gelabah separuh mati.

"Kenapa lama sangat awak nak duduk Miss Kim Eunha??" Tegur Miss Son lagi apabila perasan aku masih lagi berdiri sebelah meja Prince Ice.

Aku pandang Miss Son kemudian pandang Prince Ice tu dan kembali pandang Miss Son semula. "Errr..."

'Macam mana aku nak duduk...dah Prince Ice ni tidur sampai tak bagi ruang kat aku nak lalu kat belakang.' Ngomel aku dalam hati.

"Cepat duduk, Kim Eunha sebelum saya halau awak keluar dari kelas saya." Amaran daripada Miss Son sebelum pusing mengadap papan putih di belakangnya.

Aku berada di dalam dilema.

'Mati lah Eun.' Hyejin perlahan-lahan mengekeh ketawa.

Aku yang perasan Hyejin ketawakan aku terus tunjuk penumbuk kat dia. 'Nak mati dengan aku kot minah ni.'

'Hwaiting!' Ujar Deokyum dalam pergerakan bibir apabila aku pandang dia kemudian paling ke hadapan kelas.

'Kalau setakat nak cakap hwaiting lebih baik tak payah.' Ngomel hati aku.

Tatkala sedang frust dengan sikap dua sahabat aku, tiba-tiba aku berasa tangan kanan aku dipegang oleh seseorang.

Aku segera memandang orang yang menempah maut berani pegang tangan aku.

Mata aku segera membuntang apabila ternyata lelaki yang bernama Oh Sehun lah yang memegang tangan aku dengan riak muka 'poker-face' . What the FISH!!!

'KALAU NAK BUAT SWEET PON, PERLU KE BUAT MUKA TAKDE PERASAAN MACAM TU??'

++++++

Yehet! Done chapter 2. Hehehe.. Kak suka FF ni. Suka sangat. Sebab FF ni, FF pertama kak buat sempoi² aje. Tak perlu nak pikir plot yang susah. Hehehe.. Sukanya~~~

---VOTE AND COMMENT---

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top