19
Hai haii gaiss!! Lama tak jumpa? Ada yang rindu tak? Ke dah buang ff ni dari reading list? 😂
Sebelum tu, hanacun mau mintak maaf setelah berbulan lamanya tiada hapdet. Notis pun insekior nak bagitahu sksksksks
Alhamdulillah sekarang dah kurang sikit busy memandangkan final exam dah habis hehe.. So sekarang insyaa Allah saya akan usahakan balik sambung ff ni ♥️
—————
Jam di dinding jelas menunjukkan pukul 3.15 pagi.
Pelukan masih lagi dieratkan oleh mereka berdua di atas katil. Eunyeon meletakkan dagu di atas bahu Jungkook manakala Jungkook pula hanya memejamkan mata.
"A-abang.."
"Hmnn?"
Gadis itu mati kata.
"What do you want to say, babygirl?" Soal Jungkook sewaktu gadis itu tidak menjawab.
Eunyeon menarik nafas dalam seketika sebelum selimut tebal ditarik sehingga menutup bahagian tubuh mereka berdua yang terdedah.
"Eun masih tak faham kenapa abang tiba-tiba saja nak Eun tukar hospital."
Jungkook tersenyum kecil lalu mengeratkan lagi pelukan.
"Jauhi Taehyung."
Perlahan Eunyeon menjarakkan sedikit tubuh mereka berdua dan memandang Jungkook. Jadi betullah Jungkook dah tahu?
"Ta-tapi kan.. Taehyung kan cuma doktor Eu—"
"Shuu—" jarinya diletakkan di bibir gadis itu.
"Siapa yang suami Eun sekarang? Abang atau dia? Abang kan?" Soal Jungkook sinis. Eunyeon terdiam.
"Abang taknak Eun jumpa lelaki lain lagi selain abang. Taehyung tu cuma kisah lama Eun. Tapi Kook yang dapat Eun. Disebabkan Eun dah jadi milik abang sekarang, abang taknak Eun jumpa dia lagi. Arra?"
Eunyeon masih lagi terdiam. Nampaknya dia yang perlu jauhkan diri dari Taehyung agar Jungkook tak cemburu lagi dengan mereka berdua. Biarpun mereka sebenarnya tak ada apa-apa.
Kalau dia mengingkar, bagaimana kalau Jungkook kembali pada Danhee semula? Andwae! Jungkook hanya untuk dia seorang!
"Ma-maaf.. Eun tak patut rahsiakan yang selama ni doktor Eun ialah Taehyung. I'm sorry.." terus dia mengeratkan kembali pelukan.
Jungkook tersenyum sinis dibelakang gadis itu. Senang sangat nak control Eunyeon. Dia tahu perempuan ini mesti berpihak pada dia punya.
***
•
•
•
Seperti biasa yang menjadi kegemaran Eunyeon pada waktu tengah hari iaitu berada di cafe memandangkan Jungkook berada di tempat kerja.
Kebetulan lagi, seusai dia ingin keluar dari cafe itu setelah siap membeli, tiba-tiba Eunyeon ternampak Taehyung yang baru saja menapak ke cafe itu.
Apa yang dia nampak Taehyung kelihatan sangat gelisah. Hairan dia dibuatnya.
"Taehyung?"
"Eunyeon— nasib baik kau ada kat sini. Boleh kita jumpa sekejap?"
Eunyeon terdiam seketika. Patut ke?
"Sekejap je. Aku nak bagitahu benda penting. Tentang Jungkook.."
***
"Jadi kau dah tahu?" Soal Taehyung terkejut. Manakala Eunyeon hanya diam bersama anggukan kecil.
"Tapi kenapa—"
"Taehyung— saya rasa lepas ni kita tak perlu jumpa macam ni lagi.." kata Eunyeon memotong percakapan Taehyung.
"Bwoh? Wae?"
"Saya... isteri orang. Walau apa jua sekalipun, saya kena dengar cakap dia. Jungkook— tak suka bila saya jumpa awak," jujurnya membuatkan Taehyung bengang.
"Jadi sekarang kau sanggup buat apa saja demi dia ke?" Soal Taehyung lagi.
Eunyeon mengangguk kecil lagi membuatkan Taehyung mengeluh berat.
"Eunyeon.. kau ni terlalu naif. Kau tak pernah sedar ke yang selamani Jungkook tu cuma pergunakan kau?"
Eunyeon diam lagi.
"Jungkook bukan seperti apa yang kau sangkakan. Dia bukan sebaik tu. Kau saja yang tak pernah sedar sebab kau terlalu bodoh cintakan dia."
Eunyeon terus memandangnya sambil mengetap bibir geram. Sesekali dia mengeleng perlahan, tak percaya yang Taehyung akan berkata seperti itu.
"Jungkook tu suami saya dan saya kenal dia macam mana. Dah 3 tahun kami hidup bersama. Dialah abang saya dan dia juga suami saya. Saya sayangkan dia dan saya cuma nak dia sekarang. Saya tak suka bila awak burukkan dia depan saya."
Taehyung memandangnya terkejut. Bwoh?
Sampai macam ni sekali Jungkook boleh kawal perempuan ini?
"Taehyung.. saya tahu awak tak boleh lupakan kisah silam kita. Tapi tak perlulah awak nak burukkan Jungkook dengan apa yang terjadi. Semua tu dah lepaskan? Jadi lupakan je lah."
Terus gadis itu bangun dari duduknya. Beg tangan mahal miliknya itu juga diambil.
"Saya belajar terima dia dan kesalahan dia. Saya pun harap awak boleh belajar lupakan saya, Tae.." katanya buat kali terakhir sebelum pergi dari situ.
"Eunyeon tunggu!"
Taehyung terus bangun dari duduknya untuk menghalang Eunyeon tetapi Eunyeon tetap tidak hiraukannya. Sebaliknya dia terus keluar dari cafe itu.
Taehyung memejam mata kesal seketika.
"Eun— kau cuma kenal dia baru 3 tahun.. tapi aku kenal dia dah 24 tahun dah. Kau yang belum kenal lagi diri sebenar dia."
Dia mengeluh berat lagi. Memang Eunyeon langsung tidak tahu tentang hubungan Taehyung dengan Jungkook dulu. Semuanya kerana dia yang tak mahu Eunyeon berjauhan dengan dia dulu sewaktu mereka masih lagi bercinta. Maklumlah Eunyeon tu juga rapat dengan Jungkook.
***
•
•
•
Kaki gadis mengandung itu melangkah di sepanjang mall sambil tangannya memegang smartphone untuk bervideo call dengan Yeri. Maklumlah sudah lama mereka tidak berjumpa.
"Alang-alang pergi mall tu belilah hadiah untuk aku sekali. Hehek nanti aku baliklah Korea," kata Yeri melalui talian.
"Tch— bila je kau nak balik?" Soalnya sambil tangannya membelek beberapa helaian pakaian yang digantung di kedai ini.
"Entahlah bila aku nak balik. Maklumlah boss aku ni, Yoongi ni macam taknak bagi aku cuti je. Tahulah suka aku skskshcf"
Eunyeon tergelak kecil. Bukannya dia tak tahu yang Yeri ni ada simpan perasaan pada pemilik bar ditempat dia bekerja tu dah lama. Semoga dia bahagia lah kalau si beku Yoongi tu akhirnya notice dia.
Sedang ralit dia membelek pakaian sambil bervideo call dengan Yeri, tiba-tiba matanya terpandang seseorang.
Seseorang yang amat dia kenali kini berada di tempat pakaian bayi.
"Jungkook?"
"Eo— kau datang dengan Jungkook ke?" Soal Yeri yang tak tahu apa-apa melalui telefon itu.
"T-tak.."
Kadang dia hairan. Jungkook sepatutnya berada di pejabat. Tapi kenapa dia kat sini? Takkanlah sebab nak beli pakaian untuk bakal anak mereka, dia sanggup ponteng kerja?
Baru saja dia ingin melangkah mendekati suaminya itu, kakinya tiba-tiba berhenti sewaktu seorang perempuan baya umurnya datang dan memeluk lengan lelaki itu.
Eunyeon terkaku tak berkutik. Ju-jungkook..
Dan yang lebih teruk, dia jelas melihat wajah perempuan yang terhegeh-hegeh dengan suaminya itu. Gaya dan jalanan perempuan itu juga seperti orang yang sangat dia kenal.
Persis Lee Danhee, orang yang sama yang pernah meninggalkan dia dan menghancurkan persahabatan mereka dulu.
"PAP!"
Telefonnya tadi jatuh ke lantai. Air mata juga mula bergenang membuatkan dadanya mula terasa sebak.
"Eunyeon.. eun kau okay?" Soalan Yeri ditalian itu dibiarkan begitu saja.
"Ju-jungkook— wae.."
++++
Tq kepada yang masih setia dengan ff ni 😭
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top