17
Tuan Jeon Bieskook: Siapa kecam I hari tu? I taknak maafkan you oollss!! No!
—————
Dengan langkah laju dia berjalan di sepanjang kawasan hospital itu. Bila tiba saja di hadapan sebuah bilik yang di pintunya tertulis nama Kim Taehyung, terus pintu bilik itu ditolaknya kasar.
"Kim Taehyung!"
Taehyung yang berada di tempat duduknya itu terus bangun. Namun seusai dia bangun, tubuhnya lantas ditolak kasar ke dinding dengan kasar. Kolar kemeja yang dipakainya juga digenggam kemas oleh seorang lelaki yang tak asing baginya ini.
Jeon Jungkook.
Dia kelihatan marah sangat pada waktu ini.
"Kenapa kau datang sini lagi? Apa kau nak harapkan lagi dari Eunyeon? Tak sedar-sedar lagi ke yang dia dah jadi isteri aku?!" Soalnya bersama tengkingan geram.
Panas teruk hatinya sejak diberitahu Tuan Jeon yang Taehyung comeback. Dia risau.. kalau lelaki ini cuba merampas kembali Eunyeon daripada dia itu saja.
Taehyung hanya diam dan memandang kearah cctv yang terletak di bucu bilik ini. Teragak-agak Jungkook memandang ke belakang dan turut melihat cctv. Maklumlah mereka sekarang berada di hospital. Tak hairanlah kalau cctv di setiap sudut pun.
Terus kolar baju Taehyung dilepaskan. Sesekali Taehyung membetulkan kolar bajunya dan menepuk debu di bahagian bahu sebelum memandang Jungkook semula.
"Wae? Kau marah?" Soal Taehyung sinis.
"Eunyeon tu dah jadi isteri aku! Kau jangan sesekali berani nak sentuh dia. Apalagi rampas dia dari aku!"
"Tch—" Amaran tegas Jungkook membuatkan Taehyung berdecit lalu tergelak kecil.
"Sepatutnya aku yang tanya kau. Siapa yang rampas dia dan siapa yang sentuh dia dulu? Kalau aku nak buat benda yang sama, hidup kau merana dah lepas ni Jungkook," kata Taehyung dengan nada biasa tetapi sangat menikam.
Sh*t!
Semuanya berbeza dengan waktu Taehyung yang menyerang Jungkook di pejabat dulu.. hanya kerana Eunyeon.
GANG!!
Pintu pejabat itu dikuak kasar membuatkan Jungkook yang berada di mejanya itu terus terbangun dari duduk.
"Hey Taehyung! Lama tak jumpa," tegurnya sinis menambahkan lagi baran dalam diri Taehyung.
"S*al!" Terus tubuh Jungkook ditolak ke dinding sebelum kolar bajunya digenggam kasar.
"Berani kau hancurkan hidup Eunyeon macam tu sekali, Jeon Jungkook? Kau tahu tak kau ni memang jantan tak guna?!" Tengkingnya geram namun Jungkook hanya dengan riak wajah tenang.
"Siapa cakap aku yang hancurkan dia? Kami terlanjur sebab.. Eunyeon yang sukakannya. Wae? Kau marah?"
Taehyung mengetap bibir geram. Dasar tak guna betul!
"Kau jangan nak tuduh Eunyeon macam tu! Kau fikir aku tak tahu yang sebenarnya malam tu semuanya rancangan kau dengan Jimin? Apa sebenarnya motif kau ambil Eunyeon sebagai adik angkat kau haa dulu? Kau memang nakkan dia kan?"
Jungkook tergelak kecil seketika.
"Aaaa— tak kisahlah kau nak fikir apa pun. Yang penting malam tu Eunyeon moaning nama aku. Aah.. sexy..! The best thing we're ever did.."
"Biadap!"
Hampir saja satu tumbukan hebat melayang di wajah kacak Jungkook, tiba-tiba tangannya diberhentikan.
"Kenapa tak tumbuk? Tumbuklah!" Soal Jungkook sinis.
Sekali lagi Taehyung mengetap bibir geram. Tumbuk betul biar sampai gigi renab tu berderai kang kang kang!
Terus Jungkook menolak Taehyung kasar sehingga pegangan kolar bajunya tadi terlepas. Gini giliran dia pula yang memegang kolar baju Taehyung.
"Hey dengar sini, Kim Taehyung. Aku yang jumpa Hae Eun Yeon dulu sebelum kau. Eunyeon milik aku dan juga milik keluarga Jeon. Kau tu cuma binatang sesat yang menyemak dalam hidup aku. So mulai hari ni, aku nak kau keluar dari Seoul dan jangan sesekali menyemak dalam hubungan kami lagi. Pergi.."
Kolar dilepaskan. Wajah yang sinis tadi mula beriak dingin.
"Lupakan Eunyeon. Dia hak aku," kata Jungkook buat terakhir kali sebelum melangkah keluar dari bilik itu.
Genggaman ketat penumbuknya terus dilepaskan di atas meja dengan kasar.
"GANG!"
"Kau memang tak guna, Jungkook!"
Amarahnya hanya dilepaskan seorang diri. Kenapa dulu bukan dia saja yang jumpa Eunyeon dulu? Kenapa mesti Jungkook han*t tu yang jumpa?
"Sekarang giliran kau pula yang datang sini serang aku. Kenapa? Kau dah takut?" Soal Taehyung lalu Jungkook hanya mengetap bibir geram.
"Kau sedar tak yang kau ni sebenarnya pentingkan diri sendiri, Jungkook? Aku tahu hidup kau dari kecil lagi memang dihujani emas. Tapi tak bermakna sebab sikap kau ni kau boleh buat sesuka hati ikut kepala bapak otak kau! Bila Eunyeon dah jadi isteri kau tapi kenapa kau seksa dia macam tu?" Soal Taehyung dengan geram.
Sakit juga otaknya bila Jungkook dari dulu lagi tak pernah berubah.
"Kadang aku tak faham dengan kau. Kau sebenarnya bukan seksa Eunyeon saja, tapi kau juga seksa aku. Dari zaman persekolahan lagi kau tak puas hati dengan aku. Sampai kau tuduh aku bukan-bukan sampai aku kena buang sekolah tu dulu. Kau ni sebenarnya manusia ke setan?"
Jungkook memandangnya tajam. Kalau nak ikutkan hati dah lama lunyai Taehyung dibuatnya tapi dia tak boleh. Kerana kamera cctv ni tengah aktif berfungsi.
Memang betul mereka berdua sebenarnya kenal sejak kecil lagi. Tapi disebabkan sikap Jungkook yang iri hati dan pentingkan diri sendiri, hubungan mereka berdua hancur. Sampailah sekarang mereka berdua masih belum berbaik.
"Sudahlah, Jungkook. Ceraikan je lah Eunyeon kalau perangai kau terusan macam ni. Kau tak layak untuk perempuan sebaik dia. Kau patut sedar yang kau bukan saja hancurkan dia, tapi kau juga hancurkan masa depan dia. Jujur kau tak layak pun untuk dia," kata Taehyung jujur tapi membuatkan hati Jungkook lagi naik berapi.
"Tak guna! Kau sebenarnya nak dia balik dari aku kan?"
Wajah geram Taehyung tadi kembali bertukar sinis. Sesekali dia tergelak kecil lalu cuba meletakkan tangan di atas bahu Jungkook. Tetapi sayang kerana Jungkook terus menepisnya kasar.
"Kalau kau boleh rampas dia dari aku, why not aku rampas dia balik dari kau?"
Jelingan sinis pula dihadiahkan lalu Taehyung terus melangkah pergi dari situ meninggalkan Jungkook yang tengah berapi seorang diri di sini.
PAP!
Seusai pintu biliknya ditutup dari luar, Taehyung terus menyandarkan badan pada dinding dan mengeluh berat.
Sesungguhnya bukan niat dia untuk merampas kembali Eunyeon dari Jungkook. Kerana dia tahu Eunyeon tak mungkin jadi miliknya juga nanti. Tapi dia buat semua ini sebab..
Dendam.
Ya dia sedang bangkit dari kegagalan! Ditambah lagi dengan belas kasihan dia pada Eunyeon yang selalu saja menangis kerana suaminya sendiri.
Bagi dia Eunyeon terlalu baik. Jungkook langsung tak layak untuk perempuan itu.
Biarlah dia takkan dapat Eunyeon sekalipun, asalkan perempuan itu terlepas dari neraka inipun sudah cukup. Perempuan itu tak sepatutnya dikhianati seperti ini mentang-mentang sikap dia yang naif.
***
•
•
•
Tangannya menolak kuat shoulder press machine ke depan dan ke belakang dalam tempat gym ini. Nafas ditarik dan dihembus kasar. Begitu juga dengan peluh yang tak henti mencurah dia biarkan saja.
Bibir diketap geram seakan tercabar amat.
"Taehyung... kau takkan dapat Eunyeon. Jangan mimpi aku mengalah.."
Api kemarahan dia semakin menaik sekarang. Sebab itulah dia putuskan diri untuk datang ke gym bagi menenangkan hati.
"Dah dah lah tu, Mangkook. Nah air!" Jimin yang baru saja tiba di situ terus mencampakkan sebotol air mineral kepada Jungkook.
Jungkook pula mula melepaskan shoulder press machine tadi dan menyambut air itu dengan baik. Lantas dia bangun dan menuju ke arah meja yang disediakan di situ bersama Jimin.
"Kau apa cerita sekarang?" Soal Jimin seusai menarik kerusi di meja itu dan duduk. Begitu juga dengan Jungkook.
Sesekali dia meneguk air mineral tadi sebelum memandang Jimin semula di hadapan.
"Appa dah tahu semua rancangan kita malam tu. Taehyung pun datang nak menyemak balik sekarang," jawab Jungkook dengan nada sedikit mengeluh membuatkan Jimin terkejut sakan.
"Bwoh? Bapak kau dah tahu? Tae-tae-tae-tae-tae-taehyung datang balik? Buat apa tho??"
"Itulah yang buat aku rasa erghh! Eunyeon pun senyap je pasal Danhee tapi orang tua tu pula yang acah nak jadi alim, control hidup aku. Semak!" Sempat Jungkook menggulingkan mata menyampah.
"Eunyeon dah tahu?" Soal Jimin tak percaya.
"Ye lah semuanya sebab kau!" Jungkook memandangnya geram.
"Eh kenapa aku pulak?"
"Kalau bukan sebab kau yang call aku dan sebut nama Danhee hari tu, Eunyeon takkan jadi detektif sampai macam ni sekali! Bod*h!"
Carutnya geram membuatkan Jimin cuba mengingati semula hari dimana dia menelefon Jungkook. Hmnn dia ada telefon ke? Entahlah dah lupa..
"Dah dah lepastu? Eun tak marah ke?"
"Tch—" Jungkook berdecit lalu tergelak kecil.
"Babybirl mana pernah marah orang. Aaa— manjanya.." jawabnya kali ini dengan sedikit sinis bila teringatkan kembali bagaimana perempuan itu bertindak hari itu.
Kini giliran Jimin pula yang tergelak.
"Kalau dia minta cerai nanti macam mana?"
Jungkook mengeleng perlahan.
"Cerai atau dia hidup merempat? Siapa nak jaga dia dan siapa nak tanggung baby nanti? Aniya— dia tetap akan cari aku juga. Biar sanggup melutut sampai aku terima dia balik. Hmnn! That's why I like Eunyeon!"
Bahagia sungguh dia berkata!
"Whoaa yakin iller! Mentang-mentang babygirl dah jadi milik kau. Tapi Danhee pula nak baling mana?" Soal Jimin lagi.
"Danhee tu lain cerita. Tanpa dia, aku tak rasa boleh survive lagi sampai ke harini. Hmnn entahlah dua-dua aku tak nak lepas."
Jimin tergelak lagi.
"Kalau nak senang cerita kan, kau lepaskan saja Eunyeon dan ambil Danhee. Appa Danhee tu kan clien terbesar syarikat kau. Kalau kau putus dengan dia, company kau akan bankrup, Kook."
Jungkook terdiam seketika. Memang betul Tuan Lee, appa Danhee itu penyumbang terbesar untuk syarikat dia memandangkan clien lain ramai yang batalkan projek.
Tapi takkan dia nak tinggalkan Eunyeon?
"Eunyeon tu kau bagi kat aku takpe. Jangan risau lepas dia bersalin, anak tu aku bagi kau jaga. Eunyeon aku jaga amacam?"
Jimin menaikkan beberapa kali keningnya membuatkan Jungkook mencebik bibir geram.
Sesekali kakinya menyepak kasar kaki Jimin yang berada di bawah meja itu.
"Aa— auu!! Sakit pabo!"
"Selagi aku hidup, jangan berani terfikir sedikitpun nak rampas Eunyeon. Kau kena ingat yang apartment, kereta dan duit kau semuanya aku yang tanggung. Semuanya sebab tanda penghargaan aku atas idea gila tetapi bernas dari otak kau ni yang buatkan Eunyeon jadi milik aku."
"Jadi jangan sesekali terfikir nak dapatkan Eunyeon kalau kau taknak semuanya ditarik. Aku.... takkan ceraikan dia sampai bila-bila!"
Kata Jungkook dengan sedikit tegas membuatkan Jimin berdecit lalu ketawa.
"Kau serius sangat ni kenapa? Aku gurau je lah HAHA!"
Jungkook mengeluh berat seketika lalu menyandarkan tubuh di penyandar kerusi. Entahlah otaknya pun dah mereng sejak Taehyung pulang ke sini dan mengugut dia untuk dapatkan Eunyeon semula.
Dia risau.. sangat..
++++
Btw gais, saya ada buat Ebook promo + clearance untuk buku saya, Afmjjk. Buku tinggal 11 buah saja lagi. Jika berminat boleh pm ya ❤️ tq
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top