16


Jungkook: Carutlaa carut lagi dekat aku!

—————


Jungkook menunduk lalu menggigit bibir bawah. Kening juga bertaut geram. Ingatan dia kembali mengimbas bagaimana dia boleh berkahwin dengan Eunyeon dulu.


Sesuatu yang berada di tangan gadis itu disorokkan di belakang tubuh.

"Eunyeon.. apa tu? Biar Kook tengok."

"Andwae!"

Selangkah demi selangkah Eunyeon berundur ke belakang. Dia mengeleng dan sedaya upaya menghalang Jungkook dari melihat apa yang dipegangnya.

"Kenapa nak sorok sangat dari abang? Apa yang Eun pegang?"

Jungkook mula mendekati dia. Eunyeon berundur lagi tetapi kali ini lelaki itu lebih pantas. Tubuhnya dipeluk dan kedua-dua tangan Jungkook cuba mencapai tangan Eunyeon.

Seusai pergelangan tangan perempuan itu berjaya dia pegang, lantas genggaman terbuka.

"PAP!"

Sesuatu terjatuh ke lantai. Terkaku terus Jungkook dibuatnya.

Pregnancy test yang kini berada di lantai itu jelas menunjukkan garis dua membuatkan dia seperti dilanda kejutan elektrik.

"E-eun pregnant.. kenapa abang buat Eun macam ni?" Eunyeon sesekali menggigit bibir sebelum menangis di dada lelaki itu.

Tangan Jungkook perlahan melingkar di pinggangnya. Dibelakang Eunyeon dia mula tersenyum sinis, hilang terus riak wajah terkejutnya tadi.

Baguslah kalau perempuan ini mengandung. Mesti dan memang confirm Eunyeon akan pilih dia berbanding Taehyung nanti.

"I'm sorry, Eunyeon.. abang tahu abang salah. Abang tak sengaj—"

Belum sempat kata-kata dihabiskan, tubuhnya terus ditolak Eunyeon membuatkan pelukan terlerai. Bibir dicebik menahan tangis.

"Senangkan lelaki cakap maaf maaf maaf! Tu je? Tapi awak langsung tak faham keadaan saya sekarang, Jungkook! Saya masih belajar. Takkan saya nak biar orang tengok saya mengandung tapi tak kahwin macam ni? Itu belum lagi Taehyung tahu yang.. saya dah tak suci.."

Jungkook menghela nafas kecil seketika. Kedua-dua belah tangannya pula memegang lembut pipi gadis itu.

"Sayang.. jangan risau pasal semua tu. Kook akan bertanggungjawab untuk Eun, dan juga baby ni. Kita kahwin, hmnn?"

Eunyeon terdiam seketika. Bwoh? Kahwin?

Lantas dia mengeleng.

"Ani! Kita takkan kahwin. Eun akan gugurkan kandungan ni secepat mungkin. Abang.. tak perlu nak bertanggungjawab."

Kata-katanya itu betul-betul menyengat jiwa Jungkook. Boleh lagi dia nak berdegil taknak kahwin? Dan yang lebih sakit nak gugurkan anaknya?

"Eun! Apa Eun cakap ni? Baby tu bukan saja anak Eun, tapi anak abang juga. Abang takkan sesekali biarkan Eun gugurkan anak abang. Titik! Takde tanda lain!"

"Ta-tapi—"

Lantas wajahnya ditarik Jungkook keatas, mendongak memandangnya.

"Hae Eun Yeon.. I love you so much. Please jadi isteri abang. I will take care of you and our baby. Jangan risau tentang masa depan Eun, abang boleh jaga Eun. It's because I love you.. hmn?"

Eunyeon tergamam. Jadi apa yang Jungkook katakan sewaktu dia mabuk malam itu adalah betul? Dia betul-betul maksudkannya.

"T-tak akan!" Terus dia menepis tangan Jungkook. Dia mengeleng perlahan tak percaya.

"Eun cuma anggap abang macam abang kandung Eun sendiri, tak pernah lebih dari tu. Apalagi kahwin dengan abang."

Jungkook mencebik tak puas hati. Sh*t!

"Eun cintakan Taehyung dan cuma Taehyung dalam hati Eun. Abang Kook cuma sekadar abang. Eun memang betul terhutang budi dengan abang sebab abang banyak berjasa pada Eun, tapi tak bermakna Eun perlu balas semua jasa abang dengan cara korbankan hati ini untuk orang yang langsung Eun tak cintai."

Naik berapi Jungkook dibuatnya seperti usaha dia sia-sia saja selama ini. Kenapa masih lagi Taehyung yang bertakhta di hati Eunyeon? Kenapa bukan dia?

"Maaf.. Eun tak dapat terima abang. Jadi Eun dah buat keputusan sekarang.. untuk gugurkan kandungan ni secepat mungkin sebelum orang lain tahu. Abang tak perlu nak susah payah bertanggungjawab lagi."

Langkah Eunyeon yang mula meninggalkan dia itu dibiarkan saja. Bibir diketap geram menahan amarah. Kalau hilang sabarnya tadi, dah lama dah eyy eyy..! Eyy geram!

Sesekali matanya terpandang pregnancy test yang masih berada di lantai itu. Sebelah keningnya terjungkit naik dengan sinis.

"Kau fikir aku akan lepaskan kau macam tu je, Hae Eunyeon? No.. no, sayang.. I want you.."

Pregnancy test itu dia capai dan dibuangnya ke dalam bakul sampah. Kemudian dia melangkah keluar dari bilik Eunyeon itu.

Seusai saja dia keluar, tiba-tiba dia ternampak seorang pembantu rumah dalam menuju ke arah bilik itu.

"Eo— tuan muda? Buat apa kat bilik Cik Hae?" Soalnya pada Jungkook. Jungkook tersenyum kecil lalu mengeleng.

"Takde apapun. Auntie kemaslah bilik adik saya. Nampak bersepah sangat."

***

"Bagitahu appa sekarang, betul ke kamu mengandung Eunyeon?"

Eunyeon hanya menunduk dan mengetap bibir. Macam mana Tuan Jeon boleh tahu dia mengandung? Takkanlah Jungkook yang bagitahu.

"Semalam Auntie Cha jumpa pregnancy test ni dalam bilik kamu. Apa semua ni?"

Lantas pregnancy test yang berada di tangannya itu dicampak kasar ke lantai. Terhinjut tubuh gadis itu, terkejut dengan perbuatan Tuan Jeon.

Puan Jeon yang turut berada di situ pula cuba menenangkan suaminya. Bukannya dia tak kenal Tuan Jeon itu jenis garangnya macam mana.

"Appa jaga kamu dah macam anak sendiri tapi apa kamu balas? Ada hubungan haram dengan lelaki mana entah sampai mengandungkan anak macam ni sekali? Kalau macam ni perangai kamu, takkan sesekali appa jaga kamu dulu!"

Berkaca terus mata Eunyeon mendengar kata-kata Tuan Jeon. Jujur dia tak pernah berniat untuk buat semua ini.

"Awak janganlah macam ni. Mu-mungkin juga semua ni bukan salah Eunyeon," kata Puan Jeon menyebelahi Eunyeon.

Tuan Jeon menarik nafas berat seketika.

"Appa nak kamu cakap sekarang siapa yang buat kamu macam ni, Eunyeon? Jujur!"

Eunyeon terdiam kelu. Perlu ke dia beritahu yang buat ni ialah Jungkook, anak kandung Tuan Jeon sendiri?

Ta-tapi—

"Cakap Eunyeon!" Sergahnya membuatkan Eunyeon sekali lagi terhinjut ketakutan.

Puan Jeon pula hanya memandangnya simpati.

"Eunyeon.. omma tahu kamu tak salah. Tapi sekurang-kurangnya kami tahu siapa yang buat kamu macam ni. Taehyung ke?" Soalnya seperti tahu-tahu saja hubungan perempuan itu dengan Taehyung.

Eunyeon mengeleng.

"Dahtu siapa?" Soal Tuan Jeon lagi.

"A-abang Kook.."

Akhirnya dia berterus-terang membuatkan Tuan Jeon mengerutkan dahi terkejut tak terhingga. Begitu juga dengan Puan Jeon. Langsung tak menyangka anak kandung mereka sendiri yang berani menghancurkan anak dara orang.

"Bwoh?" Soal Tuan Jeon tak percaya.

"Appa! Eun minta maaf!" Terus gadis itu melutut di hadapan Tuan Jeon. Tangisan juga semakin menjadi-jadi, takut dengan tindakan lelaki tua itu.

"Appa.. Eun betul-betul tak sengaja. A-abang Kook yang—" kata-katanya terhenti.

"Kamu nak cakap yang Jungkook paksa kamu macam tu?"

Eunyeon hanya menunduk. Air mata juga laju saja mengalir. Sememangnya malam itu dia bukan sengaja terlanjur dengan Jungkook. Kalau bukan kerana Jungkook yang mabuk, semuanya takkan jadi macam ni.

Kebetulan pada waktu itu, kedengaran bunyi kereta yang baru masuk ke perkarangan rumah. Kenal sangat bunyi kereta itu semestinya kereta Jungkook yang baru balik.

Tidak lama selepas, Jungkook melangkah masuk ke dalam rumah agam mereka. Langkahnya terhenti bila melihat Puan Jeon dan wajah ketat Tuan Jeon yang berada di situ. Begitu juga dengan Eunyeon yang teresak-esak menangis di lantai. Apa dah jadi?

Lantas Tuan Jeon mendekati Jungkook. Dengan perasaan geram yang menggunung, satu tumbukan hebat dihadiahkan di pipi kiri lelaki itu sehingga Jungkook jatuh terduduk ke lantai.

"Aku jaga kau dari kecil sampailah sekarang bagai menatang minyak yang penuh. Tapi aku tak pernah ajar kau jadi macam ni, Jeon Jungkook! Anak tak guna!"

"Ommo ommo!" Puan Jeon terus berlari kearah suaminya dan cuba menenangkan lelaki tua itu.

Jungkook menyentuh bibirnya dan.. darah? Bukan main tumbukan Tuan Jeon ni.

"Berani kamu buat macam tu pada Eunyeon? Jungkook.. Eunyeon tu dah macam adik kandung kamu sendiri tapi tergamak kamu hancurkan maruah dia? Mana appa nak letak muka ni kalau semua orang tahu yang appa ada anak tak guna macam kamu?"

Jungkook hanya diam dan menunduk. Sesekali dia mengeluh kecil. Jadi inilah yang Tuan Jeon marahkan sangat? Ingat apa tadi.

"Appa tak kisah. Appa nak kamu berdua kahwin sebelum kandungan Eunyeon makin membesar. Jangan malukan appa!"

Dalam diam tanpa mereka sedar, Jungkook tersenyum sinis. Tak kisahlah kena tumbuk ataupun direjam sekalipun kerana inilah yang dia nak dengar sangat dari Tuan Jeon. Mereka akan dikahwinkan.

Dia mengangkat sedikit wajah memandang Eunyeon yang berada di hujung sana. Perempuan itu masih lagi menangis teresak-esak.

"Mianhae.. Jungkook tak boleh kawal diri malam tu. Jadi Jungkook akan bertanggungjawab pada Eunyeon," katanya jelas menusuk jantung gadis itu.

Eunyeon cuma diam dan hanya tahu menangis saja. Nak tak nak dia terpaksa jadi milik Jungkook juga. Tiada cara lagi untuk dia berdalih.

***

Jungkook menatap wajahnya di cermin. Bibir yang sedikit berdarah kerana tumbukan Tuan Jeon tadi dia pandang dengan sengihan sinis.

"Finally.. gegirl Eun will be mine."

"Aah Eunyeon— kau memang cantik!"

Sesekali dia teringat wajah gadis itu. Dari awal lagi perempuan itu memang dah mencuri hati dia.

Sampai dia sanggup jadi kejam hanya untuk dapatkan Eunyeon seorang. Walaupun ada banyak halangan pun antara mereka berdua tapi dia kesah apa? Eunyeon akan tetap jadi milik dia.

Tiba-tiba,

"Tok! Tok!"

Kedengaran pintu biliknya itu diketuk dari luar. Sejurus itu pintu dibuka seseorang.

Jungkook menaikkan sebelah keningnya sewaktu memandang Eunyeon yang berdiri di situ bersama sebotol ubat dan kapas di tangan.

"Boleh Eun masuk?"

Jungkook tersenyum kecil. Panjang pun umur.

"Masuklah."

Gadis itu mula mendekati Jungkook. Bangku kosong yang tersedia di hadapan lelaki itu dia tarik.

Dia mula menuangkan botol ubat tadi keatas kapas. Dengan tanpa suara, Eunyeon cuba meletakkan kapas itu di wajah Jungkook yang lebam tadi.

"Eun.." panggil Jungkook lembut bersama senyuman kecil yang tak hilang-hilang. Wajah cantik gadis itu juga dia tatap dengan hati yang gembira.

"Hmn.." balas Eunyeon ringkas saja dengan riak wajah biasa sambil tangannya mengelap luka Jungkook.

"A-auch—" Jungkook mengaduh sakit sewaktu kapas itu terkena lukanya.

"Sakit sikit je," kata Eunyeon biasa. Jelas dari riak wajahnya, perempuan itu sebenarnya sedih dengan keputusan yang perlu dia buat. Iaitu berkahwin dengan orang yang langsung dia tidak cintai.

Perlahan pergelangan tangan Eunyeon yang mengelap luka lelaki itu dipegang lembut.

"Eun masih marahkan abang?"

Eunyeon mengeluh kecil seketika.

"Benda dah jadi. Lagipun.. Eun tahu abang tak salah sebab abang mabuk."

Sesekali dia menunduk memandang lantai. Kenapalah takdir dia begini..

"Eunyeon.. abang tahu abang salah. Abang tak sepatutnya buat macam tu kat Eun. Tapi.. sekarang abang janji abang akan jaga Eun dengan lebih baik dan berhati-hati lepas kita kahwin. Nae?"

Eunyeon hanya diam. Entahlah janji Jungkook ni janji yang betul ikhlas atau janji sekadar janji lelaki saja.

"Dah siap." Eunyeon terus meletakkan ubat dan kapas tadi di atas meja. Kemudian, dia mula bangun dari duduknya.

"Aik kejapnya?" Soal Jungkook bersama kening bertaut. Nampak macam Eunyeon tak suka pula ketika bersama dengan dia.

"Abang boleh sapu sendiri. Tadi pun omma yang minta Eun sapukan ubat untuk abang. Kalau tak, takdelah Eun nak ganggu abang kat sini."

Terus gadis itu berjalan pergi. Jungkook pula sesekali meniup rambut depannya. Erghh tak ikhlas langsung perempuan ni!

Dia turut bangun dari duduknya juga. Terus dia mengejar Eunyeon yang hampir tiba di pintu bilik.

Baru saja Eunyeon hendak menekan tombol pintu untuk keluar, sebelah tangannya terus ditarik Jungkook dan,

"PAP!"

Sebelah tangan Jungkook melekap pada dinding seusai tubuh gadis itu ditolak ke dinding. Eunyeon membulatkan mata terkejut dengan tindakan lelaki itu.

Terus juga Jungkook memulas kunci, mengunci pintu biliknya sebelum dia menatap wajah gadis itu dengan lebih dekat.

Eunyeon terkaku seakan tak bernyawa. Lagi terkejut dia bila Jungkook mula merapatkan tubuh mereka berdua.

"A-abang—"

Bibirnya terus diragut lelaki itu membuatkan dia terdiam tak terkata. Ciuman juga semakin lama semakin dalam seperti tiada langsung ruang untuk gadis itu melepaskan diri.

"I.. love you so much."

Sebelah tangannya memeluk erat tubuh Eunyeon dan sebelah lagi masih melekap pada dinding. Eunyeon hanya diam tanpa menolak. Cuma dia terasa sangat sebak dengan keadaan sekelilingnya.

Jungkook terlalu cintakan dia dan mahukan diri dia sangat. Bagaimana dia nak elakkan diri lagi dari lelaki itu sedangkan dia sendiri pun dah siap mengandungkan anak Jungkook?


"Hae Eunyeon, dia masih muda. Baru berumur 21 tahun. Waktu tu dia sepatutnya menyambung pelajarannya sehingga mendapat sijil. Tapi sebab kamu, dia sanggup berhenti. Dan sebab kamu juga, dia sanggup tinggalkan Taehyung, orang yang paling dia sayang. Kamu ingat dia tak menderita dengan semua itu?" Soal Tuan Jeon manakala Jungkook pula hanya diam.

"Eunyeon tu sanggup berkorban, tinggalkan semuanya disebabkan rancangan jahat kamu yang sanggup buat macam tu pada dia. Tapi sekarang, bila dia dah mula sayang dekat kamu, kamu khianati dia dengan ada hubungan dengan perempuan lain? Kamu tak pernah sedikitpun terfikir ke perasaan Eunyeon tu macam mana? Dia menangis ke, dia sakit ke. Kamu tak terfikir?"

Kening Jungkook itu masih lagi berkerut, rimas memikirkan keadaan.

"Jungkook.. kamu jangan ingat kamu boleh sesuka hati ambil kesempatan keatas orang yang naif macam Eunyeon tu. Dan kamu jangan fikir yang orang baik ni akan selalunya baik. Sekali dia tak boleh kawal kebencian dia, pengkhianat macam kamu ni dia boleh tindas sepuas-puas hati. Waktu tu dah tak guna kalau kamu baru nak menyesal."

Jungkook mula mengangkat semula wajahnya memandang Tuan Jeon.

"Cuma appa boleh nasihatkan kamu saja sekarang. Tinggalkan saja perempuan simpanan kamu tu. Appa pun tak berkenan kalau perempuan murahan tu cuba mengambil tempat Eunyeon."

"Dan juga.. tinggalkan Jimin. Dia bukan kawan yang baik untuk kamu.."

Tuan Jeon mula melangkah pergi dari situ meninggalkan Jungkook seorang diri di bilik ini.

Sh*t!

"Arrghh!" Terus dia menendang kasar meja yang berada di hadapannya.

Sakit otak! Orang tua ni nak control hidup dia ke pulak?

Dia tahu apa dia buat. Dia sayang dua perempuan dalam satu masa pun, itu hidup dia. Dia ada duit dan dia bahagia dengan apa yang dia buat. Kenapalah ramai sangat wujudnya manusia yang berlagak alim ni?















++++

Siapa yang kecam pakcik Jeon Bieskook minta maaf balik! Kang dia buat hal macam cerita PCM kan 😂

2224 wordss 😱 makin lama panjang pulak

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top