11
Jungkook: Love me or hate me?
—————
Kaki melangkah selaju yang mampu memasuki pejabat suaminya. Tak boleh terlalu laju, kang terberanak dekat situ pula siapa nak tanggung?
Semua staff yang berada di sini memandangnya pelik. Tiba-tiba datang ke pejabat dengan keadaan gelabah.
Pintu bilik Jungkook terus ditolaknya kasar. Tapi kosong, tiada orang?
Jangan kata Jungkook pergi rumah betina tak guna tu sudah!
Baru saja dia berpaling ke belakang, tiba-tiba dia ternampak Jimin yang berada di situ bersama secawan teh Cameron Highland di tangan.
"Eh Eunyeon, hai!" Tegurnya.
"Nak teh?"
Sempat Jimin menghulurkan teh tadi kepada Eunyeon. Eunyeon hanya mengeleng.
"Abang Kook dekat mana?" Soalnya.
Abang Kook? Jimin hanya mengangguk lalu tersenyum sinis.
Eunyeon dengan manja berpisah tiada. Dia panggil nama Jungkook pun suaranya kedengaran lembut dan manja saja. Tak hairanlah kalau dia dijadikan babygirl Jungkook sekalipun. Lelaki mana tak tergoda?
"Jungkook busy. Dia ada meeting. Kalau Eun nak tunggu dia dekat cafe dulu pun boleh. Abang Jimin boleh temankan," jawabnya membuatkan Eunyeon memandang dia atas bawah, tak puas hati.
"Taknak!" Kata Eunyeon lalu terus pergi.
Rasa seperti hatinya dicucuk duri pedih. Jimin memegang dadanya yang terasa luka. Macam ni rasanya bila kena reject. Baru sekarang dia faham kenapa ramai yang bunuh diri sebab crush reject.
Kelihatannya Eunyeon seperti menuju ke arah bilik mesyuarat. Jimin membulatkan mata terkejut.
"Eh eh Eunyeon! Jangan pergi situ!"
Tanpa menghiraukan Jimin, gadis itu terus menolak pintu bilik meeting itu.
Semua orang di dalam terus memandangnya terkejut. Begitu juga dengan Jungkook yang sedang berdiri membuat presentation di hadapan itu memandangnya dengan dahi berkerut.
Kenapa pula lah perempuan ni tiba-tiba datang ke sini? Sudahlah dia tengah meeting. Haih harap sayang je.
Eunyeon hanya terdiam kaku di situ akibat sama terkejut. Tak sangka pula yang Jungkook betul-betul tengah meeting.
Jimin yang berada di belakang itu pula sudahpun menepuk dahi kesal. Aduhh Eunyeon ni! Nasib comel. Kalau tak dah lama dia penyet-penyet.
"I'm sorry, please give me 5 miniutes," kata Jungkook lalu terus menuju kearah Eunyeon.
Namun sempat seorang gadis barat yang turut berada di dalam meeting itu memandang Eunyeon. Dia tersenyum manis sebelum tangan gadis itu ditarik Jungkook pergi.
***
"Eun kenapa datang waktu ni? Kenapa main terjah bilik meeting macam tu je? Tak tahu ke yang abang tengah meeting?"
Tangan gadis itu dilepaskan seusai mereka berdua berada di bilik pejabat Jungkook.
Eunyeon menunduk. Bibirnya diketap rapat tatkala air mata murah saja untuk gugur. Jungkook marahkan dia ke?
"Eun—"
Lantas tubuhnya dipeluk Jungkook sewaktu melihat perempuan itu yang seakan nak menangis saja. Rasa bersalah pula. Eunyeon semestinya hati sensitif dan mudah terasa memandangkan dia itu sedang mengandung.
Lengan kekarnya melingkar di pinggang gadis itu dan perlahan Eunyeon menyembankan wajah pada dada sasanya.
"Abang Kook, Eun minta maaf—"
Air mata perlahan mengalir membasahi pipi.
"Eun tak patut ganggu abang kat pejabat. Eun tahu Eun bodoh sebab selalu fikir bukan-bukan pasal abang. Eun cuma takut abang sebenarnya tipu Eun tu saja. Tapi Eun sepatutnya percayakan abang. Maaf.."
Kata gadis itu bersama tangisan kecil membuatkan Jungkook sedikit sebanyak terasa sebak.
Kalaulah perempuan ini dapat tahu tentang hubungannya dengan Danhee, apa yang akan dia rasa nanti?
Bodoh Jungkook! Kenapa kau boleh sukakan dua orang perempuan dalam satu masa? Tak tahu ke sebab kau dengan Danhee ada hati yang terluka?
Tapi dia tak boleh tinggalkan Danhee.
Perlahan pelukannya dilepaskan oleh Eunyeon. Gadis itu tunduk memandang lantai dengan mata yang sembab. Tangan Jungkook dia capai lembut.
"Abang.. semalam Eun tak berhenti menangis sebab teringatkan abang. Eun rindu abang."
Dia menggigit bibir bawahnya sewaktu menahan sebak di dada.
"Dah dua malam abang tak balik, tinggalkan Eun seorang diri dekat rumah. Waktu tu juga Eun berharap biar kerja abang cepat selesai dan abang Kook boleh balik. Tapi abang tetap sibuk. Eun faham.. kerja kan penting.."
"Eun—" Jungkook mengenggam tangannya erat. Tangisan gadis itu membuatkan jantungnya tak tentu arah. Bersalah dan sebak dirasa pada waktu yang sama.
Perlahan Eunyeon mengangkat wajahnya memandangnya.
"Tapi sekarang Eun betul-betul faham. Abang betul-betul sibuk. Cuma abang kena janji dengan Eun tau.. tolong jujur dengan Eun. Eun dah penat hidup merana. Dihimpit dengan ramai pengkhianat dari dulu lagi."
"Tapi sejak jumpa abang, hidup Eun berubah. Hidup Eun jauh lebih bahagia berbanding dulu. Dan Eun harap kebahagiaan ini berkekalan sampai bila-bila. Eun taknak rasa hidup dikhianati lagi. Maaf sebab curiga dengan abang."
Lantas Jungkook melekapkan kedua-dua belah tangan di pipi gadis itu. Wajahnya ditundukkan sikit memandang Eunyeon.
"Ani— abang yang patut minta maaf. Maaf sebab prank Eun hari tu. Tak sangka boleh jadi macam ni sekali."
Eunyeon hanya diam. Air matanya langsung tidak berhenti dari terus mengalir. Jungkook sedikit mendekatkan wajah mereka lalu tersenyum kecil.
"Malam ni abang balik apartment. Eun takkan keseorangan lagi."
Sedikit sebanyak hati gadis itu merasa lega. Akhirnya Jungkook mahu pulang juga. Perlahan Jungkook mencium lembut dahinya.
Tiba-tiba,
"Tok! Tok!"
Pintu biliknya itu diketuk seseorang dari luar. Sejurus itu ianya dibuka.
"Hey, Mr. Jeon. Can we continue our meeting now? It's already 10 minutes." Kata seorang wanita barat, orang yang sama tersenyum kepada Eunyeon sewaktu di bilik mesyuarat tadi.
"Ouh sorry, Rebecca. Wait a minute."
Jungkook kembali memandang Eunyeon di hadapannya. Kedua-dua belah tangan gadis itu dia pegang lembut.
"Jaga diri baik-baik. Kook pergi dulu."
Eunyeon mengangguk lalu tersenyum.
"Bye.."
"Bye,.. see you tonight, babygirl." Sesekali Jungkook tersenyum sinis lalu mengenyitkan mata sebelum pergi kearah Rebecca, perempuan barat tadi.
Rebecca pula seperti tadi, tersenyum manis lagi kepada Eunyeon sebelum pergi bersama Jungkook ke meeting room.
Kadang dia hairan. Perempuan barat ini nampak seperti mengenali dia.
***
•
•
•
Gaun putih cantik tersarung elok di tubuhnya. Dia memandang penampilan diri sendiri di hadapan cermin.
Okay, perfect!
Mata yang sembab itu juga berjaya dia tutup dengan concealer. Semuanya demi menyambut suami tercinta. Akhirnya berjaya juga dia pujuk Jungkook untuk pulang ke apartment mereka.
Ting! Ting! Ting!
Beberapa chat masuk dan terpapar di notifications. Lantas dia mencapai telefon canggihnya.
Abang Kook 💞:
Eunyeon...
Abang Kook 💞:
Abang rasa tak boleh balik lagi malam ni
Abang Kook 💞:
Abang kena siapkan resume ni hari ni juga
Abang Kook 💞:
Eun.. Kook minta maaf sangat. Kook betul-betul tak dapat elak
Abang Kook 💞:
I'm so sorry...
Bagai kembali remuk hatinya bila akhirnya dia seorang yang beria-ria menunggu kepulangan Jungkook dan menjadikan malam ini malam terindah.
Namun ianya hancur..
Dia menghela nafas berat. Wae...?
Betul ke Jungkook tengah menyiapkan kerja di pejabat?
Atau...
Sebaliknya?
***
•
•
•
Babygirl ❣️:
Takpelah nak buat macam mana . Takde rezeki abang nak balik
Babygirl ❣️:
Mulai hari ni Eun percayakan abang. Jangan risau
Tubuh gadis bernama Danhee itu ditolak ke katil lalu lantas bibirnya dicium oleh seorang lelaki yang bergelar suami orang. Siapa lagi kalau bukan Jeon Jungkook?
Tangan perempuan itu pula merayap ke dada Jungkook dan perlahan butang baju kemeja yang dipakai lelaki itu dibuka.
Ciuman semakin dalam sebelum Jungkook mengalihkan bibir ke leher gadis itu pula.
Pesanan Eunyeon tadi langsung tidak dilayan. Sebaliknya dia lebih melayani Danhee, si perempuan murahan.
"Ju-jungkook— saya tahu awak sayangkan saya lebih dari Eunyeon kan?"
Jungkook berhenti seketika dari perbuatannya. Memang dia sayangkan Danhee. Tapi Eunyeon tetap Eunyeon, babygirl kesayangan dia yang paling manja dunia akhirat.
"Tunggu saja beberapa bulan lagi. Saya akan ceraikan dia."
Danhee tersenyum bahagia. Akhirnya cintanya berbalas.
Namun mereka tidak sedar dengan perselingkuhan mereka berdua itu ada hati yang sedang merana.
Eunyeon yang berada di aparment milik Jungkook itu menyembankan wajah pada kedua-dua belah lutut.
Dia menangis. Menangis sepuas-puas hati.
Sungguh hatinya dapat merasakan yang dia sebenarnya diperbodohkan semata-mata.
"Jungkook— saya minta satu. Jangan tipu saya.."
Lantas dia mencapai kembali telefonnya. Nombor telefon lelaki itu dia dail namun tiada sebarang jawapan.
Jungkook—
Dia risau. Dia takut.
Jungkook itu suami dia. Perempuan mana yang mampu tahan seandainya suami mereka ada hubungan dengan perempuan lain?
Tuhan, tunjukkanlah dengan siapa Jungkook berada sekarang.
++++
Jika diberi peluang untuk membunuh, siapa yang paling korang rasa nak bunuh?
a.) Jeon Jungkook sebab curang?
b.) Lee Danhee sebab perampas?
c.) Atau Hanacun sebab ketua segala raja setan?
🌚🌚🌚🌚🌚
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top