10
"Saya ingat awak sibuk sepanjang masa." Dia menghirup latte yang dibelinya tadi.
Taehyung tersenyum kelat memandang Eunyeon yang berada di meja yang sama dengannya di kafe ini.
"Sebenarnya aku sengaja mengelak dari kau."
Eunyeon terdiam seketika. Nampaknya Taehyung masih lagi kecewa dengan apa yang berlaku. Dan sebab itulah dia lari membawa diri sejak beberapa bulan lepas.
"Tae, awak—"
"Nampak macam kau bahagia dengan Jungkook. Tahniah." Dia mencantas, menukar topik.
"Ermm.." gadis itu tersenyum kecil.
"Baguslah kalau dia layan kau baik. Cuma kau kena berhati-hati. Jungkook tu jenis akan buat apa saja yang dia nak dan pentingkan diri sendiri. Dia akan sayangkan kau kalau kau layan dia dengan baik."
Eunyeon hanya terdiam. Sesekali dia memandang jarinya yang bermain di bawah meja.
Kadang dia pelik juga. Macam mana Taehyung tahu perangai sebenar Jungkook sedangkan mereka tak pernah rapat?
Taehyung mengeluh kecil sewaktu perkara beberapa bulan lalu muncul kembali bermain di fikirannya.
"Yaah Mangkook! Kalau kau suka dia apa susahnya? Kau ehemm je lah dia kalau dia reject kau. Apa ke susah sangat? Kau tu lelaki. Duit pun berkepuk. Mesti adik angkat kesayangan kau tu jadi milik kau punya."
Taehyung mengerutkan kening saat mendengar suara comel seorang lelaki yang sedang berhubung di talian.
Macam kenal.
Perlahan Taehyung yang sedang duduk di kerusi dalam restoran mewah itu memusingkan sedikit tubuhnya ke belakang.
Apa yang dia nampak, Jimin, sedang berbual dengan seseorang melalui telefon. Taehyung tersenyum. Sudah lama dia tak nampak kawan baiknya yang pendek ini dulu.
"Oh yaa hahaha! Kau acah-acahlah minum arak ke masa tu biar semua orang tak nampak sangat yang semua ni plan. Alah ngap je perempuan tu. Kasi aumm rrawr gitu.. Alaa comellah pula adik kau tu! Aku pula yang geram. Jangan sampai aku yang pergi rumah kau terkam dia sudah. Kau juga yang menyesal nanti kang kang!"
Tanpa menghiraukan dengan siapa Jimin bercakap, Taehyung terus bangun dari tempat duduknya dan mendekati meja Jimin. Tempat duduk di hadapan lelaki comel itu Taehyung tarik.
Membulat mata Jimin seketika melihat Taehyung yang kini berada di hadapannya.
"Ermm bro, nanti aku call balik." Jimin terus mematikan telefonnya dan memandang Taehyung.
Dia tersengih paksa.
"Tae-taehyung. Sejak bila kau ada kat sini?"
"Dari tadi lagi. Tak sangka pula terjumpa kau. Hmnn by the way, lama tak jumpa. Apa khabar?"
Jimin menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Alah seganlah pulak. Maklumlah dulu dia dan Jungkook penyebab Taehyung dibuang dari sekolah menengah mereka. Dan sekarang Taehyung muncul semula setelah lama menghilang. Mana dia nak letak muka ni?
"Ermm sihat je hehe. Kau pula apa khabar?"
Taehyung menghirup americano seketika. Eunyeon yang berada di hadapannya itu masih lagi menunduk.
Mungkin Eunyeon merasa bersalah teramat kerana dia penyebab hubungan mereka hancur dulu.
Tetapi satu perkara saja yang membuatkan Taehyung tak puas hati. Sampailah sekarang dia masih lagi terasa sakit dengan apa yang berlaku.
"Tae— taehyung saya minta maaf.."
Gadis itu menunduk sambil memejamkan mata seerat mungkin. Air mata juga laju saja mengalir membuatkan Taehyung semakin tidak keruan, risaukan dia.
"Kenapa ni, Eun? Cuba bagitahu sekarang." Kedua-dua belah bahu gadis itu dipegangnya lembut.
Namun perlahan tangannya ditepis Eunyeon.
"Lepas.."
Taehyung terkedu.
"Taehyung, kita putus. Tolong lupakan saya." Kata gadis itu membuatkan hati Taehyung seakan disambar petir dan kilat dengan teruk.
W-wae?
"Ke-kenapa tiba-tiba saja kau nak putuska—" kata-katanya dipotongnya Eunyeon.
"Saya mengandung. D-dah dua bulan."
Sekali lagi Taehyung terkedu kaku seperti jasad tak bernyawa. Mengandung? Lawak apakah?
Eunyeon tak pernah keluar dengan lelaki lain selain dirinya ataupun Jungkook. Dan takkanlah Eunyeon mengandungkan anak dia sedangkan seumur hidup dia, dia tak pernah menyentuh perempuan itu? Mengambil kesempatan sedikitpun tak pernah.
Dia hormat Eunyeon, dan juga semua perempuan di luar sana. Kerana dia bukanlah tipikal lelaki tak guna yang bersifat setan.
Tapi tapi takkanlah— anak Jungkook pula?
"Saya mengandungkan anak Jungkook. Maaf Taehyung—"
—
Me:
Eun.. omma aku tengah tenat sekarang
Me:
Aku tahu hari ni hari pertunangan kau dengan Jungkook
Me:
Tapi tak boleh ke kau keluar sekejap jumpa omma? Dia betul-betul rindukan kau dan nak jumpa kau
Me :
Biarpun kau taknak jumpa aku sekalipun. Tapi jumpalah omma aku. Sekejap je
Seen ✔️
"Tae— Eunyeon ta-taknak datang ke?" Soal Puan Kim yang kini sudah terlantar lemah di katil hospital. Jujur dia rindukan gadis itu.
Taehyung mendekati ibunya. Tangan wanita tua itu ditarik dan dikucupnya lembut.
"Eunyeon— dia cakap on the way," tipunya bagi menyedapkan hati Puan Kim.
Taehyung mengeluh berat. Sejak hari itu memang dia kecewa teruk dengan Eunyeon. Ditambah lagi hari itu ialah hari terakhir mendiang Puan Kim melihat dunia tetapi Eunyeon langsung tak datang jenguk walaupun sesaat pun.
Tapi dia faham. Mungkin dia yang tak tahu apa yang berlaku kepada Eunyeon pada hari tu.
Air mata laju mengalir. Belum sempat dia ingin membalas mesej Taehyung itu, telefonnya terus dirampas Puan Jeon.
"Eun sayang.. kamu kena ingat yang kamu tu dah bertunang dengan Jungkook. Dan tak lama lagi kamu akan jadi isteri orang. Jadi.."
Puan Jeon tersenyum kecil. Nombor telefon Taehyung di dalam telefon itu terus dia block agar lelaki itu tidak terusan menganggu bakal menantunya.
"Jadi jangan ada hubungan dengan mana-mana lelaki lagi. Omma cuma nak yang terbaik untuk anak-anak omma. Kamu milik Jungkook dan keluarga Jeon. Ingat yang kamu tu tengah mengandungkan keturunan kami, jadi jangan nak kecewakan Jungkook."
Eunyeon mencebik kecil tatkala air mata semakin dan semakin laju mencurah. Wae?
Puan Jeon masih lagi dengan senyumannya. Tangannya menyeka lembut air mata gadis itu.
"Setia dengan anak saya ye? Sebab Jungkook tu kebahagiaan omma. Omma akan bahagia kalau Jungkook bahagia."
Puan Jeon memang terlalu sayangkan Jungkook dan manjakan anak tunggalnya itu sehingga sanggup menurut semua kemahuannya.
Apa yang dia tahu, Jungkook sukakan Eunyeon. Jadi cara terbaiknya ialah kahwinkan saja mereka berdua demi kebahagiaan Jungkook. Ditambah lagi Jungkook siap mengandungkan lagi gadis ini, takkan dia nak lepaskan Eunyeon begitu saja?
Puan Jeon mula bangun dari tilam empuk bilik mewah itu dan berjalan menuju ke pintu untuk keluar.
"Omma!"
Eunyeon turut bangun untuk mengejar Puan Jeon namun langkahnya terhenti saat Jungkook berada di pintu bilik.
Eunyeon terdiam seketika sewaktu memandang lelaki itu.
Sedikit sebanyak Jungkook merasa puas hati bila melihat sebentuk cincin emas pertunangan mereka tersarung elok di jari manis Eunyeon.
"Eunyeon.."
"A-abang—"
Lengan Jungkook terus dia peluk bersama sisa tangisan yang masih belum reda.
"Abang.. tolong bagi Eun peluang untuk jumpa omma Taehyung. Sekejap je. Dia tengah tenat sekarang."
Sesekali Jungkook menggulingkan mata menyampah. Taehyung! Taehyung! Taehyung! Taehyung! Taehyung!! Semak je nama tu!
Perlahan pelukan lengannya dileraikan dan dia memegang kedua-dua bahu Eunyeon. Wajah sedih gadis itu dia pandang.
"Eunyeon— tak lama lagi Eun akan jadi isteri abang. Dan abang taknak— Eun berhubung dengan dia lagi. Ataupun mana-mana lelaki lain."
Eunyeon hanya mengetap bibir menahan sebak. Jungkook.. macam mana kau boleh jadi sekejam ni?
Jungkook tersenyum kecil.
"Eun tahukan bila tarikh perkahwinan kita? Jadi mulai sekarang Eun kena belajar taat kepada abang seorang. It's because you are mine from now. Faham?" Soalnya lembut namun kata-katanya sangat menyengat perasaan gadis itu.
"Jangan risau, sayang. Abang akan pastikan hidup Eun bahagia bila dengan Kook nanti."
Dagu gadis itu ditarik lembut ke atas dan perlahan bibirnya menyentuh bibir perempuan itu.
"I love you so much.."
"Saya minta maaf, Taehyung. Saya yang tinggalkan awak dulu dan tiba-tiba pilih Jungkook. Dan.. saya minta maaf juga sebab tak mampu luangkan sedikit masa pun untuk jumpa omma awak dulu.. saya betul-betul minta maaf.."
Perlahan air matanya mengalir bila teringat kembali kisah lama yang memutuskan hubungan mereka dulu. Terutama sekali bila mendiang Puan Kim meninggal tanpa sempat bertemu dia.
Taehyung mengeluh kecil. Dia tahu semuanya bukan salah Eunyeon. Tapi kerana Jungkook yang terlalu tamakkan apa yang dia mahu, Eunyeon yang menjadi mangsa.
Bukannya dia tak tahu yang sebenarnya malam itu adalah rancangan yang disengajakan.
Cuma dia tak berani bersuara memandangkan Eunyeon ini ialah anak angkat keluarga Jeon dan dia juga dah menjadi seorang di dalam kuasaan keluarga itu. Semestinya keluarga itu akan menyebelahi Jungkook dan takkan sesekali lepaskan Eunyeon.
"Benda dah lepas buat apa nak ungkit lagi?" Sekali lagi Taehyung tersenyum kecil.
Terus Eunyeon menyeka air matanya yang mengalir itu.
"Hidup ni macam roda takde brek. Bila dah bergerak, dia takkan berhenti. Dan takkan sesekali juga reverse semula. Kalau hidup kau dah bahagia dengan Jungkook, teruskan."
"Tapi kalau kebahagiaan kau cuma palsu dan kau sebenarnya sengsara, tinggalkan saja dia dengan cara matang. Jangan balas dendam dengan cara yang sama dia buat pada kau, tapi balaslah dengan cara lain umpama kau bangkit dari kebodohan. Sebab kadang pengkhianat ni perlukan pengajaran."
"Tak perlu dengar kata orang yang selalu nasihat perpisahan tu bukan cara terbaik. Sebab mereka tak pernah rasa apa yang kita tanggung."
Kata-kata Taehyung umpama mencucuk teruk apa yang dirasakan sekarang. Ragu-ragu dengan Jungkook?
Dia harap semua ni takkan berlaku. Jungkook jujur dengan dia sepertimana yang lelaki itu cintakan dia dulu.
***
•
•
•
Abang Kook 💞:
Eun.. sorry malam ni abang tak boleh balik lagi. Kerja banyak
Abang Kook 💞:
I'm so sorry, sayang
Abang Kook 💞:
Malam esok pun kemungkinan Kook tak boleh balik juga. Malam lusa baru free
Abang Kook 💞:
Eun tak apa kan duduk seorang kat sana?
Eunyeon mengeluh kecil. Masakan yang tak seberapa dihidangkan di atas meja itu dia pandang saja.
Buat penat saja dia cari resipi di Internet kalau Jungkook akhirnya tak balik.
Apron dibuka sebelum dia menghenyakkan punggung di atas kerusi.
Ting! Ting!
Beberapa chat masuk melalui telefon. Berkerut keningnya tatkala melihat nombor yang tak dikenali yang menghubungi.
Unknown:
Hello hallu hallu
Unknown:
Hae Eun Yeon!!
Unknown:
Eh lupa dah kahwin. Jeon Eun Yeon!!!
Unknown:
You tak rindu I?
Eunyeon mencebik hairan. Lantas tangannya menaip untuk membalas.
Me:
Saya kenal awak?
Unknown:
Hahahaha ni akulah Yeri. Your beautiful friend wrecker
Eunyeon berdecit lalu tergelak kecil. Dia ni rupanya. Ingat siapa dah.
Me:
Kau rupanya. Tukar nombor ke?
Me:
[sticker]
Yeri Kim 😪:
Ha'ah tukar nombor. Sebab telefon lama aku tu jatuh longkang hikss sedeyh wey
Yeri Kim 😪:
Terpaksalah aku beli telefon baru
Yeri Kim 😪:
Samsung Galaxy S20 u know?
Me:
Ouh ye ke?
Me:
Teruk juga kau ni hhhh
Yeri Kim 😪:
Weyy sat. Aku nak promo something dekat kau ni. Buat vidcall boleh?
Me:
Ouh ye boleh je
Tidak lama selepas itu telefonnya berdering menandakan ada panggilan video dari Yeri. Lantas dia menekan 'accept'.
Wajah mereka berdua terpampang di skrin telefon.
"Ommo ommo Eunyeon! Kenapa kau nampak makin comel ni? Eh eh tu apa kat leher tu? Hickey en sksksk."
Eunyeon lantas menutup kesam lebam di lehernya dengan kolar baju. Kesan lebam keunguan semuanya sebab Jungkook pada beberapa hari lalu. Miang sungguh!
"Er— ermm mana ada!"
"Hmnn..." Yeri tersenyum jahat.
"Elelele berlagak suci pula. Padahal setiap malam buat—"
"Hey!" Lantas Eunyeon memotong agar perempuan itu tidak meneruskan kata-katanya. Merah padam pipi dia waktu ini. Boleh pula perempuan berambut blonde ni nak mengungkit waktu dia bersama dengan Jungkook?
"Hahahaha janganlah marah. Alolololo kau ni bila marah nampak makin seksi. Aku yang perempuan pun rasa tergoda adghgfz."
Eunyeon mengeluh berat lalu menyandar belakang ke penyandar kerusi. Kenal sangat dengan Yeri ni. Tak menyakat sehari memang tak sah.
"Kau nak apa?" Soal Eunyeon kali ini dengan serius.
"Hehehe sebenarnya aku nak promote satu benda ni dekat kau. Ni haa."
Yeri mengangkat sebatang lipstick kepadanya. Lipstick yang kelihatan mahal dan limited edition.
"Laxiendra Canova. Lipstick limited edition yang cuma dijual di Amerika saja waktu ni. Cuma ni haa aku nak bantu kawan kita dulu, Aerin, appa dia collabs dengan syarikat lipstick ni. Kau tak nak beli ke? Mana tahu boleh goda husband kan?"
Eunyeon sekali lagi mengerutkan kening hairan.
Laxiendra Canova? Ini bukan jenama lipstick yang dia jumpa dalam poket seluar Jungkook hari tu kan?
"Aerin?"
"Ha'ah Aerin budak sekolah kita dulu. Bukan ke dia sekelas dengan kau masa tahun 5 dulu? Ouh ya! Dia ada cakap juga yang Danhee jadi orang tengah dalam mengedar produk ni ke Korea."
Eunyeon terdiam seketika. Aerin berurusan dengan syarikat ni? Tapi Danhee pula salah seorang pengedar produk ini ke Korea?
"Eun? Kau okay tak ni? By the way kau memang langsung tak berhubung ke dengan Danhee? Bukan ke korang rapatkan dulu?"
Tanpa menghiraukan soalan Yeri, terus Eunyeon meninggalkan telefon dan berlari anak menuju ke bilik tidur. Lipstick berjenama yang berada di dalam laci itu dia keluarkan.
Habis ditiliknya rapi. Betul. Jenama yang sama.
Mata terus saja berkaca teruk seperti faham sangat dengan apa yang berlaku.
"Eo— kau. Hahahaha patutlah Jungkook tak datang lagipun ke pejabat. Duduk rumah kau rupanya, Danhee."
"Sebenarnya Kook sengaja buat macam tu. Sebab nak prank Eun."
"Sebenarnya Kook nak tengok Eun betul-betul sayangkan Kook ataupun tidak. Tu saja."
"Nama mereka sama. So Danhee ex-bestfriend Eun dulu tak pernah wujud pun kat sini. Yang cuma wujud, dia."
Perlahan tubuhnya jatuh terduduk di situ. Air mata juga mula mengalir laju.
Kenapa baru sekarang dia sedar betapa bodohnya dia?
++++
2k words 😢 maaf aku terrr-rajin pulak
Pesanan ringkas:
Kentalkan hati kalau anda masih nak membaca cerita ini 🌚
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top