01
———
PIN!!!
"Hae Lilintar!
Jeritan kuat bersama tangisan muncul. Terus dua beranak itu berlari kearah sebuah lori yang hampir melanggar seorang lelaki tua.
KREKK!
Lori itu menarik brek sekuat hati. Hampir saja dia melanggar seorang lelaki tua tetapi nasib baik masih menyebelahi dia.
"Awak, sa-saya minta maaf." Isteri kepada lelaki tua itu terus memeluk suaminya yang masih lagi trauma dengan kejadian tadi.
Namun tak sama pula dengan anak perempuannya yang masih memandang mereka berdua. Perasaan geram dan sedih bercampur aduk di hati gadis yang berumur 18 tahun itu.
Wae..
Kenapa nasib baik masih lagi menyebelahi ayah dia?
Kenapa..
Kenapa appa kandungnya itu tak mati saja?
Air mata yang perlahan mencurah dia seka laju. Kaki juga terasa ringan saja untuk meninggalkan tempat itu.
Dia tekad. Jika ibunya masih mempunyai rasa sayang dan cinta pada ayahnya, wanita itu takkan dapat jumpa dia lagi selepas ini.
Ya.. dia bencikan bapa kandungnya sendiri.
"Pengkhianat.." bibirnya menutur kata terakhir kepada appa kandungnya sebelum dia berlari jauh, pergi dari situ.
"Hae Eun Yeon!" Jeritan Puan Hae yang mengejar dia dipedulikan. Terimalah akibat. Siapa suruh sayangkan jantan tak guna tu lagi?
Hae Eun Yeon lari. Lari entah kemana. Sehingga ibunya sendiri hilang jejak anak tunggalnya itu.
Gadis muda yang belum cukup matang itu tidak kisah. Dia akan pastikan tiada sesiapapun mampu jejak dia selepas ini terutama sekali ibu bapanya.
PIN!!
BANG!!!
Tiba-tiba sebuah kereta mewah berwarna hitam merempuh dirinya.
Mata tercelik luas. Nafas ditarik panjang sebelum dia bersandar pada penyandar kerusi. Degupan jantung juga berdegup kencang seperti dia baru saja mengalami tragedi itu.
Huh! Mimpi rupanya.
Dia mengeluh berat. Rambut panjang paras dada diraup kasar ke belakang. Kenapa dia masih mimpikan peristiwa itu?
Laptop yang sedang 'sleep' di hadapan dia pandang sahaja. Sempat pula dia tertidur semasa tengah menyiapkan skrip.
"Sayang..."
Tiba-tiba bahunya dipeluk seseorang dari belakang. Dan dibahunya itu juga menjadi tempat persinggahan dagu lelaki itu.
"Buat apa?" Soal lelaki itu mesra.
Hae Eun Yeon tersenyum kecil. Kenal sangat dengan suara ini.
"Ni haa tadi tengah type skrip baru. Sampai tertidur pula."
Lelaki itu tergelak kecil. Kemudian tangannya mula mengusap perut perempuan itu yang semakin membesar.
"Baby daddy sihat?"
Giliran Eunyeon pula yang tergelak kecil.
"Sihatlah kenapa tak sihat pula. Kan baby kan?" Dia menyoal kandungannya yang sudah mencecah lima bulan itu. Semestinya ianya tiada jawapan.
"Abang Kook tak kerja ke hari ni?"
Dia memusingkan wajah kearah Jeon Jungkook, suaminya. Jungkook melepaskan pelukan dan mengambil tempat di kerusi disebelah dia.
"Balik awal. Dah habis."
"Eh cepatnya? Kenapa?"
Jungkook terdiam seketika. Kata-kata PA dia di pejabat tadi terngiang-ngiang di minda.
"Mr. Jeon. Semalam klien dari China bagi notis untuk batalkan projek kita hari tu. Company kita kemungkinan akan dapat kerugian besar jika projek selalu saja dibatalkan."
Jungkook menghela nafas seketika. Namun dia sedaya upaya cuba tersenyum balik agar Eunyeon tidak syak apa-apa.
"Takdelah. Kook sengaja balik awal sebab nak tengok Eun. Tak jumpa seminit pun rasa dah rindu rawrrr.."
Eunyeon tergelak kecil lagi. Otak senget sungguh Jungkook ni.
Tangannya mula menggerakkan mouse untuk menghidupkan kembali skrin laptop di hadapan.
Aplikasi Microsoft Office Word memenuhi skrin laptop. 'Sinopsis' merupakan tajuk utama yang baru saja ditaip.
"Ni dah novel keberapa sayang buat?"
Eunyeon memandang suaminya seketika sambil tersenyum manis.
"Kelima. Cuma yang ni lain sikit sebab bukan genre horror lagi."
Maklumlah Eunyeon ni sebenarnya penulis cerita seram sebelum ni.
"So genre apa yang baru ni?"
"Dark-romance. Sebab kebelakangan ni Eun selalu termimpikan kisah lama."
Jungkook mengangguk seakan faham. Semua tentang Eunyeon dia sudah tahu. Tentang ibu kandungnya yang disakiti kerana bapanya yang curang. Sehingga hari terakhir dia melihat omma dan appa dia itupun Puan Hae masih tetap sayangkan Tuan Hae. Sehingga Eunyeon terpaksa melarikan diri kerana tak tahan.
Tak kira Tuan Hae itu bapa kandungnya sekalipun tapi dia juga punya perasaan sakit hati bila melihat Puan Hae menangis setiap hari.
"Boleh Kook tahu macam mana plot dia?" Soal Jungkook lagi.
Eunyeon menghela nafas berat seketika sebelum menyandarkan kepalanya pada bahu lelaki itu.
"Cerita ni mengisahkan tentang Kate, heroin cerita ni. Kate ni sebenarnya seorang yang tersakiti sejak ibu bapanya ada masalah rumah tangga. Dan dia mengambil keputusan untuk melarikan diri. Bila dia berjaya melarikan diri dan jauh dari keluarga, nasib malang menimpa dia kerana ada sebuah kereta telah melanggar dia. Tapi itulah, bila pemandu kereta tu yang akhirnya jadi suami dia selepas tu."
Jungkook tersenyum penuh makna.
"Nak kiss ke?"
Sekali lagi Eunyeon tergelak kecil. Terasa sangat Jungkook kerana kisah itu sebiji dengan kisah pertemuan mereka berdua. Ya, Jungkooklah pemandu kereta hitam mewah yang melanggarnya dulu. Tuhan dah aturkan jodoh mereka berdua.
"Berani buatlah."
Baru saja Jungkook mendekati wajah dia sehingga hidung mereka bersentuhan tetapi lantas Eunyeon menahan dengan meletakkan tangannya di dada lelaki itu.
"Sekejap, cerita belum habis lagi. Dengar dulu, sayang," kata Eunyeon lembut, sengaja ingin mencairkan hati Jungkook.
Jungkook hanya statik di situ sambil masih lagi tersenyum.
"Then, what happen?"
"Suami dia sebenarnya curang. Curang pula dengan bekas kawan baik dia sendiri sewaktu di bangku persekolahan dulu."
Senyuman Jungkook tadi perlahan mati. Kali ini dia terdiam.
"Okay setakat tu je Eun mampu berimaginasi. Nanti Eun sambung fikir balik apa yang terjadi selepas tu."
Eunyeon yang perasan dengan perlakuan Jungkook itu mencebik hairan seketika. Suaminya hanya diam dan mengelamun jauh.
"Abang Kook?"
"Tap!"
Jari dipetik lalu Jungkook terus tersedar dari lamunan.
"Haa ye apa?"
Eunyeon tergelak kecil lagi.
"Awak ni kenapa tiba-tiba termenung pula? Kena sampuk hantu khayal eh?"
Jungkook tersenyum kelat.
"Kook tengah fikir apa yang terjadi selepas tu lah. Mana tahu boleh tolong Eun kan?"
"Hmnn apa-apa je lah."
Eunyeon mula menekan 'save' pada laptop miliknya sebelum menekan 'shut down'.
"Tapi kan Eun. Kenapa awal cerita tu macam sama denga—" lalu Eunyeon terus mencantas.
"Eun nak feel je sebab ni kali pertama Eun tulis romance. Lagipun Abang Kook tahukan pasal ex bestfriend Eun masa dekat sekolah dulu?"
Jungkook mengangguk kecil dengan segan.
Eunyeon tersenyum.
"Doakan Eun dapat feel teruk dengan cerita ni dan buat yang terbaik boleh? Tapi Kook jangan nak buat hal nak ada perempuan lain pula."
Jungkook tersenyum kecil.
"Kesitu pula. Takkanlah Kook nak ada perempuan lain lagi-lagi dengan ex bestfriend Eun sendiri. By the way, goodluck baby.."
Sempat Jungkook mencium lembut pipi gadis itu sebelum bangun dari tempat duduknya. Rambut Eunyeon juga sempat dia kusutkan.
"Tch—!" Eunyeon berdecit lalu Jungkook hanya tergelak sebelum masuk ke tandas.
Tiba-tiba,
TING!
Telefon Jungkook yang berada di atas meja kecil itu berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.
Eunyeon terdiam seketika. Matanya silih berganti memandang pintu bilik air ketika bunyi pili air dibuka Jungkook dari dalam.
Jantungnya juga berombak kencang. Mesej apa dalam telefon suaminya itu?
Perlahan dia mendekati Iphone milik Jungkook. Skrin telefon itu menyala sewaktu mengesan wajahnya. Dan mesej dari seseorang terpapar di lockscreen.
Matanya membulat terkejut. Jantungnya kali ini juga bagaikan terhenti.
Apa... apa semua ni?
++++
Macam The World of The Married pulak 😂 btw, sorry chapter 1 memang selalu membusankan 😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top