[ ᴛʀᴀᴄᴋ #𝟻 ]
┏━━━━━━━━━━━┓
⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊
A fox who wants to have fun, that's me
⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊
┗━━━━━━━━━━━┛
"Okay, dengar pendapat aku, pada aku, aku rasa yang Namjoon adalah penculik Seoyeon." Taehyung berkata dalam nada serius. Ahyoung memandang wajah Taehyung pelik.
"Sebelum kau cakap apa-apa, biar aku pegi tandas dulu." Taehyung bangkit tanpa sepatah kata sebelum berjalan ke tandas.
"Eh la budak ni." Ahyoung mencebik dan meneruskan suapannya. Buat beberapa minit, Ahyoung termenung sebelum dikejutkan dengan ringtone telefon Taehyung.
hyemin anak choi
Memandangkan ianya cumalah Hyemin, Ahyoung mengangkat panggilan itu, tetapi entah kenapa panggilan itu diputuskan. Dan telefon yang asalnya ada password terus terbuka ke homescreen.
Wallpaper telefon Taehyung membuatkan Ahyoung terjerit.
──────⊹⊱✫⊰⊹──────
Jungkook melangkah masuk ke dalam bilik Seoyeon dengan wajah risau. Air liur ditelan berkali-kali dek kerana nervous.
Rupanya Seoyeon tengah sibuk menari dalam bilik tu. Segala kerusi ditolak tepi, peduli apa Seoyeon. Tengahari pun tengahari la.
Luas rupanya bilik hotel tu.
"Seoyeon..." Seoyeon flinch sedikit sebelum berjalan mengundur apabila melihat wajah Jungkook. Badannya mula menggigil dan wajah Seoyeon semakin pucat.
"Hey, Yeon, dengar apa yang aku nak cakap..." semakin lama Jungkook semakin mendekati dan air mata Seoyeon menitis lebih deras.
"Aku tak bermaksud nak kutuk kau." nafas Jungkook ditarik dalam namun air mata dia tetap menitis.
Lagu Black Swan yang menuju pengakhiran membuatkan Jungkook semakin emosional. Seoyeon dengan tiba-tiba menarik Jungkook ke dalam pelukannya.
Perlahan-lahan pelukan mereka terlerai dan langkah mereka dibuka. Jungkook cuma merenung wajah Seoyeon sayu. Seoyeon membalas pandangannya tanpa kata.
Walaupun cuma ballroom dance yang ringkas berlatarkan lagu IU - Everyday With You, entah kenapa terasa emosional.
Bunyi nyaring ringtone telefon Jungkook menghentikan khayalan mereka berdua. Jungkook mencium sekilas bibir Seoyeon sebelum mengangkat panggilan dari Eunmi.
"Urgent. Berkumpul kat bilik aku, tolong panggil Seoyeon kat bilik dia sekali."
──────⊹⊱✫⊰⊹──────
"Aku tak bukak pun phone tu sepanjang hari!" terdengar suara tengkingan Taehyung dan bunyi sesuatu pecah dari dalam bilik Eunmi yang tersesat di tingkat atas. Jungkook memegang tangan Seoyeon dan membuka pintu bilik itu.
"Eunmi, tu diorang." Yerin berkata dan sepenuh perhatian tertumpu kepada Jungkook dan Seoyeon.
Tangan Taehyung berdarah dan deraian kaca bersepah di sisinya yang berkemungkinan menghempaskan botol kaca ke dinding.
"Sekarang ni en, aku dah cakap yang aku kasi phone aku kat Mingyu sebab dia kata dia nak pinjam. Yang korang asyik attack aku kenapa?!" Taehyung berterusan menengking Eunmi.
"Apa yang jadi..." Jungkook berbisik perlahan kepada Wonwoo.
"Ahyoung nampak wallpaper Taehyung gambar Seoyeon waktu dia kena culik hari tu." Wonwoo berkata dengan wajah serius. Jungkook cuma mengangguk perlahan.
"Dan sekarang ni masalahnya macam mana Seoyeon boleh bukak phone tu, macam mana Taehyung boleh ada gambar tu, apa yang Wonwoo buat dengan phone tu dan kenapa Hyemin call Taehyung tiba-tiba boleh access homescreen." Yerin bersuara garang, bukan seperti dirinya yang biasa.
"Macam ni tau, aku memang nak call omma aku sebab kredit habis. Tapi tiba-tiba phone tu takle on. Aku panik la sebab aku tau Taehyung akan maki aku kalau aku rosakkan, so aku bawak pegi kat Hyemin." Wonwoo bersuara penuh gementar. Pandangan semua orang yang tertumpu pada dirinya amat menakutkan.
"...lepas Hyemin dah betulkan, aku takut nak pakai, so aku pegi la pulangkan kat Taehyung and pegi pinjam phone Hangyul."
"Betul, aku ada rekod call Wonwoo dengan omma dia." Hangyul menghulurkan telefonnya dengan panggilan kepada nombor 'Omma Wonu'.
"Jadi sekarang ni, suspek utama kita adalah Hyemin." Eunmi berpaling dan memandang Hyemin yang duduk di belakangnya. (note : Eunmi dekat center bilik)
"Hyemin---"
Ringtone lagu NCT 127 - Regular bergema dalam bilik itu. Semua orang berpaling memandang Mingyu mengangkat panggilannya dengan kelam kabut.
"Hello, hyung."
Wajah Mingyu yang serius tiba-tiba bertukar pucat dan matanya berkaca. Telefon di tangannya terlepas.
"Mingyu? Mingyu????" Namjoon pergi ke arah Mingyu dengan panik. Air mata mengalir keluar dari mata Mingyu, fenomena yang tak pernah dilihat. Namjoon mengangkat telefon Mingyu yang terjatuh ke lantai.
"Uh maafkan saya, ini Namjoon, kawan Mingyu. Ini abang dia ye?"beberapa minit Namjoon terdiam sebelum panggilan diputuskan. Namjoon memandang wajah Mingyu sebelum memeluknya tanpa kata-kata.
"Kau boleh balik Korea dulu."Mingyu berjalan keluar tanpa kata akhir. Eunmi memandang Namjoon keliru. Setelah pintu ditutup, Namjoon menghela nafas sedalam mungkin.
"Parents dengan adik perempuan Mingyu mati dalam kebakaran. "
──────⊹⊱✫⊰⊹──────
Chapter ni terlalu berfokuskan Seoyeon kan?
Tak apa, cerita Seoyeon dah habis. Kita teruskan ke cerita Hyemin dan Mingyu pulak.
Senanya storyline Seoyeon tu lagi ringan daripada cerita Hyemin dengan Mingyu.
So get ready okay muah ♥️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top