[ ᴛʀᴀᴄᴋ #13 ]

» [ ONEUS - Twilight ] «

⠀⠀  ⠀ ⠀  0:00 ─〇───── 0:00

⇄   ◃◃   ⅠⅠ   ▹▹   ↻

option picked : angkat call

"Hello, omma." Seohye mengangkat panggilan tersebut dengan suara yang agak gementar. Dia takut. Dia takut dia akan kehilangan sesiapa lagi.

"Anak omma kat mana? Omma kat ward kamu ni haa." Seohye menghelakan nafas lega. Suara emaknya yang lembut dan penuh kasih sayang itu sedikit sebanyak melegakan gelisahnya selepas ternampak Namjoon.

"Kejap ye , Seohye pergi naik balik. Omma tunggu kat situ je ye?" Seohye tersenyum kecil dan menamatkan panggilan. Langkahnya dibuka apabila kedengaran bunyi riuh di suatu sudut.

Seorang lelaki terbaring lemah di atas lantai taman hospital tersebut dengan darah di kawasan perutnya.

"....Namjoon." air mata Seohye bergenang sebaik sahaja dia mengecam empunya badan tersebut. Seohye berlari menuju ke arah lif dalam keadaan panik dan tangisan perlahan sebelum seseorang menariknya dengan kasar.

"Mingyu?!" Seohye memandang tangan Mingyu yang menggenggam erat lengannya dan mengecam tangannya yang dipenuhi darah.

"Aku akan jelaskan."

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

"Sekarang jelaskan."

"Ada salah faham sikit dengan Namjoon.... And dia hampir attack aku so--"

"MINGYU KAU BUNUH DIA!"

Kesunyian memenuhi ruang kereta yang dipandu Mingyu entah ke mana. Tiba-tiba kedengaran bunyi hon dari belakang. Seohye berpaling dan pemandunya...

"Weh kenapa Seonghwa ikut kita?" wajah Seohye mula pucat dan berpaling memandang Mingyu yang masih tenang.

Seohye meneruskan dengan bebelan paniknya dan Mingyu masih berdiam diri. Jalan yang kosong tanpa kereta itu jelas menunjukkan Seonghwa mengikuti mereka.

Bunyi tembakan kedengaran jelas di telinga mereka dan Mingyu memberhentikan kereta tersebut tanpa penjelasan. Seohye membuntangkan matanya.

"Kenapa kau berhenti?!"

"Seonghwa tembak dua tayar kereta! Mana boleh gerak dah!" Mingyu menengking Seohye dengan wajah merah menahan kemarahan. Seonghwa serta merta muncul entah dari mana nak menarik kasar pintu tempat duduk Mingyu.

"Aku taktau apa yang dah jadi. Tapi apa yang aku nak kau tau...." Mingyu memandang Seohye dengan wajah yang tenang. "...kita dah terperangkap dalam time loop , so terus call aku kalau kau dah sedar nanti okay?" Mingyu tersenyum sebelum keluar dari kereta dan Seonghwa menolaknya kasar menyembam tanah.

"Kau bawak Seohye lari? Hrm?" Seonghwa tersenyum sinis dan memijak bahagian belakang Mingyu. Mingyu masih tak bereaksi dan cuma berdiam diri.

"Dia dah deal dengan aku , dan kau nak selamatkan dia? Hehehe." Seonghwa melutut dan berbisik perlahan kepada Mingyu sambil mengacukan pistol ke kepala Mingyu.

Bunyi tembakan yang kuat itu kedengaran jelas. Mingyu yang tadinya menarik nafas sedalam-dalamnya membuka mata dan melepaskan nafas dengan normal.

Seseorang terbaring di atas badannya dengan pistol Seonghwa digenggam ke bahagian perutnya.

"Seohye..." air mata Seonghwa menitik dan Seonghwa terdiam memandang Seohye yang dipenuhi darah di atas badan Mingyu.

"Hmph." Mingyu segera bangkit dan mencapai pistol yang digenggam mayat Seohye. Mingyu menembak tepat ke arah Seonghwa yang masih menangis dan segera mengacukan pistol tersebut pada perutnya.

"Aku dah kata dah kita dalam time loop , degil nak sacrifice untuk aku kenapa?"

Dan badan Mingyu rebah ke tanah.

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

"Aku tak puas hati dengan time loop pertama ni." gadis dengan kardigan kuning tersebut memandang Namjoon yang berdiri lemah dengan balutan yang berdarah di bahagian perutnya.

"Lady , Eunmi dah datang balik." gadis tersebut berpaling memandang seseorang yang berjalan dengan wajah penuh murung.

"Good , but not satisfying , Eunmi."

"Yes , Lady." Eunmi tersenyum lemah dan duduk di sebelah gadis tersebut di sebuah sofa.

Monitor besar dengan tubuh beberapa orang terbaring di atas platform dengan cahaya putih tersebut direnung Eunmi.

"Berapa lama semua ni akan terjadi?" Eunmi memandang gadis tersebut yang menghirup secawan teh yang dihidangkan oleh Namjoon dengan sedaya upayanya.

"Jangan risau , Eunmi. Aku cuma nak torture Seohye. Tapi, aku akan bangunkan semua orang semula, kecuali Seohye. Aku janji." senyuman lembut terukir di bibir gadis itu. Eunmi cuma tersenyum lega, namun terpancar kegelisahan di matanya.

"Senang kata , semakin cepat Seohye menyerah , semakin cepat semua orang akan bangun semula." gadis tersebut bangun dan berjalan keluar dari bilik tersebut.

Eunmi segera berlari menuju ke arah Namjoon yang terduduk lemah di sudut bilik tersebut. Namjoon memandang Eunmi dengan senyuman kecil.

"Apa yang jadi?" Eunmi mencapai sebuah kotak kecemasan dan membalut lagi luka di perut Namjoon.

"Mingyu pergi tikam aku sebab dia anggap aku penyebab semua ni. Well , dia tak salah , tapi dia taktau apa yang jadi sebenarnya." Namjoon mengerang kesakitan sambil menjelaskan situasi.

"Dan The Stars tak bawak kau pergi hospital?!" Eunmi memandang Namjoon dengan wajah penuh terkejut. Namjoon cuma mengangguk perlahan.

"Perempuan tu, dia gunakan aku je. First love aku, hahaha... Rupanya dia obses dengan Wonwoo." Namjoon mengeluh sebaik sahaja balutan tersebut siap diganti oleh Eunmi.

"Stay strong , okay. Lepas semua ni berakhir , kita akan lari." sebuah kucupan kecil dihadiahkan di dahi Namjoon.

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

Fallin’ down fallin’ down
The sun is falling
Your lie that this is the last
Don’t leave me
The sun is falling

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

Matanya terbuka dan siling bilik itu direnung sekali lagi.

who would you like to control?

seohye

or

mingyu

?

[vote properly pls :" ]

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top